ANDA SEDANG MEMBACA

24

Piala Dunia & Malaysia

Lucius Maximus Selasa, Jun 22, 2010
In your World Cup, siphoning your moneyzzz



Obefiend telah melakukan sepak mula dengan menghentam monopoli Astro dalam siaran Piala Dunia dan tindakan mereka melantik Tony Cottee serta Abbas Saad sebagai pengulas jemputan Astro.

Nazri pula dengan bijak menyambut hantaran Obefiend dan mengulas lebih lanjut isu monopoli Astro serta penggunaan bahasa Inggeris yang melampau.

Malam tadi aku sempat berbual dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr M (wassup doc?). Hasil dari perbualan itu Tun Dr M telah berkongsi pandangan beliau.

Kata Tun Dr M, tulis guna point, baru stylo gitu.

1) Bolasepak memang tidak dinafikan asalnya adalah sukan rakyat. Sebiji bola, beberapa pemain dan padang adalah cukup untuk memulakan satu permainan bolasepak.

2) Association football (dan kod bolasepak lain) yang muncul ketika era Victoria dan Revolusi Industri memberi peluang kelas proletar di Britain bergiat dalam sukan yang murah dan mudah, alternatif kepada golf, polo berkuda, badminton dan boling padang yang merupakan sukan eksklusif aristokrat.

3) Ia turut dimainkan di Amerika Selatan oleh imigran Eropah yang kebanyakannya kelas proletar di sana lantas memupuk perkembangan sihat bolasepak di benua itu.

4) Tetapi hari ini oleh kerana minat global dan status sebagai sukan nombor 1, bolasepak adalah industri sukan yang mencecah angka bilion jika tidak trilion dolar.

5) Lumayannya sukan bolasepak ini menarik minat kapitalis untuk melabur dalam sukan bolasepak. Nike, adidas, Visa, Coca-Cola, McDonalds dan di Malaysia ini Astro serta Maxis adalah contoh konglomerat yang bergiat cergas dalam bolasepak kerana fulus.

6) Piala Dunia dibolot Astro kerana syarikat ini ada keupayaan dan sumber untuk membayar siaran Piala Dunia. Kita dikaburkan dengan kata-kata Maxis sebagai ‘penaja utama’ tetapi yang sebenar ianya dibayar oleh bil bulanan pelanggan Astro dan Maxis. ‘Committed to the Game’ Maxis sebenarnya adalah kerana komitmen Maxis untuk buat duit.

7) Tetapi kita tidak boleh lari dari pengkomersilan bolasepak. FIFA sendiri menganjurkan Piala Dunia hari ini kerana ianya sumber wang saku untuk mereka bukan sekadar atas semangat bolasepak dunia ketika zaman Jules Rimet dulu.

8) Maka idea merakyatkan bolasepak tidaklah wujud dalam Piala Dunia. Piala Dunia ialah temasya sukan global yang dijana oleh sumber kapitalis bagi menjamin pendapatan buat kapitalis. Ianya ‘dari kapitalis, oleh kapitalis, untuk kapitalis’. Ini juga merangkumi acara bolasepak lain seperti Champions League, EPL dan Liga Super Malaysia.

9) Kalau pun ada bolasepak sebagai temasya rakyat, ianya adalah apa yang kamu mainkan waktu petang bersama rakan-rakan di padang awam, yang dimainkan oleh anak-anak Afrika di padang tak berumput, yang dimainkan oleh amigos di Amerika Selatan di celah-celah lorong atau yang dimainkan remaja Eropah di atas jalan jika tidak cukup padang.

10) Namun perbezaan bagaimana Indonesia siar Piala Dunia di saluran percuma dan Malaysia pula lebih di saluran berbayar adalah kerana polisi kerajaan dan kehendak ekonomi.

11) Di tanah Bung Karno sana penyiaran media elektronik adalah liberal. Apa guna buat saluran berbayar jika tukang tombak kelapa sawit di Kalimantan senang-senang pasang parabola di belakang kuarters pekerja ladang?

12) Lantas di tanah Bung Karno siaran Piala Dunia diadakan di saluran percuma (TV terrestrial lah!). ‘Dibayar’ oleh syarikat-syarikat penaja yang banyak kerana faedah dari tajaan itu ialah produk mereka ditonton oleh ratusan juta rakyat Indonesia. Nampak macam dirakyatkan, nampak je macam.

