ANDA SEDANG MEMBACA

12

Khabar dari Soho Square

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Mei 05, 2010
Dalam beberapa minggu ni gua sibuk betul. Kadang-kadang gua di Soho Square. Kejap-kejap gua di Gloucester Place. Kerja memang banyak betul. Kadang-kadang sampai ke pagi gua pekena kerja sambil ditemani makwe cun dari Sepanyol yang jadi setiausaha gua, Miss Mujer Hermosa. Cantik orangnya. ada iras iras Julia Rais. Anak Musa Hasan cawangan sana di San Juan Bautista. Pagi pagi kat sini nak cari mamak bukan main payah. Kedai semua tutup awal. Tak melayu langsung. Nasib baik ada warung tomyam Siam kat Cavendish Square tu. Dapat juga gua pekena nasi goreng USA.

Ok, gua nak cerita sikit pasal kerja gua di sini. Kerja gua ni memang tak ramai yang tahu. Tapi lu orang nasib baik sebab dapat tahu. Gua beritahu ni memang risiko besar juga kena buang kerja. Tapi ternyata gua licik sebab gua dah hantar awal-awal minggu ke-38 punya data ke Prince William dan dia pun dah sain. Kesian juga gua pabila mengenangkan nasib mamat ni. Muda muda dah kena panggil sultan bola kat England ni.

Sebenarnya ini kali kedua gua dipanggil untuk buat kerja jahanam ni. Cuma tahun ni pangkat gua besar sikit. Tahun yang pertama dulu iaitu masa tahun 2004, gua cuma jadi salah seorang ahli panel. Ketua panel masa tu Andrew Roxburgh. orang Scotland. Bulan yang lebih kurang sama tahun 2004 dulu, gua ada satu cerita yang sampai sekarang jadi buah mulut sesama ahli panel. Tahun tu, skrip bola untuk musim 2004/2005 sebenarnya dah siap. Tapi entah macam mana Andrew Roxburgh ni boleh kena suap dengan Abramovich yang masa tu baru beli Chelsea. Habis skrip dia rombak balik. Gua nyaris bertumbuk juga dengan dia depan sultan bola sana. Tapi disebabkan gua takut tak lepas balik Kuala Lipis, gua mengalah. Terpaksalah gua terima kenyataan yang tahun 2004/05 tu Chelsea jadi juara. Yang gua menyirap, dia bikin skrip tu sampai beza point dekat 12 point. Mana gua tak panas. Nyaris nyaris pula tu dia nak bikin sampai Chelsea tak ada kalah. Nasib baik gua sempat cilok tulis 1 kalah untuk Chelsea musim tu. Manchester United gua letak cicir lagi jauh. Alex Fergueson dua tiga kali call Queen Elizabeth minta juara. Pakai orang dalam konon. Mentang mentang Dato'. Tapi gua sama panel lain tak layan.

Tahun ni jadi ketua panel, kerja gua senang. Banyak keputusan gua buat sendiri. Tahun ni gua kasi jaringan banyak sikit. Kalau musim 09/10 ni jaringan lebih kurang 1035 gol. Skrip musim depan gua kasi jaringan banyak lagi. Baru syok pekena bola ye dak? Gua kasi dalam 1740 gol. 40 gol khas untuk Bendtner sorang. Biarlah Laudrup dua ekor tu nak cakap apa pun.

Jadi sekarang ni lu orang faham fahamlah siapa juara musim depan ye dak? Takkan laa gua nak kasi tahu awal-awal. Tak surprise laa orang kata. Keh keh keh. Ok la sampai sini saja gua punya update dari jauh ni. Dalam minggu depan lepas habis meeting sama Vince Mcmahon (11 mei) dan meeting sama Platini (13 Mei), gua akan balik ke Malaysia. Boleh la gua berehat sikit layan World Cup. Panel skrip World Cup ni bukan gua tak kenal. Member lama gua juga.

Ok, Miss Mujer Hermosa ni dah main duduk duduk atas riba gua. Gua nak taip pun putus selera. Selera lain yang menaik pulak. Ok jumpa lagi lain kali. Kalau ada berita baru gua kasi tahu.

Celaka! Abramovich ni dekat 30 kali miskol gua hari ni. Gua dah cakap tak nak, tak nak laa. Bebal betul. Dato' Alex Fergueson ni pun sama. Dekat pintu opis gua ni penuh bunga sama kunci kereta. Dia ingat gua mata duitan?

Emmm... pasal Liverpool gua malas cakap la gua letak nombor berapa. Keh keh keh. Ok la, gua kasi klu. Dekat dekat dengan Newcastle United. Hehehe.

12 Ulasan:

Holden Caulfield berkata...

lu kat soho square ke?
kat sana macam mana pilihanraya?
ada berita undi hantu atau gordon brown minum arak tak kat kempen pilihanraya?

Nazri berkata...

woi alima woi. dah hujan ni. celake.

Sang Karipap berkata...

Apesal bila ada post pipiyapong mesti ada nama pompuan? Model bogel2 pulak tu...ko keja bapak ayam ke pipi?

aimantakkisahpon berkata...

holden: brown tak minum arak kat sini, brown maki "bigot" kat sorang long time labour supporter, press mic masih on, so dapat record his comment. gila satu hari tu habih media depa kerjakan brown, padan muka dia...

fikiranlicin berkata...

kene sate lagi kool bro.

Mzk berkata...

amende cite pasal brown la ni?

Besi Karat berkata...

lu memang dah takde bahan la pp.
keh keh

talkIZcheap! berkata...

hehe... tipikal post ramalan dari Pipi... yg biasanya ramalan dia memang melambung tinggi ke langit...

Buffon ape cer??

TAHIR berkata...

HELLO..NAK TANYA SKIT..MUSIM DEPAN MAN U TUKAR PENAJA?...

Jarr berkata...

agak agak skit.....

yui berkata...

pipiyapong
rindu nya aku kat post ang
lu ni
bikin arsenal fans ternanti2 jer

kō⋅rŏxx berkata...

Miss Mujer Hermosa? Celakak lu king, guna google translate ke hape? Hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...