Memaparkan catatan dengan label yuna suka jerman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yuna suka jerman. Papar semua catatan
2

PREVIEW UCL FINAL 2013 : DER KLASSIKER AT WEMBLEY STADIUM AND LISA FREUNDIN'S WARNING!

racYnc Jumaat, Mei 24, 2013 , ,



Perlawanan terakhir dan paling dinantikan oleh seluruh peminat bolasepak seantero dunia. Flashback dari pusingan kalah mati, The Black Yellows tanpa di duga berjaya menempatkan diri ke final dengan mengalahkan Shakhtar Donetsk (5-2 agg), Malaga (3-2 agg), serta membanakan Real Madrid (4-3 agg), sebelum ke final. Manakala The Bavarians menewaskan Arsenal melalui kemenangan away goal (3-3 agg), Juventus (4-0 agg) serta me'Melaka'kan Barcelona dengan kemenangan aggregat besar, 7-0.

Ini adalah pertembungan all-Germans pertama di pentas final UCL (UEFA Champions League). Sebelum ini, pertembungan final dari negara yang sama pernah berlaku pada tahun 2000 (Spain), 2003 (Italy) dan 2008 (England). Kali terakhir Dortmund memenangi UCL adalah pada tahun 1997, manakala Bayern Munich pada tahun 2001.



Jurgen Klopp vs Jupp Heynckes

Perlawanan dijangka menarik memandangkan konsep taktikal berlainan dari kedua dua jurulatih pasukan. Jurgen Klopp lebih gemar bermain secara counter-attack manakala Jupp Heynckes seperti sedia maklum, lebih gemar bermain secara posession football. Nampak tak? Sebab tu Pep Guardiola memilih Bayern Munich sebagai destinasi terbaru. Sebab corak asas permainan Bayern dengan Barcelona adalah sama, bukan dia pilih Bayern sebab makwe sana putih putih ke, tetek besar ke, bukan saudara saudara sekalian.

Heynckes, yang akan melepaskan tugasnya selepas perlawanan ini pastinya mengejar kemenangan untuk melengkapkan gelaran treble bersama The Bavarians. Beliau dikatakan akan bersara dari dunia bolasepak selepas ini dan menyertai perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) untuk mengisi masa lapang. Manakala Klopp, pastinya ingin memenangi perlawanan ini untuk mengubat duka lara selepas gagal mempertahankan kejuaraan liga dan kekalahan dalam Piala German.


Reus, Grosskreutz, Mandzukic, Gundogan, Martinez.
Midfielder's War.

Peminat bolasepak pastinya akan disajikan dengan pertempuran menarik dari posisi tengah oleh kedua dua pasukan. Baik Borussia Dortmund mahupun Bayern Munich, mereka memiliki pasangan midfielder yang terbaik di dunia ketika ini. Si Copot ke, Nanthakumar ke, waima Amar 'The King' Rohidan pun tak boleh makan punyalah!

Bayern Munich dijangka menurunkan pairing-midfielder terbaik mereka iaitu Schweinsteiger, Martinez, Ribery, Muller dan Robben. Sementara lawan mereka pula dijangka menurunkan Reus, Gundogan, Blaszczykowski, Bender dan Grosskreutz (jika Gotze gagal cergas).

Atas kertas, midfielders Bayern Munich di lihat bakal lebih menyerlah nanti terutama menerusi Martinez yang mempunyai rekod tackles won all season tertinggi dalam Bundesliga musim ini, ditambah pula skill kepimpinan cemerlang dari Schweinsteiger serta ketajaman trio Ribery-Muller-Robben yang gilababi dahsyat. Tapi bak kata legendary Fakri, "Kalau bola tu tak nak masuk, buat lah macam mana pun, tak masuk jugak". Makanya, tengok sahaja nanti apa jadi.


Amaran dari Lisa Freundin buat pasukan Bayern Munich.

Baiklah, aku dah penat. Prediksi aku, Bayern Munich 2-1 Borussia Dortmund.





* Der Klassiker (The Classic) adalah gelaran pertembungan tradisi di antara Bayern vs Dortmund.
16

Vorsprung durch Technik!

