ANDA SEDANG MEMBACA

16

Mungkin Ada Yang Belum Tahu (MAYBeT)

Abdul Sokernet Rabu, September 08, 2010 ,
Jika kita imbas kembali, pemergian Mesut Özil ke Real Madrid menimbulkan suasana panas kat Sokernet. Bintang yang menyinar di Piala Dunia baru-baru ini dikatakan membuat pilihan salah dengan menyertai Los Galácticos sekaligus mensia-siakan peluang untuk menjadi lagenda kelab terbaik sepanjang sejarah EPL iaitu Manchester United. Biarpun dipujuk oleh Lisa Surihani, remaja yang berkongsi tarikh lahir dengan David Trézéguet dan Andy Cole ini tetap membulatkan tekad untuk menyarung jersi serba putih Los Blancos dan menolak untuk berpindah ke Theater of Dreams.


(Editor: Tengok tang bibir senyum, hidung, sama kan? Sah ada jodoh)

Namun, kita tinggalkan sejenak pergaduhan kecil antara Özil dan Lisa. Bak kata pepatah,

“Carik-carik jaring Blackburn, half-time nanti dijahit juga”.

Setelah tinjauan dibuat, ruangan komen Sokernet dipenuhi dengan feedback yang agak mengutuk Liga Sepanyol:
mr dimaz berkata...
la liga borink nk mampus x de saingan cam epl,,lg2 real barca club len tercungap2 nk lps top2..x mcm epl skrg ni da byk club bg saingan..
tg shaaban berkata...
bagi aku ada 2 team je dlm la liga
= RM + barcelona
lelain mencukupkan kuorom je
Jadi, pada minggu ini MAYBeT akan membuat liputan ringkas tentang liga Eropah yang dikatakan takde saingan menurut mr dimaz dan mencukupkan quorum menurut tg shaaban.Kajiselidik MAYBeT telah membuktikan bahwa La Liga bukanlah seteruk yang disangkakan. Walaupun didominasi oleh Marca (tribute to abg jarr) dan Barca, setidaknya liga ini masih menampilkan beberapa juara lain yang mencuri 28 kejuaraan dari 79 musim pertandingan. Atletico, Bilbao, Valencia, Sociedad, Deportivo, Sevilla dan Betis pernah memberi saingan kepada duo el Clásico – Madrid dan Barcelona.

Real Madrid CF
31
FC Barcelona
20
Club Atlético de Madrid
9
Athletic Bilbao
8
Valencia CF
6
Real Sociedad de Fútbol
2
Real Club Deportivo de La Coruña
Real Betis Balompié
Sevilla FC
1

Jika kita meninjau ke Turki, Super Lig adalah liga yang lebih hambar daripada La Liga. Apa tidaknya, dalam 52 musim liga ini berjalan, Galatasaray dan Fenerbahce masing-masing mengumpulkan 17 kejuaraan di ikuti Besiktas, 11 dan Trabzonspor, 6. Sebelum musim 2009/10 melabuhkan tirainya, liga yang dikategorikan antara liga termuda Eropah ini adalah liga paling membosankan kerana hanya menampilkan 4 juara. Namun, kemenangan Bursaspor pada musim lalu membuatkan liga ini lebih menghiburkan, secara automatik membawa mereka ke kejohanan yang pernah 5 kali dimenangi oleh sebuah kelab England - salah satu daripadanya dicatat cuma 2 marhalah dari pusat kota Bursa. Namun sayang, kejohanan itu tidak dirasai lagi oleh kelab tersebut dalam 2 tahun terakhir ini.

* (nota: jarak Bursa ke Istanbul ialah 92 kilometer)

Galatasaray
Fenerbahçe
17
Besiktas
11
Trabzonspor
6
Bursaspor
1

Satu lagi liga yang dikatakan tidak ada ghairah yang seimbang adalah Liga Sagres. Kerana terlalu sering memenangi Liga Portugal, threesome Benfica, Porto dan Sporting Lisbon digelar Os Tres Grandes. Sejak liga ini berjalan dari tahun 1934, hanya dua kelab sahaja yang berjaya mencelah untuk memenanginya iaitu Belenenses (1946) dan Boavista (2001). Selebihnya, 74 kejuaraan didominasi oleh trio tersebut dengan pembahagian 32, 24 dan 18 masing-masing.

Benfica
32
FC Porto
24
Sporting Lisbon
18
Belenenses
Boavista
1

Jika kita melihat apa yang terjadi di era baru English Premier League….. (bersambung) …..MAYBeT akan kembali lagi




16 Ulasan:

adijaya berkata...

http://tinyurl.com/lisa-manchester-united

dewajiwa berkata...

si Lisa tu kepit dengan sapa eh? gambar super-impose ke?

Jarr berkata...

Lisa gi Madamme Tussaud la tu...amik gambor ngan Leo Di Caprio...
oh artikel yg berinformasi...syabas khairul idham...

adijaya berkata...

thank you abg jarr. gambar tu terpaksa letak bawah sebab tak keluar dlm artikel.

afterc berkata...

ayat mcm ayat english yg dimelayukan..agak berbelit dan memerlukan tumpuan 200% utk difahami. atau mungkin otak sy ni agak lembab..

pakkordi berkata...

Ko ni fan arsenal ke ManUtd? Kandungan perenggan pertama dan gambar profile lu ni bercanggah.

adijaya berkata...

@afterc: saya mohon maaf kalau ayat yg digunakan agak susah difahami. mungkin kalau diberi kesempatan di lain masa, saya akan improve struktur ayat. terima kasih atas teguran yg diberikan.

@pakkordi: perenggan pertama tu sepatutnya disertai dgn gambar, tapi gambar tak bleh masuk. jadi saya dah letak gambar kat bawah.

frwls berkata...

apsal tulisan dia macam tak ikut standard Sokernet? macam lain sikit je

adijaya berkata...

@frwls: tak tahu la, saya main type je. nanti next time saya akan sesuaikan tulisan biar ikut standard. terima kasih dah bagi input yg berguna.

julu berkata...

adijaya jwab semua kritikan.. bgus2..
bkn calang2 org leh siar article kat sokernet..

mr dimaz berkata...

skali nme ak kna petik da..
thanx adijaya info yg berguna..

talkIZcheap! berkata...

dah cantik dah artikel pas edit, w/pon yg aku punya byk ilang link dan gambar, huhu...

thanks editor, abd sokernet, siapa jua yg pakai akaun anda, huhuuhu...

eJAI berkata...

Artikel adijaya aka adik khairul idham paling mantoppp... Tahniah2 sek arsenal kito..

muaz berkata...

Haa.. fakta ngam punya.. baguih2.. bole tulih lagi lain kali

The Charlatans KL berkata...

aku vote ko jadik pengulas tetap sokernet kem arsenal. kat section komen memanjang ko je 1st. aktif sikit kem arsenal nanti.

brandon flowers berkata...

“Carik-carik jaring Blackburn, half-time nanti dijahit juga”. macam ass!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...