ANDA SEDANG MEMBACA

31

KISAH SEBUAH NEGARA BERNAMA MALAYSIA YANG MANA MAJORITI RAKYATNYA ADALAH BERBANGSA OMPUTEH

UPDATE DI BAWAH:

Saya sekadar nak tambah-tambah artikel obefiend di bawah.

Entahkan ada orang Astro yang baca entah tidak. Kalau baca pun entahkan ambil peduli. Pembesar-pembesar Astro entahkan ada telo nak panjangkan ke tuan tauke Ananda.

Realitinya, perjuangan orang-orang kecil melawan syarikat kapitalis takkan berjaya. Sang kapitalis yang didokong dengan modal jutaan wang, puluhan laywer, sokongan pak menteri, ah, siapalah si semut kecil seperti saya nak mengubahnya.

Apa boleh buat? bila kita marah, tak habis-habis disuruh bersyukur. Agak-agak kalau betullah rakyat Malaysia yang marahj-marah tu pergi sujud syukur, kita boleh lihat sepanjang jalan asyik sujud syukur.

-ahhh, astro naik harga lagi!-
- bersyukurlah dengan adanya astro dapat kita menonton epl-
Seorang lelaki lantas sujud syukur di tengah bukit bintang.

-aduh, hujan lagi, takde signal!-
-bersyukurlah dengan adanya astro kita dapat menonton bundesliga-
seorang lelaki lantas sujud syukur di tengah hujan.

Sepanjang di Jakarta saya melihat program televisyen percuma, yakni terrestrial tv sarat dengan rancangan Piala Dunia tempatan, di mana hostnya muka sawo matang, makwenya, cun tapi bisa ngomong lokal, punditnya orang-orang terkenal lokal dan half-timenya muka local.

Malaysia?

Kalau tak jemput orang putih atau pun orang Malaysia half-breed mat saleh bukan Malaysia namanya.

Saya nampak mungkin, samada rakyatnya, atau orang-orang atasannya, terkinja-kinja nak nampak maju, tapi salah faham. Mereka sangka - meletak muka mat saleh, itu sudah maju.

Mungkin pembesar-pembesar Astro mengatakan - pundit-pundit Malaysia tak reti berbahasa Inggeris.

Ha, inilah membawa kepada point seterusnya.

Dan mana rancangan Piala Dunia dalam bahasa Melayu? Mengapa tiadanya ulasan pra-perlawanan, ulasan 10 minit sebelum kick-off dalam Bahasa Melayu? Apa saya peduli itu rancangan ESPN. Bukankah pejabatnya di sebelah sini juga?

Kalau saya pelancong Hungari yang tidak punya apa pengetahuan tentang Malaysia baru sampai dan buka program Piala Dunia, saya fikir bahasa kebangsaan Malaysia adalah Bahasa Inggeris dan mungkin saya terfikir Malayan Union sebenarnya memang dah jadi kenyataan.


Terima kasih kepada monopoli Astro, pak guard Malaysia takkan dapat tengok Piala Dunia, tak seperti pak guard Jakarta.

Terima kasih kepada monopoli Astro, kelab-kelab aktiviti di Malaysia tak dapat nak anjur aktiviti nonton PialaDunia, tak seperti teman di Jakarta.

Terima kasih kepada monopoli Astro, sasterawan dan budayawan yang melepak di kedai buku Malaysia tidak bisa menonton Piala Dunia, tidak seperti rakan mereka di Jakarta.

Kenapa saya meletak contoh-contoh di atas?

Kerana, sebelum zaman tv kabel, Piala Dunia sebenarnya lebih kepada perlambangan sebuah passion (terutamanya lelaki) terhadap bola.

Begitu cantiknya Piala Dunia ini, saya masih ingat imej budak lelaki bertenggek di tepi tingkap di sebuah rumah di kampung saya ketika saya kecil.

Dan saya masih ingat tatkala saya mengikut abah saya membeli mi goreng di mapley naik basikal yang memasang siaran langsung Piala Dunia, bersama rakyat kelas bawahan yang lain.

Saya ingat pakcik hujung kampung saya yang sudah pencen tiap hari cerita game malam tadi di kedai kopi, berdesup-desup walhal rupanya cuma sekangkang kera dan kerapnya rakan saya menampal bocor di atapnya?

Mereka di atas, TIDAK PUNYA WANG UNTUK MELANGGAN TV SATELIT TU!!!

Piala Dunia sebenarnya satu perlambangan temasya rakyat kelas bawahan, seperti saya, seperti rakan saya dan seperti abah saya.

Tapi pada hemat saya, mohon maaf jika terkasar bahasa, Astro merampas nyawa dan jiwa Piala Duna kami dengan menjadikan ia begitu kaya sehingga meminggirkan orang-orang kelas bawahan, seperti saya.

Lantas, sudahlah identiti orang sawo matang seperti saya dirampas dengan muka-muka mat saleh di kaca tv, suara saya dirampas dengan suara-suara berbahasa Inggeris di tv, kini jiwa bolasepak saya turut diperdagangkan.

