Anugerah paling berprestij dalam bolasepak Asia - AFC Diamond of Asia - bakal dianugerahkan kepada Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Anugerah Tahunan AFC pada 24 November 2010.
Sumbangan diberikan sebagai menghargai jasa PM yang banyak berbakti dan menyokong pembangunan serta promosi bolasepak, baik dalam atau luar padang di kalangan benua Asia.
"Sumbangannya dalam membangunkan bolasepak Asia dan keazamannya untuk membawa bolasepak Asia ke tahap yang lebih tinggi patut dihargai oleh kita semua," jelas Presiden AFC Mohamed Bin Hammam ketika dihubungi Sokernet sebentar tadi.
Apabila ditanya jika PM satu-satunya anak kelahiran Pahang yang bakal menerima anugerah tersebut, Mohamed Bin Hammam menjawab "ya".
Bagaimana dengan Sultan Bola dan Pipiyapong?
"Sultan Bola saya kenal. Tapi Pipiyapong ini siapa pula? Adik Piyapong Pue-on ke?!"
Ralat: Sokernet telah dimaklumkan yang PM 1Malaysia sebenarnya lahir di Kuala Lipis, terima kasih kepada pendedahan eksklusif dari adek dah besar. Sebenarnya tadi Sokernet ada bercadang nak buat grup Facebook namanya 'Kami Peminat Bolasepak Malaysia Mahu Pipiyapong Diberi Anugerah Membawa Gelaran Datuk' tapi oleh kerana sudah ada anak Kuala Lipis yang dapat anugerah, maka cadangan tersebut telah dibatalkan. Sorry Pip!
29 Ulasan:
pulakk..
najib oh najib.......
ceh...
Kahkah! Pipiyapong tu star Arsenal lah. Takkan tak kenal.
bila masa pulak si najib menyumbang pembangunan bola sepak negara? heran aku.
AFC pun dua kali lima macam FAM.
kah kah kah!
AFC dijanjikan Menara Warisan Bolasepak Dunia setinggi (ikut kedudukan semasa pasukan bolasepak Malaysia).
kah kah kah!
celah mane plak die ni menyumbang pembangunan bolasepak Asia?turun stadium pun xpernah...
to lucius: keh rasa ada sedikit ralat di situ, ya di situ.
FYI, Najib bin Rajak (PM Malaysia) dilahirkan di KUALA LIPIS, pasal ayahnya, jadi SUK Pahang era pada masa tersebut.
so secara tak langsung atau berlangsung, beliau memang anak Pahang juga anak Lipis.
lau ada musykil, sila wiki jer, tak pun datang ke rumah kelahiran beliau di Bukit Bius, Kuala Lipis.
so Pipi. aok me tak payah heran, pasal ternyata Lipisan dah dapat anugerah tu, bukan Pekanan!
gua tegur jer, kalau salah jangan la carut carut ke gua pulak! keh keh keh...
1oth kakakaka ... adik kembar piyapom pue on ker ... baru pecah lubang hahaha
Cis, macam mana boleh tak Wiki dulu ni!
good info
tanyer sikit:
ape beza sokerner di sini dgn sokernet.com?
2 alam berbeza ke?
atau ade puak blog sokernet dah pecah and tubuhkan .com? tq in advance for the answer :)
dasar politik betul la.
sukan dengan politik pun nak campur ke. bodo punya AFC.
"bangun" gila bola sepak kita.
membangun lagi bebola kita yang mempunyai dua bola.
politik haru!!
hancur
itu la aok lucius... hehehehe
apo lagi, p la bidding jadi host World Cup. tp jgn la buat kat Pahang plak, jauh nak pi nnt.
@dewajiwa,tang mana politiknya pulak,korang ni emo la,sikit2 nak campurkan politik,tah ape2ntah,pasal bola pun nak masukkan politik,pasal makan korang tak nak masukkan politik ke?
aduh...
setannnnn
hahaha bro pipiyapong sudah hangin satu badan...hahaha!!!
haha...
lambat btindak la pipi nih
Terharu btul aku... PM kite ni dah terlalu banyak jasa... Hails PM!!! haha...
WTF!!!
Mohamed Bin Hammam marah kat sultan bola la.... Sepp Blater sultan bola kasi Datuk.... dia kasi kat Najib atas sumbangan besar beliau kepada bolasepak dan juga sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Putrajaya.......
@hellghast
selain dari kepentingan PM sebagai orang no. 1 di Malaysia, apa sumbangan PM yang membuatkan dia layak dapat award tu? celah mana dia promote bola sampaikan negara kita boleh dipandang sebagai negara yang menyumbang kepada prestij sukan bolasepak? maaf kalau aku tak tau atau ambil tahu tapi memang jujur aku komen nie sebab aku tak tau apa-apa sumbangan Najib tu (aku tak gugel pun). kalau tau, sila nyatakan.
adakah PM kita boleh beat Queen Rania of Jordan yang dapat award FIFA 2009? baik bagi award pada yang lebih layak. sekurang-kurangnya pilihlah tokoh yang ada kaitan langsung dengan bolasepak walaupun sebagai penjaga garisan pun. terpulanglah pada AFC nak kasi award pada sapa dia nak tapi aku cuma komen motif AFC tu. kasi award bola pada tokoh politik. kalau PM kita tu menteri bola/sukan, maybe relevan juga.
lagi 1,
hairan juga aku kat ko nih. dari komen aku tu dah tau aku paling benci politik. apa kes aku nak kaitkan makanan pun dengan politik jadah tu? aku baca komen ko nampak macam emo je sampai delete post. rilek bro..biar rasional. santai sudah
kawan rasa la... daripada bagi kat najib yang kawan tak pernah nampak langsung kelibatnya bermain bola atau dengar gosip-gosip najib tendang/sepak/ apatah lagi score gol... baik kasi dekat ikon bolasepak yang lain yang tentu-tentunya main bola dan terlibat secara langsung dalam membangunkan sukan bolasepak.
daripada pandangan mata kawan anugerah ini tidak lain dan tidak bukan atau bahasa mudahnya kawan namakan ia anugerah bodek :)
tolong jangan politikan komen kawan ni yek...
mmg laa aok x nmpk dia main bola...dia main bola lain...bola dlm PS2(coverline)...hehe...
Catat Ulasan