Memaparkan catatan dengan label Arsenal power. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Arsenal power. Papar semua catatan
18

Dari Lidah Kem Arsenal : Laporan Penangguhan dan Menjelang Piala FA

Kita tangguh dulu!
Sebagai pengulas Arsenal di Sokernet, aku menyuarakan secara tegas misi tiga piala Arsenal ditangguhkan sekali lagi agar para peminat bolasepak global boleh memberi fokus kepada kejatuhan Manchester United. Para penyokong pasukan lain yang pastinya sentiasa cemburu dengan kecemerlangan Arsenal mungkin berkata ini sudah dijangka apabila mengakhiri musim di tempat keempat. Mereka silap.

Hakikat sebenar yang disembunyikan ialah Arsenal merupakan pasukan yang akan menang bila mereka mahu sahaja. Yang pastinya bukan musim ini. Oleh itu, tiada alasan untuk para penyokong Arsenal terus berasa sombong.

Antara perkara yang tidaklah penyokong pasukan lain perasan, peranan yang dimainkan Arsenal cukup besar dalam memastikan saingan dipenuhi kecelaruan. Sengaja kalah kepada Chelsea, Liverpool, dan Manchester City dengan jumlah jaringan yang besar membuatkan ketiga-tiga pasukan itu resah dalam meningkatkan jumlah jaringan. Serampang tiga mata begini bukanlah asing kepada Arsenal.

Wartawan Sokernet di England iaitu Piers Morgan melaporkan, ketenangan penyokong Arsenal terpancar jelas apabila boleh bergurau dengan penyokong lain apabila mengetahui penangguhan ini dari Wenger. Semua penyokong Arsenal redha dengan penangguhan tersebut. Bukan macam penyokong Manchester United minggu lepas yang pergi bayar air di kaunter pun macam nak merusuh. Itu menang tu. Kalau kalah entah macam mana. Tak padan dengan tak boleh main Eropah nak buat perangai jakun.

*****

Sabtu ini Arsenal akan menentang pasukan yang bukan calang-calang iaitu Hull City dalam perlawanan akhir Piala FA. Hull City ni mantap tak mantap jersi pun dah macam Harimau Malaya dulu-dulu. Jadi, kau agak sendiri la macam mana pergi dia punya kemantapan tu.

Tewas 0-2 di tempat sendiri dalam saingan liga baru-baru ini, Hull City bakal diberi dua pilihan oleh Arsenal iaitu kalah atau balik. Seperti diketahui ramai, Arsenal ialah pasukan yang dinamik, gemar membuat player lawan nampak bodoh di tengah padang, dan suka menyirapkan darah lawan apabila bermain passing sesama sendiri. Jadi, dengan kriteria-kriteria sebegitu, aku jangkakan Hull City akan pilih untuk kalah. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Guru.

Bas pasukan juara sudah bersedia!

12

Asas Professionalisme Dalam Sokongan Bolasepak : Pembezaan Kapasiti

zaileefd2 Selasa, Februari 04, 2014 , ,

Professional tahap tertinggi.

Situasi 1 : "Hal bola suku, politik suku. Biar la Nuar Muso wat kijo untuk bola tapi kalu politik kawe tak caya lasung", kata seorang lelaki yang sedang menjual pisang goreng di Bandar Kota Bharu dengan penuh bengis.

Situasi 2 : "Pada masa itu, saya mewakili negara saya. Bukan kelab saya. Itu memang perkara yang perlu dibuat demi kemenangan kami", ulas Cristiano Ronaldo semasa ditanyakan wartawan Sokernet berkenaan tindakannya mempengaruhi pengadil lantas menyebabkan Wayne Rooney dibuang pada Piala Dunia 2006.

Situasi 3 : "Dia Presiden PBNJ. Dia Tengku Mahkota. Kutuk Presiden PBNJ bermakna kutuk Tengku Mahkota Johor", kata seorang lelaki berjersi JDT secara tegas. Semangat anak muda.


Ada persamaan dalam situasi 1 dan 2 tetapi berbeza sedikit di situasi 3.

