KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.net) tidak teragak-agak untuk memulaukan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus mahu menjual tiket secara pakej.
Kelmarin orang kuat KAFA, a.k.a PJBWM (Pengerusi Jawantakuasa Bolasepak Wanita Malaysia), Tan Sri Annuar Musa berkata tiket untuk perlawanan tersebut akan dijual secara pakej iaitu berharga dari RM40.
Melalui pakej itu, pembeli bukan sahaja terpaksa membayar harga asal tiket tetapi turut dikenakan caj merangkumi cenderamata “The Red Warriors”.
Tindakan itu menyebabkan beberapa penyokong Kelantan yang mahu mendapatkan tiket itu semalam menjadi marah, dan tercetusnya tindakan diluar kawalan menyebabkan penjualan tiket terpaksa dihentikan sementara.
Mereka berkata tindakan ini seperti seolah-olah ingin mengambil kesempatan dalam keghairahan beribu penyokong kelantan hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri itu.
Salah satu penyokong yang ditemui Che Kena ChePat berkata;
“Ambo gere (geram) sunggu dengan tindake tidak ber perikemanuse’ nie, ngapo tak roya’ awa awa lai, ini umpama menanguk di air keruh, ni”
Seorang lagi penyokong fanatik ”Red Warriors” I-wan Yurmanni berkata dengan nada sedih berkata;
”Kawe bawo cuku-cukuk 30 riyal, ... sebab tak gaji lagi deh,.. tu pung kawe pinje pitih tabung anak sdare kawe, kawe rasa takleh gi lah gu ni, kawe rasa takmo gi Bukit Jalil weh, kawe ambik keputuse gi Galas jer, untung-untung dape pitih sket deh”...
Dalam pada itu ketika ditanya apakah bentuk cenderamata yang akan diberikan melalui pakej tersebut,.. salah seorang pegawai dalaman mereka berkata..
"Ada bermacam cenderahati yang ditawarkan, bergantung pada harga, antaranya T-Shirt kalis penumbuk, Mercun 7 warna, Topeng Pontianak Harum Sundal Malam, dan yang paling murah adalah bola genggam (grip ball) untuk menguatkan cengkaman tangan”
26 Ulasan:
NICE!
ha3..dah mcm bharian ak baca td..
mmg xpatut...kesie kat demo ye pakak tuwun ghama2 migu nih...jang rilek jang jangan melompek...
Boikot je. FAM nak prestij macam international kan?
Biar kosong stadium, biar padan muka depa
Boikot game tu ok gak...takde kerusi kena bakar nanti...
Well anyway, Kelantan akan menang Piala Malaysia ini tahun.
Kejor Mek Kejor!
NK BOIKOT APENYE.. DGR BRITA TD SMUA TIKET DH ABES JUAL JGK.. MAKIN KAYA LAH SULTAN BOLA
haha.cenderahati tu cam siaallll.. jaket kalis penumbuk.
tengok kat skrin besar jerkla..kasi boikot.depa nak ambik kesempatan tu....
kat paroi pun tiket dah abih ape cer? terpaksa la tengok arsenal west ham sabtu ni. bangsat nye FAM.
hahaahahahaha takleh bla la sial jaket kalis penumbuk.nice!
haha...ur kelantanese dialect suck!!!!
KAFA jual tiket rm40 dengan merchandise , penyokong kelantan banyak beli tiket kat paroi , PBNS pun pandai jual kat penyokong kelantan , 30K habis dalam 2 jam . tapi warih-warih sumo takdo tiket .. Kek BJ nanti suku stadium jelah yang berbaju kuning . heh .
ralat : 20K dalam 2jam .
errr..err.. FAM ckp harga naik sbb nak tampung kos penganjuran..errr.errrr.eeerrrrr...dan kos gaji FAM..err ...errr
patutla org klate serbu STAR paor dan PBNS. psl tiket kt sini lebih murah dr diorg punoy. Aku rasa dr 30k peruntukan tiket utk n9, mungkin 17k je yg dpt kt org nogori. the rest go to the kelantanese ulat tiket...
dijangka final ni 90 ribu
mmg sial la...
da la tket mhal..pstu blh lak nk tmbah2...
mcm buduh..
anyway ni gmba ak tgk kat fb..
leh thn gak..nmpk kat tok guru msti die sedih
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs926.snc4/73912_145796005466849_100001093525214_254589_8039494_n.jpg
first, ni berita 'semalam'... huhu
second, pertajamkan lagi skil menulis loghat kelate, dop bunyi kelate sikitrabuk... :P
season dpn jual tiket pakej satu season trs la, lg sng, ekekekeke
1st time sokernet ketinggalan dalam menyiarkan berita ... apakes ni .. macam takde semangat jer
Ini segmen Penulis Tamu dan ianya lebih kepada parodi bolasepak, bukan berita sebenar.
