Lewat kebelakangan ini, Jerman boleh dikatakan menjadi fokus tumpuan seluruh dunia. Selepas membantu menyelamatkan Greece dari bangkrapsi, kita dikejutkan pula baru-baru ini dengan perletakan jawatan Presiden Jerman, Horst Koehler.
Koehler meletak jawatan setelah ditekan oleh pelbagai pihak berikutan kenyataannya di Afghanistan yang menyebut “sebuah negara seperti Jerman perlu menggunakan kekuatan tenteranya untuk melindungi kepentingan negara Jerman”.
Sebagai sebuah negara yang telah memenangi 3 Piala Dunia, 3 Piala Euro dan mencetuskan 2 Perang Dunia, Jerman memang digeruni kawan dan lawan (Britain dan Perancis pernah secara sulit cuba menghalang penyatuan Jerman Barat dan Timur pada 1990). Maka tidak hairanlah bila Koehler bercakap sedemikian, Barrack Obama pun terkucil dibuatnya.
Dan kegerunan terhadap Jerman ini juga merebak dalam bolasepak. Sekalipun Joachim Loew menyenaraikan pemain-pemain baru dan muda untuk skuad Piala Dunia Jerman, ia sudah cukup untuk membuat negara-negara lain ketar lutut.
Die Nationalmannschaft
Torhuter
Manuel Neuer (Schalke 04)
Tim Wiese (Werder Bremen)
Hans Jorg Butt (Bayern Munich)
Abwehr
Marcell Jansen (Hamburger SV)
Arne Friedrich (Hertha BSC)
Dennis Aogo (Hamburger SV)
Serdar Tasci (VfB Stuttgart)
Holger Badstuber (Bayern Munich)
Philipp Lahm (Bayern Munich) *Kapitan
Per Mertesacker (Werder Bremen)
Jerome Boateng (Harburger SV)
Mittelfeld
Sami Khedira (VfB Stuttgart)
Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich)
Mesut Ozil (Werder Bremen)
Piotr Trochowski (Hamburger SV)
Toni Kroos (Bayer Leverkusen)
Marko Marin (Werder Bremen)
Angriff
Stefan Kiessling (Bayer Leverkusen)
Lukas Podolski (FC Koln)
Miroslav Klose (Bayern Munich)
Thomas Muller (Bayern Munich)
Cacau (VfB Stuttgart)
Mario Gomez (Bayern Munich)
Dengan ketiadaan Michael Ballack menjadikan senarai skuad 23 pemain ini 100% dari kelab-kelab Jerman. Tujuh pemain dari Bayern Munich, Werder Bremen (4), Hamburger SV (4), VfB Stuttgart (3), Bayer Leverkusen (2) dan Schalke 04, Hertha BSC serta FC Koln seorang setiap satu.
Dengan purata umur pemain kesemuanya adalah 24.86 tahun, aku menjangkakan skuad Die Nationalmannschaft ini bakal mempamerkan corak permainan pantas dan bertenaga. Siapa yang rajin layan Bundesliga pasti arif kepantasan liga bolasepak Jerman ini. Kena pula Joachim Low telah memutuskan untuk membawa 6 Angriff (penyerang) ke Afrika Selatan.
Ketika dihubungi Sokernet tengah hari tadi, Joachim Low mengesahkan bahawa para pemain dipilih bukan berdasarkan pada siapa yang mendengar lagu The Smiths.
“Sukacita saya mengingatkan bahawa kesemua 23 pemain tidak mendengar lagu-lagu The Smiths. Kami semua hanya layan Scorpions, baru rock kapak”, katanya yang baru-baru ini membimbing Jerman menundukkan Hungary, 3-0.
Penafian
Aku bukan Abdul Sokernet, begitu juga Abdul Sokernet bukan aku. Artikel nukilan Abdul Sokernet sebelum ini yang disyaki hasil nukilan aku diterbitkan pada hari Sabtu 29 Mei 2010.
Sabtu lepas di Sabah adalah sebahagian dari cuti panjang 5 hari. Cuti Wesak sambung ke cuti hujung minggu dan seterusnya cuti Tadau Kaamatan. Masa Kaamatan ini aku punya sibuk mengalahkan Hari Raya.
Sebab?
Ini sebabnya. Yelah, mana ada perayaan kebangsaan lain dalam 1Malaysia ini (kecuali Gawai Dayak kot) yang ada Carslberg buat peraduan menang kerbau seekor?
Cuma aku tak confirm lagi, kalau menang, kerbau ni nak guna membajak sawah ke atau nak pakai buat racing je?
So apa pendapat you all huh?