Situasi 1 - Seperti kita tahu, Kelantan ialah negeri yang diperintah Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ini bermakna majoriti penduduk Kelantan ialah penyokong PAS. Tan Sri Annuar Musa ialah pemimpin tertinggi UMNO di Kelantan. UMNO dan PAS ialah musuh dalam politik tanah air. Namun begitu, rakyat Kelantan merangkap penyokong Kelantan tiada masalah untuk menyokong Tan Sri Annuar Musa memajukan bolasepak negeri mereka. Menyokong Annuar Musa dalam bolasepak bukanlah bermakna menyokong karier politik beliau. Mungkin ada yang akan menyanggah dengan mengatakan Annuar Musa dapat menang Parlimen Ketereh sebab bola. Tapi, saya bercakap tentang majoriti. Bukan dalam satu parlimen semata-mata. Ini rumusan yang kolektif dan inklusif. PAS masih kukuh di Kelantan meskipun Annuar Musa dah bawak Kelantan menang treble.

Situasi 2 - Cristiano Ronaldo ialah rakan sepasukan Wayne Rooney yang paling serasi di Manchester United. Sorang assist, sorang score. Sorang dummy, sorang score. Macam telepathy. Power nak mampus. Namun, keadaan berbeza bila kedua-duanya bermain berasingan. Pertemuan Portugal dan England di Piala Dunia 2006 menjadi panas akibat tindakan Cristiano Ronaldo mempengaruhi pengadil sehingga Wayne Rooney dilayangkan kad merah. Mereka rakan sepasukan di Manchester United tapi tidak bila mewakili negara. Ronaldo dikecam hebat. Namun, dengan professionalisme yang dimiliki, beliau mampu memenangi Liga Juara-juara dua tahun kemudian bersama Manchester United. Kerana apa? Kau dah tahu jawapannya.

Situasi 3 - Kritikan demi kritikan menimpa Presiden PBNJ. Sebab musabab 'kepanasan' itu saya tidak mahu ulas. Kita pandang depan. Saya juga memilih untuk tidak menulis Tengku Mahkota Johor sebab saya sedang bercakap tentang bolasepak. Bukan bercakap tentang sistem monarki selatan tanah air. Saya tidak faham sebab apa ramai jadi hilang akal bila ada kritikan ke atas Presiden PBNJ. Kritikan adalah atas kapasiti 'beliau' (aku tahu ramai suruh tulis baginda) sebagai seorang presiden bolasepak negeri. Bukanlah sebagai pemerintah Johor. Dan setiap kritikan ke atas beliau adalah dalam konteks bolasepak. Agak senang seandainya setiap kritikan difahamkan seperti di bawah. Kau pun tak diketawakan nanti bila menulis kata-kata nista atas sebab emosional.

i. Isu askar ke stadium
Ayat - Tengku Mahkota Johor tidak hormat penyokong Kelantan bawa masuk askar ke stadium.
Cara nak faham - Presiden PBNJ tidak hormat penyokong Kelantan bawa masuk askar ke stadium

ii. Isu sasaran JDT
Ayat - Tengku Mahkota Johor mensasarkan 3 piala untuk musim 2014.
Cara nak faham - Presiden PBNJ mensasarkan 3 piala untuk musim 2014

Kekecohan sekarang jadi sampai ada nak buat laporan polis, ajak jumpa nak kelahi, maki-memaki di media sosial, dan banyak lagi sebab RAMAI antara penyokong JDT tidak faham tentang kapasiti kritikan. Kau dah gila ke kita sebagai orang Melayu nak jatuhkan institusi beraja. Saya secara peribadi juga menghormati institusi beraja. Tidak ada pun sebab pun aku nak menentang mereka. Pengulas lain aku tak tahu. Lepas ni diharapkan penyokong JDT lebih profesional menangani kritikan dan mencari arah tuju sokongan. Ini benda basic. Benda paling basic. Tapi terpaksa cakap sebab ramai menyimpang dari budaya bolasepak kepada budaya kenegerian. Cukup-cukuplah.

Aku nak tambah sikit lagi. Buat penyokong JDT, pandai-pandailah membezakan kapasiti kritikan. Saya tidaklah benci dengan JDT, jauh lagi berdendam berkenaan insiden di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Saya profesional. TMJ juga dah belajar dari kesilapan apabila tidak mengulanginya pada kunjungan kedua tahun lepas jadi tidak guna untuk aku terus mengungkit benda sama. Dalam bolasepak, usik-mengusik, kutuk mengutuk, perli-memperli ialah perkara biasa. Itu kemeriahan dalam milieu Liga Malaysia. Kita dinafikan kemeriahan berupa permainan berkualiti, hantaran kemas, dan cubaan mengelirukan. Hanya itu kemeriahan yang ada. Accept it or get ready untuk sakit jubo.

