ANDA SEDANG MEMBACA

7

Mourinho Jilat Ludah

Abdul Sokernet Rabu, September 08, 2010 ,
Jadi, Mourinho sekarang ibarat menelan ludah sendiri. Setelah melabelkan bekas pemain sendiri, seperti the 88 goals Drog sebagai diver, kali ini Mourinho mengambil pendekatan untuk memuji Sir Alex 'beli ref' Ferguson kerana mengubah diri Christiano menjadi seorang pemain yang jujur, yang cuba untuk mengejar bola walaupun sudah di'foul'kan oleh pemain lawan.
"I hate diving, but I'm not happy if a player is kicked by somebody in the box and he tries to remain standing. It's very very rare a referee gives a decision if the player doesn't go down so I tell my players not to be naive, but to be fair" - Quote dari the special one dahulu...
Kata Jose lagi, Ronaldo mempunyai ciri-ciri pemain bolasepak British yang biasa dilatih oleh Fergie, kira ala-ala attitude 'never say die' United la, kiranya...

Terdapat beberapa spekulasi yang boleh dibuat di sini. Pertamanya, tipikal Mourinho untuk mem'bekap' player sendiri, sebagaimana yang dilakukan terhadap si Drog, yakni, hanya selepas beliau tidak lagi melatih Chelsea, barulah dia mengakui yang the Drog ialah seorang diver dan promadonna berjaya...

Mungkin apa yang dikatakan olehnya terhadap C. Ron merupakan contoh klasik bagi situasi yang sama. Now, kalaulah ada manager 'lain' yang bekap player dia walaupun kritik kata dia main macam haram atau kata dia seorang yang diver, pasti manager 'tersebut' akan dikatakan tua nyanyuk, tak sedar diri dan suka beli ref....

Namun Mourinho disayangi ramai, dan pastinya 'sabda-sabda' beliau diterima ramai pengikut beliau diseantero dunia!

Spekulasi kedua yang boleh dibuat ialah ini merupakan satu cara man-management daripada manager terhebat dunia yang boleh kalahkan Barcelona, selain Rubin Kazan, iaitu cara beliau untuk keep the star players happy...

Dikhabarkan dalam berita-berita muka belakang kebanyakan suratkhabar sebelum ini, antara cabaran terbesar yang akan dihadapi oleh Mourinho ialah bagaimana untuk mengekalkan semangat berpasukan dan ego pemain-pemain bintangnya di Real Madrid. Ini kerana te special one juga terkenal dengan egonya sendiri, dan lebih merupakan seorang yang sangat autonomi dalam pengurusannya, tidak seperti manager-manager Real Madrid yang lain... Jadi, dengan memuji C.Ron sebagai seorang yang hardworking, bukan kaki dive, merupakan salah satu kaedah yang dilihat mampu mengeratkan hubungan pemain-pengurus tersebut.

Lagipun, awal musim baru-baru ini, Mourinho sudah tegaskan yang Kaka' bukan untuk dijual walaupun beliau membawa masuk prodigy baru bolasepak Jerman, Mesut Ozil ke Real. Expect someday Mourinho akan kata C.Ron lebih baik daripada Messi or C.Ron merupakan player yang paling bahaya/hebat yang pernah dia lawan berbanding Messi or something like that...

Jika ini adalah benar, maka tIc kata: Real Madrid Superstars (C.Ron) 2 - 0 Jose 'the special one' Mourinho...

Spekulasi ketiga adalah berkaitan dengan kahabar angin yang mengatakan bahawa Mourinho akan menggantikan SAF di Man Utd. Seperti yang kita ketahui, setiap kelab yang diterajui Jose 'the special one' Mourinho akan ditinggalkan beliau selepas beliau memenangi Champions League kecuali, heh heh heh... Dan keinginan beliau melatih sebuah kelab Inggeris disamping mengekalkan ciri-ciri tradisi kelab tersebut, English style, telah lama dicirculate dalam paper-paper sukan di Eropah dan seluruh dunia.

Jadi, kemungkinan besar tindakan menjaga hati C.Ron sambil memuji SAF adalah tindakan sambil menyelam minum air bagi Jose 'the special one' Mourinho untuk mengukuhkan kedudukan beliau dalam senarai pilihan untuk menggantikan SAF di Mencester...

Kemngkinan besar juga, beliau ingin membawa bersama-sama beliau ke Mencester kelak, C.Ron kembali, dan mungkin juga... Mesut Ozil!

Be Scared, be really really scared!!

January Transfer Rumours

Manchester United dijangka akan menambahbaikkan skuad mereka Januari ini dengan membeli seorang pemain berkelas dunia, sekali gus menangkis tuduhan yang kelab tersebut berada dalam masalah hutang yang teruk!

Pemain ini pernah menyertai trial di Manchester United beberapa musim lepas, dan pernah juga melakukan trial di beberapa kelab bertaraf dunia yang lain seperti Bayern Munich...

Walaupun pemain ini sememangnya terkenal dengan kelajuannya yang tak hingat dunia tu, (asek ingat akhirat je...) dan dia sendiri mengakui ingin bermain di bek kiri, sesuai dengan cita-citanya untuk menggantikan Ryan Giggs di Mencester, namun posisi itu tampak sudah kukuh di Man Utd, yang sekarang di isi oleh Patrice Evra dan Fabio pun boleh tahan jugak... Lagipun, O'shea pun ok kalau main situ kadang-kadang...

So, aku rasa dia bakal diletakkan di posisi penyerang bersama seorang lagi (bakal) penyerang berbisa Man Utd dan England... Danny Welbeck!



Bayangkan kalau salah sorang dari mereka assisst seorang lagi, camne goal celebration diorang agak-agak nya??

Dan yang pastinya, Paul Scholes boleh melakukan 50 yards pass 4 saat sebelum Bolt mula berlari...

Sumber - Peuters


7 Ulasan:

adijaya berkata...

1st

talkIZcheap! berkata...

2nd!

talkIZcheap! berkata...

duh... kenapa tak keluar gambar? ke gambar mmg takleh keluar? huhuhu...

takpe lah, sape2 nak baca original story (lengkap dgn link, ya, Kardio) bleh terus ke blog gua...

sekian, :p

Jarr berkata...

giler pengotor maurinho jilat ludah...hish.

ok out, nak gi meeting.babai.

talkIZcheap! berkata...

meeting apa lagi? orang dah nak raya, bawak2 la bercuti... :DD

alan zed berkata...

aku suka part nie,

"Seperti yang kita ketahui, setiap kelab yang diterajui Jose 'the special one' Mourinho akan ditinggalkan beliau selepas beliau memenangi Champions League kecuali, heh heh heh..."

kelab mana ek? -_-

talkIZcheap! berkata...

soalan itu kuiz minggu ini...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...