13) Di Malaysia penyiaran media elektronik kita tidak liberal. Polisi kerajaan membiarkan Astro sebagai monopoli. Ia konon ‘ditaja’ oleh syarikat penaja yang lain tapi sebenarnya sumber kewangan utama ialah dari duit poket pelanggan Astro sendiri.

14) Macam aku sebutkan tadi, Piala Dunia adalah ‘dari kapitalis, oleh kapitalis, untuk kapitalis’. Tapi di Malaysia ia menjadi lebih unik kerana struktur ekonomi kita.

15) Apa struktur ekonomi kita? Kapitalisme? Betul tapi kurang tepat. Ianya kacukan kapitalisme-feudalisme. Ini kerana ekonomi kita kapitalis tapi politik kita feudal.

16) Oleh kerana ini blog bolasepak saya tidak mahu cakap pasal ekonomi dan politik. Tapi cukup saya gambarkan dalam sistem feudal, para petani (rakyat) bekerja di ladang milik tuan tanah (bangsawan) tanpa sebarang pilihan. Adakah kita mempunyai pilihan lain selain Astro yang mengkayakan bangsawan (Ananda Krishnan)?

17) Aku sebut Ananda Krishnan sebagai bangsawan kerana bangsawan ini dalam sistem feudal adalah kelas yang menyokong raja dan disayangi raja. Dalam konteks Malaysia hari ini kaum pemodal atau kapitalis ditatang ibarat minyak yang penuh oleh kerajaan. Kalau tidak masakan mereka diberi hak monopoli? Macam bangsawan zaman feudal monopoli tanah pertanian.

18) Maka cakap-cakap bahawa tidak patut Astro monopoli siaran Piala Dunia dan RTM patut tayang lebih perlawanan adalah sukar untuk direalisasikan kerana kerajaan sendiri mahukan ianya begini. RTM menayang sedikit perlawanan adalah sebagai gula-gula untuk menyedapkan hati rakyat.

19) Tapi tidaklah aku bermaksud kita jangan tonton Piala Dunia. Itu hak masing-masing dan tidak salah pun jika mahu tonton temasya buat duit oleh kapitalis. Lagi pun dalam dunia moden ini mustahil untuk kita lari dari duit dan kapitalisme. Maka tontonlah di Astro atau RTM atau kedai mamak lengkap ber-Astro.

20) Cukup 20 point. Tun Dr M pesan jangan lebih 20 point, nanti lawan tauke! Besok-besoklah aku cerita lagi. Nak komenlah kalau mahu!

24 Ulasan:

adijaya berkata...

kat indonesia rakyat mereka boleh tgk world cup free. aku ada beberapa gambar untuk dikongsi, tapi nak upload mcm mana ye? tak reti sgt html ni, kalau ada sesiapa yg boleh tolong.

Pet Shop Boys berkata...

Second!

Besi Karat berkata...

ini point yg bagus!

Jarr berkata...

damn true.
thats why Socialism itu Indah..
wheeeeeeeeeee

Pet Shop Boys berkata...

Ulasan yang bersahaja tetapi informatif dan sangat adil buat kapitalist dan ape entah lagi.

Sekali lagi syabas untuk Maximus.

Holden Caulfield berkata...

jarr:sila baca Liverpool Docker's Strike.
Kota UK paling ramai yang sosialis adalah Liverpool.

Hmm,aku rasa dingin dulu pernah tulis pasal World Cup 1982 - rakyat Malaysia menaja sendiri World Cup.Tau tak kenapa ASTRO ni sekarang berkuasa?

Sebab rakyat Malaysia sendiri yang biarkan mereka berkuasa.Ingat tak - mungkin dalam poket kita ada 2 ringgit - tak mampu nak beli nasi goreng pun,tapi kalau sekiranya kita bersatu,kita boleh jadi kuat macam apa yang berlaku di pinggir River Mersey circa 1995-1998.

Tapi - kita bersatu di bawah ASTRO.Semua rakyat Malaysia nak beli ASTRO.Jadi,memang bertambah kuatlah ASTRO tu.

