Memaparkan catatan dengan label penulis tamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penulis tamu. Papar semua catatan
45

Penulis Tamu - Memahami masalah hutang Manchester United

Abdul Sokernet Khamis, Mac 31, 2011

Hai semua terutamanya para ABU. Okey, aku tahu korang tengah fikir idea nak bahan Man Utd tapi tak jumpa jumpa lagi kan? Tak apa, hari ini aku murah hati. Jadi mari aku bagi satu idea malar segar iaitu masalah hutang Man Utd.

Untuk yang sentiasa mengikuti perkembangan Man Utd terutamanya para ABU, mesti korang sudah terkekeh kekeh ketawa apabila membaca berita Red Football Joint Venture Limited, syarikat induk setan merah merekodkan kerugian bersih sebanyak seratus empat perpuluhan tujuh juta Pound Sterling untuk musim lepas.

"Macam mana boleh rugi nih, musim lepas bukan untung enam perpuluhan tiga juta Pound ker?" tanya mereka iaitu para ABU. Jawapannya ialah tiada Cristiano Ronaldo kedua yang dijual pada musim ini untuk menambahkan pendapatan kelab dan syarikat induknya. Senangkan jawapannya.

Okey, antara sebab utama kerugian adalah kerana sebanyak empat puluh perpuluhan tujuh juta Pound dibelanjakan untuk menggantikan loan bank berfaedah tinggi kepada bon bernilai lima ratus dua puluh enam juta Pound manakala tiga puluh juta Pound lagi digunakan untuk pembayaran faedah loan.

"Banyak nak mampus hutang, macam setan!" para ABU pun berkata.

Ya, pemilik Man Utd memang lebih setan daripada setan merah. Untuk memiliki (baca:'hostile takeover') Man Utd dulu, mereka membuat loan bank. Selepas tak mampu faedah yang begitu tinggi, mereka beralih kepada menggunakan bon untuk menggantikan loan bank. Untuk info ringkas, bon atau sekuriti mirip kepada hutang yang perlu dibayar apabila matang pada masa yang ditetapkan. Namun, pemilik bon perlu membayar kupon kepada pembeli bon, biasanya dalam bentuk tahunan atau semitahunan. Bon yang diisu pemilik Man Utd ini akan matang pada tahun dua ribu tujuh belas dengan kupon lebih lapan peratus. Ketika ini, lagu gali lubang tutup lubang dendangan Salleh Yaakob mungkin akan bermain di minda.

Tapi itu belum cukup setan lagi. Yang lebih setan apabila terkandung di dalam prospektus bon menyatakan pemilik Man Utd boleh mengeluarkan duit kelab antaranya untuk membayar hutang dan membayar diri mereka sendiri sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih kumpulan (induk dan subsidiari) setiap tahun. Memang dasar kapitalis, lintah darat dan along. Betul-betul perah duit keluar dari kelab secukup rasa.

Kalau nak diceritakan lebih lanjut tentang hutang ini memang tak buat kerja lain aku hari ini. Bagi aku sebab utama hutang hutang ini menjadi semakin besar bila orang tak ada duit nak beli barang. Bila tak ada duit beli barang, buat hutang. Bila tak ada duit bayar hutang, buat hutang lagi besar dan seterusnya. Dari sini kita boleh nampak konsep kad kredit dari skala besar. Oleh itu berjaga jagalah wahai pemilik kad kredit dan penghutang semua. Anda semua adalah Glazer skala kecil.

"Apakah ada sinar harapan lagi untuk setan?" tanya para ABU.

Maafin saya para ABU, Man Utd bukanlah Leeds yang rebah kerana hutang. Pada tahun 1901 ketika masih lagi bergelar Newton Heath L&YR F.C (ada orang kata kalau tak tau fakta ini Man Utd fan poser namanya), kelab ini dibebani hutang sehingga diancam bankrupsi. Namun telah diselamatkan oleh John Henry dan ditukar nama kepada Man Utd pada 1902. Pada tahun 1927, sekali lagi kelab ini dibebani hutang namun diselamatkan James W Gibson. Jadi perkara hutang ini sebenarnya bukan masalah kerana pasti ada mereka yang berminat untuk menyelamatkan si setan merah.

Akhir kata, aku harap syarikat si Glazer tak mampu bayar hutang dan terpaksa melepaskan 'cashcow' kesayangan mereka. Namun apa ada hal, kecil tapak tangan kumpulan penyokong kaya Man Utd, "Red Knights", dulang petroleum tok arab tadahkan. Mungkin lumrah dunia, pasti ada manusia yang akan terjerumus ke lembah setan..huahuahua
51

Penulis Tamu - Filem Terbaru Di Layar Perak





24

Penulis Tamu - Review Piala Carling: Kalah itu hal biasa, ajernye iye!





Sebenarnya gua tak perlu nak cerita panjang, bukan sebab gua malas menaip, tapi memang gua tak reti tulis blog. Gua tulis mengarut ni pun sebab takleh nak lelap mata, game habis pukul dua tapi gua dah tak mengantuk sebab tadi pi tibai nescafe kaww tiga gelas. Apa-apa pun, kalau la Abdul Sokernet bermurah hati nak publish karya gua kat wall, boleh la lu orang layan. kalau belum di post, mungkin gua perlu banyak belajar menghasilkan penulisan mantap yg bertepatan dgn kriteria dan skala ritcher Sokernet.

Faktanya, Arsenal memang dah tersangat lama tak main kat Wembley. kali terakhir Wenger dan askar meriam nya jejak kaki kat sana adalah pada 1998. masa tu, kebanyakan daripada korang semua masih kat sekolah rendah lagi, masih main polis sentry dan tak tahu apa itu Arsenal. dan majoriti glory hunter chelsexmaniac era Abramovic juga tak tahu kalau Anelka, striker korang sekarang, pun dah score sebijik kat Wembley masa tu.

