Johannesburg – Pasukan bolasepak Republik Demokratik Rakyat Korea berjaya membolosi gawang Brazil dalam perlawanan Piala Dunia 2010 pagi tadi mengikut waktu Republik Demokratik Rakyat Korea, negara berkuasa dan makmur warga buruh dan petani.
Brazil yang dikatakan pasukan bolasepak terkuat dunia tidak mampu menghalang pasukan bolasepak Republik Demokratik Rakyat Korea yang bermain mengikut disiplin parti yang tinggi dan semangat proletariat dari menjaringkan gol.
Penjaring gol Ji Yun Nam menghadiahkan jaringan hebat tersebut kepada Pemimpin Tertinggi, Kim Jong Il.
“Gol tersebut adalah hasil tunjuk ajar dan kepimpinan bijaksana Pemimpin Tertinggi yang banyak berbakti untuk kemajuan bolasepak Republik Demokratik Rakyat Korea,” tegas Ji Yun Nam. Gol tersebut juga tegasnya adalah hasil semangat bersatu padu seluruh pasukan demi menaikkan nama tanah air dan Pemimpin Tertinggi, Kim Jong Il.
Republik Demokratik Rakyat Korea bermain menentang Brazil di Stadium Ellis Park yang saiznya tidak dapat menandingi kapasiti 150,000 penonton yang dipunyai oleh Stadium Rungrado May Day kebanggaan warga buruh dan petani Republik Demokratik Rakyat Korea hasil sumbangan dari Pemimpin Tertinggi, Kim Jong Il.
Jurulatih pasukan Kim Jong Hun menyifatkan kejayaan hebat menjaringkan gol menentang Brazil sebagai bukti bahawa Republik Demokratik Rakyat Korea akan menjuarai Piala Dunia.
“Piala Dunia akan dimenangi oleh Republik Demokratik Rakyat Korea yang bersatu di bawah idea Juche cetusan kebjiaksanaan Presiden Abadi, Kim Il Sung dan kini diteruskan oleh Pemimpin Tertinggi, Kim Jong Il. Ia adalah hak mutlak warga buruh dan petani Republik Demokratik Rakyat Korea sama seperti hak memiliki senjata nuklear!” tegas jurulatih, Kim Jong Hun.
Kejayaan menjaringkan gol menentang Brazil pagi tadi juga adalah hasil dari sokongan 20 orang penyokong Republik Demokratik Rakyat Korea yang berdisiplin dengan baju dan topi berwarna merah. Mereka adalah pekerja-pekerja dari Kilang Peluru Meriam Pyongyang, Pusat Ternakan Ayam Rakyat Nombor 3694 dan Kolektif Pesawah Padi Sariwon yang terpilih untuk ke Afrika Selatan kerana berjaya mencapai sasaran produktiviti yang ditetapkan.
Lawatan mereka ke Afrika Selatan ditanggung sendiri oleh Pemimpin Tertinggi, Kim Jong Il yang pemurah lagi bijaksana.
(Sumber rasmi Jabatan Propaganda dan Agitasi Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea)
Nota: Pengulas Sokernet yang melaporkan berita ini dari Republik Demokratik Rakyat Korea, yakni Pipiyapong, kini dipercayai dalam tahanan kerana kesalahan memiliki komputer riba dan telefon bimbit tanpa permit

23 Ulasan:
bbrp jam sblm tu .. peminat bola disajikan dgn permainan yg membooo..san.. kan dr 5 org player chelsea . keputusan 0 0 adalh tdk berbaloi kpd kami yg menonton dgn screen besar dan teh tarik besaq !!.
kah kah kah!
syurga proletariat mende..
persatuan sekerja pun tadak..
kah kah kah entry ni lawak la..
ape kne mngene club msng2 ngn kebosanan sesebuah game..adakah kebosanan or ke-steam-an sesebuah game itu trltk pada 4 5 org player chelsea n seorang ronaldo..owh..ptt la bangge smcm je..gerrard ngn kuyt score upenye..hahahahahaha..
tipikal chelsea game memang la bosan. haha
brazil nyaris jadi sambal
Sokong shankly..
mcm x dpt nk pamerkan keupayaan sebenar. bosan giler!
