ANDA SEDANG MEMBACA

24

Geng Burung Kiwi Yang Suka Buka Baju!

Lucius Maximus Isnin, Jun 21, 2010


Perlawanan malam tadi memang terbaik. Aku klasifikasikan sebagai greatest upset Piala Dunia 2010 setakat ini, melampaui Switzerland tapau Sepanyol, Serbia tapau Jerman atau Algeria ikat England.

Macam mana geng burung Kiwi ini boleh maju sebegini hebat boleh dinilai mengikut sumber data yang berikut:

Ranking FIFA

Ogos 1993
New Zealand 80
Malaysia 75

Disember 1995
New Zealand 102
Malaysia 106

Disember 2000
New Zealand 91
Malaysia 107

Disember 2005
New Zealand 120
Malaysia 123

Disember 2006
New Zealand 131
Malaysia 152

Disember 2008
New Zealand 86
Malaysia 156

Mei 2010
New Zealand 78
Malaysia 146

Ranking Tertinggi
New Zealand 47 (Ogos 2002)
Malaysia 75 (Ogos 1993)

Ranking Terendah
New Zealand 156 (September 2007)
Malaysia 170 (April 2008)

Malaysia asalnya lebih hebat dari New Zealand. Secara keseluruhan sejak ranking FIFA dimulakan pada Ogos 1993 Malaysia dikira pesaing setaraf untuk New Zealand, malah dari April 1996 hingga September 1998 Malaysia mendahului New Zealand dalam ranking FIFA.

Tetapi kemudiannya New Zealand mula mendahului Malaysia dan ia kekal sehingga ke ranking terkini FIFA pada Mei 2010.

Lepas Piala Dunia 2010 ini makin jauhlah New Zealand meninggalkan Malaysia.

Apa kata Sultan Bola? Sultan Bola?!

24 Ulasan:

Nazri berkata...

Jangan ditegur, pembesar Melayu pantang ditegur, biar tergadai tanah dan maruah asal jangan ditegur rakyat jelata.

Putra berkata...

apa ada pada ranking ----> Lin dan

P.O.N.G berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
P.O.N.G berkata...

sultan bola hanya tersenyum sambil tutup mata...(tapi tak bukak baju)
berkira kira nk anto RIMAU gi New Zealand plak pas ni..katanya susu di sana amat baik utk rakyat kita....maklum la...susu awal lembu....terbaik dari ladang....

Jarr berkata...

Sebagai orang kuat Mussolini, aku kecewa dengan game semalam.Hatta kebanyakkan pemain Kiwi bukanlah semuanya professional footballer,sampaikan ada banker yg duk main dlm team.Tetapi semangat berpasukan mereka hampir melaukkan Italia.

Apa daa Italia, c'monla..jgn ini mcm main.Takmo diving for penalty, itu sungguh tidak Italia.Next game sila menang kalau takmo Don Corleone mengamuk..

Malaysia?No komen..ramai orang atasan sentap nanti.Ramai tatau yg blog ni FAM jadikan rujukan semasa jugak kekadang.

lalalalaala

-azura- berkata...

Kat new Zealand sejuk, mai AF panas sket itu pasal bukak baju. Semua gendut2 je aku tgk!

The Charlatans KL berkata...

Aku salahakan Calcio Italia, bodoh pegi hire balik Lippi tu apasal. Orang tua ni kan dah penah menang World Cup 4 tahun lepas. Really, this could be their year, too bad the old fag left out Cassano, Balotelli, Santon, Josep Rossi dsb.

Tengok semalam tak ade creativity langsung, pastu Cannavaro kena ayam2 je ngan mamat NZ tu. France ngan Itali dua2 dah boleh pack barang siap sedia nak berambus la ye. Aku bajet All-Sudamerica final kalini. Vamos2.

fikiranlicin berkata...

Azzurri memang begitu...permulaan The Godfather part 1 sangat boring..tetapi dikenang sebagai greatest of all time...5 kali juara semakin hampir kalau Italy bermula begini. Gua optimis

SAUJANA HIJAU berkata...

adui...walau pun gua azzurri sejati..tapi kalau main macam semalam, boleh la malaysia berkira-kira jemput italy untuk pesta bola merdeka.