Namun, perjalanan ke Wembley kali ni adalah membawa maksud yg tersirat. anak-anak taski hanya berniat utk melawat dan membiasakan diri dengan rumput new Wembley, kerana pada bulan Mei nanti, mereka akan 2 kali lagi nak pi situ. tepatnya pada 14 dan 28 haribulan. dengan itu, the professor membuat kunjungan risikan 3 bulan lebih awal ke sana. Wilshere serta kawan-kawan yg mengambil pendekatan konservatif hanya menganggap ini sebagai latihan pemanasan dan lebih memilih untuk melengkapkan euphoria pada bulan mei nanti. ditanya melalui sms:

“Woi Jack, awat hangpa tak pulun je birmingham tadi? kan best kalau menang carling. lagipun team hangpa dah lama tak angkat piala”

Reply drpd beliau:

“Chek tak mau la menang trofi cenggini, baik tunggu angkat piala bulan 5 nanti, kepuasan dia tak sama. bak kata pepatah, lebih baik tak pancut dengan maya karin, kalau dah ada peluang nak pancut ngan megan fox”

Cilaka apa hang Jack, kote ada besar mancis, dah meroyan sakan.

apa yg menariknya, sebelum game dimulai gua dah ada rasa tak sedap. time awek seksi tu nyanyi God Save the Queen, semua player Arsenal dah pakai jersey lengkap. Gila semangat, tak menyabor bebenor. Pemain Birmingham relaks je pakai tracksuit. gaya pemakaian camni la salah satu sebab mengapa mereka boleh main bagus dan taktikal. Budak university Portsmouth dah buat research dah pasal ni. dan, resultnya memang seperti yg dijangkakan. Arshavin main mcm haram, nasri tak perform dan keeper buat blunder. bastard!

Imbas balik semua game yg arsenal tumbang, mesti ada kaitan dengan pemain baru yg Wenger nak buat ujikaji. dan pada malam ni, ujikaji Wenger memberikan hasil yg mengecewakan kerana 2 biji gol adalah sumbangan bek baru yg kurus dan lembik. Gol pertama adalah daripada corner yg diconceed oleh beliau, manakala gol kedua pula adalah daripada aksi clear bola yg setaraf dengan pemain liga-M. Pemain yg tidak famous, tidak pernah main di final, tidak memiliki mentaliti juara, dan tidak ada segala-galanya jika dibandingkan dengan obafemi martins. pemain setaraf Koscielny hanya menambah beban buat teammates.

Masalah sama umtuk Arsenal, tahun berganti tahun, dari zaman bang leman, zaman almaniam, sekejap bersama pebiangski, dan sehingga ke szzzzcesny, semuanya sama. Keeper Arsenal adalah yg terbangsat di EPL. Kesilapan bodoh sektor terakhir dalam permainan bolasepak inilah yg kerapkali membuatkan Gooners yg memenuhi stadium pulang hampa tanpa klimaks. lihat sejarah, ape lancau kalau dah leading 4-0 boleh jadi 4-4 kalau keeper tak melancap sebelum kick-off? 2-0 leading ngan Spurs mustahil boleh kalah kalau menantang goalie ni tak melayan Maria Ozawa.



Dan, rumusan daripada game sebentar tadi, permainan arsenal pada final kali ni adalah bangang-bangang-bangang (pinjam quote abg pipi).

Sayugianya, disebalik semua itu, tidak ada perbezaan significant utk arsenal kerana WE ARE STILL IN THE RIGHT PATH UTK GLORIOUS-TREBLE MUSIM 2011. ini adalah fakta.

Untuk team Birmingham, kami semua ucapkan selamat maju jaya utk kalian beraksi dalam europa league musim depan, kerana Liverpool pun tak dapat main kat eropah next season. pencapaian ini korang kena bangga. salute lah!

Akhir kata, sebelum gua pen-off dan bersiap utk gi kerja, (gua kena punch 4.00am)

Izinkan gua meminjam kata bisikan Sebastian Larsson utk Clichy, teman satu dorm beliau sewaktu di akademi Highbury 6 tahun dulu.

“Chy, gua ajak lu blah, lu tak mau. tgk gua skarang, angkat piala beb. lu ada?”

Sementara itu, dalam tunnel nak masuk bathroom, Hleb sempat tegur Rosicky,

“Rileks bro, jgn sedeh la. jom kita tukar jersey, at least kome ada simpan jersey juara”

Dan tak pasal-pasal hleb kena pelempang free.
159

Sokkermik #7 - Kelantan vs Selangor

Obefiend Weiland Rabu, Januari 19, 2011 ,


Perihal Bintang

Karya Mohd Faizol



15

(Penulis Tamu) RE : Harapan Terakhir Umat Manusia

Abdul Sokernet Rabu, Disember 15, 2010

Bukan hendak mengata,maupun mengumpat keji ibarat makcik-makcik yang suka bersembang menjaga tepi kain basahan jiran kampung sebelah di petang hari..Akan tetapi masih relevankah THE BLUES untuk menyandang gelaran KLASEMEN seperti yang di uar uar kan oleh saudara Lucy "The fur"Maximus dan sekutu sekutu Singa birunya itu???

Selaku peminat bolasepak inggeris yang agak agak baru jugak ,saya ingin memberikan sedikit pendapat bernas yang mungkin boleh memberikan kesedaran sivik dan moral kepada para penyokong taksub THE BLUES UNTUK AKU ini...

1) Sudah berapa minggulah skuad THE BLUES UNTUK AKU kempunan 3 mata penuh?

2) Adakah dengan kehilangan Frank Lampard,maka prestasi THE BLUES UNTUK AKU merudum sekaligus menghuni tangga ke-4 liga?

3) Adakah chelsea merasakan mereka masih mampu bangkit setelah mengalami kekalahan dan seri beturut turut hanya dalam 1 minggu sahaja?

Tiga persoalan ini sentiasa bermain di dalam otak benak dan akal penyokong chelsea..

HAH MEH SINI AKU JAWAB TOK HANGPA SUMA PENYOKONG CHELSEA...

1) Enam perlawanan terakhir Chelsea merekodkan 1 menang (Fulham), 2 kalah (Sunderland dan Birmingham), 3 seri ( Newcastle, Everton, Spurs)...cantikkan? Well done Chelsea,mintak mintak korang kalah minggu nih..hahahahahahaha..

2) Frank Lampard? Perancang Chelsea? kaki betina?? auwwwww pelisssssss..lawan Spurs baru ni pun macam takde fungsi pun..entahlah..kita tengok je la minggu depan..