Semangat juang seperti DPR Korea inilah yang kita tiada. Sebak dan menangis bila lagu negara dimainkan dihadapan berbillion penontot di pentas tertinggi bolasepak dunia. Mereka telah membuktikan dengan jelas bahawa kemahiran teknikal yang tinggi boleh ditentang dengan mental yang kuat, kerja keras dan keyakinan diri yang optima. Walau dari mana pun asal usul atau taraf ekonomi yang kita diami.
DPR Korea, lu memang lauk di south africa tapi king dalam hati gua lepas Holland. Salute!
belia, bukan hanya gerrard dan kuyt yg score, agger pun score gak walaupun gol sendiri. ini membuktikan team liverpool masih berbisa.
korea utara memang patut dapat pujian, cuma bagi brazil 2-1. padahal mereka dulu bukan siapa-siapa kat asia. jumpa malaysia pun jadi lauk.
sedih juga bila kenangkan team negara sendiri. kalau nak kira duit yg FAM, tambah duit MSN, serta duit kementerian belia dan sukan, tak tahu dah berapa ratus juta habis utk team kebangsaan. tengok performance tak pernah naik, duk mcm tu juga. facilities kita antara yg terbaik kat asia tenggara. tapi bolasepak kita tak maju-maju.
kalau ikutkan hati, memang geram gila ngan FAM. tak pernah ada inisiatif nak naikkan team malaysia, supaya pergi lebih jauh. yg mereka tahu hanyalah menghantar friendly ke europe, habiskan jutaan ringgit, masuk poket sendiri. sultan ahmad shah dan khairy jamaluddin tolong la letak jawatan. bolasepak malaysia sudah parah, tunggu nak lingkup je. kroni-kroni yg sampah juga tolong dibersihkan dari FAM. kami mahu team malaysia maju, bukan makin hancur.
tolong jangan cerita pasal FAM ... dah 30tahun dah dok macam tu ja ....
shankly ko ni mmg menyedihkan la, org tak ber anu katakan.......
pergi la melalut kat blog kmpg piala dunia ko tu
terharu sial time player no 9 tu menangis. meremang bulu roma.
tapi korea utara memang mantap wlaupn bolos 2 gol
Komunisme tonggak kejayaan
Malaysia Korea ni macam kereta Proton dengan Kia jugak lah..
Umur lebih kurang sama lahir tahun 80'an.
Ahh malas cerita lebih la..buat sakit hati.
Hahah.
macam cilake. Brasil pun dah macam ayam ayam peranchis ja aku tengok.
Bagus anak anak Asia,
kasi ngaum bebanyak kat World Cup bubuzela kali ni!!!
buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu-
korea dpr akn jumpe portugal lak pasnih..mungkin ade yg kne tumbuk laju2 nnt sbb suke men jth2 ats pdg..hahaha..x saba nk tgk ronaldo kne riot ngn plyr korea..hati komunis la ktkn..hahahaha..
pak kordi,
lu ada tak jersi DPR tak? gua nak order satu..
Brazil macam Arsenal juga. Gol tak banyak (kalah pun takpe), janji main ada style.
Arsenal & Brazil adalah kelab/pasukan ratu cantik kan Pipi?
korea utara dress up cam nak pegy perang gazar.rambut flatop,bju cap ayam.tu yg brazil agak gentar nak lawan
elma,salah2...kabinet brazil dah full!kabinet arsenal penuh jugak...habuk la..haha.siam emirates stadium,kenangan semua kt highbury
kahkah sokong mizu_sama..tapi memang respek Korea DPR, aku rasa masa aku tengok kat gerai lagi kuat orang sorak gol Korea dari Brazil..or adakah ak silap pegi gerai komunis??
adijaya...mane ade agger skor gol sendrik..martin poulsen la jon..
kekalahan sepanyol menyebabkan bnyk kaki judi di Malaysia kecewa..huhuhuhuu..
kondom pun laris dijual di switzerland..
Catat Ulasan