ANDA SEDANG MEMBACA

26

oi!

Jorji Jumaat, Mei 21, 2010
HOOLIGANS

EPL dah habis?

Patut la malam minggu lepas aku dibawah sedar menonton AF. Semua ini berpunca kerana bukan Manchester United yang menjadi juara. Jika Manchester United yang menjadi juara, mesti kemeriahan naik bas 2 tingkat angkut piala sampai atau keluar dari sempadan tanah British. Lain pasukan menjadi juara, semua tak ambik port. Soccernet.com pun tak jadikan berita utama. Lagi-lagi kalau menang 1 point.
Manchester United akan kembali musim depan untuk kejuaraan ke 19. Pak Alex mungkin tak perlu beli mana-mana superstar. Manchester United hanya perlukan Rudeboy bebas dari kecederaan dan 'keadilan' yang telus dari pengadil untuk kembali menjadi juara dan mengembalikan semula kemeriahan 'epl' ketahap sebenar. :)

Piala Dunia datang lagi!
Kejohanan Piala Dunia atau Piala Eropah tanpa kehadiran England ibarat majlis berkhatan tak jadi sebab budak dah lari masuk hutan. Apa bestnya? makan pun tak lalu sebab kenduri dah jadi hambar. Euro 2008 tanpa England, mana meriah. Spain jadi juara tu pun sebab England tak main. Akibatnya Torres main Liverpool dan Liverpool dapat no 7 musim 2009. Nampak?
:P
Seperti tipikal Man U supporter lain, aku akan menyokong England pada Piala Dunia kali ini. Aku memang penyokong England dijiwa tetapi dihati hanya ada 1Malaysia. Jika Malaysia layak ke Piala Dunia, semestinyalah atas tiket tuan rumah. Hanya itu satu-satunya cara Malaysia boleh layak. Tabur la duit banyak-banyak dan buat stadium tahan runtuh serta lobi la FIFA...aku yakin, kita ada 'kepakaran luarbiasa' untuk kerja-kerja menghabiskan duit dan melobi ini. Masa tu aku akan jeritkan ''Malaysia!!" yang paling kuat dari dalam hati.
Tapi sebelum sampai kesitu, kita rapatkan barisan, kita sokong England!

Dibawah Capello, semua pemain England yang besar ego (terutama dari Chelsea) jadi lemah dan takut. Itu adalah taktik pertama yang terbaik buat Capello dalam mengatur strategi dan taktikal. Kalau besar kepala macam mana nak beri arahan atau ikut arahan?

Tiada isu atau kecederaan dalam skuad England yang boleh menjejaskan persiapan ke Afrika. Cuma isu main perempuan dari kelab Chelsea dan banyak hal lain yang dah lapuk. Semuanya berjaya 'diselamatkan' oleh pemain-pemain berjiwa besar Manchester United. Lilitan kapten digenggam kemas Ferdinand. Rudeboy Rooney bersedia untuk menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Keevin Keegan berkata "Tanpa Rooney, England langsung tiada peluang untuk menang di Afrika".

Pemilihan hanya 1 bek kanan (Glen Johnson) tanpa We Brown juga bukan isu besar. Cuma kenapa Capello panggil semua Caragher? dan memujuk Scholes untuk kembali ke arena antarabangsa? Adakah beliau sangsi dengan kemampuan Lampard atau .....?

oi! England belongs to me

26 Ulasan:

Pet Shop Boys berkata...

First Oi! Oi oi sega seaga sega saga oi oi oi!

adijaya berkata...

smayang jumaat dulu oi!

adijaya berkata...

Adakah beliau sangsi dengan kemampuan Lampard atau .....?

jawapan: steven gerrard

eleynashikin berkata...

huh! bias~ malas baca tapi tebaca gak sampai "to me" -_-

LuciusMaximus berkata...

Aku dah saspek lama mamat Jorji ni lah yang guna PC pejabat dan cybercafe untuk klik England 95 kali (sehingga saat komen ini ditulis) dalam undian kat sebelah tu

palytoh berkata...

oi oi oi yahoi

'kepakaran luarbiasa' untuk kerja-kerja menghabiskan duit dan melobi ini"

betul tu hahaha..

brandon flowers berkata...

piala dunia dan piala eropah tak meriah tanpa england? ada effect ke england dlm merebut cup tu? sekadar meriah WAG je adalah

Fairuz berkata...

world cup tanpa england takde pape pun. dah tengok kat euro. takde pun takpe. tak jejas pun..haha

I Am Legend berkata...

Best!

Dua pengulas sokernet paling aku suka dah buka kem masing2. Satu jerman satu lagi england, memang piala dunia 2010 ni nanti jadi perang dunia kat sokernet ni...

eleynashikin berkata...

german! yeaaaahhh!!!

Jarr berkata...

owh england, never crossed in my mind they're going to taste the World Cup..tapi bola itu boolat..tapi semalam aku tgk kapten Tsubasa tendang sampai lonjong bola tu,so anything can happen.Selamat maju jaya ye :)

t E d berkata...

aku sokong jepun

Amir Hamzah berkata...

Hahaha ada gak 18 vote Korea DPR~~

eleynashikin berkata...

Jorji.. England kamu tak de maskot ke??? jerman dah ada sarah brandner, argentina dah ada lisa surihani.. england?

Jarr berkata...

Maskot England - Johnny English

palytoh berkata...

janda ashely cole boleh ker hahaha..

adijaya berkata...

palytoh, rasanya cheryl tak leh jadi maskot england kot.

ada sumber dari the mirror, yg aku translate dlm bahasa melayu biar cepat nak tulis:

"lionel messi menjemput cheryl tweedy utk ke afrika selatan dan bersedia mengajar tarian tango jika dia berminat."

kata messi, "kalau cheryl nak sokong team lain selain enland, argentina adalah pilihan terbaik. kitorang ada ramai pemain yg hensem dan kebanyakan dari mereka tahu cara nak layan pompuan elok-elok."

-sumber ini betul, bukan aku buat lawak. check kat the mirror.

FreeMen berkata...

ceh. kalau saporter man utd dah tentu tipikal sapot england.

so xde salah di situ saporter liverpool dgn spain-nya.

boo-hoooo.

farwalis berkata...

hanya Carragher jawapan kepada benteng rapuh yang dikemudi pertahanan dari MU dan Chelsea.


hehe

Wan Ahmad Faiz berkata...

kem ivory coast ngan algeria x de ke???? gua nak join.....

aimantakkisah berkata...

aku macam jorji jugak, sedah tentu england, hehe... tp holland pun aku sokong jugak!

p/s: lama gilak tak komen, sejak2 manyoo tak menang liga, takpa2 tahun we'll be back stronger!

Unknown berkata...

mak minah sokong algeria... anak-anak semua suka tak?

Awie berkata...

jgn sampai team lain mase world cup cakap "if we we stop Rooney, we can stop England..." sudah...
huhuhu

Ajeossi berkata...

slamat tinggal lucy,
hii jorji..
he3..

Unknown berkata...

England sebagai juara mmg tak boleh disangkal lagi..tp klu ganti si kelam kabut, big nonsense central defender yang bernama Rio Ferdinand ngan Carragher mesti lagi cun...kekeke...

Alke berkata...

oi! The boy are back to stay,with heads held high, they're goin' to fight all the way!! England belongs to me!!! seb baek poland tak layak...kalau tak main kat luar stadium je la....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...