Memaparkan catatan dengan label Piala Dunia 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Dunia 2010. Papar semua catatan
16

Spain Menang - Jom Comolot Aweks

Obefiend Weiland Isnin, Julai 12, 2010 , ,

Iker dan Sara - nice


AAAAAAAAAAAAAAAAAH...... HOW SCHUWEEEEETTT. Iker Casillas capitan de la La Furia Roja memberi temubual ekslusif kepada teman wanitanya Sara Carbonero yang juga merupakan wartawan stesyen TV Telecinco. Selepas menahan sebak Casillas mengakhiri interview dengan the best and sweetest way possible.

Kalau korang ingat masa Spain kalah dengan Switzerland masa group stage Sara interview Casillas dengam nada tak puas hati sampai Casillas tak mampu nak menjawab. What a nice ending to a BZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ-tastic World Cup

Ok.... jom ramai-ramai cakap BUENOOOOOOOO!!


Alih Bahasa Versi Telenovelaa

Sara: Everyone else is gone but Iker stays, Iker see how everything started and look now
Iker: What do you want me to say?
Sara: Tell me how are you? how do you feel?
Iker: It's a great moment I'm very happy. I think we deserved form beginning to the end and I just want to thank the people who always supported me, to my parents, my brother...
Sara: Nothing happens let's talk a little bit about the match...
Iker: I'm gone
Sara: Oh my gosh... then we follow ok
9

Holland Maju Jaya

Obefiend Weiland Jumaat, Julai 09, 2010 , ,
Ref pun tak suka Spain

Spain main BOSAN sial. Tak seksi macam Holland sexy football. Tak caya? Tengok ref ni. Tak terangsang langsung dengan gaya permainan El Matadores


10

Paul Si Sotong Kurita

Nasib Paul selepas perlawanan Sepanyol dan Jerman



Semua benda baik harus berakhir juga, begitulah kata ramai orang. Macam Paul, buat lauk memang sedap.

Jerman bermain dengan baik, mengatasi jangkauan ramai tetapi akhirnya kecundang sekali lagi di tangan Sepanyol yang dikatakan pasukan terbaik dunia.

Kecewa? Memang terasa sebab aku sangat mengharapkan dendam Euro 2008 terbalas tapi nampaknya kena tunggu dulu.

Die Nationalmannschaft telah melakukan yang terbaik.

Danke Deutschland!

(Dengan ini kem Jerman secara rasmi melabuhkan tirai. Jumpa lagi di Brazil pada 2014 atau sebelum itu, Poland dan Ukraine 2012!)

Update: Ceh terlupa ada 3rd place punya game. Kem Jerman masih beroperasi seperti biasa!

20

I Suka Sarah

LuciusMaximus Rabu, Julai 07, 2010 , ,
Kalau Sepanyol ada Carlos Puyol, Jerman ada Sarah Brandner.

Tidak ada kena mengena pun. Memang jauh panggang dari api kecuali bab rambut panjang warna blonde je yang menjadi persamaan Puyol dan Sarah.

Tapi sebab aku sudah katakan Sarah Brandner adalah maskot Jerman sebelum Piala Dunia lagi, maka aku akan kekal dengan memilih Sarah sebagai maskot.

Walaupun baru-baru ini Canselor Angela Merkel cuba enter frame dan menonjolkan diri. Tapi atas faktor usia kita abaikan Canselor Angela sama seperti kita abaikan Michael Ballack.

Berbalik kepada Sarah, kemunculannya memang dinantikan oleh ramai pihak dalam Piala Dunia 2010.

Sarah akhirnya didapati muncul di khalayak ramai ketika perlawanan Jerman dan England untuk memberikan sokongan kepada balaknya, Bastian Schweinsteiger.

Berikut gambar eksklusif maskot Jerman yang sangat dem:

Kena gigit pipi dengan Schweini lepas England ditapau
Kemudian dihadiahkan oleh Schweini dengan jersi yang dipakai Frank Lampard (yang masih penuh peluh dan belum dibasuh)
Dan menikmati perlawanan Argentina dengan sekarton Budweiser

Cuba bandingkan dengan gambar lama Sarah ketika Euro 2008.


Heheh, Sarah, Sarah. Kalau tak ada beer memang tak sah kot.

Sementara itu dikhabarkan pasukan England sebelum pulang sempat melawat sebuah rumah anak yatim di Johannesburg.

“It’s so good to put a smile on the faces of people with no hope, constantly struggling and facing the impossible”.

