ANDA SEDANG MEMBACA

21

ENTRI LANJUTAN PERIHAL ASTRO

Pada mulanya saya hendak balas di ruangan komen,tapi banyak point penting yang saya fikir perlu di kongsi menerusi entri.

Terima kasih kepada winkerthinker tentang komen beliau.

Tapi saya menolak komen sebegini.

Berikut adalah penjelasan saya;

1. Semangat kemelayuan
entri tersebut tiada kaitan dengan semangat kemelayuan. Ini virus keliru yang menular di kalangan kita. Ia isu patriotism,yang mana bersifat nasionalis,bukan perkauman. Maka kalau Mandarin jadi bahasa rasmi, saya menyokong bahasa Mandarin.

Bila saya sebut Bahasa Melayu, maka ia bahasa rakyat Malaysia seperti dalam perlembagaan.

Tiada kes ketuanan Melay, isu kepartian, atau sebarang isu ketuhanan samasekali.

Saya fikir isunya jelas yakni;

1. Astro bertanggungjawab 'mendekatkan' rakyat dengan programnya.
2. Piala Dunia sepatutnya dinikmati oleh semua orang secara sama-rata.

Itu saja.



2. 2X5 dan tanggungjawab.
Ini satu lagi virus masyarakat kita. Bila menegur,dicari kembali salah si penegur lantas mungkin hanya nabi sahaja yang boleh menegur bangsa kita kerana secara logiknya semua manusia ada berbuat salah.

Begitupun, dalam aspek 'tanggungjawab' bolasepak tempatan, saya MENOLAK laman sokernet 'dipertanggungjawabkan'.

Apa kes ni? mana gaya fikir kamu semua ni? Nak banding sebuah persatuan (FAM), atau institusi korporat seperti Astro dengan sebuah blog yang dibikin sukarela?

Bila blog sukarela ni menegur, pantas disuruh bertanggungjawab lantas melepaskan pihak-pihak YANG SEPATUTNYA lebih bertanggungjawab.

Jadi contoh? My ass jadi contoh. Kenapa Sokernet perlu jadi contoh? Kenapa tak tunding kepada Astro yang langsung tidak menjadi contoh? Atau mana-mana institusi yang punya lebih KUASA, MODAL dan KEUPAYAAN?

Astro bertanggungjawab kerana mereka mengutip duit. Institusi lain bertanggungjawab kerana mereka ditubuhkan UNTUK BERTANGGUNGJAWAB.

Sokernet? Apa cerita pula sokernet nak bertanggungjawab? Kami hanyalah peminat.

Ewah-ewah, bila bersuara ditunding balik salah-salah blog kecil ni. Aik, tiba-tiba Sokernet jadi sebesar Astro ke apa?

Sekali lagi saya menolak SOKERNET dipertanggungjawabkan untuk patriotism bolasepak negara. Itu bukan tanggungjawab kami. Ada badan-badan yang lebih besar yang perlu memikul dosa ini. Badan-badan itu secara jelas samada menggunakan wang rakyat atau titik peluh masyarakat.

Ke saya seorang sahaja yang merasakan begitulah kelakarnya bila ada suara menyuruh sebuah blog yang tidak punya sebarang kuasa, wang dan kelayakan untuk bertanggungjawab.

Sehingga itu, teruskan kalian mengeluh sokernet banyak memuatkan entri parodi EPL. Syaa tidak mahu mendoktrinisasikan pengulas-pengulas Sokernet.Mereka bebas muatkan apa saja entri dan kalau tiada cerita bola tempatan, itu hak mereka.

3. Entri ini bersifat penjelasan, maka mohon maaf kepada winkerthinker jika terkasar bahasa, adapun bahasa yang kasar diatas tidak ditujukan kepada anda per se tetapi kepada senario yang hendak saya perbincangkan. Terima kasih sekali lagi atas komen anda.

Dan kepada Astro, jari tengah masih belum diturunkan.

21 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
HafizChan berkata...

Gua kecik hati
Sangat sangat kecik hati.

Sampai hati Lisa Suri tak goreng nasik untuk gua...takpelah

Cob Nobbler berkata...

Habis tu,lawatan-lawatan si Lucy temuramah dengan Carlo Anchelotti,dengan skandal Marion Caunter,semua dongeng lah?

