England memang tak layak untuk ke peringkat suku akhir. Mereka sebenarnya tak layak ke peringkat 16 pasukan pun! Apa yang mereka pamerkan hanya layak dipertandingkan di Pestabola Merdeka atau Sukan Komanwel.
Jika dicari dimana silapnya pasukan England, sangat mudah iaitu semua silap dan salah. Taktikal 4-4-2 yang membosankan dan tidak imaginative, pemilihan pemain yang tidak berkualiti, kegagalan mengawal, menahan dan membuat hantaran bola dengan baik, kesungguhan mengejar bola juga tidak seperti mana-mana pemain pasukan lain di Piala Dunia.
Lihatlah Ashley Cole yang nampak seperti berjalan di shopping kompleks pada gol kedua German. Gareth Barry yang tidak berjaya mengekang barisan tengah, barisan pertahanan yang memalukan dan tua, Wayne Rooney yang kaku seperti tidak biasa main bola, entah apa diingatnya! Apabila Heskey dimasukkan, satu German ketawa! Semua pemain, jika diberi rating, akan dapat 5/10.
Mereka seperti diberi makan sayur, lalu mereka disayurkan.
KUALITI. Itu yang skuad England tiada sepanjang World Cup. Mereka tidak menepati jangkaan atau 'hype' yang digemburkan oleh media. Mereka pulang ke England untuk menghadapi media mereka sendiri. Tiada apa atau siapa yang harus dipersalahkan kecuali Capello. Beliau patut dipertanggungjawabkan kerana beliau berkuasa penuh pada pemilihan pemain, lifestyle pemain ketika di Afrika, beer, taktikal dan sebagainya.
Apa punya Italian! Memalukan aje kerana pertahanan hancur! Strategi dari Manager termahal di Piala Dunia ini saling tak tumpah gaya permainan Malaysia.
Kenapa pemain-pemain ini nampak laju dan bersemangat ketika bersama kelab di EPL tetapi lembik di Piala Dunia? Kemungkinan skil dan kehebatan EPL banyak dibantu oleh pemain asing. Contoh terbaik ialah Arsenal. Terletak di London, main sikit punya cantik, tapi haram sekor pemain inggeris pun takda. Walcott tu kekadang je main.
Boleh dikatakan gaya permainan England terlalu jauh ke belakang. Mereka ketinggalan dari segi umur. Mereka tiada akademi yang menghasilkan pemain muda/gantian yang bersedia untuk EURO akan datang. Gaya John Terry, Upson, Ledley atau Ferdinand yang slow tidak sesuai lagi. England perlu pertahahan yang ada speed. Kalau tak, camana nak kejar pemain ketika counter attack?
Dengan kata lain, England perlu perubahan 100%. Mereka perlu seorang pengurus yang boleh mengurus dengan disiplin tinggi, tidak kira betapa hebat sekali pun pemain itu. Capello perlu disingkirkan dan diganti dengan seorang pengurus yang punya passion dan kekejaman. Seorang pengurus yang tidak peduli dengan glamer. Mampu membuang mana-mana pemain yang tidak hormat padanya. Imaginative luarbiasa dan punya kualiti 'semburan' yang mampu menakutkan hatta Jaap Stam atau Roy Keane.
England perlu Sir Alex Ferguson!
........................................................
German menang kerana mereka jauh lebih bagus dan berkualiti.
Kem England Sokernet secara rasmi ditutup untuk memberi laluan kepada Jepun!
Go Asia!
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 Ulasan:
Satu ulasan penuh informasi dan berkualiti. Mungkin jorji pun boleh berkira-kira untuk menggantikan takhta sultan bola?
Alex Ferguson kan Scotland.
By the way - Alex Ferguson bukan nak jadi manager untuk Team United Kingdom sempena Olimpik 2012 London ke?
p/s:woit - Engleng tak payah buat negara la - buat je United Kingdom.Engleng tu tahap negeri je la - buat malu British Isles je - orang Scotland,Wales ngan Northern Ireland pun tersabit sama bila Engleng sengal..
Itu la pasal...dan aku rasa kalau dihantar skuad United Kingdom, rasanya player2 dari Engleng sejemput aje laa dalam main team~
suma dh nk jd striker..
Tak pernah dalam sejarah world cup...orang mengatakan "England itu Hebat". selagi tak menjadi host....
sebab tu arsene wenger tak amik english player. high pay overrated and worthless.
"Gaya John Terry, Upson, Ledley atau Ferdinand yang slow tidak sesuai lagi."
jawapan sebenar ialah walcott jadi defend! laju katanya.
RTM telah menafikan hak rakyat Malaysia untuk menyaksikan kemenangan Germany.
oh saya SANGAT SETUJU dgn anda jorji... england perlukan seseorg mcm ALEX FERGUSON.
@kelopakdamai
RTM macam celaka. dah la siaran tertunda, siap ada half-time talk lagi.
Fergusin mungkin boleh...tapi ingat, sir Alex makin tua...4 tahun lagi laratkah dia?
ntahlah...another 4 yrs dia da 72 cmtu...xpe suh dia mkn jamu..psti awet muda.
Hi Yana!
lucy x post entry ke?? teruk england kene sembelih ngan nazi tu...
hye yana jugak..
taww xpe..ashley xlarat nk kejar woiii..
rasa2 kat chelsea die laju gak..
or Mesut laju sngt...
ENgland xde defender muda yg laju..
pemain england hanya boleh bermain di tanah air england sahaja.
kalau main la liga or serie a pun, tak ke mana jugak.
http://aremierulez.blogspot.com/2010/06/gol-ke-tak-tu-aku-tahu-mesti-ramai.html
hai lucius, hai julu..
hey julu thanks for dropping by at my blog..
Catat Ulasan