ANDA SEDANG MEMBACA

39

Berita Gempar - Paul Si Sotong Tilik Meninggal

Obefiend Weiland Selasa, Oktober 26, 2010
RIP (Januari 2008 - 26 Oktober 2010)



Sotong yang paling terkenal didunia selepas Saiful Bukhari dilaporkan pergi ke rahmatullah beberapa jam yang lalu. Paul (2 tahun) dijumpai mati terapung oleh penjaganya di Oberhausen Sea Life Centre di German pagi tadi waktu tempatan. Paul meninggalkan seorang isteri, 3 gundik dan 17 anak sotong luar nikah semasa meninggal dunia. Balu beliau Heidi Klum bila ditemuramah Sokernet berkata;

"Bloop blopp blpooppppppp pop pop bloop bloop bloope bloop pop pop blop blooopppp"

Yang bermaksud;

"Arwah baik orangnya. Walaupun berjaya meneka keputusan bola dengan tepat beliau tidak pernah riak "

Penjaga utama Paul di Oberhausen Sea Life Centre, Adolf Von Ballack pula berkata arwah bersikap agak aneh sejak beberapa hari yang lepas.

"Selalunya arwah gemar memakan kerang dan ikan. Tapi dua hari lepas arwah tak nak makan langsung apa yang saya berikan padanya. Hanya selepas dihidangkan Sate Haji Samuri barulah arwah menjamah makanan yang saya berikan"

Tilikan terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah England bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.Semoga rohnya tenang dan ditempatkan diantara sotong-sotong yang beriman.

39 Ulasan:

diazhavanaz berkata...

Kesian, sakit tua agaknya...

Hambali ® berkata...

seken

banyak kali pindah tank.
tak rasi ayor gamaknye

Cob Nobbler berkata...

Belangsungkawa.

takde sape nak tulis ke belangsungkawa dia?kahkahkah!

avid berkata...

"Sotong yang paling terkenal didunia selepas Saiful Bukhari"

roflmao. letih gelak tau x!

Unknown berkata...

dh ada..td pndek je artikel.. hehe

Cob Nobbler berkata...

"Selalunya arwah gemar memakan kerang dan ikan. Tapi dua hari lepas arwah tak nak makan langsung apa yang saya berikan padanya. Hanya selepas dihidangkan Sate Haji Samuri barulah arwah menjamah makanan yang saya berikan"

Ayat ni gua selalu jumpa kat Kosmo - kahkahkah!

eJAI berkata...

sebab pe die mati?tertelan kacang?

Berto berkata...

x sempat si Paul ni nak tilik final Piala Malaysia

mat berkata...

xsempat nk tilik bila Soltan bola nk blah dr FAM

Yatre Hayati berkata...

hahaha...sotong paling terkenal selepas saiful bukhari...hahaha...lawak sungguh....kesian dia sudah mati....ada orang masak tak ek??

Faiz Tapit berkata...

macam sial... tebaik la obe

r.k berkata...

RIP paul .

brandon flowers berkata...

gua tujukan lagu ni buat paul.

~how do i live... without the one i love...
time still turn the pages of the book its burn...

Jorji berkata...

PAul sempat memilih Nogori sebagai pasukan juara piala malaysia tahun ini sebelum nafas terakhir beliau.

Terdapat kabar angin kata punca Paul mati ialah beliau lemas... :P

Dewajiwa berkata...

ada bau-bau sabotaj la kalau Paul mati tanpa tulis wasiat.

Dewajiwa berkata...

dah boleh remove dah dari senarai "Like" kat fesbuk.

afterc berkata...

hahahaha..the best article ever from obe..

Unknown berkata...

sultan bola bleh ganti tmpat paul

mr dimaz berkata...

mati kena santau kot...

Tanpa Nama berkata...

wat sotong salai pun sodap

aRaN berkata...

sambal pon boleh tahan hahahahha

farwalis berkata...

agak-agak kubur dia kat mana?

ke jadi cam firaun? jadi mumia

ijan de bunks berkata...

"Semoga rohnya tenang dan ditempatkan diantara sotong-sotong yang beriman"

statement ni ko rse biz x mrah ke nnt???
kah3

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

obe! penat gua gelak tau! mmg terbaik la artikel nih..

4 thumbs up to obe..

Nadira R berkata...

dem.
cramp pipi gelak.=))

r.k berkata...

satu benda pun tak benar (kecuali perginya Paul) kat artikel ni , memang high class punya troll !

yeah (err ..) , RIP paul .

Obefiend Weiland berkata...

last part tu betul

memang tilikan akhir dia england jadi hos 2o18

r.k berkata...

ghua lagi percaya apa yang j or ji cakap , last tilikan dia NSembilan menang Piala Malaysia 2010 .

LuciusMaximus berkata...

Aku rasa ni angkara Red Warriors

Sofea berkata...

depa masak sotong paul goreng tepung

'Ariff Ansaruddin berkata...

aku rasa paul mati sebab dah sampai ajal dia la

felice berkata...

tak pasai pasai buat dose dengan saipul bukari... bile nak mintak maap woii hehehe

antudegil berkata...

sakit tekanan akibat banyak sangat terima ugutan bunuh ni... hia hia hia

drizzt berkata...

geli ketiak gua baca artikel ni kakaka

Chik Att berkata...

mati dalam imannnn......

Cob Nobbler berkata...

lagu gua tujukan untuk paul

"Ha ha you're dead,and I'm so happy,in loving memories of your demise...!"

kahkahkah!

Sape suruh dia predict Argentina kalah..kahkahkah!

[ a D D y ] berkata...

nape semenjak dua menjak ni wa berdekah-dekah baca sokernet ni..

komen luorang pun caya..

jumari jipan berkata...

sotong paul mati terkejut lepas dgr FAM naik harga tiket piala malaysia saat akhir. Fucka!

Popo berkata...

patut la arini nelayan sume mengadu kurang tangkapan sotong kat sini hari ni..hmmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...