ANDA SEDANG MEMBACA

18

2 World Wars & 1 World Cup

LuciusMaximus Khamis, Jun 24, 2010
Adalah tajuk lagu yang akan dinyanyikan oleh penyokong England dan didengari oleh kita semua hari Ahad nanti, itu pun kalau tak tenggelam kerana bunyi vuvuzela.

Lagu ini lagu rasmi setiap kali England bermain menentang Jerman dalam bolasepak. England memang berbangga dengan kemenangan dua peperangan dunia dan satu Piala Dunia berbanding Jerman yang hanya menang tiga Piala Dunia setakat ini, pertumbuhan ekonomi yang secara konsisten mengatasi Britain (England) semenjak tamat Perang Dunia Ke-2, infrastruktur lebih baik, taraf hidup lebih tinggi dan sekalipun kalah dalam perang berjaya membuatkan Britain (England) muflis hingga membawa kepada kejatuhan Empayar British dan secara tidak langsung memberi peluang kemerdekaan kepada orang-orang kampung di Kuala Pilah walaupun mereka masih menyokong England ke hari ini.

Strategi Jerman yang aku tekankan sebelum ini ialah untuk menggunakan perlawanan peringkat kumpulan sebagai latihan kepada anak-anak muda Jerman. Setelah menang bergaya 4-0 ke atas Australia yang merupakan sekutu England dulu, Jerman memilih untuk bermain 10 orang menentang Serbia (juga sekutu England dulu) supaya anak-anak muda Jerman dapat merasa bermain dalam keadaan tertekan. Mereka kalah tapi pengajaran yang dapat dikutip dari kekalahan ini, priceless.

Dalam perlawanan terakhir yang merupakan hidup atau mati anak-anak muda Jerman sekali lagi bermain dalam keadaan tertekan, menentang Ghana yang merupakan tanah jajahan England dulu, sama macam Malaysia. Bezanya Ghana selepas merdeka kini bermain bolasepak di Piala Dunia tapi rakyat Malaysia majoritinya masih menyokong pasukan bolasepak England walaupun dah lama merdeka. Kejadahnya?

Tapi Jerman masih mampu mengutip 3 mata penuh semalam walaupun bermain tanpa penyerang utama, Mirsolav Klose. Wayne Rooney pula yang sudah bermain 3 perlawanan masih belum menjaringkan gol dengar cerita telah menghentam tiang 8 kali. Pencapaian yang boleh dianggap hebat sekiranya Piala Dunia ini ialah kejohanan tembak tiang gol!

Menentang England nanti, Miroslav Klose akan kembali untuk melakukan tugas beliau, iaitu memasukkan bola ke dalam gawang England, bukan menghentam tiang gol England. Macam biasa Jerman dijangka bermain dengan formasi 4-2-3-1, formasi yang mengikut kata ramai pakar bolasepak bakal menghantar England pulang ke………. mana lagi kalau bukan England!

Mesut Ozil, Jerome Boateng, Manuel Neuer dan Sami Khedira dijangka turut diturunkan menentang England nanti. Mereka ini ialah antara pemain muda Jerman yang telah menundukkan England 4-0 tahun lepas dalam perlawanan akhir kejohanan Bawah 21 Eropah di Sweden. Selepas membelasah skuad junior kini mereka akan mengajar skuad senior England pula.

Tekanan memenangi perlawanan ini terletak pada kuda-kuda tua England yang majoriti akan bermain dalam Piala Dunia yang terakhir buat mereka. Macam biasa, kalau dah namanya bukan kat England jangan haraplah England nak menang Piala Dunia.

Jerman pula seperti biasa adalah Jerman. Tak percaya tanya Gazza and co.

Sebelum aku akhiri pos ini Sarah Brandner mempunyai pesanan untuk semua peminat Jerman:


“Welche Elemente zu verwenden, um altere Frauen, das Maskottchen von England warden?”

Aku pun tak faham!

18 Ulasan:

Paria Perawan berkata...

Deutschland Uber Alles!

