Loftus Versfeld? Bukan nama syarikat, tapi bersempena nama Robert Owen Loftus Versfeld, individu yang bertanggungjawab memulakan organisasi sukan di Pretoria sehingga wujudnya kelab bolasepak seperti Mamelodi Sundowns dan Supersport United, selain pasukan ragbi Blue Bulls.
Kapasiti? 51,762 penonton.
Perlawanan? 5 perlawanan kumpulan dan 1 perlawanan Round of 16.
Kos? Loftus Versfeld Stadium adalah sebuah stadium moden yang dibina pada tahun 2007 maka oleh itu hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian untuk Piala Dunia 2010. Hanya USD16 juta dibelanjakan untuk tujuan tersebut.
Pretoria? Salah satu dari 3 ibu negara Afrika Selatan, berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Bandar berpopulasi 2,345,908 penduduk ini adalah antara bandar paling teratur dengan mutu taraf hidup penduduk yang terbaik di Afrika Selatan. Antara tarikan utama ialah Pretoria Bontanical Garden selain dari 20 pusat membeli-belah di bandaraya ini.
Kerajaan 1Malaysia perlu galakkan lebih ramai pendatang Afrika yang macam ini
Koresponden? Anak jati Pretoria, Tanya Manganyi telah dipilih sebagai koresponden Sokernet di Loftus Versfeld Stadium. Model SASI Swimwear 2009 yang berusia 27 tahun ini masih mantap sekalipun sudah mempunyai seorang anak lelaki. Rahsianya? Luangkan masa di gim dan pusat senaman. Ajenye ye pun!
Sebelum ini:
Nelson Mandela Bay Stadium dan Roxy Ingram!
Free State Stadium dan Lieschen Botes!
Peter Mokaba Stadium dan Lee-Ann Liebenberg!
Royal Bafokeng Stadium dan Palesa Vedala!
Mbombela Stadium dan Shashi Naidoo!
1 Ulasan:
Baru ada dua orang koresponden kulit gelap.
Sokernet mengamalkan dasar apartheid ke? hahaha
Catat Ulasan