Memaparkan catatan dengan label Liverpool. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liverpool. Papar semua catatan
5

Raya yang Sempurna (Liverpool)

Pipiyapong Abdillah Hamzah Ahad, Ogos 19, 2012 , , ,
17

Hillsborough, 15 April 1989

pakkordi Jumaat, April 13, 2012
Saya sering menjauhkan pandangan dari melihat sesuatu kemalangan yang berlaku dihadapan mata. Sebagai contoh, jika ada sekujur tubuh seorang pemandu motosikal yang terbaring ditepi jalan dengan darah yang berlumuran, saya akan memalingkan pandangan kearah yang bertentangan tatkala memandu melepasi mangsa itu walaupun saya sendiri tidak tahu sekiranya beliau masih hidup atau sudah mati.

Mungkin ada diantara anda yang tidak peduli dengan kesengsaraan atau kesakitan yang dialami oleh orang lain dengan alasan itu bukan ‘K.P.I’ anda. Mungkin juga ada diantara anda yang gemar menyaksikan kejadian ngeri. Malah mungkin jika ada lagi banyak darah yang mengalir, anda jadi tambah berahi. Mujurlah naluri sadis seperti itu bukan naluri saya. Bagi saya, kesengsaraan dan kesakitan sudah cukup menyayatkan hati apatah lagi kematian hatta mengenangkan sesuatu kejadian maut itu sahaja sudah cukup untuk menyedihkan saya, inikan pula mengenangkan kejadian maut yang sepatutnya boleh dielakkan. Cukup menyedihkan.

23 tahun yang lampau satu kejadian malang dan ngeri telah berlaku di Hillsborough, stadium bolasepak kepunyaan Sheffield Wednesday. Disini, seramai 96 orang penyokong kelab bolasepak Liverpool telah terkorban akibat himpitan dan henyakan yang amat dahsyat, nahas yang telah terbukti disebabkan oleh kekurangan kawal selia dari pihak polis dan sikap acuh tidak acuh FA England.



Tanggal 15 April 1989 merupakan tarikh berlangsungnya pertandingan separuh akhir piala FA diantara Liverpool dan Nottingham Forest. Seperti tahun sebelumnya yang juga menemukan pasukan yang sama di peringkat yang juga sama, Hillsborough sekali lagi telah dipilih sebagai lokasi perlawanan. Lazimnya perlawanan yang penting sebegini memaksa pihak penganjur memisahkan penyokong kedua pasukan didalam stadium. Kali ini berbeza dari tahun sebelumnya yang berlangsung dengan amat lancar, penyokong Nottingham Forest pada petang 15hb April itu telah diperuntukan tempat di bahagian ‘Spion Kop’ stadium yang boleh menempatkan 21,000 penyokong, ruang yang jauh lebih besar dari ‘Lepping Lane End’ untuk penyokong Liverpool yang hanya boleh mengisi 14,600 penonton dan secara lojiknya sahaja sudah menjanjikan malapetaka.

Atas arahan siapakah pertukaran tempat untuk penyokong didalam stadium ini tidak seperti tahun sebelumnya? Tahukah mereka bahawa Liverpool mempunyai jumlah penyokong yang nyata lebih ramai dari Nottingham Forest pada ketika itu? Perancangan oleh pengurusan baru yang sungguh menghairankan.

Bahagian teres stadium zaman itu dibahagikan kepada seksyen berpagar atau ‘pen’ yang boleh mengisi penonton didalam kapasiti yang tertentu. ‘Pen’ ini pada awalnya telah diperkenalkan untuk mengelakkan penyokong pasukan lawan yang datang awal ke stadium semata-mata untuk memenuhi bahagian tempat duduk penyokong pasukan tuanrumah (satu perkara yang dilakukan untuk menyakitkan hati penyokong tuan rumah). Sebagai contoh, bahagian teres A yang boleh memenuhi 9,000 penonton telah dipecahkan kepada 3 seksyen berpagar atau ‘pen’ yang boleh mengisi 3,000 orang setiap seksyen. Sekiranya penyokong lawan yang datang awal memasuki salah satu seksyen, sekurang-kurangnya ada dua lagi seksyen yang boleh diisi oleh penyokong tuan rumah.