Aku pernah bercakap pasal Liga Lembah Kelang - tapi gua kena gelak.Kena kutuk lagi.Sebab gua dituduh gila isim nak buat idea "dari rakyat untuk rakyat oleh rakyat".Seolah-olah bunyi macam "rakyat mana ada duit,mana boleh buat apa-apa".

Bila rakyat memandang rendah sendiri kat kuasa rakyat - gua tak boleh cakap apa lah.Hands off je la.

Lagi satu - kalau lu orang baca gua - banyak kali gua tulis,ESPN jangan Englandkan kami.Apa kes aku ni butthurt sangat dengan England ni?Aku pun pernah duduk kat sana dulu - tapi penduduk England sendiri hakikatnya,tak layan EPL macam nkoram sangkakan.Dorang lagi layan game Divisyen Championship dan kebawah.Sebab tiket mahal.Nko bayangkan tiket paling cikai kat Emiriates tu macam seminggu gaji,sape nak datang?

Sebab tu jangan buruk sangka lah kalau nko kata fan bola England sokong team EPL.Half true sebenarnya.

Sebab dorang pun dah macam kita - semua nak diSKYkan.tapi at least dorang ada BBC,ITV - at least ada gak dorang dapat tengok TV.

Nerzhul berkata...

masuhk channel sport sbulan je. abis world cup potong balik. hahaha

pakkordi berkata...

Nak tengok Astro free 24/7? Kasi nama anak Ahmad Astro.

Kuwe berkata...

hahaha. dari kapitalis oleh kapitalis untuk kapitalis. dan kita semua muflis. muflis sukan muflis penyiaran.

Mirrul berkata...

jari tengah juga untuk pengulas perlawanan brazil-ivory coast di astro yang kerap kali membuat bunyi yang menjengkelkan. dah dua tiga perlawanan aku dgr dia buat bunyi sama.

j or ji berkata...

setuju dgn mirrul. bunyi macam dia mengisap air liur.cam gampang.

ayobkelubi berkata...

barangkali lucius pernah bekerja sebagai ejen ASTRO di pasaraya dulu.

gurau jek lucius. :D

FdausAmad berkata...

Gua risau bunyi berkenaan hasil isapan benda lain...

Gua dengar 4 orang pemain Korea mintak suaka politik, masing masing takut nak balik Korea utara. Risau kena hukum tembak.

ayobkelubi berkata...

jenis bunyi stok macam tarikkkkkkkkkk paipon jek. hahahaha..gua ingat ada bong ah bawah meja derang...comercial time jek tarik sedapur. hahahahahahah

Alke berkata...

"Dalam konteks Malaysia hari ini kaum pemodal atau kapitalis ditatang ibarat minyak yang penuh oleh kerajaan" - tepat!!!

R.K berkata...

Ahmad Astro Bin Pakkordi ? wakakaka ~

pakkordi berkata...

Astro Van Kordi la wey.

Pet Shop Boys berkata...

Aku setuju dengan idea Holden nak buat Liga Lembah Kelang....ok how should we start?

AMMOSHAM berkata...

gua sokong astro. kapitalis itu indah.

Anak Abdullah berkata...

liga lembah kelang tu..aku tunggu je bila nak on...haha

Luca De Ketiak berkata...

gua tawarkan kedai gua sebagai markas untuk gerak mula untuk liga lembah klang tu..

hah! holden. jangan cakap takdak orang sapot. skang ni gua nak tengok, lu memang power dan amatlah bernas memberi idea, hope keje lu pun kena sama gak la.. tak gitu?

so, langkah seterusnya apa holden? gua sentiasa tunggu lu. pepehal emel gua.

Jarr berkata...

Dulu dah ada Liga KL aka Lembah Kelang.Team top time tu Beringin FC,Bangsar ngan Kerinchi.Time tuh ramai talent, pastu takde support lepas 2-3 season, ramai player beralih kepada aktiviti balut.Sudahnya semua takde gigi dah skang...sayang talent hancur mcm tuh jer..

pokok pangkalnye dari akar umbi itu sendiri.rombak semua mula balik amik mereka yg ada passion utk menaikkan bolasepak negara.Kita mula dengan Nazri dan Lucius, boleh lepak Green Elephant.wheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Holden Caulfield berkata...

kedai nko kat mane luca de ketiak?

Nazri berkata...

ah, Luca dengan astro sama je perangai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...