Begitulah kata Jamal Omboto, umur 6 tahun, salah seorang penghuni rumah anak yatim tersebut merujuk kepada pasukan kegemaran J or Ji.
52

“Saya Benar-Benar Bersimpati Dengan Michael Ballack, Tapi Saya Harus Mengatakan Ketiadaannya Telah Membantu Jerman”

LuciusMaximus Selasa, Julai 06, 2010 , ,

Di atas adalah kata-kata bernas dari abang otai Teuton, Lothar Matthaus. Italia 90 dan Lothar Matthaus adalah punca kenapa aku kekal peminat tegar Die Nationalmannschaft sehingga ke hari ini.

Oh, aku juga turut mengikuti Bundesliga. Bukan sekadar EPL sahaja. Yang ini supaya aku tidak dituduh poser oleh seorang pembaca Sokernet yang beranggapan kita hanya boleh menyokong negara tertentu kalau kita mengikuti liga negara tersebut.

Berbalik kepada Lothar Matthaus, pemegang rekod caps terbanyak Jerman ini (150 caps) diiktiraf sebagai libero atau sweeper terhebat dunia. Oleh kerana aku membesar dengan menonton corak permainan Matthaus, maka secara automatik aku memilih posisi yang serupa dalam karier bolasepak aku yang tidak seberapa.

Cerita lain.

Cakap-cakap Matthaus mengenai Michael Ballack ada betulnya. Kerana kalau tidak atas kecederaan Ballack, skuad Jerman dalam Piala Dunia 2010 mungkin berbeza dari apa yang kita lihat sekarang.

Yang pertama kehilangan Ballack memberi peluang buat Sami Khedira, seorang pemain tengah yang bermain lebih pantas dan lebih menyerang. Satu perkara yang sangat diperlukan bila Jerman melakukan ofensif mereka kerana ini memberi kelebihan dari segi kuantiti, satu perkara yang jelas kelihatan dalam kes pertahanan England dan Argentina yang telah di-‘outnumbered’ sebelum ini.

Yang kedua, ketiadaan Ballack bermakna Bastian Schweinsteiger tidak lagi perlu bermain di bawah kelibat Ballack. Sekaligus memberikan peluang kepada Schweini untuk menentukan tempo dan corak permainan skuad Jerman, contoh terbaik jelas dapat kita lihat dalam perlawanan menentang Argentina.

Ketiga, tanpa Ballack seluruh skuad Jerman mendapat faedahnya. Seperti kita tahu skuad kali ini merupakan antara skuad bolasepak termuda yang pernah diketengahkan oleh Jerman dan sudah pasti corak permainan mereka lebih pantas dari lazimnya. Ballack yang kita kenal adalah seorang pemain berumur dan beliau mungkin lebih menggemari permainan yang sedikit perlahan dan ini boleh menjejaskan tempo pemain muda Jerman.

Sekarang kita tahu rahsia kejayaan Jerman setakat ini, pemain tua mengundur diri (Ballack) dan pemain-pemain muda menonjolkan diri (Khedira, Schweinsteiger dan lain-lain). Miroslav Klose (32 tahun) terkecuali dalam hal ini kerana sebagai penyerang tunggal, beliau lebih banyak menunggu bola untuk dijaringkan dari berlari menggelecek bola.

Cakap abang otai Teuton memang ada betulnya. Cuma yang aku nak sangkal sedikit ialah Matthaus dulu pun main sampai dua dekad dengan Jerman dan dalam lima Piala Dunia, langsung tidak bagi peluang pemain muda lain untuk menonjolkan diri.

Cis!
25

Argentina 0 - 4 Jerman

Obefiend Weiland Sabtu, Julai 03, 2010 ,

Edisi kira telur sebelum menetas



Sampah gila Argies. Lawan team true aryan super race tak boleh lepas punya. Maradona takde idea ke? Messsi pulak nampak tak keruan. Mungkin dia confuse kot? Bila dia tengok muka Kedhira dia pening kepala

"Aku lawan Germany ke? Apsal midfielder ni muka macam Milan Barros?"

Sekarang halftime

Letak 1o Deutchmarks yang Germany akan ke semi final. Fußballnationalmannschaft terlalu superior.

p/s : Kalau Germant kalah gak memang tak Nostradamus la ku

----------------------------------------------------------------------------

Edisi telur menetas keluar Dragon Ball

Jerman memang master counter attack. Dengan Australia dia score 4 gol. Lawan England dia masukkan empat. Tanpa diduga Argentina pun masuk kelab pasukan yang di Blitzkrieg oleh Fußballnationalmannschaft. How do we start? Dari awal perlawanan sudah boleh dijangka Argentina tak akan dapat bermain tippy-tappy football diorang. Pertahanan Jerman dengan mudah menutup setiap ruang yang ada. World Footballer of the Year pun langsung tidak menyerlah. Hanya bila perlawanan hampir tamat barulah ada shot on target dari Messi. World best player? World class? Based on that performance Messi is no better than Rooney. Yep! Selepas perlawanan menentang German tempohari media tabloid England menghentam teruk Rude Boy Rooney. Banyak komen di website bolasepak England mengatakan Rooney tidak world class seperti Messi. Well now we know Messi pun jadi macam pemain pencacai bila berdepan dengan back line Jerman yang imperious seperti Tembok Berlin.

