Koehler meletak jawatan setelah ditekan oleh pelbagai pihak berikutan kenyataannya di Afghanistan yang menyebut “sebuah negara seperti Jerman perlu menggunakan kekuatan tenteranya untuk melindungi kepentingan negara Jerman”.
Sebagai sebuah negara yang telah memenangi 3 Piala Dunia, 3 Piala Euro dan mencetuskan 2 Perang Dunia, Jerman memang digeruni kawan dan lawan (Britain dan Perancis pernah secara sulit cuba menghalang penyatuan Jerman Barat dan Timur pada 1990). Maka tidak hairanlah bila Koehler bercakap sedemikian, Barrack Obama pun terkucil dibuatnya.
Dan kegerunan terhadap Jerman ini juga merebak dalam bolasepak. Sekalipun Joachim Loew menyenaraikan pemain-pemain baru dan muda untuk skuad Piala Dunia Jerman, ia sudah cukup untuk membuat negara-negara lain ketar lutut.
Die Nationalmannschaft
Torhuter
Manuel Neuer (Schalke 04)
Tim Wiese (Werder Bremen)
Hans Jorg Butt (Bayern Munich)
Abwehr
Marcell Jansen (Hamburger SV)
Arne Friedrich (Hertha BSC)
Dennis Aogo (Hamburger SV)
Serdar Tasci (VfB Stuttgart)
Holger Badstuber (Bayern Munich)
Philipp Lahm (Bayern Munich) *Kapitan
Per Mertesacker (Werder Bremen)
Jerome Boateng (Harburger SV)
Mittelfeld
Sami Khedira (VfB Stuttgart)
Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich)
Mesut Ozil (Werder Bremen)
Piotr Trochowski (Hamburger SV)
Toni Kroos (Bayer Leverkusen)
Marko Marin (Werder Bremen)
Angriff
Stefan Kiessling (Bayer Leverkusen)
Lukas Podolski (FC Koln)
Miroslav Klose (Bayern Munich)
Thomas Muller (Bayern Munich)
Cacau (VfB Stuttgart)
Mario Gomez (Bayern Munich)
Dengan ketiadaan Michael Ballack menjadikan senarai skuad 23 pemain ini 100% dari kelab-kelab Jerman. Tujuh pemain dari Bayern Munich, Werder Bremen (4), Hamburger SV (4), VfB Stuttgart (3), Bayer Leverkusen (2) dan Schalke 04, Hertha BSC serta FC Koln seorang setiap satu.
Dengan purata umur pemain kesemuanya adalah 24.86 tahun, aku menjangkakan skuad Die Nationalmannschaft ini bakal mempamerkan corak permainan pantas dan bertenaga. Siapa yang rajin layan Bundesliga pasti arif kepantasan liga bolasepak Jerman ini. Kena pula Joachim Low telah memutuskan untuk membawa 6 Angriff (penyerang) ke Afrika Selatan.
Ketika dihubungi Sokernet tengah hari tadi, Joachim Low mengesahkan bahawa para pemain dipilih bukan berdasarkan pada siapa yang mendengar lagu The Smiths.
“Sukacita saya mengingatkan bahawa kesemua 23 pemain tidak mendengar lagu-lagu The Smiths. Kami semua hanya layan Scorpions, baru rock kapak”, katanya yang baru-baru ini membimbing Jerman menundukkan Hungary, 3-0.
Penafian
Aku bukan Abdul Sokernet, begitu juga Abdul Sokernet bukan aku. Artikel nukilan Abdul Sokernet sebelum ini yang disyaki hasil nukilan aku diterbitkan pada hari Sabtu 29 Mei 2010.
Sabtu lepas di Sabah adalah sebahagian dari cuti panjang 5 hari. Cuti Wesak sambung ke cuti hujung minggu dan seterusnya cuti Tadau Kaamatan. Masa Kaamatan ini aku punya sibuk mengalahkan Hari Raya.
Sebab?
Ini sebabnya. Yelah, mana ada perayaan kebangsaan lain dalam 1Malaysia ini (kecuali Gawai Dayak kot) yang ada Carslberg buat peraduan menang kerbau seekor?
Cuma aku tak confirm lagi, kalau menang, kerbau ni nak guna membajak sawah ke atau nak pakai buat racing je?
So apa pendapat you all huh?
(Kem Jerman mengucapkan “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan” dan “Selamat Gawai Dayak” walaupun dah lambat)
LANGGANI RSS KAMI