(Kem Jerman mengucapkan “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan” dan “Selamat Gawai Dayak” walaupun dah lambat)
28 Ulasan:
hahahaha...
steady la kem jerman..team spirit..
aku rasa smpai tahap pusingan kedua jek german bleh pergi
lucy,
pesta kaamatan lebih kurang macam oktoberfest ke?kah kah kah!
waa...contest dengan kerbau sebagai hadiah..
wicked..
terbaiklah. Kobau mahal apa
rasanya, aku tau sape itu abdulsokernet.. ngeh3x.. jangan paksa aku bagitu, memang aku x kan cakap :P
oohh ye! thanks luci dgn post2 pasal Jerman. kem Jerman paling meriah. yeaaayy! Go Go Germany!
sesiapa yg main WC Fantasy kat fifa.com ke kat mana2, pastikan amek Ozil, Klose ngan Podolski, pasti byk point ok.. ngeh3x
dan top scorer WC 2010 ni, Klose kata dia nak cuba dapatkan lagi.
@q-nizam : Round 2? err.. at least Quarter Final. insyaALLAH :P
Go Go Germany!
apesal 1st prize dapat kerbau tapi consolation price dapat LCD Tv,handphone?macam pelik ja.
bukan patutnya dapat ayam atau itik ka?
haha
Besi: setengah tempat, lembu tu divine.
Tarak support USA ka sini? Napalm Death, Kreator, Pantera. Band mantap semua tu. Setakat scorpion, diorang sembur ridsect dah gone.
Pusingan kedua boleh lepas ni.
Klasik. Kerbau mahal sikit dari peti sejuk china.
skuad jerman dah tak berapa nak 'aryan' la edisi kalini.
kiessling tu agak 'pure' di mata aku.
@the charlatans kl : kiessling agak2nya macam Klinsmann tak? itu ke maksud 'pure' kamu?
maksud aku lain sebenanye, tapi memandangkan ko dah selit nama klinsmann, aku rase perbandingan klinsmann dengan kiessling kurang valid la pasal klinsmann ni kecik, kiessling ni pulak tinggi lampai. dua2 forward tapi role masing2 agak berbeza. tapi one thing in common is they both are clinical in front of goal. itu pasti.
so, style diorang lebih kurang sama la kan..? bukan sama dr segi fizikal..
e,
Amboii nak main aci menyorok pulak dia ye..
hi abdul sokernet. klakar la depa suma dok berteka teki..keh keh.. x pe.. your secret is safe with me.. ;)
nanti blanje eh.. hikhik
aku arap2 kroos dpt perform this year... same cam ms die jd pemain terbaik remaja dlu.
Happy Kaamatan..Arrrrramaiii Tiii...Go Go Argentina
http://www.goal.com/en-us/news/67/world-cup/2010/06/03/1956846/javier-chicharito-hernandezs-father-quits-managerial-job-to
rasa2 bapak sapa lagi sanggup wat cmni??
abdul tu pipi punye alter ego...
oh ya...dpt kerbau je ke?carslberg dpt? bdak lvpool sure suker beb...
@kareem : yeke? hahaha bukan rasanya. siasat, siasat :P check balik yg lepas2.
kareem
dak libepul tak suke dah, diorang main saham skang, standed cartered, kehkeh..
cayalh lucy, aku sokong germany, dah lah tengah panas pasal Israel nie, jangan ade holocaust lagi dah le..yeah, aku saspek Ozil dapat wat kejutan, macam Ballack taun 2002..
Steht auf wenn ihr Deutsche seid!!
oh ya, bye bye Benitez..
"Tarak support USA ka sini? Napalm Death, Kreator, Pantera. Band mantap semua tu. Setakat scorpion, diorang sembur ridsect dah gone."
Napalm Death = UK
Kreator = German
Pantera je USA ...sekian terima kasih.
nak tgk pure aryan tu Oliver Khan, Hassler, Freund & few others.
oh ye, tetiba germany ada nama CACAU kan?KELAKAU la kata org melaka...
england pon hampir nak ada keeper nama Almunia, nasib baik dia bangang.
@jarr : CACAU asalnya rakyat Brazil.. baru tukar kerakyatan tahun lepas.. ye, melaka cakap kelakar kelakau @ kakau.. :P
tu la sapal, ikut kan klose ngan podolski tu ada darah polish, mario gomez tu kompem la belah latin / sepanyol, semi khedira tunisia, mesut ozil & serdar tasci pulak kompem turki. sekali dah jadik cam perancis la pulak. jgn hilang identiti sudah.
@e, ye saya tau cacau itu dari brazil. :)
lagi 4 tahun, singapore pon bleh main WC.
duk kasi kerakyatan kat mcm mcm orang.
perancis team rojak, surinam, algiers,new caledonia pon ada...keh keh keh.
Catat Ulasan