3) Pendapat tulus ikhlas murni berseri gua la kan,gua rasa Chelsea kalah punye minggu nih..tak payah la nak wat entri harapan terakhir umat manusia , sandarkan pada kenangan ,ape la,bla bla bla dan sebagainye.gua pun menyampah gak kat The Iblis Merah sebab gua tak suke ngan NANI (sebab muke die macam mamak tempat gua lepak dan selalu nak main kencing) dan penyokong penyokong taksub setan nih yang suke sangat mendabik dada padahal tak penah main bola pun.sembang je kate main macam Rolando la, Nani la, Owen Hargreaves la. Tapi berbalik kepada Chelsea,gua yakin dengan setulus hati dan apa adanya, Chelsea PAYAH NAK MENANG..MAGIS JE BOLEH MENGUBAH NASIB CHELSEA..

Tapi apa apa pun..SEMOGA BERJAYA CHELSEA..sila bawa pulang kemenangan hari ahad nih walaupun gua tak pernah menaruh harapan walau sekelumit taik idung gua pun kat korang..SAVE THE WORLD,KILL THE DEVIL..

26

Jualan Tiket Secara Pakej oleh KAFA Membebankan

Abdul Sokernet Rabu, Oktober 27, 2010 ,



KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.net) tidak teragak-agak untuk memulaukan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus mahu menjual tiket secara pakej.

Kelmarin orang kuat KAFA, a.k.a PJBWM (Pengerusi Jawantakuasa Bolasepak Wanita Malaysia), Tan Sri Annuar Musa berkata tiket untuk perlawanan tersebut akan dijual secara pakej iaitu berharga dari RM40.

Melalui pakej itu, pembeli bukan sahaja terpaksa membayar harga asal tiket tetapi turut dikenakan caj merangkumi cenderamata “The Red Warriors”.

Tindakan itu menyebabkan beberapa penyokong Kelantan yang mahu mendapatkan tiket itu semalam menjadi marah, dan tercetusnya tindakan diluar kawalan menyebabkan penjualan tiket terpaksa dihentikan sementara.

Mereka berkata tindakan ini seperti seolah-olah ingin mengambil kesempatan dalam keghairahan beribu penyokong kelantan hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri itu.

Salah satu penyokong yang ditemui Che Kena ChePat berkata;

“Ambo gere (geram) sunggu dengan tindake tidak ber perikemanuse’ nie, ngapo tak roya’ awa awa lai, ini umpama menanguk di air keruh, ni”

Seorang lagi penyokong fanatik ”Red Warriors” I-wan Yurmanni berkata dengan nada sedih berkata;

”Kawe bawo cuku-cukuk 30 riyal, ... sebab tak gaji lagi deh,.. tu pung kawe pinje pitih tabung anak sdare kawe, kawe rasa takleh gi lah gu ni, kawe rasa takmo gi Bukit Jalil weh, kawe ambik keputuse gi Galas jer, untung-untung dape pitih sket deh”...

Dalam pada itu ketika ditanya apakah bentuk cenderamata yang akan diberikan melalui pakej tersebut,.. salah seorang pegawai dalaman mereka berkata..

"Ada bermacam cenderahati yang ditawarkan, bergantung pada harga, antaranya T-Shirt kalis penumbuk, Mercun 7 warna, Topeng Pontianak Harum Sundal Malam, dan yang paling murah adalah bola genggam (grip ball) untuk menguatkan cengkaman tangan”



16

Mungkin Ada Yang Belum Tahu (MAYBeT)

Abdul Sokernet Rabu, September 08, 2010 ,
Jika kita imbas kembali, pemergian Mesut Özil ke Real Madrid menimbulkan suasana panas kat Sokernet. Bintang yang menyinar di Piala Dunia baru-baru ini dikatakan membuat pilihan salah dengan menyertai Los Galácticos sekaligus mensia-siakan peluang untuk menjadi lagenda kelab terbaik sepanjang sejarah EPL iaitu Manchester United. Biarpun dipujuk oleh Lisa Surihani, remaja yang berkongsi tarikh lahir dengan David Trézéguet dan Andy Cole ini tetap membulatkan tekad untuk menyarung jersi serba putih Los Blancos dan menolak untuk berpindah ke Theater of Dreams.


(Editor: Tengok tang bibir senyum, hidung, sama kan? Sah ada jodoh)

Namun, kita tinggalkan sejenak pergaduhan kecil antara Özil dan Lisa. Bak kata pepatah,

“Carik-carik jaring Blackburn, half-time nanti dijahit juga”.

Setelah tinjauan dibuat, ruangan komen Sokernet dipenuhi dengan feedback yang agak mengutuk Liga Sepanyol:
mr dimaz berkata...
la liga borink nk mampus x de saingan cam epl,,lg2 real barca club len tercungap2 nk lps top2..x mcm epl skrg ni da byk club bg saingan..
tg shaaban berkata...
bagi aku ada 2 team je dlm la liga
= RM + barcelona
lelain mencukupkan kuorom je
Jadi, pada minggu ini MAYBeT akan membuat liputan ringkas tentang liga Eropah yang dikatakan takde saingan menurut mr dimaz dan mencukupkan quorum menurut tg shaaban.Kajiselidik MAYBeT telah membuktikan bahwa La Liga bukanlah seteruk yang disangkakan. Walaupun didominasi oleh Marca (tribute to abg jarr) dan Barca, setidaknya liga ini masih menampilkan beberapa juara lain yang mencuri 28 kejuaraan dari 79 musim pertandingan. Atletico, Bilbao, Valencia, Sociedad, Deportivo, Sevilla dan Betis pernah memberi saingan kepada duo el Clásico – Madrid dan Barcelona.

Real Madrid CF
31
FC Barcelona
20
Club Atlético de Madrid
9
Athletic Bilbao
8
Valencia CF
6
Real Sociedad de Fútbol
2
Real Club Deportivo de La Coruña
Real Betis Balompié
Sevilla FC
1

Jika kita meninjau ke Turki, Super Lig adalah liga yang lebih hambar daripada La Liga. Apa tidaknya, dalam 52 musim liga ini berjalan, Galatasaray dan Fenerbahce masing-masing mengumpulkan 17 kejuaraan di ikuti Besiktas, 11 dan Trabzonspor, 6. Sebelum musim 2009/10 melabuhkan tirainya, liga yang dikategorikan antara liga termuda Eropah ini adalah liga paling membosankan kerana hanya menampilkan 4 juara. Namun, kemenangan Bursaspor pada musim lalu membuatkan liga ini lebih menghiburkan, secara automatik membawa mereka ke kejohanan yang pernah 5 kali dimenangi oleh sebuah kelab England - salah satu daripadanya dicatat cuma 2 marhalah dari pusat kota Bursa. Namun sayang, kejohanan itu tidak dirasai lagi oleh kelab tersebut dalam 2 tahun terakhir ini.