LuciusMaximus Isnin, Jun 14, 2010 , ,

Hari Ahad lepas menyaksikan perlumbaan Le Mans 24 Hours 2010 berakhir dengan syarikat automotif Jerman, Audi menyapu bersih podium melalui kemenangan 1-2-3.


Jentera R15 TDI LMP1 berkuasa diesel jelas bukan tandingan kereta-kereta buatan syarikat negara lain dalam perlumbaan sukan permotoran berprestij ini.


Dr Wolfgang Ullrich, ketua Audi Motorsports ketika mengulas kemenangan Audi menegaskan kejayaan 1-2-3 tersebut bertitik tolak dari falsafah "Vorsprung durch Technik" yang mereka pegang selama ini.


Sementara itu dalam arena bolasepak Piala Dunia 2010... (bersambung)
21

Guten Tag!

LuciusMaximus Rabu, Jun 09, 2010 , , ,
Portugal 3 – Mozambique 0

Danny dan Hugo Almeida (2) menjaringkan gol untuk memastikan Portugal menutup tirai perlawanan pemanas badan mereka dengan kemenangan selesa ke atas Mozambique, negara Afrika bekas jajahan Portugal yang menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa rasmi. Dengan kemenangan ini, kem Portugal mengumumkan Nani tidak akan bermain untuk Piala Dunia atas sebab kecederaan. “Anak rusa Nani, baru kembang ekor, apa dosa kami, lalu tidak tegur”.

Sepanyol 6 – Poland 0

La Furia Roja terus menceriakan dan memberi harapan palsu kepada lebih 300 peminat Sepanyol di Sokernet dengan kemenangan 6 gol ke atas Poland. Xabi Alonso, Cesc Fabregas, Fernando Torres dan Pedro menjaringkan gol setiap satu dengan David Silva menyumbat 2 gol. “This could be our year!” kata Torres, terbawa-bawa dari budaya Liverpool beliau.

Pemanas Badan Tambahan

Dua negara hemisfera selatan, Chile dan New Zealand sepakat untuk mengadakan satu lagi perlawanan pemanas badan. Kedua pasukan bakal berentap malam ini dengan harapan, tidak ada kecederaan yang tidak dingini berlaku.

Sementara Itu Di Kem Jerman

Sami Khedira, pemain yang bertanggungjawab mengisi kekosongan posisi Michael Ballack dan satu-satunya pemain Muslim dalam skuad Jerman yakin beliau mampu menjalankan tugas sebagai pengganti Michael Ballack.

Pemain berusia 23 tahun yang merupakan kacukan Tunisia dan Jerman ini sebenarnya boleh bermain untuk Tunisia tetapi memilih untuk bersama Jerman.

“Ana membesar di Jerman dan ana seorang Jerman, yang boleh diterjemahkan dari hidup ana yang berdisiplin dan menepati masa”, jelas Khedira ketika ditemui Sokernet selesai kuliah subuh di Pretoria pagi tadi.

Berdisiplin dan menepati masa, kriteria penting untuk menjadi seorang Jerman.

Berita lanjut.

Khidmat Telco Di Afrika Selatan Macam Celcom

Skuad Jerman berdepan dengan masalah komunikasi apabila para pemain mendakwa tidak dapat menghubungi antara satu sama lain.

DFB telah memberikan setiap 23 pemain Jerman sebuah telefon bimbit baru sebaik tiba di Afrika Selatan dengan muat naik nombor setiap pemain lain tersedia. Telefon bimbit seorang satu bai, FAM nak bagi kredit top up untuk pemain Malaysia pun belum tentu lagi mampu.

Namun walaupun para pemain boleh menghubungi ahli keluarga mereka di Jerman dengan telefon baru ini, mereka berdepan dengan masalah untuk menghubungi antara satu sama lain.

“Kami cuba berseronok untuk menghubungi satu sama lain, tetapi telefon ini nampaknya tidak berfungsi dengan baik. Saya boleh menghubungi teman wanita saya di Berlin, tetapi tidak rakan sepasukan di sini”, dakwa pemain pertahanan Arne Friedrich.

Sokernet masih menyiasat sekiranya maksud ‘berseronok’ yang dikatakan oleh Friedrich merujuk kepada budaya main miss call ketika zaman Nokia 3210 dulu.