Ketika itu masih wujud bahagian teres tanpa tempat duduk (‘standing’) didalam stadium. Tiket untuk teres tanpa tempat duduk adalah murah (sesuai dengan taraf hidup penyokong bolasepak di England ketika itu yang kebanyakkannya pekerja kolar biru) dan boleh mengisi penyokong yang secara tradisinya akan berdiri beramai-ramai dan bersorak sambil bersesak-sesak. Walaupun tiket ini murah, salah satu keburukan bahagian tanpa tempat duduk sebegini ialah dari aspek kesukaran mengawal tiket dari dipalsukan kerana tidak seperti ‘all-seater’ stadium, tiket tidak dapat dikenalpasti dengan nombor tempat duduk. ‘Lepping Lane End’ ialah bahagian teres tanpa tempat duduk.



Pada petang yang malang itu, stadium telah mula dibanjiri penyokong kedua-dua pasukan (gambar atas menunjukkan keadaan diluar stadium pintu masuk 'Lepping Lane End'). Masih ada penyokong tanpa tiket yang tetap datang dan ini merupakan perkara biasa dimana-mana perlawanan penting. Mungkin juga ada dari mereka yang datang dengan memegang tiket palsu. Umum maklum bahawa masalah kehadiran jumlah penyokong yang ramai ini adalah diluar kawalan tetapi sistem yang terancang dan sesuai sepatutnya harus ada untuk mengawal masalah ini.



Sistem pintu masuk di Hillsborough ketika itu dikawal oleh pintu pusing (‘turnstile’) dan sekiranya penonton mempunyai tiket, beliau akan dibenarkan masuk ke dalam teres dan jika tiada tiket beliau akan diarahkan keluar melalui pintu lain. ‘Turnstile’ di bahagian ‘Lepping Lane End’ tidak mencukupi untuk menampung kemasukan penyokong Liverpool yang ramai dan ditambah pula dengan sistem pengawalan yang tidak bagus, mereka yang telah memasuki turnstile tetapi tiada tiket akan tersekat diantara pintu masuk dan teres stadium. Memburukkan lagi keadaan, jalanraya M62 dari bandar Liverpool sedang dibaik pulih mengakibatkan kesesakan lalulintas dan ramai penyokong yang datang dari arah sana tiba agak lewat dan berebut untuk masuk ke stadium didalam tetingkap masa yang amat singkat.

Jam 2:45 petang dan penyokong Liverpool yang sudah mula memenuhi teres ‘Lepping Lane End’ semakin ramai dan berpusu-pusu memasuki pintu pusing dan kemudian pula terpaksa melalui terowong sebelum boleh memasuki ‘pen’ yang telah sedia penuh.



Jam 2:55 petang dan tinggal lagi 5 minit sebelum sepak mula tetapi dilaporkan kira-kira 5,000 penyokong Liverpool masih belum berjaya memasuki stadium. ‘Lepping Lane End’ semakin padat. Melihatkan keadaan seolah-olah pintu pusing yang dibuka tidak mecukupi, pihak polis yang mengawal dibahagian pintu masuk membuka beberapa lagi pintu yang sepatutnya digunakan sebagai pintu keluar tanpa mengambil tahu keadaan penonton dibahagian teres didalam. Keadaan semakin sesak.

Kenny Dalglish didalam bukunya menceritakan bahawa kekecohan dan kesesakan yang semakin meruncing itu langsung tidak beliau ketahui. Kebiasaannya, jika kapasiti setiap ‘pen’ sudah dipenuhi, pihak penganjur akan membuka ‘pen’ sebelah atau menahan dari kemasukan penyokong yang baru tiba tetapi pada petang itu semuanya kelihatan lancar dimata beliau dan Brian Clough, pengurus Nottingham Forest.