* (nota: jarak Bursa ke Istanbul ialah 92 kilometer)

Galatasaray
Fenerbahçe
17
Besiktas
11
Trabzonspor
6
Bursaspor
1

Satu lagi liga yang dikatakan tidak ada ghairah yang seimbang adalah Liga Sagres. Kerana terlalu sering memenangi Liga Portugal, threesome Benfica, Porto dan Sporting Lisbon digelar Os Tres Grandes. Sejak liga ini berjalan dari tahun 1934, hanya dua kelab sahaja yang berjaya mencelah untuk memenanginya iaitu Belenenses (1946) dan Boavista (2001). Selebihnya, 74 kejuaraan didominasi oleh trio tersebut dengan pembahagian 32, 24 dan 18 masing-masing.

Benfica
32
FC Porto
24
Sporting Lisbon
18
Belenenses
Boavista
1

Jika kita melihat apa yang terjadi di era baru English Premier League….. (bersambung) …..MAYBeT akan kembali lagi




9

Inter Milan

Abdul Sokernet ,
It’s back!

Liga bola sepak utama Eropah kembali menghantui peminat sekalian. EPL, La Liga, Serie A mahupun Bundesliga, kini sudah memulakan sepak mula. Sudah pasti liga-liga ini jauh lebih menarik daripada Liga Super dan Liga Perdana anjuran FAM, yang “entahpape” mutu permainannya. Liga Bangladesh pun lagi seronok di tonton rasanya. Semoga orang-orang yang berada di kerusi empuk FAM, tersedar daripada “koma” yang dah berapa lama. Tapi, semua tahu. Ianya merupakan angan-angan kosong seperti angan-angan England menjulang Piala Dunia.



(Editor: Sandarkan Pada Kenangan. 1966 World Cup)

Ok, bukan nak bercerita tentang “rompakan” FAM terhadap khazanah bola sepak Negara tetapi nak bercerita tentang Serie A Itali sebenarnya. Ya. Mungkin ramai yang berasa bosan dengan Serie A kerana kebanyakan corak permainan pasukan yang bermain dalam Serie A adalah defensive dan membosankan. Tak seperti La Liga, EPL apatah lagi Bundesliga yang pantas. Malahan sekarang ini Serie A berada di kedudukan keempat dalam rangking liga terbaik Eropah selepas EPL, La liga dan Bundesliga.Tetapi, percayalah Serie A mempunyai dramanya tersendiri. Dan Serie A season 2010/2011 semakin menjadi menarik dan terdapat kemungkinan berlakunya pemecahan dominasi pada musim ini.

Serba ringkas tentang Serie A, ianya telah bermula sejak tahun 1929. Sebelum itu, dari tahun 1898 sehingga 1922, kejohanan dimainkan mengikut wilayah-wilayah di Itali. Juventus merupakan pasukan paling berjaya dalam sejarah serie A dengan 27 gelaran Scudetto, Inter dengan 18 gelaran dan Milan 17 gelaran.

(Editor: Boleh bikin Wallpaper ye? Klik untuk imej besar punya)

Antara ciri-ciri menarik Serie A, juara Scudetto akan diberi penghormatan untuk memakai lambang bintang pada jersi mereka musim berikutnya sebagai juara Itali. Stella d’Oro al Merito Sportivo" merupakan antara penghormatan tertinggi dalam bola sepak Itali. Pasukan yang telah memenangi 10 gelaran serie A akan dikurniakan satu bintang pada jersi mereka dan bertambah satu bintang lagi untuk 10 gelaran serie A yang seterusnya. Setakat ini, hanya Juventus( 2 bintang), Inter (I bintang) dan Milan( 1 bintang) yang berjaya memperoleh penghormatan itu.

Sebab apa Serie A pada musim ini semakin menjadi lebih menyengat? Tidak dapat tidak, disebabkan perubahan jurulatih kebanyakan pasukan utama. Rafa Benitez untuk Inter, Massimialano Allegri untuk Milan dan Luigi Di Neri untuk Juventus. Ketiga-tiga kuasa utama Serie A memperkenalkan jurulatih baru.

(Editor: ... )

Inter Milan mungkin paling terjejas kerana The Special One, Jose Mourinho telah meninggalkan mereka untuk Real Madrid. Dan tempatnya diganti oleh Rafa Benitez, lelaki Sepanyol yang telah membawa kepada malapetaka kepada pasukan “sandarkan pada kenangan” musim lepas. Mungkinkah tsunami akan berlaku sekali lagi di San Siro? Nantikan pada Mei 2011 atau lebih awal, sama ada lelaki reject Sepanyol ini, terus berdiri mencium trofi atau sekali lagi ditendang mencium padang.

Mengapakah Serie A musim ini menjadi lebih menarik? Tengok sahajalah transfer window di Serie A. Dua pemain bernama besar, Zlatan Ibrahimovic dan Robinho menyertai Rossoneri (The Red and Blacks). Sememangnya tonik terbaik bagi Milan dalam merampas kembali Scudetto daripada musuh sebandar Inter. Dengan penambahan Ibracadabra dan Robinho, kuartet serangan Milan yang sudah diisi oleh Ronaldinho dan Alexandre Pato, semestinya akan menjadi ancaman kepada mana-mana pasukan di Itali.

(Editor: Robinho. Harap mung dapat main unlike while you were in Citteh)

Inter pula masih mengekalkan teras yang sama seperti musim lalu. Juventus pula berjaya mendapatkan Milos Krasic, yang dianggap sebagai pengganti kepada Pavel Nedved. Selain turut berjaya mendapatkan secara pinjaman Alberto Aquilani, pembelian gagal Rafa Benitez di Merseyside, Armand Traore, Simone Pepe dan Fabio Quagliarella. Roma pula mendapatkan Marco Boriello secara pinjaman dari Milan. Secara kasarnya, memang Milan yang kelihatan berkuasa sekarang ini. Tapi bola itu bulat dan bulatnye bola itulah yang menyebabkan Liverpool Fc bermain di kejohanan kelas dua Eropah. Memang terbaik!

(Editor: Baby jaga diri baik baik, nanti balik Liverpool jadi star okay?)

