Memaparkan catatan dengan label pahang juara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pahang juara. Papar semua catatan
33

Pahang 3-2 Johor Darul Takzim FC

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Januari 09, 2013 , ,


Power nak mampos!

1. Saya berada di rumah ketika Pahang melakukan sepak mula menentang sebuah pasukan yang saya kurang arif dengan logo harimau dan beberapa biji bintang pada pakaian mereka yang kelihatan seperti baju celup, sejenis fesyen yang saya kurang gemari.

2. Pasukan yang ditakdirkan bertemu Pahang itu bergelar Johor Darul Takzim FC. Sebelum ini saya tidak pernah dengar nama pasukan ini di dalam saingan liga mahupun piala tempatan. Mereka bermain di Stadium Darul Makmur atau dalam Bahasa Sepanyolnya Santiago Bernabeu, sebuah stadium yang bersejarah dan pernah dilabelkan sebagai stadium tercanggih di Asia Tenggara sekitar awal 70-an. 

3. Saya menganggap mereka Johor yang palsu kerana semua sudah sedia maklum bahawa pasukan Johor sebenar sememangnya masih berada di Liga Perdana iaitu liga yang sedikit rendah prestijnya berbanding Liga Super.

4. Senarai kesebelasan utama pasukan Pahang untuk perlawanan malam tadi tidak begitu mengejutkan apabila menampilkan dua penyerang import iaitu Nikolce Klečkarovski dan Mohamed Borji. Faizol Hussien dan Amirul Hadi pula diberi kepercayaan mengemudi barisan tengah sementara Gopi dan Hafiz Kamal di bangku simpanan. Saya agak hairan Fauzi Roslan bermula sebagai winger.

5. Pahang melakukan kejutan di awal perlawanan apabila penyerang import, Nico dengan sambil lewa menendang bola masuk ke dalam gol. Malangnya gol itu tidak dikira kerana penjaga gol Johor palsu yang berterabur menangkap bola dikasihani pengadil.

6. Separuh masa pertama pasukan berjersi kain celup itu berjaya mendahului perlawanan dengan jaringan 2-0. Saya fikir pertahanan Johor DT yang tidak bermain guna otak dan hanya tahu clear bola bernama Muslim itu telah berjaya mengawal penyerang import Pahang dengan baik. Namun Pahang masih bermain bola sepak yang mantap dan sistematik.

7. Dollah Salleh menelefon saya memberitahu, "jangan bimbang" lalu saya mendapat tangkap sedikit sebanyak strategi bekas bintang Johor sebenar itu. Untuk makluman dia tidak pernah bermain untuk Johor DT.

8. Seperti yang telah dijangka, kedua-dua penyerang import dikeluarkan oleh Dollah Salleh lalu memasukkan Surendran dan Gopi. Fauzi Roslan serta-merta diberi tugasan sebagai penyerang dibantu Alex di belakangnya.

9. Barisan pertahanan Johor DT menjadi hairan. Mereka mula berasa tidak ada kerja kerana tugasan tight marking kepada dua penyerang import Pahang telah tamat. Di hadapan mereka hanya tinggal anak-anak tempatan yang tidak perlu dipandang tinggi. Jadi Muslim berasakan dia cuma perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada clear bola merata-rata apabila bola sampai di kawasan pasukannya.

10. Itulah strategi Dollah Salleh dan salah seorang bekas juri pertandingan Raja Lawak, Zainal Abidin Hassan. Pasukan Pahang mula bermain bola sepak sebenar iaitu sejenis bola sepak power mirip pasukan ter-power di dunia bernama Arsenal.

11. Kurang 5 minit, Fauzi Roslan berjaya mendapatkan gol pertama Pahang. Bola yang dihantar oleh Faizol Hussien sungguh cantik bak sutera dan disambut tenang oleh Fauzi yang melepaskan satu tendangan yang yakin tanpa berambut perang. Ramai bertanya kepada saya, 'adakah kakinya diperbuat daripada rare earth?'

12. Saya mendapati Safiq Rahim mula menjadi gila. Dia lupa bermain bola berpasukan dan berperasaan bahawa tendangan dan hantaran jauh gopohnya bergeliga untuk bahagian serangan.

13. Muslim pula terus-menerus bangang. Dia bertahan dengan cara menendang bola mengikut bangangnya dan bola banyak menuju kaki pemain Pahang yang lalu tenang menyerang kembali melalui lubuk Johor DT iaitu Tuah. Entah dari manalah TMJ mendapat pemain bernama Tuah itu.

14. Di bangku simpanan, Presiden PBNJ menjadi kucar-kacir menyuruh Fandi menukar pemain itu, pemain ini. Fandi Ahmad yang profesional dan berpengalaman menjaringkan gol di Liga Juara Juara Eropah hanya menjeling sinis.

