ANDA SEDANG MEMBACA

13

Reviving Local League

Abdul Sokernet Rabu, September 08, 2010
Sepuluh Cara Yang Boleh Difikirkan FAM/FA Negeri Untuk Menarik Penyokong Kembali Memeriahkan Liga Malaysia Daripada Duduk Sambil Menggentel Skrotum Di Dalam Pejabat Berhawa Dingin. (untuk pembaca sokernet sahaja)

Mengikut perkadaran semasa, aku rasa FAM bagi masuk stadium free pun tak ramai nak turun stadium atau tengok game live Liga Super dekat tv. Sejajar dengan saranan Encik Holden Caufield kepada encik buih di tepi bibir a.k.a Shabery Cheeky-Cheeky Bum Bum ~ Ini cara-cara gua boleh fikir untuk passing ke FAM.

  1. Setiap malam perlawanan, dekat scoreboard pasang live match EPL, kalau boleh yang High Definition (HD) punya lagi bagus. Confirm ramai pergi stadium beb, tak kira lah jika fan datang sebab nak tengok EPL instead of tengok pasukan Liga Super-lah-sangat main, kita guna prinsip Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Yang penting stadium penuh. Fan bola Malaysia bukan semua ada astro/astro HD pun, dari bagi duit dekat mamak, baik bagi duit dekat FAM, boleh juga FAM belanja duit tu buat pejabat besar-besar atau beli kereta besar-besar. Kenapa EPL? Lu sendiri pikirlah.
  1. Nak bagi real, kalau dah buat macam yang diterangkan di atas (No.1), team-team liga super tak payah buat jersi sendiri, pakai sahaja jersi team EPL. Let say, team Selangor (team aku ni) yang kaya dengan sejarah bolasepak Malaysia ni mungkin boleh mengenakan jersi Liverpool, atau team Perak (kaler Hitam Kuning) mungkin boleh pakai jersi Hull City. (relegated, aku tau-karang ada plak mat statistik, mat fakta men’sekolah’kan aku plak). Team Penyu sesuai juga pakai jersi Newcastle. Sambil-sambil tengok game EPL live dekat scoreboard/layar besar dekat stadium, jeling-jeling tengok dekat padang barulah terasa macam tengok game dekat Anfield ke, Old Trafford ke, atau St James Park. Team Pahang the untouchable boleh la adopt jersi Man Utd, nak lagi bagus letak Sultan Bola jadi manager, takde siapa berani usik. Baru sama beb macam Sir Alex.
  1. Camera – maksud aku video camera. Ini unsur penting beb. Lu orang tengok EPL tu dekat tv sebenarnya bukan best sangat pun kalau tengok real depan mata. Sama je, 11 vs 11. Cuma angle cam tu depa ambik baeekk punya, tambah banyak plak cam depa letak, tu yang mendatangkan unsur-unsur dramatik, nak-nak bila depa fokus dekat (zoom in) tatkala rooney bertekak dengan ref, siap kita boleh lip-sync apa yang dia carut walaupun tak dengar. Kita pulak banyak production house yang takde kerja pasal tak berjaya dapat tender dengan RTM/Media prima, upah mereka ni pasang 15-20 cam dekat stadium lepas tu buat la live dekat astro 801 ke, tv 1 ke, astro oasis ke, mesti rating tinggi beb. Ini dari dulu live kamera tak lebih dari 4. Main Cam pulak satu tu je lah. Nak tengok pun kena ambik mood lama sikit baru datang.
  1. Buat la satu game interaktif macam fantasy football tu. Letak hadiah ribu-riban beb. Kalau malas kumpul data/statistik macam Actim Index tu, buat fantasy football man of the match saja. Tak payah susah-susah, player mana dapat MOTM dapat 10 point tak MOTM 0 point. Kad merah -3, kad kuning -1. Bukan susah pun, alah gua bukan tak tau, orang kat FAM bukan rajin sangat buat kerja. Kalau rajin mestilah liga kita jadi macam J-League/K-League. Kalau cikgu boleh tau hasil kerja murid-murid dia mana yang rajin, mana yang malas atau mana yang bodoh mana yang cerdik, kita fan bola pun tau FA mana yang malas dan FA mana yang kerja kuat. Gua fikir ini cara mesti ramai, kalau tak layan/tengok game pun ramai yang akan ambik tau.