Aku ingatkan betul-betul la..kah kah kah!

lol

Sang Harima berkata...

hmm.. Gua bukan nak bekap astro, tapi dia juga ada usaha dia dalam menaikkan liga Malaysia. Nak buat dua live dalam satu minggu yang belum pasti orang tengok, berat jugak gua rasa,

tapi apa-apa pun, pihak kapitalis mestilah melihat untung yang banyak disebalik pengorbanan yang sedikit.

r.k berkata...

sang harima , jangan terkeliru . 2 live dalam satu minggu yang belum tentu ada orang tengok ..
scene kampung-kampung dan taman-taman masih menebal pada pasukan tempatan .

Astro buat macam tu pun sebab nak suruh orang subscribe supaya boleh tengok match hari Selasa . Apa lah salahnya kalau RTM ( Govt ) adakan live untuk perlawanan hari Selasa ?

Tak rugi rasanya kalau Sabtu dan Selasa jadi hari Sukan . Tv1 dan Tv2 jadi penyiar . 4 match seminggu . rugi ke ? Rugi dekat mana ? Penonton masih ada . Dorg jarang pergi Stadium sebab permainan hampeh . Tapi hasrat nak tengok game tu masih ada .

daripada
Isnin = diskusi
Selasa = diskusi
Rabu = Drama
Khamis = Ceramah
Jumaat = Diskusi
Sabtu = Drama
Ahad = Hiburan

Kalau dok cakap fans tak turun Stadium tak true , rugilah penonton . Permainan hampeh tu belum kira player yang sental rasuah !

ayobkelubi berkata...

saya menyokong hujah r.k

kalau diperhatikan tv percuma kita ni banyak sgt disogok dgn propaganda dan hiburan.sedikit sgt disajikan dengan sukan.

dulu rtm boleh buat road to wembley kan?.sekarang kenapa tak boleh dah?.

sekurang-kurang jika ada tayangan secara live akan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi peminat untuk turun kembali ke stadium.

terima kasih.

SocketWorld berkata...

Astro : "cadangan korang kat blog ni mmg BOLEH (Malaysia boleh, Astro boleh!).
x de hal punya........ kitaorang boleh buat.., tapi 1ASTRO je, kitaorang "NAK UP" bayaran langganan kitaorang..

kitaorang akan tambah 1JUTA channel tuuu....!!!

bola,badminton,hoki, gimrama,boling padang, tarian balet,renang berirama, lompat kijang, lompat rusa, lompat zirafah, congkak, teng-teng, sampan longkang, dll(korang isi la sendiri)"..

P/s : oh btw, judi haram eh silap.. 'judi halal' (ni pun kira sports jugak) pung kalau korang berminat boleh la kitaorang bg FREE 1channel..

Ahmad Belia berkata...

astro best apa. monopoli tu normal pee dalam kapitalisme. seronok jugak jadi mangsa kapitalisme ni.

rock laa sikit. keh keh keh

Obefiend Weiland berkata...

aku selalu jek buat parodi FAM . penyokong malaysia dan Johor FC

apahal lak takde penulis sokernet buat penulisan tentang liga M

lol

btw

aku bukan tak nak nganjing liga M. tapi penyokong bola malaysia ni sensitif bila team dia kena jentik. kalau buat main team dia emosi macam taik.

take for example aku anjing ARSENAL dan edit logo arsenal awal tahun ni. BAPAK AH EMOSI. sampai maki mak bapak aku. maki aku pasal aku ni belajar tahap diploma aje. tak layak nak tegur arsenal si professor.

habis ah maki aku atas bawah.

cuba.. just for example aku menganjing KEDAH dan KELANTAN dalam liputan liga M..gua rasa gua kuar rumah kena pakai bulletproof vest sial.

ayobkelubi berkata...

obie : lu biar betul bai?. kevlar helmet pun kena pakai.derang sekarang target kepala jek pula.

hadoiyaii,dah team main maca taik.kenalah tahan jek hati tu.

gua sendiri pun nganjing LIVERPOOL ngan SELANGOR gak.hahahahaha..

ymn berkata...

Kita ni bercerita dari dunia tempurung.
sedangkan Mereka melihat dunia dari mata burung.
mmg dasar org kita or org melayu .
bab bab berdebat ..dr kedai kupi sampai ke blog.
hujah berjelah jelah. pdpt berlipat lipat.
sudahnya kita tak kemana.
any way it b 'goods'.adalah sikit inteleknya.
lecture saya pernah kata ..
kita nie bab bab politik , debat , berhujah, sampai pagi , berkepul kepul asap rokok ,
time jwb exam , sudahnya tak kemana.

..lu pikir lah sendiri .
apa kata kita cerita balik pasal bola.
England vs Slovenia
Italy Vs Slovakia
german vs Ghana
Nigeria vs korea
Japan vs denmark

Sang Harima berkata...

