Memaparkan catatan dengan label paul the octopus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label paul the octopus. Papar semua catatan
39

Berita Gempar - Paul Si Sotong Tilik Meninggal

Obefiend Weiland Selasa, Oktober 26, 2010
RIP (Januari 2008 - 26 Oktober 2010)



Sotong yang paling terkenal didunia selepas Saiful Bukhari dilaporkan pergi ke rahmatullah beberapa jam yang lalu. Paul (2 tahun) dijumpai mati terapung oleh penjaganya di Oberhausen Sea Life Centre di German pagi tadi waktu tempatan. Paul meninggalkan seorang isteri, 3 gundik dan 17 anak sotong luar nikah semasa meninggal dunia. Balu beliau Heidi Klum bila ditemuramah Sokernet berkata;

"Bloop blopp blpooppppppp pop pop bloop bloop bloope bloop pop pop blop blooopppp"

Yang bermaksud;

"Arwah baik orangnya. Walaupun berjaya meneka keputusan bola dengan tepat beliau tidak pernah riak "

Penjaga utama Paul di Oberhausen Sea Life Centre, Adolf Von Ballack pula berkata arwah bersikap agak aneh sejak beberapa hari yang lepas.

"Selalunya arwah gemar memakan kerang dan ikan. Tapi dua hari lepas arwah tak nak makan langsung apa yang saya berikan padanya. Hanya selepas dihidangkan Sate Haji Samuri barulah arwah menjamah makanan yang saya berikan"

Tilikan terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah England bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.Semoga rohnya tenang dan ditempatkan diantara sotong-sotong yang beriman.

10

Paul Si Sotong Kurita

Nasib Paul selepas perlawanan Sepanyol dan Jerman



Semua benda baik harus berakhir juga, begitulah kata ramai orang. Macam Paul, buat lauk memang sedap.

Jerman bermain dengan baik, mengatasi jangkauan ramai tetapi akhirnya kecundang sekali lagi di tangan Sepanyol yang dikatakan pasukan terbaik dunia.

Kecewa? Memang terasa sebab aku sangat mengharapkan dendam Euro 2008 terbalas tapi nampaknya kena tunggu dulu.

Die Nationalmannschaft telah melakukan yang terbaik.

Danke Deutschland!

(Dengan ini kem Jerman secara rasmi melabuhkan tirai. Jumpa lagi di Brazil pada 2014 atau sebelum itu, Poland dan Ukraine 2012!)

Update: Ceh terlupa ada 3rd place punya game. Kem Jerman masih beroperasi seperti biasa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...