Kesimpulannya, matang-matangkan fikiran. Jangan lebihkan sokongan ke atas negeri melebihi sokongan ke atas bolasepak sehingga menghilangkan roh the beautiful game. Orang pun menyampah. Ahh..panjang pulak. Malas dah aku tulis. Ahir kata, Arsenal power Arsenal power Arsenal power.

p/s : Untuk situasi-situasi dia atas, El Clasico dan skuad kebangsaan Sepanyol juga boleh dijadikan contoh. Kalau kau paham maksud aku, kau power.
19

Sejarah Bola Sepak Sebenar

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, September 30, 2013 , ,


1. Bola sepak moden (Total) adalah sejenis bola sepak yang real. Bola sepak sebenar. Ia berasal dari Belanda iaitu spesifiknya Amsterdam. Orang yang bertanggungjawab memulakannya adalah Rinus Michels dengan bantuan mentee-nya Johan Cruyff. Bola sepak Rinus Michels berjaya menakluk Eropah dengan pelbagai gelaran dan kemuncaknya pada final Piala Dunia 1974.

2. Pada tahun 1985, Cruyff bersara sebagai pemain dan mula menjadi jurulatih. Dia memulakan kerjaya sebagai jurulatih di Ajax Amsterdam. Berdasarkan bola sepak Rinus Michels, Cruyff memulakan bola sepaknya yang tersendiri dengan pemain-pemain seperti Basten dan Rijkaard.

3. Bola sepak Cruyff berjaya menakluk Eropah dengan sekumpulan pemain muda apabila berjaya merangkul European Cup Winner's Cup. 

4. Dalam masa yang sama di Ajax Amsterdam, Cruyff menemui Bergkamp, seorang pemain bola sepak teknikal terbaik dunia sehingga hari ini. Cruyff terus bertindak menjadi mentor Bergkamp selama beberapa tahun sehingga Bergkamp membuat kemunculan profesional pertama pada 1987, iaitu ketika berusia 17 tahun.

5. Selepas kejayaan peringkat Eropah, Cruyff mahukan perubahan di Ajax. Ajax mesti dibangunkan secepat mungkin. Dia mahu Ajax diuruskan secara lebih profesional dengan gaya Amerika. Namun Pengerusi Ajax, Harmsen tidak sependapat dengan Cruyff.

6. Cruyff merajuk membawa diri ke Barcelona dengan harapan dapat membina pasukan impiannya di sana. Di sana dia mencari pengganti Bergkamp dan akhirnya menemui Pep Guardiola.

7. Ketika Total bimbingan Rinus Michels berada di kemuncak, ia menjadi perhatian seorang penjual kasut dari Italy, Arrigo Sacchi. Penjual kasut itu telah jatuh hati dengan bola sepak Rinus Michels yang power. Di negaranya bola sepak dimainkan serupa celaka dengan corak bertahan.

8. Cinta Arrigo Sacchi yang mendalam terhadap bola sepak Belanda telah membawanya ke Amsterdam. Dia mengikut abahnya yang ada hal bisnes ke Belanda. Ketika abahnya menghadiri ekspo kasut, Arrigo Sacchi senyap-senyap ke padang latihan Ajax Amsterdam mengkaji bola sepak Total dan menonton permainan Cruyff dan Neeskens.

9. Dengan ilmu yang dikutip dari padang latihan Ajax, Arrigo Sacchi balik kampung dan mula melatih pasukan kampungnya. Tahun demi tahun bola sepaknya menjadi. Dari pasukan Baracca Lugo dia ke Bellaria, AC Cesena, Rimini, sehingga menjadi jurulatih remaja Fiorentina yang berjaya. Dari Fiorentina dia ke Parma yang ketika itu di Serie C sehingga mampu menewaskan AC Milan. Pengerusi AC Milan, Berlusconi menjadi kagum lalu membawa Arrigo Sacchi ke AC Milan.

10. Selepas Cruyff meninggalkan Ajax (dan berjaya di Barcelona), Bergkamp dan rakan-rakannya masih meneruskan bola sepak Cruyff dipimpin oleh Louis Van Gaal. Sebenarnya bukan Cruyff saja yang meninggalkan Ajax. Van Basten dan Rijkaard turut pergi dibeli oleh penjual kasut, Arrigo Sacchi yang mahu sentuhan Belanda dalam bola sepak ciptaannya yang juga dari Belanda.