Loghat Kelate tu, dipercayai versi Galas. Muhammad ni mungkin dari suku Orang Asli Mendriq di sana.
bang mintak copy komen I-wan Yurmanni ahaha... mau paste kat facebook
banyak betul orang pedantik dekat sokernet kadang kala
penulis tamu hanya ditempek rabu. kalau berita isnin dia tetapi ditempek rabu
adoyaiiiiiiiii
maksud aku berita 'semalam' ialah berita yg agak lama la, bukan betul2 semalam punye... huhu
aku rase benda ni bising sejak dari semi ke quarter hari tu lagi, tu pasal aku labelkan sbg 'semalam', huhu...
takde r, artikel ni bagus (utk parodi) tp serius aku rasa cam tak cukup Kelate dia punya loghat ('mereka2' yg ditemuramah dlm artikel ni), tp mgkin betul la apa yg Lucy citer, ni loghat Galas (ada beza ke? ntah la...)
tp tu cuma pandangan pribadi je yg berunsur bias... haw haw!!
sape nk tiket lebeh...kawan i cancel last minit..die jual rm35...roger2 k
area cyberjaya
-mai 0124414164
TIKET & FAM
Tindakan disaat-saat akhir FAM menaikkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dianggap kurang bijak dan cuba mengambil kesempatan terhadap penonton dan peminat bolasepak tanahair terutama kepada penyokong bolasepak Kelantan. Semua pihak sedia maklum yang jikalau perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan, stadium mereka akan penuh. Tidak kiralah perlawanan tersebut menentang pasukan bertaraf kelab sekalipun. Alasan yang diberikan FAM dimana harga tiket dinaikkan untuk menjaga prestij Piala Malaysia tidak boleh diterima akal, kerana jika demikian maksudnya, ia sepatutnya dilakukan sebelum sepak mula Piala Malaysia berlangsung. Ingin saya bertanya, apa yang akan dilakukan oleh FAM jikalau pasukan KL Plus dan Johor FC yang bertanding di perlawanan akhir kali ini? Adakah untuk menjaga prestij, harga tiket dinaikkan juga, atau kali ini diturunkan pula? Sebagai satu persatuan sukan yang telah memenangi anugerah pentadbiran sukan terbaik beberapa minggu lepas, FAM tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian. Bayangkan lah jumlah kos yang akan dialami oleh penyokong-penyokong Kelantan untuk bertanding ke Stadium Bukit Jalil. Setiap penyokong yang datang dari Kelantan terpaksa mengeluarkan kos sehingga RM300 setiap orang untuk menampung kos tiket perlawanan, pengangkutan, penginapan dan makan-minum sepanjang berada di Kuala Lumpur. Langkah FAM tersebut telah secara langsung membebankan peminat bolasepak tanahair.
Siapakah yang menyinari semula bolasepak tanahair yang suatu ketika dulu telah menjadi kelam? Penyokong pasukan manakah yang telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan semula minat penyokong tempatan terhadap bolasepak tanahair?
Anda sendiri pun sudah tahu apa jawapannya.
Sebagai penganjur pertandingan bolasepak tanahair, FAM sepatutnya melihat peminat bolasepak yang sanggup datang ke stadium sebagai ‘client’ dan penyokong mereka, bukan sebagai mangsa.
Bukan itu saja, tindakan FAM menunggu pada hari terakhir untuk menjual lebihan tiket menambahkan lagi “tension” kepada penyokong kedua-dua pasukan. Apa salahnya lebihan 10,000 tiket tersebut dijual lebih awal kepada peminat yang berada di Lembah Kelang. Apa yang membezakan jualan dibuat pada hari Isnin berbanding menunggu sehingga hari Sabtu? Apa kebaikannya? Ini perlawanan akhir, bukan perlawanan awal musim.
Satu lagi kelemahan yang berlaku ialah tiket yang tidak bersistem dan mempunyai satu warna sahaja. 30,000 tiket yang dikhaskan kepada penyokong pasukan Negeri Sembilan habis dalam beberapa jam sahaja. Dianggarkan lebih daripada separuh tiket tersebut dibeli oleh penyokong Kelantan. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan semasa berada di dalam stadium kelak, dimana penyokong Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan oleh penyokong Negeri Sembilan akan duduk dikawasan yang dikhaskan untuk penyokong Kelantan. Apa yang akan berlaku ialah peruntukan kerusi untuk 30,000 orang akan diduduki oleh 50,000 orang, ini yang berlaku di Stadium Shah Alam tempohari dimana ramai penyokong yang sesak nafas dan salah seorangnya meninggal dunia.
Kami, peminat bolasepak tanahair merayu kepada FAM supaya belajarlah daripada liga-liga bolasepak professional luar seperti EPL, La Liga atau Bundesliga di dalam pengurusan tiket supaya perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku diperlawanan tersebut.
Catat Ulasan