ANDA SEDANG MEMBACA

26

Bola Malaysia dan Bola England – Masalah yang Sama

Obefiend Weiland Isnin, Jun 28, 2010 ,
Entry terakhir menyentuh England dari aku.. TOBAK LILLOHI

England mampus diblitzkrieg oleh German semalam. Seperti biasa coach menjadi bahan celaan wartawan sukan di England. Rata-ratanya mahukan Capello dipecat dari jawatan yang dipegangnya sekarang. Nothing but a win is good enough tempik mereka dari muka belakang akhbar harian seperti Daily Mail, The Sun dan Epsom Daily Enquirer.

Itu wartawan

Bila ditanya para penyokong pula lain pula jawapannya;

“Saya lihat pemain sekarang tak ada semangat menyarungkan jersey 3 singa! Tidak seperti Bobby Moore dan Sir Stanley Matthews” - David Greenfield (Surrey)

“Mana nak ada semangat! Asik berzina dan kelip-kelip (bling-bling). Gaji tinggi tapi main tak sebaik mana!” - Alan Blackstone (Sutton)

“Masa nyanyi lagu kebangsaanpun tahu pemain kita takde semangat patriotik! Jangan bagi mereka main untuk England lagi” - Jonathan Gardner-Moss (Worcestershire)

Antara yang kuat disental peminat England ialah saudara Roo-ins, Stevie Me, John Tiger Terry dan Emille Whiskey. Semua pemain diatas yang 3 minggu sebelum ini diberikan gelaran Generasi Emas oleh media cetak England. Rooney for example sebelum ini dikatakan antara 3 pemain terbaik dunia kerana kehebatannya menjaringkan gol.

Actually masa Roo-ins memenangi PFA Player of the Year aku ada tulis di Sokernet tentang betapa WTFnya kemenangan beliau. Macamana lah pemain yang assist , jaringan per minute dan open play goal yang kurang dari Didier Drogba boleh menang. Dari situ kita boleh lihat bagaimana Wayne Rooney diletakkan diatas PADESTAL padahal dia hanya layak diletakkan diatas bahu jalan. No! Rooney isn’t that good. Same goes to the rest of the team. But hey media UK memang terkenal dengan hiperbolik dan hobi memuji player berlebih-lebihan.

Anyways kegagalan England banyak paralelnya (keselarian?) dengan bola Malaysia.

Di Malaysia kalau kamu perasan kita gemar mengungkit kegemilangan zaman dahulu kala. Asik-asik nak recall the days of Soh Chin Aun, Santokh dan Mokhtar Dahari. Lagi-lagi cerita “dulu Korea jadi ratahan kita sahaja”. What the fucking fuck? Malaysian memang suka benda nostalgik? Apa bedanya kita dengan peminat England dan retorik “1966 we beat the Fritz” mereka?

Suka benar berpaut pada masa lampau. Masa zaman 90’s yang kita sekarang setuju ialah zaman RENAISSANCE bolasipak Malaysia pun abah aku kutuk pemain kita. Zaman tu Mubin Mokhtar laju macam sial. Bapak aku cakap dia still tak sebagus Ghani Minhat. Banyak lah lagi player yang kini KITA aggap sebagai bloody legends bagi abah aku tak bagus mana. Bila semua pemain tadi terbabit rasuah makin happy abah aku ngutuk.

I think kita , macam penyokong England kena realistik dengan realiti. Korea dan Jepun dah jauh lebih bagus dari kita. England pulak kena terima Zee Fritz Von Krauts pun jauh lagi bagus dari derang. Start dari sekarang kita lupakan sejarah lalu. Anggap 2010 sebagai year zero.

Apa yang kita ada sekarang jadikan baseline. If its the nadir of our team then so be it. Nothing we can do would change that. No point of comparing it to ye olden day will make them be any better. Bermula dari hari ini kita pertingkatkan kualiti SOKER dinegara kita. The only way to go is up bak kata orang Sakson.

UK already did the right thing by getting rid of Lord Triesman. Kita bila lagi nak get rid of Sultan Bola? Di UK Triesmen kantol menuduh Spain dan Russia membeli delegasi ketika bidding menjadi hos Piala Dunia 2018. Ada tak wartawan kita berani go undercover dan exposekan kefakapan yang MEMANG ADA dalam FAM? Kamon! Bila lagi mahu jadi hero negara?

p/s : KAMON ORANJE!!!

26 Ulasan:

fikiranlicin berkata...

lu mula, gua sapot lu beb

Aqram berkata...

Protes sultan bola!
Booo sultan bola!

-zAp- berkata...

coach korea skang adalah player yg kalah ngan team malaysia tahun 1980, tp bw korea msuk wc.apsl player malaysia yg mng tahun 1980 ngan korea x nak jd coach malaysia?MAYBE kita ada chance kalo ex-player yg ada experience dlm big game jd coach malaysia

kucing berkata...

gua sapot gk.

tp ape mksd tobak 'lillohi' tu??

millo berkata...

stuju sgt2 england ngan malaysia sama je

aFiQ berkata...

