ANDA SEDANG MEMBACA

8

Pemblogan Langsung Separuh Masa Pertama

LuciusMaximus Ahad, Mei 09, 2010

1 Sepak mula oleh Wigan. Chelsea melakukan kejutan dengan tidak memakai jersi musim baru seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Harapkan tuah jersi musim ini barangkali.

2 Aku harap Wigan tak buat dajal dengan letak bas depan pintu gol.

3 Apa cerita Old Trafford? Hampehlah TV hotel hanya ada ESPN.

4 Kalou dengan larian solo. Patut hantaran diberi awal. Dijatuhkan luar kotak, tendangan percuma pertama untuk Chelsea.

5 GOL! Tendangan Drogb dari sepakan percuma melambung terkena tembok pertahanan Wigan. Didadakan oleh Malouda untuk Anelka merembat gol pertama Chelsea.

8 Drogba kantoi curi ayam.

10 Hantaran silang dari pemain Wigan. Ballack bertindak bijak untuk menolak bola keluar. Sepakan sudut buat Wigan.

12 Minit telah berlalu. Maya Karin melaporkan dari Old Trafford kedudukan masih terikat tanpa jaringan.

13 Awek SMS lak.

14 Ballack bertekak dengan pengadil macam biasa. Kalau tak bertekak tak best kot dia rasa.

15 Drogba terbaring di padang. Pun macam biasa.

20 Maaf aku sibuk bancuh kopi tadi. Rodallega mendapatkan bola di tepian kotak penalti tetapi ofsaid.

23 Ada orang cakap Malouda juga ofsaid ketika membantu Anelka menjaringkan gol tadi. Okay, barang yang lepas jangan dikenang.

25 Sepakan sudut untuk Chelsea selepas hantaran silang Drogba ditepis keluar oleh Kirkland.

28 Perlawanan berjalan agak pasif. Ancelotti mungkin bereksperimen dengan Anelka di sayap kiri mengambil tempat Kalou, yang bertindak dengan peranan centre forward kali ini. Drogba pula diberi kebebasan untuk bertukar posisi.

30 PENALTI! Lampard diberikan lorongan oleh Drogba tetapi dijatuhkan dalam kotak oleh Caldwell. Pengadil melayangkan kad merah kepada Caldwell dand Wigan terpaksa bermain dengan 10 pemain untuk sejam yang berikutnya.

31 GOL! Lampard tenang menyempurnakan sepakan penalty biar Kirkland seakan hampir menampan bola.

Dari Old Trafford, Marion Caunter melaporkan Fletcher telah menyumbat gol untuk Manchester United.

35 Come on Stoke City, hehe!

36 Edleen Ismail melaporkan dari Emirates Arsenal sudah menyumbat 3 gol. Ceh, dah hujung musim baru nak menang!

Ryan Giggs menyumbat gol kedua Manchester United, mengikut SMS yang aku terima dari Lisa Wong.

42 Betul aku cakap. Rodallega lagi bagus dari penyerang Liverpool macam N’gog, Babel dan some say, Torres.

45 Tambahan masa 2 minit.

45+2 Turun minum. Aku nak bancuh kopi lagi.

8 Ulasan:

Amirul Idham berkata...

semua minah espn kau dah sebat...
paula malai ali sama reem shawa tak de ke?

ayobkelubi berkata...

yelah..rodallega lagik bagusss...mcm gampang bakarnya tu yeop!. :D

janggout berkata...

aku nampak sinar harapan

LuciusMaximus berkata...

Rodallega dalam gua punya Premier League Fantasy bro!

ayobkelubi berkata...

tapi

apahal drogba macam sulking jek ni beb?..tak dapat kasut emas ker?...

phaz berkata...

wargh....8-0
penat aku tgk..

adijaya berkata...

lucy, pakai font apa plak ni. adoi la..

ProfitFunder berkata...

bang...bila pulak kirkland keeper? Pollit la bang keeper wigan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...