Joachim Loew pula dalam satu kenyataan berharap para pemain tidak menggunakan telefon baru ini untuk muat turun dan bertukar-tukar gambar atau video ‘barang baik punya’.

Berita lebih lanjut.

Gua dah tempah satu, you all bila lagi?


Berita-berita Piala Dunia dan laporan kem Jerman ini ditaja oleh Audi. Tempah kereta Audi anda di Audi Centre Cape Town, Afrika Selatan dan pandulah Audi dengan bergaya ke stadium untuk menonton perlawanan Piala Dunia nanti.

Audi und Die Nationalmannschaft, Vorsprung durch Technik.

Tinggal 2 hari lagi sebelum Piala Dunia 2010. Sokernet ialah laman web rasmi berbahasa Melayu untuk Piala Dunia 2010. 1Sokernet, 1Dunia.

14

Gergasi Sudah Tiba

LuciusMaximus Selasa, Jun 08, 2010 , ,

Pasukan bolasepak paling efisien, teknikal dan berdisiplin dalam dunia telah tiba di Afrika Selatan.

Skuad Jerman berlepas dari Frankfurt ke Johannesburg melalui penerbangan Lufthansa dengan menaiki kapal terbang jumbo Airbus 380, yang merupakan penerbangan rasmi Airbus A380 pertama oleh Lufthansa.

Airbus A380 ialah kapal terbang penumpang terbesar dunia yang mampu menempatkan 525 penumpang dalam konfigurasi 3-kelas. Penerbangan dari Frankfurt ke Johannesburg turut disertai oleh kakitangan skuad Jerman, ahli keluarga para pemain dan juga penyanyi Shakira, yang akan menyanyikan lagu tema ‘This Time For Africa’ ketika upacara pembukaan Piala Dunia nanti.

Apa barang naik Air Asia?

Sebaik tiba, skuad Jerman disambut oleh penyokong mereka, kebanyakannya rakyat Afrika Selatan berketurunan Jerman. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke Pretoria untuk ke base camp mereka di Velmore Grande Hotel, sebuah hotel 5 bintang.

Hotel countryside ini dilengkapi kemudahan seperti kolam renang, pusat rawatan spa dan restoran dalam kawasan berpagar dan tertutup sepenuhnya.



Velmore Grande Hotel - Kat sini ada steak springbok


Walaupun asalnya tidak mempunyai padang dan fasiliti bolasepak, pihak pengurusan telah mengambil inisiatif untuk membelanjakan Rand 80 juta khusus untuk memenuhi kehendak skuad Jerman dan DFB. Pengawal keselamatan peribadi turut disertakan khusus buat mengiringi setiap pemain, jelas pengurus hotel Heinz Mulder.

Velmore Grande Hotel terletak pada paras ketinggian 1,000 meter dari aras laut, sekaligus memberikan peluang skuad Jerman membiasakan diri bermain dalam keadaan kekurangan oksigen. Ini penting kerana kebanyakan tempat perlawanan di Afrika Selatan berlangsung di kawasan beraltitud tinggi.

Untuk terbang ke Durban dan Port Elizabeth, di mana Jerman bermain untuk 2 perlawanan kumpulan mereka, keizinan telah diberikan oleh kerajaan Afrika Selatan untuk menggunakan sebuah pengkalan tentera udara sebagai lapangan terbang eksklusif. Jarak pengkalan tersebut hanya 10 kilometer dari hotel penginapan.

Sokernet berpeluang untuk merasai sendiri kelengkapan eksklusif di Velmore Grande Hotel. Luxury Suite berharga Rand 3150 satu malam manakala Swedish body massage selama 90 minit berharga Rand 560. Tidak dapat dipastikan jika tukang urut adalah gadis Sweden atau sebaliknya.

Perlawanan Persahabatan

Brazil 5 – Tanzania 1

Brazil melabuhkan tirai sesi perlawanan mereka dengan membelasah Tanzania. Gol-gol dijaringkan oleh Robinho (2), Ramires (2) dan Kaka.

Tinggal Portugal dan Sepanyol masih belum menamatkan sesi perlawanan persahabatan mereka. Portugal akan bertemu Mozambique malam ini manakal Sepanyol menentang Poland esok, yang merupakan perlawanan persahabatan terakhir sebelum Piala Dunia.