Semut kecil seperti saya, hanya mampu mengikut, dan mungkin hanyut ditelan arus dan saya tanya pada semua;

Apa yang tinggal untuk jiwa Piala Dunia kita lagi?

UPDATE:
Terima kasih kepada Sang Harima yang membuatkan saya teringat satu lagi point nak tulis. Point ni berlegar dalam bilik hotel tapi entah kenapa tadi hilang.

Point: PROGRAM Bahasa Melayu di saluran Astro lain.

Ha, ini taktik klasik kapitalis. Salurkan 'tanggungjawab sosial pada tempat-tempat tertentu untuk membolehkan mereka beri statement dibawah;

-kami menafikan dakwaan sokernet bahawa tiadanya program bola bahasa melayu,Astro memandang serius tanggungjawab kandungan tempatan dan terdapat lapan belas program bola Pial Dunia dalam saluran 90000 yakni saluran tiada-siapa-yang-tengok.

Bila saya sentuh ESPN, saya sentuh hal saluran utama. Astro Prima tayang siaran langsung ke? Awani ada? Vaanavil?

Tamat UPDATE


***dan serius saya kasi jari tengah pada Astro yang membenarkan dua mat saleh yang pernah bikin malu pada Malaysia.

Yeah, classic case di mana sekali lagi orang Malaysia diperkotak-katikkan oleh orang Malaysia sendiri demi omputeh. Ini patriotism hak ptuih!



31 Ulasan:

adijaya berkata...

adoi.. 1st lagi.

kat indonesia, rasa senang hai dapat tgk live kat RCTI.

Obefiend Weiland berkata...

RCTI OKEEEEEEEEE

macam tok firaun cakap. melayu mudah lupa. lupa yang nonton bola di tv dulu free

mula mula dia ambil liga inggeris. kemudian liga juara juara. sekarang piala dunia.

next?

jangan terkejut jika kelak badminton pun 100% akan dibawah payung satelit. budak-budak kelas bawahan berhenti bersukan.

skang pun dah nampak side effectnya. di UK akademi dah kurang hasilkan bintang. ramai yang salahkan pay tv mengakibatkan akses budak-budak kepada idola bola mereka tersekat.

ya!

di UK pun ada golongan tak mampu berSKY. apakan lagi di Malaysia ye? takpe.

follow sangat england. nanti malaysia jadi macam england juga. tiada pelapis. end of golden generation. dua dua bungkus!

SYUJUD SHUKUR KEJAP. takpela sukan kita gagal. kita masih ada KLCC.. amen!

Alke berkata...

Terbaik. we're living with da kapitalis.

Ahmad Afif berkata...

terlalu bersetuju dengan artikel ini. tapi itulah, berapa kali berbuih mulut kadang kadang sampai buasir pun kita cakap, they dont even care. poor us.

Abdul Sokernet berkata...

Baru baru ni,

Ada orang ASTRO mintak Sokernet 'promosikan' ASTRO Piala Dunia di Sokernet.

Se-Kapitalis kapitalis Astro, masih kena berpaut pada Sokernet juga.

Internet ni pun patut jadi hak rakyat..tak payah bayar.

Luca DK berkata...

gua dah menjalankan tanggungjawap sosial madefaker gua dengan mengepost 2-2 entry berkenaan astro di FB astro. kalo setiap orang di sini melakukan benda yang sama, gua rasa kelak ananda krishnan akan baca. kalo dia kapitalis tegar, itu gua tak berani nak kata apa..

Sang Harima berkata...

dalam astro arena ada 100% ulasan bahasa Melayu. Tapi sekali je gua sempat tengok. Lepas tu dia ganti dengan Sukma. Sekarang tak tahu la..

ChiKa berkata...

2 thumbs up utk cerita kamu

Jarr berkata...

Komrad,

aku tgk melayu kacukkan German Shepherd pon dah ramai skang ni.Especially dlm organisasi penting.Yg lain semua kacukkan Chihuahua jer..takde jadi kudis.

Cob Nobbler berkata...

Beb,

Piala Dunia 1982.

"Siaran langsung ini ditaja oleh Rakyat Malaysia"

Ambik iktibar dengan benda ni.

Nizam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
farwalis berkata...

harap harap budak budak kelas atasan ni akan turun padang main bola disertai support yang banyak dari ibu bapa kelas atasan.

ibu bapa kelas atasan pulak kalau dah nama kelas atasan tu, payung-payung a sikit team taman.

eh tapi kena buat dulu liga antara taman...

winkerthinker berkata...

bukan main berkobar lagi semangat kemelayuan hangpa. tp sedar x sedar hangpa pn sama. sokernet=90% ulasan bola pasal EPL.hangpa suma lahir kat england kot.

aku tgk sokernet ramai follower siap masuk suratkhabar. ape kata buat liputan liga super plak season depan. kata nk naikkn mutu bolasepak kebangsaan. kalo nk tunggu sultan bola quit mmg smpai kiamat pn tak. pupuk semngt cintakn bolasepak lokal dgn blog ni. sikit sebnyk bleh ubah pemikiran anak muda skang ni.

biar lambat asal ada.