  1. Bila dah buat macam no.2 dekat atas tu, kenalah buat 20 team main Liga Super. FAM pulak boleh tiru je Jadual Liga EPL untuk Liga Super. Contoh kata 1 Januari 2011, Liverpool lawan Bolton mungkin bila ditranslatekan ke Liga Super; Selangor lawan Taman Bolton Gombak. Yelah, harap orang FAM buat jadual Liga Super banyak pulak cuti nya, cuti Sukma lah, cuti World Cup lah, Cuti Puasa lah. Nak feel pun terencat. 20 team main baru meriah. Malaun mana la bodo sangat dulu fikir 8 team main Liga Super lepas tu 13 pulak apa jadah.??
  1. Guna player-player Liga Super kita untuk jadi model2 iklan di tv. Barulah banyak exposure, bila banyak exposure ramai kenal, bila dah ramai kenal ramai la nak tengok live depan mata. Ini bila baca paper, we went : “Zaiza Zainal…hmm..Zaiza who?”. Pasal apa jadi macam ni? Pasal takde exposure lah. Dahla paper pun banyak cerita sukan luar negara. Yelah, kita kan banyak produk IKS. Mesti mau guna model/duta, nah inilah masanya nak guna player-player kita, yelah, dari diorang buang masa lepak disko atau lepak kedai kuda time ada latihan pusat, boleh juga asah-asah bakat berlakon dengan berlakon iklan, kot-kot nanti tua atau injured dah tak boleh main bola, boleh main drama-drama plak. Tengok contoh adik-beradik Aidil Zafuan-Zakuan Adha, iklan itu, iklan ini jadi model, tup-tup dedua bercinta/berkahwin dengan artis fofuler. Barulah boleh dapat status WAGS. Bayangkan Halim Napi jadi model Sarung Tangan Boxing Tomoi ke, model iklan PLKN ke, mesti dia dapat WAGS yang damn-damn juga.
  1. Malaysia ni kan ada banyak lagi bersepah pusat karaoke yang menawarkan khidmat kupu-kupu malam yang cantik, bergetah dan seksi pula. Guna khidmat mereka ini untuk tarik lagi ramai orang datang ke stadium. As an example, jadi penjual tiket ke, penjual air ke, kan si Nazri itu hari ada letak gambar masa dia pergi Stadium FC Seoul aritu? FAM kena fikir cara macam FA Korea Selatan jugak la kot? Mesti ramai geram beb, tiap-tiap minggu mau turun stadium itu macam. Atau bukak je karaoke joint dekat dalam stadium, kompom ramai pergi, plak tu bagi diskaun setiap malam perlawanan. Takde game pun fan turun stadium jugak kot.
  1. Liga kita tak meriah pasal tak banyak team. Liga Super belas-belas, Liga Perdana pun belas-belas. Lepas tu bawah-bawah punya team? Buat satu piala, open punya, amatur ke semi-pro ke boleh campur2, buat game kalah mati. Dari peringkat kampung, sampai bandar, barang sesiapa pun boleh bikin team. Final kalu, main dekat Bukit Jalil. Dari buat game piala YB tu, YB ni, NGO tu, NGO ni baik seragamkan bawah satu tournament. Boleh la letak Piala Satu Malaysia kalau PM Najib sponsor, atau Piala Gemilang Perkasa kot-kot Ibrahim Ali mau sponsor.
  1. Tambah tak meriah, sebab takde player import. Jenuh la Tun Dr M canang dulu kejap pandang timur, kejap pandang barat, tapi FAM terus adopt cara China sebelum 1997, dasar tertutup, ditambah pulak dengan cara kuku besi+demokrasi-terpimpin-kepala-hotak-kau, terus tak ambik import. Nanti player tempatan tak dapat tempat katanya. Tengok je zaman Selangor ambik Bambang sama Elie, penuh beb stadium dengan abang-abang dari tanah seberang. Duit masuk semua tu. Tapi entah kenapa dungu sama bebalnya dah tak boleh ambik dah. Bukak je lah pendaftaran kepada player-player serantau, kalau nak protect sangat buat macam EPL, ada peraturan home grown players, law player muda under 21 mesti ada sorang dalam padang pada satu-satu masa tu bagus boleh diteruskan. Status import hanyalah untuk player luar dari SEA region. Team miskin takde duit jangan berlagak nak ambik import, nanti karang gaji tak boleh bayar la, jangan kata EPF ke SOCSO ke…
  1. Akhir sekali,kalau dah buat semua tak jalan jugak, hapuskan je lah Liga M, buat perabih boreh yo….ye lah fan kat Malaysia ni semua layan EPL je kan..?



