Memaparkan catatan dengan label pipistuta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pipistuta. Papar semua catatan
19

Sejarah Bola Sepak Sebenar

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, September 30, 2013 , ,


1. Bola sepak moden (Total) adalah sejenis bola sepak yang real. Bola sepak sebenar. Ia berasal dari Belanda iaitu spesifiknya Amsterdam. Orang yang bertanggungjawab memulakannya adalah Rinus Michels dengan bantuan mentee-nya Johan Cruyff. Bola sepak Rinus Michels berjaya menakluk Eropah dengan pelbagai gelaran dan kemuncaknya pada final Piala Dunia 1974.

2. Pada tahun 1985, Cruyff bersara sebagai pemain dan mula menjadi jurulatih. Dia memulakan kerjaya sebagai jurulatih di Ajax Amsterdam. Berdasarkan bola sepak Rinus Michels, Cruyff memulakan bola sepaknya yang tersendiri dengan pemain-pemain seperti Basten dan Rijkaard.

3. Bola sepak Cruyff berjaya menakluk Eropah dengan sekumpulan pemain muda apabila berjaya merangkul European Cup Winner's Cup. 

4. Dalam masa yang sama di Ajax Amsterdam, Cruyff menemui Bergkamp, seorang pemain bola sepak teknikal terbaik dunia sehingga hari ini. Cruyff terus bertindak menjadi mentor Bergkamp selama beberapa tahun sehingga Bergkamp membuat kemunculan profesional pertama pada 1987, iaitu ketika berusia 17 tahun.

5. Selepas kejayaan peringkat Eropah, Cruyff mahukan perubahan di Ajax. Ajax mesti dibangunkan secepat mungkin. Dia mahu Ajax diuruskan secara lebih profesional dengan gaya Amerika. Namun Pengerusi Ajax, Harmsen tidak sependapat dengan Cruyff.

6. Cruyff merajuk membawa diri ke Barcelona dengan harapan dapat membina pasukan impiannya di sana. Di sana dia mencari pengganti Bergkamp dan akhirnya menemui Pep Guardiola.

7. Ketika Total bimbingan Rinus Michels berada di kemuncak, ia menjadi perhatian seorang penjual kasut dari Italy, Arrigo Sacchi. Penjual kasut itu telah jatuh hati dengan bola sepak Rinus Michels yang power. Di negaranya bola sepak dimainkan serupa celaka dengan corak bertahan.

8. Cinta Arrigo Sacchi yang mendalam terhadap bola sepak Belanda telah membawanya ke Amsterdam. Dia mengikut abahnya yang ada hal bisnes ke Belanda. Ketika abahnya menghadiri ekspo kasut, Arrigo Sacchi senyap-senyap ke padang latihan Ajax Amsterdam mengkaji bola sepak Total dan menonton permainan Cruyff dan Neeskens.

9. Dengan ilmu yang dikutip dari padang latihan Ajax, Arrigo Sacchi balik kampung dan mula melatih pasukan kampungnya. Tahun demi tahun bola sepaknya menjadi. Dari pasukan Baracca Lugo dia ke Bellaria, AC Cesena, Rimini, sehingga menjadi jurulatih remaja Fiorentina yang berjaya. Dari Fiorentina dia ke Parma yang ketika itu di Serie C sehingga mampu menewaskan AC Milan. Pengerusi AC Milan, Berlusconi menjadi kagum lalu membawa Arrigo Sacchi ke AC Milan.

10. Selepas Cruyff meninggalkan Ajax (dan berjaya di Barcelona), Bergkamp dan rakan-rakannya masih meneruskan bola sepak Cruyff dipimpin oleh Louis Van Gaal. Sebenarnya bukan Cruyff saja yang meninggalkan Ajax. Van Basten dan Rijkaard turut pergi dibeli oleh penjual kasut, Arrigo Sacchi yang mahu sentuhan Belanda dalam bola sepak ciptaannya yang juga dari Belanda.

