ANDA SEDANG MEMBACA

5

Mbombela Stadium



Mbombela? Nama bandar di mana stadium ini terletak. Yang mana sebenarnya agak mengelirukan kerana sebelum Oktober 2009 bandar ini dikenali dengan nama Nelspruit dan sehingga Piala Dunia 2010 masih dirujuk oleh FIFA sebagai Nelspruit.

Kapasiti? 43,589 penonton.

Perlawanan? 4 perlawanan kumpulan.

Kos? USD140 juta tidak termasuk duit kopi dan wang tumbuk rusuk. Juga sebuah sekolah dirobohkan untuk pembinaan stadium.

Nelspruit? Sebuah bandar dengan 221,474 penduduk. Hanya 100 kilometer dari sempadan Mozambique dan juga pintu masuk ke Taman Negara Kruger, di mana pengunjung boleh melihat gajah dan zirafah. Juga ada kasino Emnotweni untuk mengisi masa lapang.

Terasa macam Bollywood pulak!

Koresponden? Melaporkan terus dari Mbombela Stadium di Nelspruit ialah Shashi Naidoo. Gadis keturunan India ini ialah model South Africa Sport Illustrated (SASI) Swimwear 2009. Menggemari kasut dan tas tangan, Shashi khabarnya berminat untuk mencuba nasi kandar Pulau Pinang satu hari nanti. Demm!

5 Ulasan:

Jarr berkata...

kalau nasi kandar, nampak gayanya Pong la yg tunggu dia sana nanti...demn jugak!

[ a D D y ] berkata...

cun dah cun..
tapi ade bau Keti..

Luca..
jual ubat lu kat gadis ni..

Point of View berkata...

heh, kalau ini la koresponden konfem pipiyapong rajin update

I Am Legend berkata...

kalau nie koresponden, habis semua rahsia player bola dia dpt korek punya

City Laundry Cafe berkata...

lucy..lu ada no tipon Shashi Naidoo???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...