Adakah ini bermakna England tidak sesampah yang disangka? Maybe but who gives a shit. Bedasarkan form aku meletakkan Jerman sebagai favourite untuk memenangi Piala Dunia.

Man of the Match



Mirsolav Klose - Pada awalnya aku nak bagi kepada Mertesacker kerana berjaya membuatkan Messi menjadi peripheral figure. Lepas tu aku nak bagi kepada Schweinteiger. Tapi dengan dua gol aku bagi MOTM kepada Klose. Kini Klose telah melangkau Pele didalam ranking pemain paling banyak menjaringkan gol di Piala Dunia dan kini sebaris dengan Gerd Muller dan hanya satu gol dibelakang Fat Ronaldo.


Man of the Match - Argentina


Carlito Tevez - It's either Carlito atau Angel De Maria. Aku pilih Tevez pasal dia tak pernah give up walaupun player lain dah tak mampu nak berlawan. Messi give up terus lepas gol kedua dijaringkan. Tevez semakin bersemangat aku tengok the more goals were scored. Kepada peminat Man U dan City mereka pasti dah familliar dengan sikap Carlito yang tak tahu nak givap. Kesian pulak aku tengok segala usaha dia berakhir dengan kehampaan


Bastard of the Match


Tiada - banding dengan perlawanan Brazil Holland semalam game ni very tame. Ref pun nice tak buta. Paling keji pun Monster Mascherano. Tapi itu memang style dia hard tackling tapi fair.


Goal of the Mach




Miroslav Klose - gol pertama Klose memadamkan harapan Argentina. It wasn't pertty but dia punya level of menganjing cukup tinggi. Tap in bola kedalam gawang yang kosong. Humiliation!


Save of the Match


Tiada - Manuel Nauer boleh tidur dalam gol kalau dia nak pasal jarang diuji serangan Argentina. Sergio Romero pulak fakap gila dengan first gol.


LOL of the Match




Maradona pegang tasbih (rosary beads) bila the inevitable finally came. Doa la banyak mana pun Argies tetap kena tapau!


Rockstar of the Match




Martin Demechelis - First half rambut macam peyanyi Poison Brett Michaels. Second half rambut bertocang macam Jason Newsted circa 1989 Live Shit Binge and Purge.


Messi Verdict




Macam Rooney dan Ronaldo, Messi aku rasa cukup menghampakan dalam Piala Dunia kali ini. Mungkin expectation terlalu tinggi dan the second coming of Maradona nampak telalu ordinary. Dalam perlawanan malam ni tak ada satu killer pass, moment of genius atau magical dibble dari Messi. Mertesacker si gergasi dari Hannover dengan mudah mengekang si kerdil Messi dari Rosario. Setiap kali Messi cuba nak dribble kaki Mertesacker dah tackle. Physically memang nampak tak adil macam Big Show lawan Ray Mysterio. Musim depan kalau lawan Barcelona letakkan player gergasi yang laju macam Per Mertesacker untuk man mark Messi. Sure kena tapau!


Konklusi


Jerman sekarang pasti favourite dikalangan kaki judi bola. Kemenangan cukup selesa dan total. Argentina langsung tak nampak ada hope untuk menang let alone pull a goal back. Passing dan counter attacking Jerman memang terbaik!

Argentina pulak promised so much but delivered little. Dalam group game bagi aku Argies tak berapa meyakinkan.

Jumpa anda di game Spain Paraguay pula!

Btw... Holland masih for the winrar!!
29

Brazil 1 - 2 Oranje

Obefiend Weiland Jumaat, Julai 02, 2010 , ,

Edisi Emosi Tidak Terkawal




Gua dah kata sebelum tournament start Sneijder mesti menyengat! WAAAAAAAAAAA!!!!!!

Gua dah kata Oranje mesti gagah malam ni! Lu tak caya! WAAAAAAAAAAAAAAAA!

Dua-dua gol ada penangan Wesley Snipes Sneijder...... Bookey kasi bayar sama gua.