Antusabun berkata...

Kahkahkah..

HafizChan berkata...

Jarang-jarang aku nampak Sarah Brandner berbaju penuh

Zaid berkata...

"Apa elemen untuk menggunakan, sipir pada wanita yang lebih tua, maskot Inggeris?"

-google translate

KABAKOGA berkata...

diorang pun suke pekena teh o ais?
tapi aku ske milo tabur

Berto berkata...

milik siapakah gadis di atas ini? Cacau ke?

Jimmy Stracqualursi berkata...

10 german bombers eh? kita tengok sapa yg kena 'bom' nanti.

sarah brandner ni cam juling sikit ler pulak. tapi comel tak ingat nye la.

adijaya berkata...

bagus la lucius ni, post beliau selain kreatif dan sedap dibaca, juga attractive dengan foto awek yg cun.

Deutsch wird nicht scheuen, den Feind zu sehen.

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni semua melayu bleh ckp german...thanks to google!

Unknown berkata...

Rooney mmg loser, lepas nih dia bench, percaya la cakap aku...

Tp belum terlambat utk sesiapa yg sokong jerman ni utk tukar team...gi la sokong slovakia ker, USA ker, or even Ghana sekalipun sbb team2 tuh sekurang2nya ada lebih peluang utk mara lebih jauh daripada negara suku sakat Hitler nih...

Beer Hall Putsch?...kejadahnya?

Alexia Aqram berkata...

ok lucius. lepas dah setel dgn inglen tu, jangan lupe halo-halo orang arjentina kat sini okay?

kitaorang menunggu.

Ahmad Afif berkata...

aku suka dengan jelingan sarah yang tak mampu bertentang mata dengan aku lama lama. ah perempuan memang macam tu.

adijaya berkata...

apa cerita finalist 2006? semua packing awal. aku respect kat host 2002, semua masuk 2nd round.

malaysia bila nak masuk PRE-QUALIFYING world cup? please la FAM, just masuk pre-qualifying je, kami rakyat malaysia tak berharap pun nak masuk group stage yg ada 5 team yg dibagi kepada group A dan B tu. tolong la realisasikan harapan kami. kami memohon dengan sepenuh hati.

Jarr berkata...

Kepakaran German dlm peperangan selari dengan ekonomi.Cuma sedikit ketidaksabaran Fuhrer menidakkan German utk menjadi kuasa dunia yg mutlak.Tapi selepas perang German tidak berhutang utk build up balik negara yg musnah teruk hasil serangan pakatan puak puak boneka yahudi mabuk dlm telaga.

Dan kejatuhan Empayar British hanyalah satu rancangan Capitalist mereka sendiri utk mengaut untung.Cuba tgk negara sosialis mcm German?Ade mereka kecoh2 mcm Si Tua Winston Churchill tu?

So game Ahad nanti kita akan lihat bagaimana Aryan Rojak ni mengebom skuad suka berangan, Inglaterre.

Allemane v Inglaterre, malas nak ckp berapa kena, sendiri tgk.

tapi arini secara rasmi team aku dah berada di airport nak balik Rome.Arghhhhhhhhhh.

Pet Shop Boys berkata...

German akan menang, jangan takut..

Cukup2lah tu pasal bola Malaysia dan FAM..Malaysia takkan ke World Cup sekali Thailand, Indon, Singapore, Vietnam tak ke World Cup....

Unknown berkata...

aku rs slovakia mng world cup... sbb diorg blaja ngn Harimau Muda... hahahha

Tp aku ttp sokong Germany

talkIZcheap! berkata...

@lucy: masalahnya, team eropah tak pernah menang werl Kap lagi kat luar eropah... bkn England je yg jaguh kampong... [w/pon mgkin England la jaguh yg paling kampung, huhuhuhu...]

@adijaya: South Africa ialah host pertama yg tak layak ke second round...

Zinedine Zaiddin berkata...

@Azri:

Aku pun rasa macam tu laa..patut la perform semacam aje team slovakia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...