@Zap: Good point bro..ni kte pnye ex player yg dolu2 x hbis2 borak jer..generasi skrng main x bersemangat la..itu ini kata dorunk..cbe korunk bwak players kte skunk ni tgk..maradonna brani buat, apsal korunk dok tgk dri jauh jer kn..

aranhellstorm berkata...

beb, kat fb ada dah group 'presiden FAM sila letak jawatan', cuma gerakannya dlm bilangan yg ciput, momentum belum memuncak barangkali

zan berkata...

Coach kita bukan takde dari kalangan ex-player. Soh Chin Aun contohnya. Siap jadi Manager lagi. Tapi dia take over separuh jalan dari KJ dan bila team tu flop, dia kena jadi kambing hitam..letak jawatan.

Tu belum kira ex-player yang di"mati"kan karier pasal kes rasuah 1992-1996 demi untuk selamatkan beberapa orang yang dilindungi payung "kuning" dari langit. Abih camno?

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

kami tetap hormat Sultan as a leader for our country...

tapi... kami xnk ade campur tangan sultan lagi dalam bola sepak...

ia hak rakyat... dan tolong jgn politikkan bola sepak...

mohon ampun beribu-ribu ampun...
sembah patik harap diampun...

Jarr berkata...

Terbaik Obe.Good entry.

Tobak Lillahi tu maksudnye mcm ni la lebeh kurang, "Tobat weihh..sumpah ni last gua petik bab Inglaterre,pasni gua citer pasal Allemane plak"....mcm tu la..ke guane Obe?

adijaya berkata...

FAM takkan dapat presiden baru kalau ahmad shah belum mangkat. dan bola malaysia takkan naik kalau mamat sekor ni tak sedar-sedar diri.

Kap berkata...

rasuah wang.
rasuah kuasa.
penyakit bola sepak.

satu lagi penyakit tak sedar diri.
tak sedar orang dah tak suka, duk situ lama lama.

Alke berkata...

sultan bola hampeh. pentadbiran FAM bangang.

Sang Harima berkata...

sokernet buat. lepas tu antar emel dekat FAM. macam entri Astro tempoh hari. Astro kalah dengan sokernet beb.. dalam iklan piala dunia, siap tulis, ulasan ada dalam Bahasa Melayu..

amacam??

Pet Shop Boys berkata...

satu artikel yang bernas, baik dan terpuji.

amANI berkata...

Kesimpulan yang boleh dibuat dari mengkompare Liga England dengan Liga Malaysia adalah seperti berikut:

1. Player import dapat menaikkan jumlah bilangan penonton, mengkayakan syarikat penyiaran dengan jualan hak penyiaran dan meningkatkan taraf ekonomi pemain bolasepak negara, tapi rakyat terseksa dengan tiket mahal dan mutu pemain tempatan tetap sama sebab kurang bermain dalam kesebelasan utama atau hanya bermain untuk pasukan yang lemah.

2. Player import memundurkan mutu dan kualiti pemain pasukan negara asal sebab tak semua berkualiti tinggi bila bermain bersama dalam pasukan negara. Frank Lampard mengharapkan penyerang tengah licik seperti Drogba di depan pintu gol, tetapi yang menyambut bola adalah si katik Rooney. Kan sedih tu?

3. Jurulatih tempatan lebih patrioritik dan boleh meningkatkan semangat juang berbanding mengupah jurulatih import. Hanya dengan peluk cium dari Maradona, pemainnya lebih bersemangat dan bersatu. Tak gitu?

4. Ketinggian dan saiz fizikal bukan lagi faktor UTAMA. Tapi purata untuk pemain bolasepak adalah 170cm. Yang penting adalah kecergasan tahap tertinggi dan kemahiran bermain bolasepak. Tinggi macam Terry tapi lembab berlari buat apa kan?

Sekali sekala kita tengok dari sudut lain ok jugak ye dak? Tak la semua salah di atas batu jemala Sultan Bola.

Sekian.

talkIZcheap! berkata...

'p/s' tu yg takleh blah...

ayobkelubi berkata...

satu lagi

EPL ada main dlm salji, LIGA M main dalam errr semak samun?.

Pet Shop Boys berkata...

Peminat England yg support England dalam World Cup come onlah...

U know England will never win WC.

So why support England? because we want to...

Bila support Inggeland its not aboung winning, its about supporting your feveret team.

jadi bila England gagal, tak perlulah depressed sangat ok. Jangan kecewa sangat.
its a well known fact that England punya team memang takkan pi ke final dan menang world Cup...

Jarr berkata...

Korang jangan serius sangat bleh tak?Stress aku lah..ni nak aku nak tanya, mana nak cari vuvuzela?anak aku duk tanya benda alah tu lah..tensen aku mencari..

Pet Shop Boys berkata...

Amcorp Mall ada vuvuzela...tapi harga tatau berapa. kaat kedai tingkat 2.

frwls berkata...

mana boleh expose obe weh. menderhaka tu hukumnya

kareem berkata...

kedai tingkat 2 sebelah al-ikhsan tu ke?

Besi Karat berkata...

kat danau kota ada jual vuvuzela bang.

p/s: kamon oranje!

Pet Shop Boys berkata...

ada al ikhsan ke situ? entah...

Heysátan berkata...

ape yg ko 2lis ni syaiton, mcm haram jadah, taip pun salah eja, perkataan x sesuai ngn ayat..x khatam ke...ckp konon2 rase diri power tp kayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...