‘Lepping Lane End’ semakin padat. Yang terselamat dari malapetaka itu ada menceritakan bahawa himpitan itu terlalu teruk hinggakan kaki mereka terangkat, tidak dapat menjejak tanah dan pernafasan menjadi amat sukar. Tetapi pihak penganjur masih meneruskan perlawanan dan tidak membuat apa–apa pengumuman tentang keadaan ini. Sepatutnya perlawanan harus ditangguhkan sementara dan sistem ‘PA’ didalam stadium digunakan untuk memberitahu penonton yang masih cuba masuk untuk bertenang atau kawalan dipintu masuk ‘Lepping Lane End’ ditutup terus dari kemasukan penonton. Ini tidak berlaku. Penyokong Nottingham Forest yang berada di ‘Spion Kop End’ juga langsung tidak tahu tentang himpitan maut di ‘Lepping Lane End’ itu sehinggalah perlawanan yang baru bermula diberhentikan.



Tepat jam 3 petang, sepak mula.

Diluar, penyokong yang mendengarkan sorakan dari dalam stadium menandakan perlawanan sudah bermula semakin bersemangat untuk terus juga masuk. Mereka menolak untuk memasuki stadium tanpa mengetahui bahawa tolakan mereka itu menghimpit penyokong yang sudah bersesak didalam. Mereka yang terhimpit dibahagian depan teres ‘Lepping Lane End’ menerima tekanan yang amat dahsyat. Pihak polis dan penganjur masih tidak melakukan apa-apa.

Minit ke-6 perlawanan, pengadil memberhentikan perlawanan atas nasihat pengawal stadium yang masuk ke padang. Ada dari penyokong Liverpool yang berjaya memanjat pagar dan turun ke padang mula berlari kearah papan iklan di tepi padang lalu memecahkannya untuk dijadikan ‘stretcher’ mengangkat mangsa-mangsa himpitan. Kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan sementara Kenny Dalglish dibawa ke bilik 'PA system' untuk membuat pengumuman agar penonton kembali tenang.

94 orang maut didalam trajedi pada petang itu manakala 2 lagi mangsa mati di hospital.



Didalam laporannya ‘The Hillsborough Stadium Disaster’, Lord Justice Taylor ada menyebut bahawa kejadian di Hillsborough itu bukanlah sesuatu yang unik malah di musim 89/90, kejadian yang hampir sama telah berlaku di stadium kelab Coventry dan Middlesborough tapi mujur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Trajedi di Hillsborough telah merubah lanskap bolasepak di England. Salah satu dari perubahannya ialah pemansuhan teres tanpa tempat duduk di stadium dan lokasi yang ditentukan oleh FA England dan ini telah mengakibatkan harga tiket untuk menyaksikan perlawanan bolasepak dikebanyakkan stadium semakin mahal. Tambahan pula, bumbung harus disediakan untuk teres dengan tempat duduk. Juga dengan adanya tempat duduk, kawalan tiket bernombor dapat dilaksanakan untuk mengesan tiket palsu. Terdapat banyak lagi pembaharuan di stadium untuk keselamatan telah diutarakan oleh Lord Justice Taylor didalam laporannya itu, termasuklah dari aspek rekabentuk stadium, cara kawal selia stadium dan akta undang-undang yang berkenaan.

Saya tidak mahu menyentuh isu akhbar The Sun pada 19 April 1989 yang menyiarkan penipuan secara terbuka, memburukkan penyokong Liverpool di muka hadapannya berkenaan kejadian di Hillsborough. The Sun ialah suratkhabar bodoh yang hanya menimbulkan isu sensitif bertujuan untuk menambahkan jualan. Contoh tabloid yang menjijikkan.



Sebagai penyokong bolasepak, sejujurnya saya merasakan bahawa trajedi Hillsborough mungkin dapat dielakkan sekiranya pihak berwajib telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih tepat, bertanggungjawab, terperinci dan tidak hanya bagai melepaskan batuk ditangga. Ia mungkin boleh berulang di mana-mana stadium dan seperti yang kita ketahui, malang tidak berbau.

Dengan sistem pengawalan keselamatan dan perancangan yang sambil lewa, nyawa anda atau nyawa mereka yang anda sayangi mungkin didalam bahaya dan ini bukan tertakluk kepada perkara berkenaan bolasepak sahaja. Ia merangkumi segala aspek kehidupan.