Musim ini, adakah Inter berjaya mempertahankan gelaran mereka? Milan mampu merampas kembali Scudetto? Juventus berjaya bangkit daripada tsunami musim lepas? Adakah Roma berjaya mencelah dan menjulang kejuaraan Scudetto buat kali ke-4 dalam sejarah? Ibracadabra dan Robinho mampu menyerlah? Atau Milito dan Sneijder sekali lagi yang mencuri tumpuan? Siapakah pengurus yang akan di tunjukkan jalan keluar musim ini? Benitez? Allegri? Di Neri? Tak lupa juga siapakah yang akan tersingkir ke Serie B?

Drama Serie A baru sahaja bermula.



4

Perjuangan

Abdul Sokernet ,
Pertandingan diperingkat antarabangsa yang telah lalu, sedang dan akan berlangsung dalam kancah bolasepak Negara, kita maklum bahawa skuad Harimau Malaya berada dalam posisi yang tidak menentu namun itu bukanlah posisi selayaknya dengan segala fasiliti dan kemudahan yang kita ada sekarang walaupun patut disyukuri.

Tetapi bagi peminat dan penyokong tegar HarimauMalaya baik di Lembah Kelang mahupun di belahan kota yang lain di penjuru dunia dapat sentiasa mendukung secara langsung ataupun tidak langsung adalah suatu kebanggaan walaupun tidak dapat mengikuti setiap perlawanan kerana komitmen kerja atau hal-hal yang lain. Namun berkat doa yang tulus serta harapan yang menggunung tidak pernah putus untuk dilimpahkan ke atas kejayaan skuad HarimauMalaya.

Dari semua itu yang tak dapat dinafikan pada setiap perlawanan yang melibatkan HarimauMalaya adalah kehadiran penyokong setianya yang selalu memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi sebagai sebahagian daripada menunjukkan kesetiaan mereka kepada Negara tak terkecuali bagi peminat yang dilabel sebagai lalang.

Kehadiran mereka disamping memberi semangat juga memberi ‘warna’ disetiap perlawanan. Mereka adalah generasi-generasi Ultras yang terinspirasi dari semangat juang para penyokong dari Eropah tetapi tidak lupa akan budaya dan undang-undang yang didaulatkan di Malaysia. Mereka adalah generasi-generasi penerus kejayaan HarimauMalaya dan kebanggaan sebagai Ultras Malaya.

Di mata mereka yang belum mengenal ertinya budaya menyokong akan terlihat dan akan terakam satu nilai kejujuran,kesetiaan dan suatu nilai perjuangan untuk meraihnya.
Semakin kerap mereka hadir memberi sokongan, semakin banyak nilai positif dan semakin menebal semangat nasionalisme mereka berbanding mereka yang berkiblatkan bolasepak Inggeris, yang mengagungkan arena modern football sungguhpun nyata tiada apa yang baik dengan tindakan mereka yang seakan lupa bahawa mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka membalas, walaupun kami berbaju merah atau biru tetapi kami tetap menyokon HarimauMalaya. Persoalannya bila mereka tunjukkan warna mereka hitam kuning kerana tidak pernah penuh stadium bila perlawanan melibatkan HarimauMalaya sebaliknya kedai mamak penuh sesak bila terdapat perlawanan dari Liga Inggeris?

Mungkin ini bukan sekadar mimpi sebahagian besar pejuang-pejuang ini. Atmosfera bolasepak tidak hanya dirasakan oleh orang-orang lama, namun dapat juga dirasakan oleh penyokong lalang dan lebih tinggi nilainya untuk Ultras Malaya. Tidak ada yang mustahil jika kita mendidik mereka dan merintis semangat mereka dan mula menempatkan mereka dikelompok kita di stadium (curva) sebagai sebahagian nilai kebudayaan bolasepak dan nilai nasionalisme yang tinggi seperti yang dapat kita saksikan betapa ‘berjuang’nya penyokong-penyokong di liga-liga Negara Balkan.

Ultras Malaya. Cinta mereka suci murni tak mengenal populariti tak kenal publisisti,cinta mereka sejati tak mengenal situasi tak mengenal prestasi. Cinta mereka mulia tak mengenal kuasa,cinta mereka putih tak mengenal perih. Cinta mereka ghairah tak mengenal lelah, tak mengenal menyerah. Dan banyaknya perasaan cinta mereka ini diungkapkan pada wajah-wajah mereka yang penuh makna dan dizahirkan pada kain rentang mereka yang tergantung di pagar-pagar sekitar stadium.

Sayang jika benih cinta mereka yang tumbuh berkembang tanpa bunga dan menghasilkan buah. Keringat dan rasa sayang mereka jangan sampai menjadi hampa dan sia-sia kerana sisi hitam bolasepak itu sendiri. Cukup bagi tragedi Red Warrior dan Laskar Kuning, setidaknya untuk mereka memahami disamping sukan bolasepak itu adalah hiburan dan mimpi-mimpi kecil yang indah untuk diraih.

Bagi mereka yang terus berjuang dan ingin berjuang bersama kami, semoga dapat menghafal setiap baris bait-bait pencetus semangat untuk wira kita dan menjadi penyokong tegar yang militan. Jadikan lapangan sorakan kita bukan sesuatu untuk ditertawakan bangsa lain, sesuatu yang jadi bahan jenaka dan cemuhan mereka. Jangan kita dikenali sebagai pencetus kekecohan, janganlah kita dilabel dengan gelaran perusuh, tetapi biarlah barisan hadapan pejuang ini diketahui dengan sifat kerasnya menyokong, tak akan pernah berhenti mempertahankan daulat Negara dan sanggup mati deminya.

Kelak kita tidak hanya bangga menjadi bangsa Malaysia tapi akan lebih bangga jika spirit dan kesetiaan tanpa batas akan diwarisi oleh generasi seterusnya secara hakiki dan penuh erti. Tuhan tidak mengirim kemenangan,kejayaan dan keberuntungan dalam kehidupan bila tiada perjuangan,pahlawan dan ianya tidak diwarisi.

“Hingga ke titisan darah terakhir..”

ULTRAS MALAYA


P/S : kredit kepada Freddie Marciano untuk artikel ini, Beliau merupakan salah seorang Ultras Malayayang menyokong dan terus menyokong skuad Harimau Malaya. Hatta yang datang melawan itu Manchester United mahupun Chelsea...