Cesc Luzeza berkata...

dah habis sukma,,,bru ader siaran langsung kat astro arena...

ayobkelubi berkata...

sokernet team

apa yang winkerthinker cakap tu ada benarnya.kena amik eksyen sikit.nanti kena tiauuuuu lagik.

winkerthinker

sokernet mengulas dalam bahasa melayu pun dah ok kan?.

PELAUNG PULAU berkata...

bukan tak bagus kalau letak pundit orang tempatan. atau yg bukan half breed.

tapi kalau punditnye berbicara macam hasbullah awang ngan jasni shafie yang macamkan bercakap dengan penonton dirumah macam penonton kat umah tu semua orang tua.. yang tengok ni pon bole jadi lemau der

PELAUNG PULAU berkata...

dan serius saya kasi jari tengah pada Astro yang membenarkan dua mat saleh yang pernah bikin malu pada Malaysia.


tony cotee ngan sape lagi sorang??

ayobkelubi berkata...

pelaung pulau : ABBAS SAAD daaaaa..

ayobkelubi berkata...

pelaung pulau : i beg to differ.selain dari dua orang tu.kita masih ada lagi local yang bagus utk jadi pundit mcm hj zainal abidin rawop..eh, banyaklah kalau kita nak amik..

Pet Shop Boys berkata...

Alahai, miskin sangat ke sampai takde duit nak langgan Astro?

I love Astro...Hidup ASTRO!! Hidup ASTRO!!....

Obefiend Weiland berkata...

persoalan bukan ada uwang mau langgan

tapi game by the people for the people should always be accessible to the people regardless of the social strata or thickness of their wallet

what part of making it accessible to the masses don't you get?

as i said

next thing u know even badminton will be ASTROFIED. then takraw. last last ada siaran langsung sabung ayam aje dekat tv terrestrial

aranhellstorm berkata...

"last last ada siaran langsung sabung ayam aje dekat tv terrestrial"

tobat gua gelak guling2 baca ini ayat.

mungkin ada isinya topik ni, tapi ini era kapitalisma berkuasa, ada duit semua jadi.

tu lah, dr rozmey ajak buat MLM tak nak.. kah! kah! kah! kah!

FdausAmad berkata...

Siaran terrestrial takde bajet nak bid semua 64 live matches. Takde bajet ni datang dari gomen jugak, sebab memang strateginya untuk bagi line pada Astro sapu semua. In return, gomen get back something in term of tax or kepala kepalanya dapat 'habuan' dari kepala kepala Astro.

Deal macam ni apply to all sort of things under the sun, to the expense of us..the people of the beloved country,. Nak masuk Hiway, bayar, nak parking, bayar, nak kencing bayar,nak tengok Piala Dunia apatah lagi..kena la bayar.

pendokong kapitalis bukan dia kira sukan rakyat ke tidak,

Tapi jangan dilupa..kuasa peralihan di tangan rakyat. Kalau semua rakyat boycott Astro, stop subscribing..turn your bloody channel to RTM and TV3.

hah, ada 5 juta pelanggan buat..dah Astro rugi RM500 juta sebulan.
Kalau setahun, dah RM6 billion.

Sekarang ni rakyat Malaysia yang ada Astro sanggup potong ke tidak?

Jarr berkata...

sanggup.nuff said.

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

Pet Shop Boys berkata...
Alahai, miskin sangat ke sampai takde duit nak langgan Astro?? I love Astro...Hidup ASTRO!! Hidup ASTRO!!....

p/s: WTF!!!!

Sang Harima berkata...

err.. Nazri, sama-sama..

yang gua maksudkan, dalam Astro Arena tu ada siaran langsung piala dunia seratus peratus Bahasa Melayu, bukannya gua maksudkan sukan lain..

gaya lu tulis tu, macam gua sokong Astro je..

Berto berkata...

MALAYSIA, negara yg ada pasukan F1 nya sendiri yg memecah berbilion2 ringgit tp x mampu biayai siaran worldcup sehingga membiarkan sykt 'cekik darah' astro bermaharajalela.



tetiba tringat lawak roda impian hamid Gurkha, "saya pilih S utk Astro". apa daa..

Tanpa Nama berkata...

last-last golongan mamak jugak peneyelamat!

Mzk berkata...

Pet shop boys..

gua memang miskin xdpat langgan astro..
tp gua bersyukur sebab gua xmenghina org miskin yg lain..

Pet Shop Boys berkata...

apa mzk merepek ni?

zmn skarang ni rumah setinggan pun pasang Astro ok...


nak emo plak hahaha...ni mesti fan France ni...

Mzk berkata...

haha.. itu la pasal, france ni lemau jugak..

er, itu klu rmah setinggan, klu yg dok rmah sewa cam aq ni? xkan duit biasiswa nak buat langgan astro kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...