“Hillsborough, 15 April 1989 – In Memory”

#YNWA ./
19

Andy Carroll - Badan Panaupun Tapi Ada WAGS

Obefiend Weiland Sabtu, Jun 11, 2011 , ,

Ada apa hal?

Orang tua-tua ada berkata....... "Ada wang ada amoi". Ini pepatah yang boleh diguna pakai dalam kes Andy Carroll. Walaupun badan dan kaki bertompok panau kalahkan budak SBP, Andy masih ada awek sudi bergomol dan memberikan beliau "feels good mang" feeling di malam hari. Diharapkan pemilik Liverpool dapat mengarahkan Andy supaya mendapatkan rawatan kulit secepat mungkin. Ada juga baiknya bagi amaran kepada pemain Malaysia supaya jangan bertukar jersey dengan Andy dalam perlawanan persahabatan bulan depan. Pemain Malaysia kalau panau jangan harap la dapat awek. Poket tak cukup tebal der.







57

Mascherano - Once a Red ALWAYS a Red?

Obefiend Weiland Isnin, Mei 30, 2011 , , ,


Interview selepas wisel penamat

So fans Liverpool. Adakah anda masih marah dengan Monster Masch selepas menonton video dibawah? Javier mendedikasikan kemenangan beliau kepada fans Liverpool seluruh dunia. YNWA



51

Penulis Tamu - Filem Terbaru Di Layar Perak





30

Menyekolahkan MU

MDM FARAH FAIZURA Isnin, Mac 07, 2011 , ,




Ok, mari kita lihat klip ini sambil menyanyi GGMU.

48

YENUWA Buat Fernando Torres?

Obefiend Weiland Isnin, Januari 31, 2011 ,
Adakah ini bakal jadi realiti?



17

Kepada Liverpool - Jangan Bersedih lagi. (Arsenal pun boleh tumpang)

MDM FARAH FAIZURA Khamis, Januari 13, 2011 ,
Gua pun sedih pasal Liverpool kalah kat Blackpool. Kalo dah nama the kop takkan tak sedih, ye dok. Jadi kita layan dulu lagu ni. (Peminat Arsenal pun boleh tumpang)

Lirik lagu:

Jangan berduka
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha

42

Sokkermik #6 - Kaca Mata

Obefiend Weiland Isnin, Januari 10, 2011 , , , ,


fuck you

57

Who The Fuck are Man United?

MDM FARAH FAIZURA Sabtu, Januari 08, 2011 ,




50

Live Liverpool Love

Jannah Ahad, Disember 12, 2010 ,
Boys. Win the match please. I tak tahan kena buli di Sokernet.

Love,

Jane R.


- Posted using BlogPress from my iPhone
20

Kenangan Indah Liverpool

Jannah Ahad, November 14, 2010 ,


Ye. Memang kami kelab sandarkan pada kenangan. Kenangan indah sebegini agak sukar untuk dilupakan. Kau hado?

-Posted using BlogPress from my iPad
22

Selamat Hari Lahir Abe Joe Cole!

Jannah Isnin, November 08, 2010
Joseph John "Joe" Cole dilahirkan pada 8 November 1981. Beliau adalah seorang pemain bola sepak Inggeris yang bermain untuk Liverpool dan pasukan nasional England.

Beautiful boy all over the world.

With lovely smiles and hearty eyes.

Tetapi semalam beliau tidak beraksi semasa kemenangan Liverpool menentang bekas kelab beliau iaitu Chelsea. Hal ini demikian kerana beliau mengalami injuri hamstring.

Cake!

Walaubagaimanapun, kami dari Kem Liverpool di Sokernet ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir pada beliau, dengan ucapan cepatlah kamu sembuh dari sakit kamu agar dapat kami melihat kau menyumbangkan gol-gol hebat untuk Liverpool.

Happy 29th Birthday Joe!
32

Torres 2 - Chelsea 0

Kau masih ingat zaman semua orang kutuk @LucasLeiva87 dan mengatakan dia tak boleh pakai?