13

Reviving Local League

Abdul Sokernet
Sepuluh Cara Yang Boleh Difikirkan FAM/FA Negeri Untuk Menarik Penyokong Kembali Memeriahkan Liga Malaysia Daripada Duduk Sambil Menggentel Skrotum Di Dalam Pejabat Berhawa Dingin. (untuk pembaca sokernet sahaja)

Mengikut perkadaran semasa, aku rasa FAM bagi masuk stadium free pun tak ramai nak turun stadium atau tengok game live Liga Super dekat tv. Sejajar dengan saranan Encik Holden Caufield kepada encik buih di tepi bibir a.k.a Shabery Cheeky-Cheeky Bum Bum ~ Ini cara-cara gua boleh fikir untuk passing ke FAM.

  1. Setiap malam perlawanan, dekat scoreboard pasang live match EPL, kalau boleh yang High Definition (HD) punya lagi bagus. Confirm ramai pergi stadium beb, tak kira lah jika fan datang sebab nak tengok EPL instead of tengok pasukan Liga Super-lah-sangat main, kita guna prinsip Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Yang penting stadium penuh. Fan bola Malaysia bukan semua ada astro/astro HD pun, dari bagi duit dekat mamak, baik bagi duit dekat FAM, boleh juga FAM belanja duit tu buat pejabat besar-besar atau beli kereta besar-besar. Kenapa EPL? Lu sendiri pikirlah.
  1. Nak bagi real, kalau dah buat macam yang diterangkan di atas (No.1), team-team liga super tak payah buat jersi sendiri, pakai sahaja jersi team EPL. Let say, team Selangor (team aku ni) yang kaya dengan sejarah bolasepak Malaysia ni mungkin boleh mengenakan jersi Liverpool, atau team Perak (kaler Hitam Kuning) mungkin boleh pakai jersi Hull City. (relegated, aku tau-karang ada plak mat statistik, mat fakta men’sekolah’kan aku plak). Team Penyu sesuai juga pakai jersi Newcastle. Sambil-sambil tengok game EPL live dekat scoreboard/layar besar dekat stadium, jeling-jeling tengok dekat padang barulah terasa macam tengok game dekat Anfield ke, Old Trafford ke, atau St James Park. Team Pahang the untouchable boleh la adopt jersi Man Utd, nak lagi bagus letak Sultan Bola jadi manager, takde siapa berani usik. Baru sama beb macam Sir Alex.
  1. Camera – maksud aku video camera. Ini unsur penting beb. Lu orang tengok EPL tu dekat tv sebenarnya bukan best sangat pun kalau tengok real depan mata. Sama je, 11 vs 11. Cuma angle cam tu depa ambik baeekk punya, tambah banyak plak cam depa letak, tu yang mendatangkan unsur-unsur dramatik, nak-nak bila depa fokus dekat (zoom in) tatkala rooney bertekak dengan ref, siap kita boleh lip-sync apa yang dia carut walaupun tak dengar. Kita pulak banyak production house yang takde kerja pasal tak berjaya dapat tender dengan RTM/Media prima, upah mereka ni pasang 15-20 cam dekat stadium lepas tu buat la live dekat astro 801 ke, tv 1 ke, astro oasis ke, mesti rating tinggi beb. Ini dari dulu live kamera tak lebih dari 4. Main Cam pulak satu tu je lah. Nak tengok pun kena ambik mood lama sikit baru datang.
  1. Buat la satu game interaktif macam fantasy football tu. Letak hadiah ribu-riban beb. Kalau malas kumpul data/statistik macam Actim Index tu, buat fantasy football man of the match saja. Tak payah susah-susah, player mana dapat MOTM dapat 10 point tak MOTM 0 point. Kad merah -3, kad kuning -1. Bukan susah pun, alah gua bukan tak tau, orang kat FAM bukan rajin sangat buat kerja. Kalau rajin mestilah liga kita jadi macam J-League/K-League. Kalau cikgu boleh tau hasil kerja murid-murid dia mana yang rajin, mana yang malas atau mana yang bodoh mana yang cerdik, kita fan bola pun tau FA mana yang malas dan FA mana yang kerja kuat. Gua fikir ini cara mesti ramai, kalau tak layan/tengok game pun ramai yang akan ambik tau.
  1. Bila dah buat macam no.2 dekat atas tu, kenalah buat 20 team main Liga Super. FAM pulak boleh tiru je Jadual Liga EPL untuk Liga Super. Contoh kata 1 Januari 2011, Liverpool lawan Bolton mungkin bila ditranslatekan ke Liga Super; Selangor lawan Taman Bolton Gombak. Yelah, harap orang FAM buat jadual Liga Super banyak pulak cuti nya, cuti Sukma lah, cuti World Cup lah, Cuti Puasa lah. Nak feel pun terencat. 20 team main baru meriah. Malaun mana la bodo sangat dulu fikir 8 team main Liga Super lepas tu 13 pulak apa jadah.??
  1. Guna player-player Liga Super kita untuk jadi model2 iklan di tv. Barulah banyak exposure, bila banyak exposure ramai kenal, bila dah ramai kenal ramai la nak tengok live depan mata. Ini bila baca paper, we went : “Zaiza Zainal…hmm..Zaiza who?”. Pasal apa jadi macam ni? Pasal takde exposure lah. Dahla paper pun banyak cerita sukan luar negara. Yelah, kita kan banyak produk IKS. Mesti mau guna model/duta, nah inilah masanya nak guna player-player kita, yelah, dari diorang buang masa lepak disko atau lepak kedai kuda time ada latihan pusat, boleh juga asah-asah bakat berlakon dengan berlakon iklan, kot-kot nanti tua atau injured dah tak boleh main bola, boleh main drama-drama plak. Tengok contoh adik-beradik Aidil Zafuan-Zakuan Adha, iklan itu, iklan ini jadi model, tup-tup dedua bercinta/berkahwin dengan artis fofuler. Barulah boleh dapat status WAGS. Bayangkan Halim Napi jadi model Sarung Tangan Boxing Tomoi ke, model iklan PLKN ke, mesti dia dapat WAGS yang damn-damn juga.
  1. Malaysia ni kan ada banyak lagi bersepah pusat karaoke yang menawarkan khidmat kupu-kupu malam yang cantik, bergetah dan seksi pula. Guna khidmat mereka ini untuk tarik lagi ramai orang datang ke stadium. As an example, jadi penjual tiket ke, penjual air ke, kan si Nazri itu hari ada letak gambar masa dia pergi Stadium FC Seoul aritu? FAM kena fikir cara macam FA Korea Selatan jugak la kot? Mesti ramai geram beb, tiap-tiap minggu mau turun stadium itu macam. Atau bukak je karaoke joint dekat dalam stadium, kompom ramai pergi, plak tu bagi diskaun setiap malam perlawanan. Takde game pun fan turun stadium jugak kot.
  1. Liga kita tak meriah pasal tak banyak team. Liga Super belas-belas, Liga Perdana pun belas-belas. Lepas tu bawah-bawah punya team? Buat satu piala, open punya, amatur ke semi-pro ke boleh campur2, buat game kalah mati. Dari peringkat kampung, sampai bandar, barang sesiapa pun boleh bikin team. Final kalu, main dekat Bukit Jalil. Dari buat game piala YB tu, YB ni, NGO tu, NGO ni baik seragamkan bawah satu tournament. Boleh la letak Piala Satu Malaysia kalau PM Najib sponsor, atau Piala Gemilang Perkasa kot-kot Ibrahim Ali mau sponsor.
  1. Tambah tak meriah, sebab takde player import. Jenuh la Tun Dr M canang dulu kejap pandang timur, kejap pandang barat, tapi FAM terus adopt cara China sebelum 1997, dasar tertutup, ditambah pulak dengan cara kuku besi+demokrasi-terpimpin-kepala-hotak-kau, terus tak ambik import. Nanti player tempatan tak dapat tempat katanya. Tengok je zaman Selangor ambik Bambang sama Elie, penuh beb stadium dengan abang-abang dari tanah seberang. Duit masuk semua tu. Tapi entah kenapa dungu sama bebalnya dah tak boleh ambik dah. Bukak je lah pendaftaran kepada player-player serantau, kalau nak protect sangat buat macam EPL, ada peraturan home grown players, law player muda under 21 mesti ada sorang dalam padang pada satu-satu masa tu bagus boleh diteruskan. Status import hanyalah untuk player luar dari SEA region. Team miskin takde duit jangan berlagak nak ambik import, nanti karang gaji tak boleh bayar la, jangan kata EPF ke SOCSO ke…
  1. Akhir sekali,kalau dah buat semua tak jalan jugak, hapuskan je lah Liga M, buat perabih boreh yo….ye lah fan kat Malaysia ni semua layan EPL je kan..?



