Memaparkan catatan dengan label bayern munich. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bayern munich. Papar semua catatan
2

PREVIEW UCL FINAL 2013 : DER KLASSIKER AT WEMBLEY STADIUM AND LISA FREUNDIN'S WARNING!

racYnc Jumaat, Mei 24, 2013 , ,



Perlawanan terakhir dan paling dinantikan oleh seluruh peminat bolasepak seantero dunia. Flashback dari pusingan kalah mati, The Black Yellows tanpa di duga berjaya menempatkan diri ke final dengan mengalahkan Shakhtar Donetsk (5-2 agg), Malaga (3-2 agg), serta membanakan Real Madrid (4-3 agg), sebelum ke final. Manakala The Bavarians menewaskan Arsenal melalui kemenangan away goal (3-3 agg), Juventus (4-0 agg) serta me'Melaka'kan Barcelona dengan kemenangan aggregat besar, 7-0.

Ini adalah pertembungan all-Germans pertama di pentas final UCL (UEFA Champions League). Sebelum ini, pertembungan final dari negara yang sama pernah berlaku pada tahun 2000 (Spain), 2003 (Italy) dan 2008 (England). Kali terakhir Dortmund memenangi UCL adalah pada tahun 1997, manakala Bayern Munich pada tahun 2001.



Jurgen Klopp vs Jupp Heynckes

Perlawanan dijangka menarik memandangkan konsep taktikal berlainan dari kedua dua jurulatih pasukan. Jurgen Klopp lebih gemar bermain secara counter-attack manakala Jupp Heynckes seperti sedia maklum, lebih gemar bermain secara posession football. Nampak tak? Sebab tu Pep Guardiola memilih Bayern Munich sebagai destinasi terbaru. Sebab corak asas permainan Bayern dengan Barcelona adalah sama, bukan dia pilih Bayern sebab makwe sana putih putih ke, tetek besar ke, bukan saudara saudara sekalian.

Heynckes, yang akan melepaskan tugasnya selepas perlawanan ini pastinya mengejar kemenangan untuk melengkapkan gelaran treble bersama The Bavarians. Beliau dikatakan akan bersara dari dunia bolasepak selepas ini dan menyertai perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) untuk mengisi masa lapang. Manakala Klopp, pastinya ingin memenangi perlawanan ini untuk mengubat duka lara selepas gagal mempertahankan kejuaraan liga dan kekalahan dalam Piala German.


Reus, Grosskreutz, Mandzukic, Gundogan, Martinez.
Midfielder's War.

Peminat bolasepak pastinya akan disajikan dengan pertempuran menarik dari posisi tengah oleh kedua dua pasukan. Baik Borussia Dortmund mahupun Bayern Munich, mereka memiliki pasangan midfielder yang terbaik di dunia ketika ini. Si Copot ke, Nanthakumar ke, waima Amar 'The King' Rohidan pun tak boleh makan punyalah!

Bayern Munich dijangka menurunkan pairing-midfielder terbaik mereka iaitu Schweinsteiger, Martinez, Ribery, Muller dan Robben. Sementara lawan mereka pula dijangka menurunkan Reus, Gundogan, Blaszczykowski, Bender dan Grosskreutz (jika Gotze gagal cergas).

Atas kertas, midfielders Bayern Munich di lihat bakal lebih menyerlah nanti terutama menerusi Martinez yang mempunyai rekod tackles won all season tertinggi dalam Bundesliga musim ini, ditambah pula skill kepimpinan cemerlang dari Schweinsteiger serta ketajaman trio Ribery-Muller-Robben yang gilababi dahsyat. Tapi bak kata legendary Fakri, "Kalau bola tu tak nak masuk, buat lah macam mana pun, tak masuk jugak". Makanya, tengok sahaja nanti apa jadi.


Amaran dari Lisa Freundin buat pasukan Bayern Munich.

Baiklah, aku dah penat. Prediksi aku, Bayern Munich 2-1 Borussia Dortmund.





* Der Klassiker (The Classic) adalah gelaran pertembungan tradisi di antara Bayern vs Dortmund.
8

Bayern Munich VS Barcelona - Final Before The Final

racYnc Selasa, April 23, 2013


Sebelum melihat perlawanan padu ini ada gereknya kita melihat dahulu beberapa fakta penting tentang kedua dua pasukan. Oh ya, entri ini tajuk sahaja dalam bahasa inggeris, segala isinya akan di isi menggunakan bahasa melayu. Yang bodoh bahasa inggeris, jangan risau tau. XOXO.

1 - Bayern Munich juga dikenali sebagai 'Star Of The South (Stern des Sudens)', tapi ramai rakyat marhaen German mengatakan skuad Bavarians tidak sama sekali ada kaitan dengan pasukan Southern Tiger Al-Palsu dari selatan Malaysia. Sampai menangis nangis mereka nafikan. Punya lah tak suka.

2 - Dalam enam pertemuan mereka yang terakhir, Barcelona hanya pernah menang sekali sahaja terhadap Bayern Munich. Sekali sahaja!

3 - Bayern Munich telah memenangi 17 dari 20 perlawanan Champions League mereka di Allianz Arena (termasuk final UCL 2012).

4 - Mengikut rekod, Bayern pasti mencipta jaringan jika bertemu pasukan dari Sepanyol di tempat sendiri. Menjaringkan sejumlah 25 gol dari 13 perlawanan. Bapak powernya kamu ni!

5 - Barca merekodkan 56 shot on-target di UCL musim ini, yang terendah dari ke empat empat semi finalis. Bayern Munich pula merekodkan 66 shot on-target.

6 - Bayern Munich menghasilkan 202 hantaran lintang dari open-play (20.2 per game), tertinggi di UCL musim ini.

7 - Barca hanya menang sekali dalam 5 perlawanan terakhir mereka dalam UCL musim ini (3 seri, 1 kalah). Bangang bangang bangang!

8 - Barca suka main passing passing serupa anak anjing. - fakta semua pun tau.

Ramalan gua, The Bavarians akan ke final. Kepada pengulas lain, lets the battle begin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...