11. Celaka apa aku cerita panjang-panjang ni? Aku kena pendekkan ni.

12. Tak lama kemudian Inter Milan beli Bergkamp dan Wim Jonk untuk ubah bola sepak Inter Milan supaya menjadi seperti bola sepak AC Milan. Inter Milan gagal apabila jurulatih mereka degil nak main stail parking bas macam Chelsea yang sekarang juga.

13. Kegagalan membawa perubahan itu menyebabkan Bergkamp membawa diri ke England. Dia masuk Arsenal, sebuah pasukan yang main boring macam celaka dengan gaya bertahan ala Italy. Namun kemahuan seluruh pemain dan pegawai Arsenal untuk berubah telah menjadikan Arsenal sebuah pasukan dengan gaya bola sepak Belanda perisa Perancis hasil kerjasama Bergkamp dan Wenger.

14. Begitulah ceritanya.

15. Sebenarnya aku nak cakap ada 3 pasukan je yang main bola sepak real. Ada 3 je! Barcelona, Arsenal dan AC Milan.

16. Yang pasukan lain lain semua bangang. Semua main bola sebab nak hapuskan bola sepak yang real ni. Main sepak je bola tak tentu hala dan tak respek pada bola sepak itu sendiri.

17. Pada hari ini, Arsenal di persada Liga Perdana Inggeris. Power nak mampos.


Notakaki: Ketika artikel ini ditulis, Johan Cruyff dan Bergkamp sedang bekerjasama semula di Ajax Amsterdam untuk mencipta sebuah pasukan berteknikal Bergkamp. Arsenal dalam proses untuk menghalang. Pasukan lain apa tau? 
17

Apa Kata Wenger

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, September 03, 2013 , ,

"Hari ini ramai orang bercakap tentang Arsenal terutamanya tentang Ozil yang memilih pasukan yang benar-benar bermain bola. Kami tahu yang bercakap-cakap itu banyaknya dari Manchester United. Sebenarnya mereka tak perlu risau. Saya bawa Ozil ke sini hanya sebagai tukang baca doa. Tanpa dia pun sekarang, kami yakin musim ini Arsenal boleh menang kurang kurang 3 piala. Cuma saya percaya usaha perlu diiringi doa. Dan usaha tanpa doa adalah sombong." - Arsene Wenger
13

Selamat Datang Bola Sepak. Selamat Kembali Arsenal yang Sentiasa Diperhatikan dan Dicemburui.

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Ogos 17, 2013 ,
Hai, saya Pipiyapong. Anda kini berada di laman web Sokernet iaitu permulaan kepada semua 'Sokernet' yang wujud di Malaysia pada hari ini. Selamat datang ke Sokernet!

Malam ini musim kelima Sokernet akan bermula. Ulasan, ramalan, berita, gosip dan luahan bola sepak semasa akan kembali dipaparkan di Sokernet terutamanya Liga Perdana Inggeris diikuti kemudiannya dengan liga liga utama Eropah dan Piala Malaysia. Untuk itu seramai 19 pengulas akan bersama anda dalam melayari musim bola sepak terbaik ARSENAL.

Arsenal akan muncul juara musim ini.

Saya bukanlah bersikap berat sebelah, tapi ini adalah hakikat yang kita semua patut terima. 

Lain pula kalau saya mengatakan Liverpool akan muncul juara. Itu kelihatan seperti menyindir pasukan yang sudah tidak punya apa-apa lagi. Mereka Liverpool hidup dalam lara kesedihan dan berpura-pura gembira mengharungi musim demi musim. Tidak hairanlah jika baru baru ini saya mendapat khabar semua Liverpool berkumpul ketika kejadian hujan meteor untuk memohon hajat yang besar.