Man of the Match

Wesley Sneidjer - Satu "assist" dan satu gol. 5 gol dalam 7 perlawanan so far bagi star player Holland untuk edisi Piala Dunia kali ini. Sneidjer red hot sejak final ECL tempohari.


Man of the Match Brazil


Kaka - first half flicks dia dengan Robinho memang cukup outrageous. Kaka finally come alive selepas menamatkan musim pertama La Liganya yang hambar. Malangnya walaupun bermain dengan baik dia tetap akan pulang awal dari Afrika. On the bright side kita tak akan nampak lagi baju "Saya milik Jesus" Kaka jika Brazil menang.


Bastard of The Match


Yuichi Nishimura - aneh sial ref ni. Banyak tackle dan diving sepanjang match dia tak bagi yellow card. Michel Bastos dan Mark Van Bommel dua-dua agak bernasib baik tak kena kad merah kerana melakukan banyak sinikal fouls. Dani Alves boleh dilihat hangin satu badan dengan ref. Robinho pun aku rasa bernasib baik tak kena yellow kerana dissent. Adakah ref terlalu lenient atau sebenarnya dia buta?


Goal of the Match


Robinho - finishing dengan tenang menyudahkan through pass Filipe Melo yang sungguh sublime.




Save of the Match


Maarten Stekelenburg menyelamatkan percubaan Kaka separuh masa pertama.




LOL of the Match

Muka Maicon macam nak bunuh orang selepas percubaannya yang ditampan Stekelenburg tidak diberikan tendangan sudut.



Konklusi

Brazil sebenarnya jauh lebih bagus dari Belanda semasa separuh masa pertama. Nampak lagi settled dan banyak melakukan pergerakan yang menarik. Pemain Holland nampak agak statik sehinggakan Van Bommel yang selalunya reliable nampak agak sampah.

Perlawanan berubah setelah freekick Sneidjer ditanduk masuk oleh Melo ke gawang sendiri. Selepas gol tersebut Holland mendapat semangat untuk kill the game. Bila gol kedua dijaringkan perlawanan jadi terbalik. Holland lebih tenang sementara Brazil mula main macam gampang. Takcling macam sampah dan mughallazah. Passing pun mula menyerupai England dengan hantaran kedepan tanpa arah tuju.

Tahniah Holland.....tapi next match 2 player suspended. De Jong dengan Van Der Wiel. Boleh lepas ke?

14

Bila Budak Latino Pakai Baju MEXICO ke Kelas

Obefiend Weiland ,
Kisah Benar dari Amerikkka

Angkat tangan siapa ada jersi England? Holland? Zee Germans? Argentina? Good-good.

Siapa ada jersi Man United? Chelsea? Sandarkan Pada Hodgson FC? Good-good.

Ok now siapa ada jersi Harimau Malaya? Perak? Johor FC? hmmmm. Not so good.

Hari ini aku akan bercakap pasal kisah Coral Avilez (12) yang dimarahi guru kelasnya kerana memakai jersi pasukan Mexico ke kelas. Nak dijadikan cerita sedang dia happy menonton perlawanan Mexico lawan Afrika Selatan datanglah seorang cikgu menegur kenapa dia pakai jersi Mexico. Bila ditanya kenapa si cikgu terus emosi dan salahkan si Coral keatas kenaikkan cukai dan insuran peribadinya,

Kesalahan si Coral hanyalah memakai jersi Mexico dan dia seorang Latino. Cikgu yang terover patriotik ini sekarang digantung dari bertugas.

Aku selalu jugak dengar pasal semangat patriotik sesetengah orang Amerika yang melampau. Tapi ini kali pertama aku dengar insiden yang sebangang macam ni. Tak tergapai otak aku. Maybe pasal di Malaysia masalah patriotik atau tidak tak wujud bila berbincang pasal jersi. Tak boleh imagine sial aku kalau pegi mamak kena maki pasal pakai baju England.

Honestly dari pengalaman aku yang pakai jersi Malaysia yang kena maki. Pernah sekali tengok game Malaysia suatu ketika dulu. Aku tak ingat the exact detail tapi aku tengok game tu dekat kedai mamak. Ada la 2 brader pakai jersi Malaysia. Malaysia kena hambat dengan Qatar or something. Tetiba sorang pakcik tegur 2 brader bejersi Malaysia tadi.

"Engkau pakai jersi apa guna? Buang duit je!"

Terbalik sial dekat Malaysia.

Oleh itu marilah menyokong pasukan tempatan. Go go Najath Kepong FC!

p/s : ESOK SUPER ORANJE MESTI MEMANG, Gua sudah judi bola sama Holland. Come on!

