ANDA SEDANG MEMBACA

10

Peter Mokaba Stadium


Peter Mokaba? Bersempena dari nama Peter Mokaba, ketua pemuda African National Congress (ANC), ahli parlimen dan juga timbalan menteri yang telah meninggal dunia pada 9 Jun 2002. Peter Mokaba adalah anak jati Polokwane, di mana terletaknya stadium ini. Seorang pejuang anti Apartheid, beliau terkenal dengan slogan “kill the Boer, kill the farmer”, satu kempen untuk membunuh kulit putih ketika era Apartheid.

Kapasiti? 46,000 penonton.

Perlawanan? 4 perlawanan kumpulan.

Kos? Asalnya pihak penganjur bercadang untuk menaik taraf stadium berdekatan iaitu Pietersburg Stadium yang berkapasiti 15,000 penonton tetapi kemudiannya memilih untuk membina stadium baru dengan kos berjumlah USD150 juta.

Polokwane? Asalnya bernama Pietersburg, sebelum bertukar kepada Polokwane pada tahun 2005, yang membawa maksud “tempat yang selamat”. Dengan populasi berjumlah 508,272 penduduk, Polokwane terkenal sebagai pusat aktiviti pemburuan utama di Afrika Selatan.


Bertuahnya jadi bendera Brazil

Koresponden? Lee-Ann Liebenberg atau lebih dikenali dengan panggilan manja, Leela. Model SASI Swimwear 2008 ini sekalipun menggemari ragbi dan poker, tetap tidak ketinggalan untuk turut serta mengikuti Piala Dunia. Leela juga turut berkongsi rahsia kecantikan beliau, 2 liter air sehari dan tidur selama 10 jam. 10 jam dalam bilik? Pergh!

Sebelum ini:
Royal Bafokeng Stadium dan Palesa Vedala!
Mbombela Stadium dan Shashi Naidoo!

10 Ulasan:

FdausAmad berkata...

Gua anggap lu cuti hari ni..

Bukan di pejabat kan?

janggout berkata...

agak2 dia nak pakai yang bendera malaysia punya tak?

meor-name-depan-ku berkata...

hahah.... penuh sarat dengan erotica

Unknown berkata...

kalau pikir-pikir balik, 4 perlawanan je tapi kos sampai usd150juta. perrrgghhh. bola sepak memang sukan termahal dunia...

Pet Shop Boys berkata...

Stim sial...

Jarr berkata...

takde awek lebanon ke?baru pure,rajin rajin la tgk channel 111...lalalalalala.

LuciusMaximus berkata...

@fdausamad gua kat pejabat la, tapi artikel ni semua dah ready lama dah, hari tu kan gua ada pergi afrika selatan buat photo shoot?

@jarr piala dunia 2010 kat afrika selatan ke kat lebanon? tunggu dah buat kat lebanon nanti baru gua taruh awek lebanon lak

City Laundry Cafe berkata...

ooo....aku ingat piala dunia 2010 kat brazil....deeemmmmmmmmmmm!!!!!

Jarr berkata...

owh aku ingat kore(k)sponden berbilang negara, so aku rekues lebanese la sorang.buleh la...ye?

City Laundry Cafe berkata...

jarr...apa barang lebanese.....russian la best..kaki panjang...(astaga..out topik !!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...