NOTAKAKI:  HARI INI 17 OGOS 2013. ULANG TAHUN KE-4 SOKERNET.
33

Pahang 3-2 Johor Darul Takzim FC

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Januari 09, 2013 , ,


Power nak mampos!

1. Saya berada di rumah ketika Pahang melakukan sepak mula menentang sebuah pasukan yang saya kurang arif dengan logo harimau dan beberapa biji bintang pada pakaian mereka yang kelihatan seperti baju celup, sejenis fesyen yang saya kurang gemari.

2. Pasukan yang ditakdirkan bertemu Pahang itu bergelar Johor Darul Takzim FC. Sebelum ini saya tidak pernah dengar nama pasukan ini di dalam saingan liga mahupun piala tempatan. Mereka bermain di Stadium Darul Makmur atau dalam Bahasa Sepanyolnya Santiago Bernabeu, sebuah stadium yang bersejarah dan pernah dilabelkan sebagai stadium tercanggih di Asia Tenggara sekitar awal 70-an. 

3. Saya menganggap mereka Johor yang palsu kerana semua sudah sedia maklum bahawa pasukan Johor sebenar sememangnya masih berada di Liga Perdana iaitu liga yang sedikit rendah prestijnya berbanding Liga Super.

4. Senarai kesebelasan utama pasukan Pahang untuk perlawanan malam tadi tidak begitu mengejutkan apabila menampilkan dua penyerang import iaitu Nikolce Klečkarovski dan Mohamed Borji. Faizol Hussien dan Amirul Hadi pula diberi kepercayaan mengemudi barisan tengah sementara Gopi dan Hafiz Kamal di bangku simpanan. Saya agak hairan Fauzi Roslan bermula sebagai winger.

5. Pahang melakukan kejutan di awal perlawanan apabila penyerang import, Nico dengan sambil lewa menendang bola masuk ke dalam gol. Malangnya gol itu tidak dikira kerana penjaga gol Johor palsu yang berterabur menangkap bola dikasihani pengadil.

6. Separuh masa pertama pasukan berjersi kain celup itu berjaya mendahului perlawanan dengan jaringan 2-0. Saya fikir pertahanan Johor DT yang tidak bermain guna otak dan hanya tahu clear bola bernama Muslim itu telah berjaya mengawal penyerang import Pahang dengan baik. Namun Pahang masih bermain bola sepak yang mantap dan sistematik.

7. Dollah Salleh menelefon saya memberitahu, "jangan bimbang" lalu saya mendapat tangkap sedikit sebanyak strategi bekas bintang Johor sebenar itu. Untuk makluman dia tidak pernah bermain untuk Johor DT.

8. Seperti yang telah dijangka, kedua-dua penyerang import dikeluarkan oleh Dollah Salleh lalu memasukkan Surendran dan Gopi. Fauzi Roslan serta-merta diberi tugasan sebagai penyerang dibantu Alex di belakangnya.

9. Barisan pertahanan Johor DT menjadi hairan. Mereka mula berasa tidak ada kerja kerana tugasan tight marking kepada dua penyerang import Pahang telah tamat. Di hadapan mereka hanya tinggal anak-anak tempatan yang tidak perlu dipandang tinggi. Jadi Muslim berasakan dia cuma perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada clear bola merata-rata apabila bola sampai di kawasan pasukannya.

10. Itulah strategi Dollah Salleh dan salah seorang bekas juri pertandingan Raja Lawak, Zainal Abidin Hassan. Pasukan Pahang mula bermain bola sepak sebenar iaitu sejenis bola sepak power mirip pasukan ter-power di dunia bernama Arsenal.

11. Kurang 5 minit, Fauzi Roslan berjaya mendapatkan gol pertama Pahang. Bola yang dihantar oleh Faizol Hussien sungguh cantik bak sutera dan disambut tenang oleh Fauzi yang melepaskan satu tendangan yang yakin tanpa berambut perang. Ramai bertanya kepada saya, 'adakah kakinya diperbuat daripada rare earth?'