P/p/s : LINK sudah dibetulkan, Terima kasih kepada Sang Karipap
25

We're Coming Home! We're Coming!

Obefiend Weiland Ahad, Jun 27, 2010 , ,
England Coming Home!

FUCKEN KRAUTS!



think it's bad news for the English game
We're not creative enough, and we're not positive enough

We’re coming home
We’re coming home
We’re coming
England’s coming home...

(We'll go on getting bad results, getting bad results..)

We’re coming home
We’re coming home
We’re coming
England’s coming home...

Everyone seems to know the score
They've seen it all before
They just know
They're so sure
That England's already throw it away
Fucking blow it away
But I know they can’t play
'Cause I remember...

Three Lions on a shirt
Tears of fans still gleaming
44 years of hurt
Time to stop me dreaming

So many jokes, so many sneers
But all those oh-so-nears
Wear you down
Through the years
But I still see that fuck up by Green
Rooney's failure to score
Klose belting the ball
And Dampsey Dancing

Three Lions on a shirt
Tears of fans still gleaming
44 years of hurt
Time to stop me dreaming

I know that was then
It could never be again

We’re coming home
We’re coming home
We’re coming
England’s coming home...

Three Lions on a shirt
Tears of fans still gleaming
44 years of hurt
Time to stop me dreaming
11

Malam Ini - Capello

Capello = insane

Patut la player England cuak cam hanjeng dengan Capello. Mamat ni bipolar ke?


27

Jersey Dan Aku

Faktor pembelian

Aku suka mengumpul jersey bola original. Bila season bola baru bermula aku akan carik jersey yang aku rasa mantap. Tak macam orang lain aku beli jersey bukan kerana teamnya bagus. Bukan juga kerana jerseynya lawa. Aku beli jersey pasal aku suka jersey yang orang lain tak pakai. In other words the rarer it is the better.

For example last season aku carik jersey Hull City. Aku pegi Al Ikhsan takde. Pegi butik Nike dan Adidas pun takde. Ye itu kerja bodoh kan? Sah sah Hull City sponsor dia UMBRO. Takkan jual kat butik Adidas. Aku cuba cari di butik Nike just for the lulz. Ini adalah kerana Umbro sekarang dibawah naungan Nike. Mana lah tahu kalau nasib jumpa. Boleh angkat kemudian letak "BULLARD" dekat blakang. Carik punya carik tak jumpa jugak. Last-last angkut jersey away Chelsea. Dekat blakang letak Gudjohnsen 22. Yes ladies and gents aku ada soft spot dengan Eidur Gudjohnsen. Kenapa? Ntah aku pun tak tahu. Maybe pasal si Pembunuh dari Iceland ialah player yang sungguh overated sepanjang dia bermain untuk Chelsea.

Kembali kepada cerita jersey. Kalau membeli jersey aku suka jersey keluaran Umbro. Rekaan jersey diorang memang kick ass. Jersey Nike dan Adidas mungkin lebih laku pasal derang sponsor team besar tapi nilai estetikanya tak ada. Compare jersey Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Man United dengan jersey Man City away season lepas. Mana lagi cantik? Bagi aku jersey away City keluaran Umbro jauh lagi kewl. Lain gila dari jersey-jersey team lain. Sekali pandang macam jersey River Plate.



But still the best kit ever dalam sejarah EPL bagi aku ialah jersey ASICS Blackburn Rovers era Alan Shearer. Demmit cool sial jersey tu. Baju tu sungguh iconic sampai Johor tiru jersey tu SEBIJIK!



Skang apa jadi dengan ASICS? Bila last time korang nampak baju bola ada logo ASICS? Hmm? Any takers?

Aku rasa inilah downside bila jersey dibuat oleh duopoly Adidas dan Nike. Design yang betul-betul iconic tak ada. Sometimes beza baju antara one team from another hanya warna , logo kelab dan logo penaja. Case in point jersey Chelsea dan Liverpool.

Tak boleh ke Nike buat design yang unik untuk team berbeza? That is why world cup tahun ni aku tercari-cari jersey Korea Utara. Jersey keluaran LEGEA yang I have no idea where the fuck they came from. Logo LEGEA ada iras-iras NIKE Swoosh. Kalau jumpa memang aku angkat on the spot sial! Dah la rare... team komunis lak tuh. LEGEA bukan syarikat yang famous tapi derang buat jersey untuk negara-negara yang notorious. Selain Korea Utara Legea juga membuat jersey untuk;

Zimbabwe
Iran
Montenegro
Albania
Bosnia



Korang lak camne? Jersey team mana yang korang rasa iconic? Jersey negara mana yang korang rasa terbaik tahun ni? Komen dibawah kasi tau sama gua.