Hai @LucasLeiva87 :)


Well semalam dia bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk membantu Liverpool memenangi perlawanan menentang Chelsea. Sila follow dia di Twitter kalau kau mahu bah.

Biarlah apa nak dikata oleh kem Chelsea. Kasi can mali can ke. Kasi undi simpati ke. Pakai bomoh ke. 3 mata kemenangan setiap perlawanan amat berharga bagi semua pasukan. Tetapi sudah tentu apabila menang dengan team BESAR seperti Chelsea, kemanisan kemenangan itu boleh disamakan dengan menang pilihanraya.

Saya tidak pandai untuk mengulas perlawanan seperti En Lucius Maximus, mahupun berphotoshop seperti En Obefiend.

Tapi saya reti la meminjam gambar-gambar menarik hasil carian Google dan website Liverpool untuk membawakan detik-detik kemenangan Liverpool menentang Chelsea semalam. Ladies. Enjoy!

All photos taken from the Official Liverpool Website. Remember kids, plagiarism is stealing. Must give a link back or credit the source. Mmkay?

You can't stop me. I'm Fernando. I am awesome!

Good job boys. Gambar ini disturbingly sexy.

Kejap masuk kut. Masuk kan? Yeay masuk!

I love you bro. #Bromance

Torres. I love you.

Bragging rights. Bragging rights. Bragging rights.

Bonus gambar: Boleh download buat wallpaper telepon anda minggu ini.

Freckles. Adorable.

Dimples. Lagi tambah adorable.
62

Jersey Baru Liverpool?

Obefiend Weiland ,


Selepas membedal Chelsea yang masih klaseman di Anfield tadi, bila agaknya Liverpool nak tukar penaja seperti dibawah?



83

Everton 2 - Liverpool FC 0

Jannah Isnin, Oktober 18, 2010 ,
:(

/wrist
53

Liverpool 1 - Blackpool 2 FT

Jannah Isnin, Oktober 04, 2010 , ,
Cubaan menulis entri penuh syahdu.

Saya pilih pasukan Liverpool untuk disokong semasa saya berumur 12 tahun.

Sekarang saya 26 tahun. Jadi, sudah 14 tahun saya seorang peminat Liverpool FC.

Sepanjang 14 tahun itu, belum pernah sekalipun saya lihat Liverpool menjadi juara Liga Inggeris. Paling atas pun kami pernah berada di nombor 2. Wait pernah ke nombor 2 ke? Atau minda tuaku telah membuat realiti sendiri?

Anyway, pada malam ini kami kalah pada Blackpool. Pasukan yang baru sahaja season ini layak ke Liga Piala Inggeris. Anfield bukan fortress lagi. Tiada sudah keadaan dimana kami tidak akan kalah di tempat sendiri.



Siapa yang tidak sedih jika pasukan yang disayangi sedang berada dalam keadaan begini? Hanya Kop yang tidak berperasaan akan berkata, aku okay sahaja Liverpool di bottom three.

Jadi, peluklah kesedihan ini, dan mari kita sama-sama berdoa agar Liverpool dapat mencari semula the missing X dalam formasi mereka. Marilah kita semua, peminat Liverpool sekalian, sama-sama memberikan 100% sokongan di belakang pasukan yang kita minati dan sayangi ini.

Akhir kata, gelaklah sepuas hati kamu, kami tidak akan tukar team, sebab kami degil dalam cinta kami pada Liverpool.


You'll Never Walk Alone.

And for fuck sake bring back Riise. He was a defensive machine. Why the fuck did we sell him off to Roma anyway?

We sorely miss you
13

Penyokong Tenang Amalam Mulia

Abdul Sokernet Selasa, Ogos 24, 2010

Ini kisah benar tentang kesengsaraan menghadapi dugaan kehidupan dan teknik mengharungi cabaran ini dengan jayanya.

Kijai ialah seorang manusia berfikiran cerdas, EQ tinggi serta mempunyai keterampilan yang amat menarik hingga kaum yang bukan sejenis jadi tak keruan bila berdiri dihadapan kijai.