12. Saya mendapati Safiq Rahim mula menjadi gila. Dia lupa bermain bola berpasukan dan berperasaan bahawa tendangan dan hantaran jauh gopohnya bergeliga untuk bahagian serangan.

13. Muslim pula terus-menerus bangang. Dia bertahan dengan cara menendang bola mengikut bangangnya dan bola banyak menuju kaki pemain Pahang yang lalu tenang menyerang kembali melalui lubuk Johor DT iaitu Tuah. Entah dari manalah TMJ mendapat pemain bernama Tuah itu.

14. Di bangku simpanan, Presiden PBNJ menjadi kucar-kacir menyuruh Fandi menukar pemain itu, pemain ini. Fandi Ahmad yang profesional dan berpengalaman menjaringkan gol di Liga Juara Juara Eropah hanya menjeling sinis.

15. Pada minit ke-72, sekali lagi Fauzi Roslan melakukan sepakan lencong yang bersahaja menjadikan kedudukan 2-2. Ia sememangnya gol bertaraf dunia dan jarang-jarang boleh dibeli dengan wang ringgit.

16. Johor DT mula bermain seperti tongong. Hantaran lambung demi hantaran lambung dilakukan dengan penuh harapan. Barisan tengahnya seperti anak ayam buta. Saya pasti seluruh rakyat Malaysia ketawa tidak kering gusi melihat keletah mereka.

17. Akhirnya Pahang tidak gemar lagi bersikap hipokrit. Mereka mendapatkan gol kemenangan hasil jaringan Surendran pada minit ke-83. Seluruh Malaysia meraikan gol itu dengan penuh kepuasan setelah sekian lama bersabar.

18. Perlawanan tamat dengan Pahang sombong mengutip 3 mata penuh dan mengekalkan reputasi mereka sebagai pasukan terbaik pernah wujud di negara ini. Johor DT pulang dengan tangan kosong namun tidak perlu khuatir kerana persembahan mereka malam tadi dibayar tinggi. Jalaluddin Jaafar yang berusia 38 tahun itu pun tidak pernah mengecapi nikmat bayaran sehebat mereka di dalam karier panjangnya.

19. Saya kurang pasti sama ada Safee yang ternama itu ada menyentuh bola atau hanya menunggang ke sana sini di dalam padang. 

20. Saya harap Johor DT dapat belajar sesuatu dari permainan Pahang yang power itu. Walau bagaimanapun saya berpandangan jika penyokong bola sepak masih menyokong kebangangan, ia tidak akan menjadi bola sepak. Lebih-lebih lagi bangang yang datangnya dari Harimau Malaya. 

21. Sekian ulasan saya dan saya sudahi dengan sebaris mutiara kata berbunyi; 'Pemain yang baik datangnya dari bola sepak yang baik, bukan dari tendangan percuma yang cantik semata-mata.'

22. Kenapa Pahang power sangat niiiiii? Kenapa? Kenapaaaa? Kah kah kah!

         

11

Adik Jack Kembali!

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, September 21, 2012 ,


Setelah berehat selama 14 bulan, Adik Jack akhirnya kembali berlatih. Juara semua piala la Arsenal nampaknya musim ini. Tak sabarnyeee, tak sabarnyeee.






Nama: Jack Wilshere
Umur 19 tahun (kini 20)
Hobi: Bermain layang layang
PMR: 5A 2B 1C
Makanan kegemaran: Cekelat udang
Minuman kegemaran: Air koko
Pemain diminati: Azizul Kamaludin
Impian: Menjadi pemain bola sepak terkenal dan membalas jasa kedua orang tua
13

Selangor lawan Pahang

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Ogos 25, 2012 , , , ,


5

Raya yang Sempurna (Liverpool)

Pipiyapong Abdillah Hamzah Ahad, Ogos 19, 2012 , , ,
14

5 Pasokan Terbaik England

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, Mei 14, 2012 , , ,



Setelah selesai 38 perlawanan, maka berakhirlah Liga Perdana Inggeris musim 2011-2012 malam tadi. Tahniah kepada pasukan Manchester City yang bergelar juara di kona last.