Btw.. Kalau korang ada jumpa tempat yang jual jersey Korea DPR sila bagitau jugak. Aku tak sabar nak beli siap dengan Kim Jong Il NO 1 dekat blakang.
5

NONTON SEPAK BOLA DI JAKARTA

Jakarta tak ada kedai mamak.

Bukan masalah

Game Ivory Coast lawan Portugal kami ke sebuah port, tempat 'besar' di mana aktivis politik merencanakan macam-macam kegiatan dari diskusi, penerbitan sampailah ke peringkat demo jalanan.



Game Honduras vs Chile, saya di Taman Ismail Marzuki, terdapat beberapa 'otai' menonton di kedai buku dalam kawasan TIM.


Dan,

dari bilik saya boleh kedengaran riuh-riuh lelaki menjerit tatkala gol atau hampir gol.

Adakah makwe-makwe Indonesia sama seperti makwe Malaysia yang stress dengan perangai jantan-jantan ini?

16

Vorsprung durch Technik!

LuciusMaximus Isnin, Jun 14, 2010 , ,

Hari Ahad lepas menyaksikan perlumbaan Le Mans 24 Hours 2010 berakhir dengan syarikat automotif Jerman, Audi menyapu bersih podium melalui kemenangan 1-2-3.


Jentera R15 TDI LMP1 berkuasa diesel jelas bukan tandingan kereta-kereta buatan syarikat negara lain dalam perlumbaan sukan permotoran berprestij ini.


Dr Wolfgang Ullrich, ketua Audi Motorsports ketika mengulas kemenangan Audi menegaskan kejayaan 1-2-3 tersebut bertitik tolak dari falsafah "Vorsprung durch Technik" yang mereka pegang selama ini.


Sementara itu dalam arena bolasepak Piala Dunia 2010... (bersambung)
10

ARGENTINA VS NIGERIA

1. Disebalik persembahan kurang menyakinkan Argentina tadi, saya suka kerana entah kenapa seperti jadi trend team yang kelam kabut selalunya pergi jauh. Semoga Jerman bermain SANGAT CANTIK tahun ini, saya doakan. Sepanyol dan Belanda saya tak heran, mereka akan selalunya bermain SANGAT CANTIK. Brazil...tak mengapa, mereka akan dikalahkan Perancis nanti.

2. TAPI - ingat 2002? Nigeria jua yang Argentina kalahkan dengan gol yang sama. Apa jadi lepas tu?

3. Adakah Messi ikut sumpahan pemain yang star nak mampus dalam kempen kelab tiba-tiba sangat-sangat selalu mensia-siakan peluang?

4. Nampak sangat defense Argentina tidak ada pace yang bagus. Sangat-sangat merisaukan jika bertemu Brazil.

5. Saya juga percaya bola lambung Veron akan membawa padah pada perlawanan akan datang. Masih tidak percaya Cambiasso tidak bermain.

6. TAPI - terima kasih kepada beliau yang menjadi pelopor gol.

7. Pada hemat saya nampak sedikit ketara stail main yang berbeza antara team 2006 dan team 2010.

8. Lisa Surihani tidak bersama saya ketika menonton perlawanan ini.

9. Konklusi - Saya menaruh harapan penuh pada Maradona. Seorang yang langsung tidak mahu jenuh nak berfikir soal risk-calculation bagai. Hentam saja.

Vamos!
6

Rebiu Kilat

LuciusMaximus

Perlawanan sebentar tadi aku simpulkan dengan 2 konklusi mudah.

1) Argentina tidaklah hebat sangat

2) Maradona pendek dan dia sepatutnya mendapatkan suit yang tailor-made, bukan beli di Spark Manshop
5

Soccer City Stadium



Soccer City? Asalnya FNB Stadium, yang dirobohkan untuk pembinaan stadium bolasepak baru yang jauh lebih besar dan moden. Oleh kerana itu, Soccer City dalam erti kata lain terletak di atas tapak di mana Nelson Mandela berucap buat kali pertama setelah dibebaskan dari penjara dan pastinya bakal menjadi tapak perlawanan Piala Dunia pertama di benua Afrika.

Kapasiti? 94,700 penonton.

Perlawanan? 5 perlawanan kumpulan, 1 perlawanan Round of 16, 1 suku akhir dan perlawanan akhir.