Tapi kijai ada kelemahan dan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sepanjang hidup kijai, dia tidak boleh duduk mencangkung. Setelah berborak panjang dengan beliau secara tidak formal, kelemahan ini timbul kerana kakinya yang panjang menyebabkan pusat graviti beliau berada terlalu tinggi diatas pusat lalu seterusnya mentidak-stabilkan posisi cangkung beliau. Kasihan.

Bayangkanlah betapa kecewanya kijai jika dalam keadaan yang mendesak, tandas awam yang dimasuki beliau berjamban cangkung. Tapi ini tidak menjejaskan keperluan mendesaknya. Beliau akan berpaut kepada apa sahaja ketika menghadapi masalah seperti ini. Jika ditakdirkan tandas tersebut tiada paip atau cangkuk kertas tandas untuk kijai berpaut, beliau akan beryoga sambil menjalankan tanggungjawab insan kamilnya.

Sebagai penyokong pasukan bolasepak Liverpool yang tegar, ingin saya rumuskan disini agar kita jangan mudah menggelabah bila pasukan kita sedang menggelupur mintak nyawa kerana kelemahan2 yang tertentu. Kita harus tenang dan "chill". Jadilah kita seperti kijai dan cari lah tempat untuk berpaut. Jika tiada, marilah kita beryoga.

Blog: clowning around @Pakkordi
Post: Penyokong Yang Tenang - Amalan Mulia
Link: http://pakkordi.blogspot.com/
21

Liverpool Yang Kusam

Abdul Sokernet

Liverpool Yang Kusam


Faith.Itu yg menjadi pegangan kuat bagi Liverpool supporters dalam mengharungi musim 10/11 yg baru bermula skang ni.Kepercayaan terhadap Uncle Woy utk mengembalikan kegemilangan Liverpool bukanlah sesuatu yg instant yg kita boleh dpt buat masa ni.Sememangnye season 09/10 meninggalkan kesan luka mendalam buat semua Liverpudlians dan keseronokkan hakiki buat penyokong penyokong kelab kelab berprestij yg lain atau secara spesifiknye, Man U, Chelsea, Arsenal dan Spurs.Lupakan Citeh, kemenangan mereka pagi selasa lalu adalah pengajaran berguna buat Liverpool yg sedang mencari arah dan right path utk mereka buat panduan.Roy Hodgson ada caranya tersendiri, mendalami dan mengenalpasti titik kelemahan serta membaikpulih akan memakan masa sekurang-kurangnya 2 musim.

Sebagai penyokong tegar yg berfikiran rasional adalah tidak patut untuk aku klasifikasikan yg Liverpool boleh menang title for the next season.Abaikan season ni sebab kita sedang "reshuffle".Menjadi subjek serangan pihak pihak lain bila menanggung kekalahan adalah perkara biasa, imun.Bukan salah mereka bilamana mulut mereka jadi bising mcm p**i ayam.Tapi keadaan Liverpool yg terumbang ambing yg membuatkan kita, The Loyal Supporters menanggung akibat dibahan setiap musim.Takpe itu perkara biasa, kalau takde kutuk mengutuk ibaratnya bersenggama tanpa perasaan cinta.

One thing that we must admit, they need time to be on top again.But time is running out (bukan Muse okeh).Gerrard dah 30, Carra 32 and they might be at their best for another 2-3 years.Concern dan focus mereka sekarang ini adalah Premier League.Uncle Woy mempunyai perancangan sendiri yang akan diterapkan kepada team.Hopefully he can find the formula for the new era dan Gerrard & Co. dpt merasa betapa manis mengucup Premiership dari mengucup camera (tapi best juga sebab lawan Man U masa tu, eheh).

Sebagai seorang Liverpudlian yg hidup mati adalah bersandarkan pada kenangan, i have no regret with my team.We will bounce back, it just a matter of time. (ayat ni paling bebudak Man U menyampah dan suka wat bahan). Ada aku cares?

YNWA!

oh ye nama saya : nadjmuddean
nama kat sokernet: jarr
link blog:http://lebatkulebat.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...