13 Ulasan:

adijaya berkata...

1st

Tanpa Nama berkata...

2nd?


aku bukak website FAM.... ni yg aku dapat..

FOOTBALL ASSOCIATION of MALAYSIA
General Secretary
Wisma FAM, Jalan SS5A/9
Kelana Jaya
Petaling Jaya, 47301
SELANGOR

Tel : +603 7873 3100
Fax : +603 7875 7984

gensecfam@gmail.com


FAM pakai gmail?? FTW???

Cesc Luzeza berkata...

cangih-cangih..hahahahaha

SFB berkata...

menarik btol point no. 10 tu haha. Daripada duit habis berjuta2 ntah kemana kene songlap. Player x dibayar gaji apa semua. Lupuskan terus. Nanti bile dah lama sikit dalam 10 tahun baru la up balik. Tengok mcm mana

huhu

Azlan Zed berkata...

gmail?

haha. sep!

eddie dewanaga berkata...

...artikel terbaik..!!

aranhellstorm berkata...

awesomefriday: hahahaha..gmail je la mampu, nak buat domain sendiri kena bayor, karang kurang la plak duit nak bagi besar opis...heh

sfb: itu yg pathetic sangat liga M ni. Cerita negara dunia negara ketiga punya ada dalam liga pro kita. baik buat liga amatur je.

eddie: thanks.

Berto berkata...

terbaik la...kehkehkeh..Halim Napi model sarung tgn tomoi??? kekhkehkeh lagi

PELAUNG PULAU berkata...

haha..actually yang penting harga tiket tu bro.. orang malaysia bab duit ni semua berkire...

ko bayangkan harga tiket utk game biasa cecah RM8..pastu kengkadang main cam gam****!!

jadi cube ko pikir.. RM8=tengok team main ntahpape dengan
...
lepak mamak: RM8=nasi lemak ayam+teh ais 2 gelas+game epl yang menarik...

jadi anda pilih yang mana

aranhellstorm berkata...

pelaung pulau: tu yg aku ada cakap kat first paragraph tu, kalau FAM bagi free pun tak ramai yang nak turun tengok...

btw, tiket RM8 tu zaman aku form 2, 3 dulu gi stadium shah alam, sekarang RM 10 bro... tapi main macam tu jugak la...

Jarr berkata...

kalau katie price ajak tgk bola terengganu lwn selangor baru aku pergi..lain org takmo..

YNWA!selamat hari raya bro!

WassapBerasap berkata...

Menarik.. cara ulasan pon tak memboringkan. Artikel terbaik minggu ini

aranhellstorm berkata...

jarr: cheh..kalu katie price je? kalau jessica alba takmau? hehehe selamat hari raya utk lu jgk bro!

org lain dah sampai kampong, aku ada kat rumah lagi, bini gua kena kerja la plak, berFifa10 aku dari pagi sampai ke petang.

p.s: jarr, jersi gua dah nak sampai ni, tak sabar nak pakai gi semayang raya...haha

muaz: tq..tq.. semoga ada lagi entry lepas ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...