Kos? USD440 juta, membentuk sebuah stadium seakan belanga tradisional Afrika dengan 10 garisan hitam menegak di tempat duduk penonton. Sembilan darinya mengarah ke 9 stadium Piala Dunia 2010 yang lain manakala satu lagi mengarah ke Berlin di mana perlawanan akhir Piala Dunia 2006 berlangsung.

Johannesburg? Sudah tengok District 9?

Uncle Tutu

Koresponden? Koresponden Sokernet yang kesepuluh dan terakhir tidak lain tidak bukan ialah Archbishop Desmond Tutu, pejuang anti-Apartheid dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan. Pada Mei 2004 sebaik sahaja Afrika Selatan diumumkan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2010, Desmond Tutu berkata, “Saya berjanji akan membeli semua eksekutif FIFA tiket kelas pertama ke syurga, tetapi sebelum itu, saya mahu menari di luar dahulu!” Klasik.
8

Moses Mabhida Stadium



Moses Mabhida? Bersempena memperingati Moses Mabhida, ketua South African Communist Party (SACP) dan individu yang bertanggungjawab mewujudkan Umkhonto we Sizwe, pasukan bersenjata dalam perjuangan kulit hitam menentang Apartheid. SACP, Congress of South African Trade Unions (COSATU) dan African National Congress (ANC) adalah gabungan yang mewujudkan kerajaan Afrika Selatan hari ini. Moses Mabhida meninggal dunia pada Mac 1986. Stadium yang dinamakan bersempena nama beliau ini didirikan di atas tapak stadium lama iaitu Kings Park Soccer Stadium

Kapasiti? 70,000 penonton (54,000 selepas Piala Dunia).

Perlawanan? 5 perlawanan kumpulan, 1 perlawanan Round of 16 dan 1 separuh akhir.

Kos? USD450 juta termasuk untuk menyediakan tram bagi mengangkut pengunjung ke gerbang stadium bagi meninjau pemandangan Durban.

Durban? Bandar berpopulasi 3,468,086 penduduk ini merupakan juga pelabuhan utama Afrika Selatan. Pernah suatu masa dulu menjadi destinasi pelancoongan utama Afrika Selatan sebelum diatasi oleh Cape Town. Antara tarikan utama uShaka Marine World dan juga kasino Suncoast.

Alahai...

Koresponden? Wakil Sokernet di Durban pastinya anak gadis kelahiran Durban sendiri, Candice Boucher. Model SASI Swimwear 2009 ini dilaporkan telah muncul dalam majalah Playboy isu April 2010. Err, siapa ada isu tersebut?

Nota kaki: Sembilan stadium dan sembilan koresponden, kini hanya tinggal satu saja lagi.
5

Cape Town Stadium



Cape Town? Bersempena nama bandara terletaknya stadium ini. Pada asalnya telah wujud Green Point Stadium di tapak tersebut tetapi stadium lama ini dirobohkan untuk pembinaan yang baru. Sepanjang proses pembinaan Cape Town Stadium dirujuk dengan nama lama, Green Point.

Kapasiti? 69,070 penonton.

Perlawanan? 5 perlawanan kumpulan, 1 perlawanan Round of 16, 1 suku akhir dan 1 separuh akhir

Kos? USD600 juta, di atas kawasan hartanah paling mewah di Cape Town. Kos termasuk pembinaan jalanraya baru dan kawasan taman seluas 60 hektar.

Cape Town? Dengan jumlah penduduk mencecah 3,497,097 orang, Cape Town merupakan ibu negara perundangan Afrika Selatan dan bandar paling majmuk. Semua pengulas Sokernet mempunyai ahli saudara yang menetap di Cape Town, walaupun bau-bau bacang dan terpisah ratusan tahun lamanya. Destinasi pelancongan utama Afrika Selatan, dengan sekitar 1.5 juta pelancong tiba setiap tahun. Kalau datang sini, mesti naik Table Mountain.


Agak nakal minah ni

Koresponden? Koresponden Sokernet di Cape Town juga merupakan kelahiran Cape Town sendiri. Elbe van der Merwe adalah model SASI Swimwear 2009 dan mesra dengan panggilan Kudu (punyalah kampung nama ni). Kudu selain menggemari set pakaian dalam yang seksi, turut meminati pemain ragbi Afrika Selatan, Os du Randt. Memang cool minah ni.