6

Mourinho Jilat Ludah

Abdul Sokernet ,
Jadi, Mourinho sekarang ibarat menelan ludah sendiri. Setelah melabelkan bekas pemain sendiri, seperti the 88 goals Drog sebagai diver, kali ini Mourinho mengambil pendekatan untuk memuji Sir Alex 'beli ref' Ferguson kerana mengubah diri Christiano menjadi seorang pemain yang jujur, yang cuba untuk mengejar bola walaupun sudah di'foul'kan oleh pemain lawan.
"I hate diving, but I'm not happy if a player is kicked by somebody in the box and he tries to remain standing. It's very very rare a referee gives a decision if the player doesn't go down so I tell my players not to be naive, but to be fair" - Quote dari the special one dahulu...
Kata Jose lagi, Ronaldo mempunyai ciri-ciri pemain bolasepak British yang biasa dilatih oleh Fergie, kira ala-ala attitude 'never say die' United la, kiranya...

Terdapat beberapa spekulasi yang boleh dibuat di sini. Pertamanya, tipikal Mourinho untuk mem'bekap' player sendiri, sebagaimana yang dilakukan terhadap si Drog, yakni, hanya selepas beliau tidak lagi melatih Chelsea, barulah dia mengakui yang the Drog ialah seorang diver dan promadonna berjaya...

Mungkin apa yang dikatakan olehnya terhadap C. Ron merupakan contoh klasik bagi situasi yang sama. Now, kalaulah ada manager 'lain' yang bekap player dia walaupun kritik kata dia main macam haram atau kata dia seorang yang diver, pasti manager 'tersebut' akan dikatakan tua nyanyuk, tak sedar diri dan suka beli ref....

Namun Mourinho disayangi ramai, dan pastinya 'sabda-sabda' beliau diterima ramai pengikut beliau diseantero dunia!

Spekulasi kedua yang boleh dibuat ialah ini merupakan satu cara man-management daripada manager terhebat dunia yang boleh kalahkan Barcelona, selain Rubin Kazan, iaitu cara beliau untuk keep the star players happy...

Dikhabarkan dalam berita-berita muka belakang kebanyakan suratkhabar sebelum ini, antara cabaran terbesar yang akan dihadapi oleh Mourinho ialah bagaimana untuk mengekalkan semangat berpasukan dan ego pemain-pemain bintangnya di Real Madrid. Ini kerana te special one juga terkenal dengan egonya sendiri, dan lebih merupakan seorang yang sangat autonomi dalam pengurusannya, tidak seperti manager-manager Real Madrid yang lain... Jadi, dengan memuji C.Ron sebagai seorang yang hardworking, bukan kaki dive, merupakan salah satu kaedah yang dilihat mampu mengeratkan hubungan pemain-pengurus tersebut.

Lagipun, awal musim baru-baru ini, Mourinho sudah tegaskan yang Kaka' bukan untuk dijual walaupun beliau membawa masuk prodigy baru bolasepak Jerman, Mesut Ozil ke Real. Expect someday Mourinho akan kata C.Ron lebih baik daripada Messi or C.Ron merupakan player yang paling bahaya/hebat yang pernah dia lawan berbanding Messi or something like that...

Jika ini adalah benar, maka tIc kata: Real Madrid Superstars (C.Ron) 2 - 0 Jose 'the special one' Mourinho...

Spekulasi ketiga adalah berkaitan dengan kahabar angin yang mengatakan bahawa Mourinho akan menggantikan SAF di Man Utd. Seperti yang kita ketahui, setiap kelab yang diterajui Jose 'the special one' Mourinho akan ditinggalkan beliau selepas beliau memenangi Champions League kecuali, heh heh heh... Dan keinginan beliau melatih sebuah kelab Inggeris disamping mengekalkan ciri-ciri tradisi kelab tersebut, English style, telah lama dicirculate dalam paper-paper sukan di Eropah dan seluruh dunia.