Jangan ada yang tercedera saat akhir, hehe!

15

Sieg Heil!

LuciusMaximus Jumaat, Jun 04, 2010 , ,
Jerman menjadi antara pasukan pertama yang melabuhkan tirai perlawanan persahabatan setelah menundukkan Bosnia Herzegovina 3-1 di Frankfurt, malam tadi.

Koresponden Sokernet di Jerman, Alec Empire melaporkan gol-gol Jerman dijaringkan oleh Philipp Lahm (50) dan dua penalti oleh Bastian Schweinsteiger (73 dan 77). Gol Bosnia dihasilkan oleh Edin Dzeko (15).

Dengan kemenangan tersebut, jelaslah Piala Dunia 2010 bakal pulang ke negara yang pernah didiami oleh Adolf Hitler.

Sepanyol 1 – 0 Republik Korea

Sepanyol yang kononnya faveret memenangi Piala Dunia sekadar mampu menang 1-0 menentang Republik Korea. Republik Korea di sini membawa maksud Korea Selatan, yakni Korea yang tidak ada banyak pagar karan dan kawat berduri.

Siapa yang undi Sepanyol di sebelah masih sempat tukar kepada Jerman.

Mexico 2 – 1 Itali

Cayalah El Tri, memang semangat Azteca!

Siapa yang undi Itali, bolehlah beralih ke Jerman juga.

Galacticos Datang Malaysia

Kelab bolasepak paling power dalam galaksi Bima Sakti dilaporkan bakal bertandang ke Malaysia bulan Ogos nanti.

Mengikut sumber rasmi kerajaan, lawatan Real Madrid bertujuan untuk menimba ilmu dari skuad Harimau Malaya selain berminat untuk mendalami lebih lanjut gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri.

Pejabat Sokernet pagi tadi telah dihubungi oleh Jose Mourinho yang berminat mendapatkan serba sedikit maklumat berkenaan Amri Yahyah yang pernah merobek gawang Manchester United 2 kali tahun lepas. Namun atas semangat patriotisme, kami enggan mendedahkan maklumat ayam tambatan Harimau Malaya ini.
28

Apa Barang The Smiths? Scorpions Lah, Baru Rock Kapak!

LuciusMaximus Khamis, Jun 03, 2010 , , ,
Lewat kebelakangan ini, Jerman boleh dikatakan menjadi fokus tumpuan seluruh dunia. Selepas membantu menyelamatkan Greece dari bangkrapsi, kita dikejutkan pula baru-baru ini dengan perletakan jawatan Presiden Jerman, Horst Koehler.

Koehler meletak jawatan setelah ditekan oleh pelbagai pihak berikutan kenyataannya di Afghanistan yang menyebut “sebuah negara seperti Jerman perlu menggunakan kekuatan tenteranya untuk melindungi kepentingan negara Jerman”.

Sebagai sebuah negara yang telah memenangi 3 Piala Dunia, 3 Piala Euro dan mencetuskan 2 Perang Dunia, Jerman memang digeruni kawan dan lawan (Britain dan Perancis pernah secara sulit cuba menghalang penyatuan Jerman Barat dan Timur pada 1990). Maka tidak hairanlah bila Koehler bercakap sedemikian, Barrack Obama pun terkucil dibuatnya.

Dan kegerunan terhadap Jerman ini juga merebak dalam bolasepak. Sekalipun Joachim Loew menyenaraikan pemain-pemain baru dan muda untuk skuad Piala Dunia Jerman, ia sudah cukup untuk membuat negara-negara lain ketar lutut.

Die Nationalmannschaft

Torhuter
Manuel Neuer (Schalke 04)
Tim Wiese (Werder Bremen)
Hans Jorg Butt (Bayern Munich)

Abwehr
Marcell Jansen (Hamburger SV)
Arne Friedrich (Hertha BSC)
Dennis Aogo (Hamburger SV)
Serdar Tasci (VfB Stuttgart)
Holger Badstuber (Bayern Munich)
Philipp Lahm (Bayern Munich) *Kapitan
Per Mertesacker (Werder Bremen)
Jerome Boateng (Harburger SV)