Apa? Chelsea? Liverpool? Oh ya, nanti aku semak balik diorang dah main cukup 38 perlawanan ke belum. Takut tak cukup karang, naya la ye dak?
9

Jasamu Dikenang

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, Mei 10, 2012 , , , ,


Sagna yang tenang tidak ketinggalan mahu berparti

44 tahun setia bersama Arsenal dan 16 tahun bersabar dengan Arsene Wenger. Satu kejuaraan berganda bersama Arsenal dan dua kejuaraan berganda bersama Wenger. Dan tak lupa satu trofi Liga Perdana Inggeris istimewa jenis emas! Selamat bersara pakcik Pat! Seronok la duduk rumah main dengan cucu yek?


Pakcik Pat di zaman tegap

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan Pep Guardiola akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pat Rice manakala Alex Ferguson juga tak ketinggalan menyatakan minatnya. Namun yang terbaik tetaplah dari Arsenal maka akhirnya Steve Bould terpilih mengisi kekosongan itu.

27

Anak Sarawak 1-0 Manchester United

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, April 12, 2012 , ,

Anak Sarawak ini sungguh berjasa. Dia seorang saja sudah cukup untuk menghancurkan Manchester United atau setidak-tidaknya melambatkan penentuan. Bayangkan jikalau sebelas orang anak Sarawak bermain menentang Manchester United?

Ada can Arsenal juara ni kalau skor 40 gol.
16

Arsenal 1-0 Man City

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, April 09, 2012 , , ,
31

Dua Jenis Bangang

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Mac 09, 2012 ,
1. Bangang yang berpiala

2. Bangang yang berduit.


Sebenarnya ada lagi satu jenis bangang bernama 'bangang yang gila' atau 'bangang gila'. Tapi malas la gua nak sebut.
34

"Anda mempunyai piala dan kami diperhatikan anda..." - Reaksi Pipistuta

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Mac 07, 2012 ,
Reaksi Pipistuta



tentang persembahan...
Satu dunia telah melihat tahap permainan Arsenal yang tinggi dan sememangnya layak berada di pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah. Satu dunia melihat muka-muka pemain AC Milan yang pucat dengan seawal minit ke-46 mereka sudah berfikir untuk melengah-lengahkan masa. Satu dunia telah melihat Ibrahimovic, Robinho, Van Bommel dan tak lupa Norhafiz Zamani Mesbah yang gagap di dalam padang menghadapi kebangkitan Arsenal. Apa lagi yang saya boleh jelaskan di sini? Anda mempunyai piala dan saya mempunyai pasukan ter-power di dunia.

tentang rasa bangga...
Ya, saya bangga dengan pemain saya. Mereka bukan lagi bermain demi piala. Mereka bermain demi maruah. Apa lagi yang boleh saya jelaskan? Anda mempunyai piala dan kami mempunyai maruah. Mendapatkan piala dengan cara tidak bermaruah bukan kerja Arsenal.

tentang pengadil perlawanan...
Saya tidak begitu gembira dengan pengadil. Kita boleh lihat di awal perlawanan, pengadil memberikan kad kuning yang salah kepada Sagna.

tentang peluang RVP...
Kita semua tahu kakinya diperbuat daripada rare earth. Dia membuat tindakan tepat untuk melambungkan bola namun Abbiati sanggup mengambil risiko radiasi. Jadi kredit untuk penjaga gol mereka kerana pengorbanan itu sangat besar. Saya tidak tahu jika isteri Abbiati sedang hamil.