Jadi, kemungkinan besar tindakan menjaga hati C.Ron sambil memuji SAF adalah tindakan sambil menyelam minum air bagi Jose 'the special one' Mourinho untuk mengukuhkan kedudukan beliau dalam senarai pilihan untuk menggantikan SAF di Mencester...

Kemngkinan besar juga, beliau ingin membawa bersama-sama beliau ke Mencester kelak, C.Ron kembali, dan mungkin juga... Mesut Ozil!

Be Scared, be really really scared!!

January Transfer Rumours

Manchester United dijangka akan menambahbaikkan skuad mereka Januari ini dengan membeli seorang pemain berkelas dunia, sekali gus menangkis tuduhan yang kelab tersebut berada dalam masalah hutang yang teruk!

Pemain ini pernah menyertai trial di Manchester United beberapa musim lepas, dan pernah juga melakukan trial di beberapa kelab bertaraf dunia yang lain seperti Bayern Munich...

Walaupun pemain ini sememangnya terkenal dengan kelajuannya yang tak hingat dunia tu, (asek ingat akhirat je...) dan dia sendiri mengakui ingin bermain di bek kiri, sesuai dengan cita-citanya untuk menggantikan Ryan Giggs di Mencester, namun posisi itu tampak sudah kukuh di Man Utd, yang sekarang di isi oleh Patrice Evra dan Fabio pun boleh tahan jugak... Lagipun, O'shea pun ok kalau main situ kadang-kadang...

So, aku rasa dia bakal diletakkan di posisi penyerang bersama seorang lagi (bakal) penyerang berbisa Man Utd dan England... Danny Welbeck!



Bayangkan kalau salah sorang dari mereka assisst seorang lagi, camne goal celebration diorang agak-agak nya??

Dan yang pastinya, Paul Scholes boleh melakukan 50 yards pass 4 saat sebelum Bolt mula berlari...

Sumber - Peuters


53

PENULIS TAMU MINGGU INI

Nazri Rabu, September 02, 2009
Menganalisa Sifat Sifat Penyokong BolaSepak yang True

Gua ingin diskas sedikit pasal menjadi 'true' bila bergelar penyokong kental.
Menyokong pasukan Bolasepak (baca : dalam EPL) adalah trend yang berkembang pesat diseluruh dunia.Tidak kiralah kutu itu berada di kota London,mahupun di Kampung Kokdiang,mereka boleh jadi penyokong.

Dari kaedah human saikologi,melibatkan diri,menyertai,mengetahui,membicarakan atas sesuatu yang best dan glamor boleh menjadi social asset kepada seseorang individu.Perkara sama juga berlaku dalam hal berkaitan fenomena EPL.Seseorang itu boleh saja melibatkan diri,menyertai,membicarakan,mem-impersonate segala hal mengenai EPL seterusnya menjadi penyokong pasukan yang dirasakan best.
Namun,tidak semua mereka itu 'true'.Jika silap langkah,mereka boleh rebah ke dalam lembah kehinaan seperti Poyo, Poser dan Lalang.

Ok,gua nak lebih zoom pada kategori yang paling susah nak dicapai oleh penyokong pasukan EPL (Manchester United, Arsenal,Chelsea atau Liverpool..gua amek yang Big Four dulu) iatu menjadi seorang yang TRUE.Beberapa sifat boleh kita observe sebagai guideline untuk meng-identify sifat sifat penyokong yang TRUE.

1.Pemikiran yang tajam dan otak yang cerdas
Penyokong yang kenal pasukan yang disokong.siapa Team utama,team simpanan,posisi player,tektikel jurulatih,percaturan permainan,perang saikologi,analisis pemain,sejarah kelab,historic events,scoring legends,iconic players,awards and winning, curse and losing..Dengan menguasai segala fakta fakta team (kalau khatam sekali fakta team lawan lagi stail wehh),barulah orang respect bila lu klem lu sokong etc etc.

2.Memiliki Jiwa Tulus dan hati suci
Ini agak sukar nak dikecapi.Sebab hal hal perasaan ni dia kena meresap sendiri.Penyokokng yang boleh dapat tahap Dewa ni gua boleh kata 'he's there already'.Contoh: Bila pasukan yang disokong kalah,beliau boleh bertukar mood kepada bangsat punya sedih.Jenis sampai menangis pun boleh jadi.Ini bukan jiwang atau kes hati lembik..tapi ini soal kepercayaan atau orang putih kata faith.Penyokong jenis ini,kalau team dia kalah pukul 3 pagi,pukul 11 pagi esok dia boleh sarung jersi lagi pegi jalan2 di KLCC.Dia takdak hal...

3.Jersy
Walaupun dia tak berduit..tapi dalam sekali seumur hidup,paling koman dia jejak juga ke Al-Ikhsan angkat sekeping Jersey Home yang original.Tapi kalau dah memang takdak duit sangat,siam pun siam lah....

4.Tidak emosional
Penyokong yang True selalunya tidak emosional bila berdepan kritikan.Mereka tidak tewas dengan perang saikologi yang berbaur provokasi.pandai meng-hendel diri supaya dilihat tenang dalam kekalahan..dan menerima kekalahan serta mengakui kelemahan demi kemenangan masa depan.Ini orang gua respect!.

5. Sokong dari kecik,bukan selepas masuk universiti.Jangan jadi poyo.

6. Menyokong tanpa kompromi.
Ini pun tahap dewa juga walaupun ada unsur bengap.Contoh:Gua tau la lu benci ManU,tapi janganla sampai nak boikot AirAsia brader..kahkahkah.Atau : Ahh semua air mabuk dia langgah,jack danial lah..Heiniken lah..Anchor lah..cuma Calsberg saja dia tak minum.Benci sapa tu woii?

7. Bila pegi kedai majalah,dia terkam majalah bola,bila dapat masuk intenet,dia terkam sokernet!..Hah ini baru True bang....

Gua senaraikan 7 karektor utama sahaja.Mungkin ada lagi karektor karektor lain yang lu orang rasa menepati sifat sifat true,boleh saja lu orang bincangkan.

Pesanan:Jenis karektor bila menang sayang, bila kalah buang..hahaha kalau jumpa memang sedap kena terajang..

Okeh dude,
Jadilah penyokong yang TRUE demi maruah diri, keluarga dan kawan kawan.

Signing off
FdausAmad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...