Gua sokong lu r.k. RTM memang celaka. Sembang bola pukul 12.30 malam.Gua dah lama tunggu RTM buat macam yang lu nak. Last-last ad Astro Arena, ok lah tu.. Bukan ada Arena dulu baru ada Astro kat rumah gua.

Bro, gua jugak bosan gila tengok Terengganu main dalam tv, tapi kalau tengok stadium, rasa dia lain.. try lah sekali. Tapi tak silap gua, lu ni local fans jugak kan?

Luca DK berkata...

tapi paling gua rasa benda paling true kat sokernet ni ialah bilamana holden caulfield ajak wat liga sendiri dulu.. tu baru2 true.. wat liga sendiri.. keh keh keh!

holden, ape cerita liga sendiri lu tu? takde dengar cerita pun?

Pet Shop Boys berkata...

tak suka ASTRO langganlah MEGA TV, no problem....

Pet Shop Boys berkata...

Holden Caulfield nak buat liga sendiri? hahahaha....

Besi Karat berkata...

obefiend,
"aku bukan tak nak nganjing liga M. tapi penyokong bola malaysia ni sensitif bila team dia kena jentik. kalau buat main team dia emosi macam taik."

sokong!tgk ruangan sms kat suratkhabar kosmos,metros penyokong liga M punya gelagat.
kahkahkah!

yusuf mujahidin ™ berkata...

like this!

hahaha

winkerthinker berkata...

salam semua..saya rase terpanggil untuk mencoretkan sesuatu diruangan comment utk entry ni sbb saya rase sebagai seorang penulis saya bertanggungjwb terhadap penulisan/komen saya terdahulu. tp izinkan saya menulis dlm bentuk point lebih mudah agaknya.

1. Saya terima sebulat hati semua ulasan bro Nazri dengan positif.

2. Tabik untuk semua pengulas SOKERNET atas usaha keras utk blog ni. rasenya kt msia ni takda lagi blog seumpana ni. Seriously aku mmg respect kat hangpa suma.

3. Tentang sokernet dipertanggungjawabkn utk kemajuan bolasepak negara, saya tidak menuding jari atau mempertanggungjawabkan SOKERNET terhadap perkara tersebut. Hanya memberikan cadangan kecil untuk kembalikan pupuk minat terhadap bola sepak tempatan. salah satunya sbbnya blog ni ada pengaruh besar. itu kelebihan yg saya nmpak.

4. Kdg2 saya terfikir smpai bila kita nk tgk bola dkt kedai mamak?Bilakah masanya utk kita turun stadium ramai2 tgk bola tempatan?Main buruk ke cntik kalo kite x sokong sapa lg nak sokong?nak harap abbas saad?hentikanlah.x payah dah maki astro & byr bil yg cekik darah.

5. Tp sy percaya kalo ramai turun stadium tgk hardi jaafar main, dia pn semangat nk main.silap2 skil ronaldo sume keluar.

6. Bak kata Obefiend org kita cepat melenting kalo kutuk pasukan tempatan cntohnya peminat Kelantan. Tp dari segi positif, kite patut cntohi org2 ni kurang2 diorang ada semngat pasukan negerian. Saya yakin kalo fan arsenal tunjuk jari tgh dkt fan liverpool diorang pn melenting. senario sama. tp bab bakar kerusi & jip polis kite jgn ikut la.

7. Akhir kata, ikhlas saya mohon maaf secara terbuka terhadap semua terutamanya pengulas SOKERNET jikalau komen saya terdahulu bisa memanaskan hati yang sedang berbunga2. Biasa la kan sedangkan lidah sendiri pn tergigit. Kadang2 bgus ada perbincangan 2 hala.

8. 1Malaysia! Aman, tiada perang!0-0 k. ;)

Sorry byk makan space.

r.k berkata...

ghua tak deny yang pergi stadium tgk bola feel die lain , lagi-lagi kalau bila team kita kalah dan brader sebelah cakap " kembung poket budak no 23 tuh malam ni " .

get it ? harga tiket stadium bukan makin turun , tapi makin naik .

tapi Alhamdulillah setakat ni , ghua dengan bapak ghua kalau takde hal lain memang tak miss home match .

Pet Shop Boys berkata...

oklah, aku maafkan kau winkerthinker....peace

oni berkata...

winkerthinker my ass lu adalah sangat cantik dan berbunga2. gua minat bila lu jawap balik dan tidak melatah. gua bagi 5 bintang untuk tindakan global ini.

psst...tak payah la selalu2 bikin panas, nanti sakit jantung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...