ANDA SEDANG MEMBACA

14

Gergasi Sudah Tiba

LuciusMaximus Selasa, Jun 08, 2010 , ,

Pasukan bolasepak paling efisien, teknikal dan berdisiplin dalam dunia telah tiba di Afrika Selatan.

Skuad Jerman berlepas dari Frankfurt ke Johannesburg melalui penerbangan Lufthansa dengan menaiki kapal terbang jumbo Airbus 380, yang merupakan penerbangan rasmi Airbus A380 pertama oleh Lufthansa.

Airbus A380 ialah kapal terbang penumpang terbesar dunia yang mampu menempatkan 525 penumpang dalam konfigurasi 3-kelas. Penerbangan dari Frankfurt ke Johannesburg turut disertai oleh kakitangan skuad Jerman, ahli keluarga para pemain dan juga penyanyi Shakira, yang akan menyanyikan lagu tema ‘This Time For Africa’ ketika upacara pembukaan Piala Dunia nanti.

Apa barang naik Air Asia?

Sebaik tiba, skuad Jerman disambut oleh penyokong mereka, kebanyakannya rakyat Afrika Selatan berketurunan Jerman. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke Pretoria untuk ke base camp mereka di Velmore Grande Hotel, sebuah hotel 5 bintang.

Hotel countryside ini dilengkapi kemudahan seperti kolam renang, pusat rawatan spa dan restoran dalam kawasan berpagar dan tertutup sepenuhnya.



Velmore Grande Hotel - Kat sini ada steak springbok


Walaupun asalnya tidak mempunyai padang dan fasiliti bolasepak, pihak pengurusan telah mengambil inisiatif untuk membelanjakan Rand 80 juta khusus untuk memenuhi kehendak skuad Jerman dan DFB. Pengawal keselamatan peribadi turut disertakan khusus buat mengiringi setiap pemain, jelas pengurus hotel Heinz Mulder.

Velmore Grande Hotel terletak pada paras ketinggian 1,000 meter dari aras laut, sekaligus memberikan peluang skuad Jerman membiasakan diri bermain dalam keadaan kekurangan oksigen. Ini penting kerana kebanyakan tempat perlawanan di Afrika Selatan berlangsung di kawasan beraltitud tinggi.

Untuk terbang ke Durban dan Port Elizabeth, di mana Jerman bermain untuk 2 perlawanan kumpulan mereka, keizinan telah diberikan oleh kerajaan Afrika Selatan untuk menggunakan sebuah pengkalan tentera udara sebagai lapangan terbang eksklusif. Jarak pengkalan tersebut hanya 10 kilometer dari hotel penginapan.

Sokernet berpeluang untuk merasai sendiri kelengkapan eksklusif di Velmore Grande Hotel. Luxury Suite berharga Rand 3150 satu malam manakala Swedish body massage selama 90 minit berharga Rand 560. Tidak dapat dipastikan jika tukang urut adalah gadis Sweden atau sebaliknya.

Perlawanan Persahabatan

Brazil 5 – Tanzania 1

Brazil melabuhkan tirai sesi perlawanan mereka dengan membelasah Tanzania. Gol-gol dijaringkan oleh Robinho (2), Ramires (2) dan Kaka.

Tinggal Portugal dan Sepanyol masih belum menamatkan sesi perlawanan persahabatan mereka. Portugal akan bertemu Mozambique malam ini manakal Sepanyol menentang Poland esok, yang merupakan perlawanan persahabatan terakhir sebelum Piala Dunia.

Jangan ada yang tercedera saat akhir, hehe!

14 Ulasan:

HafizChan berkata...

Yuna pun dah sampai jerman agaknya

Tanpa Nama berkata...

Perghh Airbus, lebar tangga dia je dah sama dengan Air Asia!

Pernah jumpa Thai massage, yang tukang urutnya china?

Jarr berkata...

Mamat yg dlm God must be Crazy tu tak sambut dorang ke?Jangan tunjuk botol coke sudahla,mencicit dia lari nanti..

selamat dtg jerman, habiskan masa bersantai anda...

iftitah berkata...

banyak team dah sampai dah, pipi cam tak sampai-sampai lagi je.

ke sangkut dalam spa swedish body massage?

Tanpa Nama berkata...

Naik airasia ke, fireflyz ke, yang penting sampai gak...takde beza pun...

Team jerman nih jalan2 cari makan jer, player2 takde credential menang WC pun...

tuan director berkata...

jermen
apa barang?

Azlan Zed berkata...

klose maybe menang kasut emas, but jerman is no world champion...

peace...

;)

meor-name-depan-ku berkata...

ARCH TUNG!!!!!!!!!

Jorji berkata...

klose dgn podolski?

balik awal nanti naik Air Bangladesh..

pakkordi berkata...

Jorji: BIMAN.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

as one of ABE, gua sokong gak herman... err jerman...

Wan Ahmad Faiz berkata...

ABEIH sokong algerila, jermani ngan ivori coat

ymn berkata...

hmm.. yuna ..ingatkan Luna ;))

Toto Schillaci berkata...

Abiate la grande FEDE nel Azzurri hano la qualita che serve per vicere ancora! FORZA RAGGAZI! FORZA ITALIA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...