Ellis Park? Sempena menghargai jasa JD Ellis dari Majlis Bandaraya Johannesburg yang menyediakan tapak untuk pembinaan stadium ini pada tahun 1927. Sebagai salah satu stadium terawal Afrika Selatan, Ellis Park merupakan antara stadium pilihan Afrika Selatan dalam perlawanan antarabangsa untuk bolasepak mahupun ragbi. Dalam ragbi Piala Dunia 1995 Springboks menewaskan All Blacks dalam perlawanan akhir di Ellis Park. Nelson Mandela yang menyampaikan trofi Piala Dunia ragbi berkata kepada kapten Springboks, Francois Pienaar, “terima kasih atas apa yang anda telah lakukan untuk negara kita”. Yang kemudiannya dibalas oleh Pienaar: “Tuan Presiden, ianya kecil sahaja jika dibandingkan dengan apa yang anda telah lakukan untuk Afrika Selatan”. Ellis Park juga adalah gelanggang Orlando Pirates, salah satu dari dua kelab bolasepak utama Afrika Selatan. Tragedi Ellis Park pada tahun 2001 melibatkan penyokong Orlando Pirates dan Kaizer Chiefs, di mana 42 penonton terkorban dalam rempuhan. Nama lain Ellis Park ialah Coca-Cola Park, atas sebab penajaan. Stadium yang penuh nilai sejarah.
Kapasiti? 62,567 penonton.
Perlawanan? 5 perlawanan kumpulan, 1 perlawanan Round of 16 dan 1 perlawanan suku akhir.
Kos? Ellis Park yang asal dibina pada tahun 1927 dengan kos GBP5 ribu. Untuk Piala Dunia 2010, ianya dinaik taraf dan diubah suai dengan kos mencecah USD80 juta.
Johannesburg? Turut dikenali dengan nama singkatan Jo’burg, bandar terbesar Afrika Selatan ini didiami oleh 7,151,447 penduduk. Untuk mengenali Jo’burg lebih dekat, Sokernet mengesyorkan sebuah doku-filem bertajuk District 9.

Lentik
Koresponden? Tiada yang lebih layak untuk menjadi koresponden Sokernet di Ellis Park melainkan anak tempatan Jo’burg sendiri, Gina Athans. Gadis berusia 26 tahun ini adalah model SASI Swimwear 2008 dan pernah berkahwin dengan jutawan Jordan, Eyhab Jumean sebelum bercerai apabila Eyhab mempunyai skandal dengan Paris Hilton. Kasihan Gina Athans, mungkin ada pengulas Sokernet yang sudi mengubati hatinya yang luka? Pipiyapong?
Sebelum ini:
Loftus Versfeld Stadium dan Tanya Manganyi!
Nelson Mandela Bay Stadium dan Roxy Ingram!
Sebelum ini:
Loftus Versfeld Stadium dan Tanya Manganyi!
Nelson Mandela Bay Stadium dan Roxy Ingram!
3 Ulasan:
tak boleh lawan kapasiti bukit jalil
aih ... kurang pahla pagi jemaat
Stadium penuh nilai sejarah? Mungkin liverpool boleh tubuhkan akademi bolasepak diorang kat sini?
Catat Ulasan