15. Pada minit ke-72, sekali lagi Fauzi Roslan melakukan sepakan lencong yang bersahaja menjadikan kedudukan 2-2. Ia sememangnya gol bertaraf dunia dan jarang-jarang boleh dibeli dengan wang ringgit.

16. Johor DT mula bermain seperti tongong. Hantaran lambung demi hantaran lambung dilakukan dengan penuh harapan. Barisan tengahnya seperti anak ayam buta. Saya pasti seluruh rakyat Malaysia ketawa tidak kering gusi melihat keletah mereka.

17. Akhirnya Pahang tidak gemar lagi bersikap hipokrit. Mereka mendapatkan gol kemenangan hasil jaringan Surendran pada minit ke-83. Seluruh Malaysia meraikan gol itu dengan penuh kepuasan setelah sekian lama bersabar.

18. Perlawanan tamat dengan Pahang sombong mengutip 3 mata penuh dan mengekalkan reputasi mereka sebagai pasukan terbaik pernah wujud di negara ini. Johor DT pulang dengan tangan kosong namun tidak perlu khuatir kerana persembahan mereka malam tadi dibayar tinggi. Jalaluddin Jaafar yang berusia 38 tahun itu pun tidak pernah mengecapi nikmat bayaran sehebat mereka di dalam karier panjangnya.

19. Saya kurang pasti sama ada Safee yang ternama itu ada menyentuh bola atau hanya menunggang ke sana sini di dalam padang. 

20. Saya harap Johor DT dapat belajar sesuatu dari permainan Pahang yang power itu. Walau bagaimanapun saya berpandangan jika penyokong bola sepak masih menyokong kebangangan, ia tidak akan menjadi bola sepak. Lebih-lebih lagi bangang yang datangnya dari Harimau Malaya. 

21. Sekian ulasan saya dan saya sudahi dengan sebaris mutiara kata berbunyi; 'Pemain yang baik datangnya dari bola sepak yang baik, bukan dari tendangan percuma yang cantik semata-mata.'

22. Kenapa Pahang power sangat niiiiii? Kenapa? Kenapaaaa? Kah kah kah!

         

13

Selangor lawan Pahang

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Ogos 25, 2012 , , , ,


26

Piala Malaysia 2011

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Oktober 29, 2011 , ,


Piala Malaysia hampir sampai ke penghujungnya malam ini. Debarannya kian terasa bagi penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu. Pasukan manakah yang akan berjaya menempah tempat ke pusingan yang paling power? Kita tunggu wisel penamat di Stadium Shah Alam malam nanti.
29

Pahang 2-1 Selangor

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, Mei 23, 2011 ,
Inilah pasukan yang memiliki kebolehan yang tiada tolok bandingnya walaupun main biasa biasa. Pahang power!




Sementara itu,

Kakakakaka! Yang satu tu menang piala sebijik pun bising. Yang satu lagi tu main kat stadium sendiri pun kena belasah. Kakakaakakaka!


38

Pahang Not Dead

Pipiyapong Abdillah Hamzah Ahad, Mac 13, 2011 ,
1. Kemenangan Pahang terhadap Kelantan semalam menunjukkan Pahang pasukan paling power pepalih di Pantai Timur dan Malaysia. Power!

2. Kelantan sebenarnya tak kuat langsung. Eksen je lebih. Warrior konon... Bangkai Kijang!

3. Misi kami seterusnya menghancurkan Selangor di Shah Alam. Dendam lama perlu dilunaskan. Ramalan: Selangor 0-9 Pahang.

4. Selepas Selangor, kami berjanji akan membaham Terengganu.

5. Haris Adam, kembalilah ke Sokernet. Kami merindui talk to the hand-mu.

6. Pahang Not Dead!

7. Arsenal pun power!



*Gambar dipetik dari FB page Tokgajah.com
24

Pahang Juara

Pipiyapong Abdillah Hamzah Ahad, Februari 27, 2011 ,
Haris Adam,

Aok nih buat malu ke keh je. keh palih geraa oraa ginih. Keh tampor jugek karaa berdamor mulet te. Cube buat perangei molek sikit. Dah team kite memaa tak terer nok buat goner? Buat stail senyak je dah laa.
21

Pahang Juara

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Februari 02, 2011 ,

Lagu pasukan dan penyokong bola negeri Pahang. Dengar lagu je dah champion. Tak ada pasukan Liga Malaysia (dan seluruh dunia) lain yang mampu menumpaskan lagu pasukan kami. Harap maklum.

Lagu dihasilkan oleh The Dirty Dogs. Band power dari Lipis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...