tentang Oxlade-Chamberlain...
Jika disediakan carta pemain terbaik, Oxlade-Chamberlain akan berada di kedudukan mengatasi seluruh pemain dari pasukan Liverpool. Sebab itu dia berada di dalam padang tadi. Anda sendiri tahu walaupun dia tidak mempunyai piala, namun dia mempunyai kebolehan mendatangkan debar. Bila bola di kakinya pelbagai perkara boleh berlaku. Malangnya dia cedera di separuh masa kedua.

tentang prestasi semasa Arsenal...
Kami menang dengan pasukan-pasukan yang kononnya merasakan diri mereka kuat walhal mereka bukan. Saya gembira pasukan-pasukan itu akhirnya sedar dan malu sendiri. Jadi seterusnya apa yang perlu kami lakukan hanya fokus untuk memenangi lagi 11 perlawanan liga untuk bergelar juara.

tentang adik adik di luar sana...
Hahaha! Suka untuk saya jelaskan, satu perkara yang dicemburui oleh penyokong pasukan lemah seperti Manchester United dan Liverpool adalah kepuasan semua penyokong Arsenal menonton aksi pasukan power mereka di dalam sebuah perlawanan Liga Juara Juara Eropah bertekanan tinggi. Anda mempunyai piala dan kami diperhatikan anda.

Syabas kepada semua penyokong Arsenal yang berdebar! (Dan penyokong pasukan lain yang sebenarnya turut tumpang berdebar!)
16

Arsenal 3-0 AC Milan

Pipiyapong Abdillah Hamzah ,
:)
23

Arsenal lawan AC Milan

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, Mac 06, 2012 ,

Sedangkan kelab yang main bola macam orang gila (Liverpool) pun boleh menang dengan AC Milan, inikan kelab yang paling power, Arsenal. Tapi Arsenal takkan main macam orang gila. Arsenal akan main macam Arsenal.


Lain-lain Perkara:

Ulasan perlawanan Liverpool - Arsenal
1. Main bola memang kena tengok betul-betul, passing baik punya... kemudian pap! Gol. Itu je gua nak cakap.
2. Arsenal memang power.
3. Kaki kiri RVP diperbuat daripada rare earth.
4. Orang gila je sokong Liverpool.

Ulasan mengenai pemecatan AVB
1. Kita semua tau penyokong Chelsea tetap bersama kelab dan pemilik kelab yang pandir dan mereka bersedia untuk jadi pandir selamanya. Tak ada bezanya penyokong Chelsea dengan penyokong Malaysia.
2. Letak la sapa pun jadi pengurus, main tetap boring.
3. Bongok.

Ulasan perlawanan Spur-Man United
1. Manchester United menang nasib.


47

Power

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Februari 15, 2012 ,

Kita orang besok main Champions League. Korunk tak main ke? 
17

Perlawanan Tumpuan Minggu Ini: Juara bertemu Juara

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Februari 04, 2012 ,

Tiada perlawanan yang lebih penting berbanding perlawanan ini!

Ramalan: Arsenal 6-0 Blackburn Rovers
15

Esok

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Januari 21, 2012 , ,


Gua harap semua ahli Arsenal semangat sikit.
6

Thierry Henry

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, Januari 10, 2012 , ,


Ini tak boleh jadi ni. Diorang ni dah gila ni. Patutnya kena 100%! Kah kah kah!
35

Thierry Henry 1-0 Leeds United

Pipiyapong Abdillah Hamzah , ,


Tangkas, sombong, dan power

Pada minit ke-67, disaksikan David Beckham, Thierry Henry masuk sambil memejamkan mata menggantikan Chamakh.

10 minit kemudian, Thierry Henry menyambut umpanan Song secara bersahaja dan mem-placing bola ke kiri penjaga gol sambil memejamkan mata.

Pengadil akhirnya meniupkan wisel penamat sambil King Henry memejamkan mata.

Kah kah kah! Kenapa ko begitu power? Kenapa? Kenapa? Kah kah kah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...