Hampeh itu camoranesi!!

adijaya berkata...

bola sepak malaysia tak akan pernah maju kalau FAM diterajui oleh sultan pahang yg tak pernah ada keinginan untuk menaikkan mutu bola sepak nasional. apa salahnya kalau FAM dipimpin oleh golongan muda yg dahagakan prestasi dan kemenangan? adakah status sultan yg disandang melayakkan ahmad shah memegang tampuk pimpinan FAM dan sekaligus menghancurkan bola sepak malaysia?

seandainya ada sape-sape dari FAM yg baca blog ni, diharapkan supaya dibukakan pintu hati dan diberikan hidayah agar badan induk itu berusaha untuk memartabatkan lagi bola sepak malaysia. jgn la duk sibuk hantar friendly jauh-jauh, kalau setakat nak isi poket dengan duit rakyat.

kononnya pegi slovakia untuk bersaing dalam liga di sana, kenyataannya hanyalah friendly yg FAM bayar untuk setiap pengeluaran pasukan lawan. sekarang pun masih sibuk nak pi europe buat friendly. kalau la betul nak lawan, friendly je dulu ngan pasukan liga super dari indonesia. cuba kalahkan mereka di bukit jalil, sebelum harimau muda pegi test taring kat europe.

dari tahun ke tahun, bola sepak kita makin hilang hala tuju nya. rakyat kecil hanya boleh menulis di blog, keputusan akhir tetap di tangan shabery cheek, ahmad shah dan khairy jamaluddin. harapan mahathir untuk melihat malaysia maju di tahun 2020 hanyalah tinggal wawasan. bola sepak malaysia terkubur oleh tangan-tangan sultan, menteri dan pilitician yg angkuh dan rakus.

sekian.

meen berkata...

org FAM baca tak jalan jugak, mne berani nk suruh Sultan Bola quit, kne Sultan Bola sendiri baca blog ni.

j or ji berkata...

Ranking keluaran FIFA untuk negara bolasepak yang main bola ikut kata ahli politik dan sultan; malaysia mempertahankan ranking no.1.

no. 2 = semua pasukan lain dalam dunia.

Hebat!

pakkordi berkata...

Susah lah luorang nak dapat pangkat "datuk" nanti.

kelopakdamai berkata...

Target layak WC2018.itu jawab mereka.

meyour berkata...

WC 2018, ok....menang emas piala pulak lepas ni...

FdausAmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Raiden berkata...

harap Malaysia melabur duit banyak2 buat stadium, bid jadi tuan rumah WC, baru boleh layak kot..nak harap kelayakan?? huh!!

Jarr berkata...

kalau world cup buat kat mesia, final mesti main stadium paling bersejarah dlm bolasepak negara kita.

Stadium Kubu akan dijadikan venue perlawanan akhir.Makcik Kimbong jual goreng pisang cicah kicap tu mesti masyukk.

adijaya berkata...

secara kesimpulan nya, malaysia tidak akan pernah dan juga tidak akan mungkin untuk merasakan masuk world cup. nak compete di level asia tenggara pun mustahil, inikan pula nak masuk asian qualification.

FAM masih duk bangga menang gold medal sukan sea, padahal tu hanyalah pertandingan bawah umur. kalau la benar nak ukur skuad malaysia, masuk final piala tiger dulu. rakyat bukannya mengharapkan menang piala tiger, just masuk final pun dah kira ok. nak tahu juga kat mana usaha sultan bola dalam hal ini. setakat duk goyang kaki dan main telur, baik tak payah. bagi kat annuar musa jadi presiden FAM ada juga hasilnya.

ahmad shah, sila letak jawatan. kami tak perlukan org tua mcm kau untuk musnahkan bola sepak malaysia.

Hafiz Yb berkata...

Rasanya, bukan salah presiden, salah pemain kita yg lembik, dan tiada quality. kenapa pemain bola kita zaman mokhtar dahari dulu hebak2?

kita fikirkan lah........

shah berkata...

bukan salah presiden ko ckp?abes, kalo management dengan idea2 bodoh dtg dari presiden xkan salah player pulak..Yg pahang bole stay dlm liga super tu..sapa punya salah?

miyyat berkata...

next step,
try kat liga super,
sumer fan bukak baju..
yeah!!

Hafiz Yb berkata...

Shah: Memang salah pemain. Apa skill yg ada pada pemain kita? tak kan presiden yg kena tunjukkan skill bermain bola? hehehe

pepam berkata...

semuanya datang dari pihak atasan.
tangan tak mengocok kalau otak tak menakal.

J-League pun tertubuh tahun 1993,fizikal pemain tetap Asia.tapi main ok jahh.mana boleh salahkan pemain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...