Sebelum ini:

3

Ellis Park Stadium



Ellis Park? Sempena menghargai jasa JD Ellis dari Majlis Bandaraya Johannesburg yang menyediakan tapak untuk pembinaan stadium ini pada tahun 1927. Sebagai salah satu stadium terawal Afrika Selatan, Ellis Park merupakan antara stadium pilihan Afrika Selatan dalam perlawanan antarabangsa untuk bolasepak mahupun ragbi. Dalam ragbi Piala Dunia 1995 Springboks menewaskan All Blacks dalam perlawanan akhir di Ellis Park. Nelson Mandela yang menyampaikan trofi Piala Dunia ragbi berkata kepada kapten Springboks, Francois Pienaar, “terima kasih atas apa yang anda telah lakukan untuk negara kita”. Yang kemudiannya dibalas oleh Pienaar: “Tuan Presiden, ianya kecil sahaja jika dibandingkan dengan apa yang anda telah lakukan untuk Afrika Selatan”. Ellis Park juga adalah gelanggang Orlando Pirates, salah satu dari dua kelab bolasepak utama Afrika Selatan. Tragedi Ellis Park pada tahun 2001 melibatkan penyokong Orlando Pirates dan Kaizer Chiefs, di mana 42 penonton terkorban dalam rempuhan. Nama lain Ellis Park ialah Coca-Cola Park, atas sebab penajaan. Stadium yang penuh nilai sejarah.

Kapasiti? 62,567 penonton.

Perlawanan? 5 perlawanan kumpulan, 1 perlawanan Round of 16 dan 1 perlawanan suku akhir.

Kos? Ellis Park yang asal dibina pada tahun 1927 dengan kos GBP5 ribu. Untuk Piala Dunia 2010, ianya dinaik taraf dan diubah suai dengan kos mencecah USD80 juta.

Johannesburg? Turut dikenali dengan nama singkatan Jo’burg, bandar terbesar Afrika Selatan ini didiami oleh 7,151,447 penduduk. Untuk mengenali Jo’burg lebih dekat, Sokernet mengesyorkan sebuah doku-filem bertajuk District 9.



Lentik



Koresponden? Tiada yang lebih layak untuk menjadi koresponden Sokernet di Ellis Park melainkan anak tempatan Jo’burg sendiri, Gina Athans. Gadis berusia 26 tahun ini adalah model SASI Swimwear 2008 dan pernah berkahwin dengan jutawan Jordan, Eyhab Jumean sebelum bercerai apabila Eyhab mempunyai skandal dengan Paris Hilton. Kasihan Gina Athans, mungkin ada pengulas Sokernet yang sudi mengubati hatinya yang luka? Pipiyapong?

Sebelum ini:
Loftus Versfeld Stadium dan Tanya Manganyi!
Nelson Mandela Bay Stadium dan Roxy Ingram!
1

Loftus Versfeld Stadium

(Harap bersabar, tinggal lagi 5 stadium dan 5 koresponden. Kalau aku tak pos rugi pula, setiap koresponden ni Sokernet dah bayar gaji)



Loftus Versfeld? Bukan nama syarikat, tapi bersempena nama Robert Owen Loftus Versfeld, individu yang bertanggungjawab memulakan organisasi sukan di Pretoria sehingga wujudnya kelab bolasepak seperti Mamelodi Sundowns dan Supersport United, selain pasukan ragbi Blue Bulls.

Kapasiti? 51,762 penonton.

Perlawanan? 5 perlawanan kumpulan dan 1 perlawanan Round of 16.

Kos? Loftus Versfeld Stadium adalah sebuah stadium moden yang dibina pada tahun 2007 maka oleh itu hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian untuk Piala Dunia 2010. Hanya USD16 juta dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Pretoria? Salah satu dari 3 ibu negara Afrika Selatan, berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Bandar berpopulasi 2,345,908 penduduk ini adalah antara bandar paling teratur dengan mutu taraf hidup penduduk yang terbaik di Afrika Selatan. Antara tarikan utama ialah Pretoria Bontanical Garden selain dari 20 pusat membeli-belah di bandaraya ini.


Kerajaan 1Malaysia perlu galakkan lebih ramai pendatang Afrika yang macam ini


Koresponden? Anak jati Pretoria, Tanya Manganyi telah dipilih sebagai koresponden Sokernet di Loftus Versfeld Stadium. Model SASI Swimwear 2009 yang berusia 27 tahun ini masih mantap sekalipun sudah mempunyai seorang anak lelaki. Rahsianya? Luangkan masa di gim dan pusat senaman. Ajenye ye pun!

Sebelum ini:
Nelson Mandela Bay Stadium dan Roxy Ingram!
Free State Stadium dan Lieschen Botes!
Peter Mokaba Stadium dan Lee-Ann Liebenberg!
Royal Bafokeng Stadium dan Palesa Vedala!
Mbombela Stadium dan Shashi Naidoo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...