Mittelfeld
Sami Khedira (VfB Stuttgart)
Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich)
Mesut Ozil (Werder Bremen)
Piotr Trochowski (Hamburger SV)
Toni Kroos (Bayer Leverkusen)
Marko Marin (Werder Bremen)

Angriff
Stefan Kiessling (Bayer Leverkusen)
Lukas Podolski (FC Koln)
Miroslav Klose (Bayern Munich)
Thomas Muller (Bayern Munich)
Cacau (VfB Stuttgart)
Mario Gomez (Bayern Munich)

Dengan ketiadaan Michael Ballack menjadikan senarai skuad 23 pemain ini 100% dari kelab-kelab Jerman. Tujuh pemain dari Bayern Munich, Werder Bremen (4), Hamburger SV (4), VfB Stuttgart (3), Bayer Leverkusen (2) dan Schalke 04, Hertha BSC serta FC Koln seorang setiap satu.

Dengan purata umur pemain kesemuanya adalah 24.86 tahun, aku menjangkakan skuad Die Nationalmannschaft ini bakal mempamerkan corak permainan pantas dan bertenaga. Siapa yang rajin layan Bundesliga pasti arif kepantasan liga bolasepak Jerman ini. Kena pula Joachim Low telah memutuskan untuk membawa 6 Angriff (penyerang) ke Afrika Selatan.

Ketika dihubungi Sokernet tengah hari tadi, Joachim Low mengesahkan bahawa para pemain dipilih bukan berdasarkan pada siapa yang mendengar lagu The Smiths.

“Sukacita saya mengingatkan bahawa kesemua 23 pemain tidak mendengar lagu-lagu The Smiths. Kami semua hanya layan Scorpions, baru rock kapak”, katanya yang baru-baru ini membimbing Jerman menundukkan Hungary, 3-0.

Penafian

Aku bukan Abdul Sokernet, begitu juga Abdul Sokernet bukan aku. Artikel nukilan Abdul Sokernet sebelum ini yang disyaki hasil nukilan aku diterbitkan pada hari Sabtu 29 Mei 2010.

Sabtu lepas di Sabah adalah sebahagian dari cuti panjang 5 hari. Cuti Wesak sambung ke cuti hujung minggu dan seterusnya cuti Tadau Kaamatan. Masa Kaamatan ini aku punya sibuk mengalahkan Hari Raya.

Sebab?










Ini sebabnya. Yelah, mana ada perayaan kebangsaan lain dalam 1Malaysia ini (kecuali Gawai Dayak kot) yang ada Carslberg buat peraduan menang kerbau seekor?

Cuma aku tak confirm lagi, kalau menang, kerbau ni nak guna membajak sawah ke atau nak pakai buat racing je?

So apa pendapat you all huh?

(Kem Jerman mengucapkan “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan” dan “Selamat Gawai Dayak” walaupun dah lambat)
18

Keganasan Orang-Orang Jerman

LuciusMaximus Jumaat, Mei 28, 2010 , ,

Jerman menewaskan lawan mereka, Eppan, 24-0 dalam satu perlawanan pemanas badan Piala Dunia semalam.

Miroslav Klose (5), Mario Gomez (5), Piotr Trochowski (3), Andreas Beck (2), Toni Kroos (2), Cacau (2), Stefan Kiessling (2), Lukas Podolski (1), Semi Khedira (1) dan Arne Friedrich (1) adalah mereka-mereka yang berjaya menyumbatkan gol.

Sudah terang lagi bersuluh, siapa bakal juara Piala Dunia 2010.
24

Yuna Sokong Jerman, Anda Bila Lagi?

LuciusMaximus Rabu, Mei 26, 2010 , ,
Pejabat Sokernet pagi tadi telah dikejutkan apabila dikunjungi oleh seorang awek bertudung. Terkejut kerana yang selalu datang pejabat Sokernet ialah awek pakai hot pants.

Walaubagaimanapun awek tudung tersebut telah datang untuk menyerahkan borang keahlian kem Jerman. Katanya, “Sekalipun kita hanya mampu pakai Proton, bukan BMW, tapi Jerman tetap di hati. Guten Tag!”

Pejabat Sokernet telah difahamkan kemudian bahawa awek tudung tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah seorang penyayi bernama Yuna. Khabarnya pandai bermain gitar.












Yuna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...