11. Celaka apa aku cerita panjang-panjang ni? Aku kena pendekkan ni.

12. Tak lama kemudian Inter Milan beli Bergkamp dan Wim Jonk untuk ubah bola sepak Inter Milan supaya menjadi seperti bola sepak AC Milan. Inter Milan gagal apabila jurulatih mereka degil nak main stail parking bas macam Chelsea yang sekarang juga.

13. Kegagalan membawa perubahan itu menyebabkan Bergkamp membawa diri ke England. Dia masuk Arsenal, sebuah pasukan yang main boring macam celaka dengan gaya bertahan ala Italy. Namun kemahuan seluruh pemain dan pegawai Arsenal untuk berubah telah menjadikan Arsenal sebuah pasukan dengan gaya bola sepak Belanda perisa Perancis hasil kerjasama Bergkamp dan Wenger.

14. Begitulah ceritanya.

15. Sebenarnya aku nak cakap ada 3 pasukan je yang main bola sepak real. Ada 3 je! Barcelona, Arsenal dan AC Milan.

16. Yang pasukan lain lain semua bangang. Semua main bola sebab nak hapuskan bola sepak yang real ni. Main sepak je bola tak tentu hala dan tak respek pada bola sepak itu sendiri.

17. Pada hari ini, Arsenal di persada Liga Perdana Inggeris. Power nak mampos.


Notakaki: Ketika artikel ini ditulis, Johan Cruyff dan Bergkamp sedang bekerjasama semula di Ajax Amsterdam untuk mencipta sebuah pasukan berteknikal Bergkamp. Arsenal dalam proses untuk menghalang. Pasukan lain apa tau? 
17

Apa Kata Wenger

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, September 03, 2013 , ,

"Hari ini ramai orang bercakap tentang Arsenal terutamanya tentang Ozil yang memilih pasukan yang benar-benar bermain bola. Kami tahu yang bercakap-cakap itu banyaknya dari Manchester United. Sebenarnya mereka tak perlu risau. Saya bawa Ozil ke sini hanya sebagai tukang baca doa. Tanpa dia pun sekarang, kami yakin musim ini Arsenal boleh menang kurang kurang 3 piala. Cuma saya percaya usaha perlu diiringi doa. Dan usaha tanpa doa adalah sombong." - Arsene Wenger
2

Sekali Ayam Selamanya Ayam : Arsenal 1 - Tottenham 0

Gaya mutu keunggulan


INTRO

Kelmarin, dua derby termahsyur di England iaitu North London Derby (Arsenal vs Tottenham Hotspur) dan North West Derby (Liverpool vs Manchester United) melakar dua keputusan yang sama di mana kemenangan berpihak pada tuan rumah dengan kelebihan satu jaringan sahaja.
Ketika artikel ini ditulis para penyokong Tottenham dilihat natural sebagai tanda akur penuh pasrah dengan kehebatan Arsenal manakala situasi berbeza melanda kem Manchester United. Penyokong-penyokong mereka langsung tidak merahsiakan perasaan sedih, hiba, pilu, dan sendu di hati masing-masing. Cercaan, hinaan, dan kata-kata kesat berbaur makian ke atas David Moyes dilampiaskan terang-terangan di media sosial. Mereka seperti tidak percaya pasukan yang selama ini mereka anggap bangang, timid, tidak kompeten, dan berkelakuan luar tabii menewaskan mereka dengan jaringan di minit ke-3. Tabahlah. OK ini bukan ulasan Manchester United tetapi Arsenal. Giliran Manchester United akan tiba juga tidak lama lagi. Kita terus ke acara utama.

ULASAN

Perlawanan kali ini menyaksikan Arsenal menurunkan bekas pemain mereka yang juga berpengalaman bermain di Liga Itali bersama AC Milan, Flamini. Begitu juga dengan Tottenham yang menurunkan Lamela dari AS Roma. Ketika ulasan ini ditulis, Gareth Bale selamat diijabkabulkan untuk bersama Real Madrid dan itu menjawab persoalan ketiadaan beliau dalam perlawanan ini. Pengadil kali ini ialah Michael Oliver yang menonjol dengan pesen rambut petak serupa askar.

Bermula seawal wisel mula ditiup, Arsene Wenger telah merancang bersama anak buahnya untuk memainkan perasaan pemain Tottenham. Setiap hantaran dan cubaan yang dilakukan pemain Arsenal dilihat tidak mengenai sasaran. Ramsey pass dapat kat Soldado, Rosicky buat hantaran lintang dapat kat Paulinho, dan banyak lagi helah dibuat bagi memastikan pemain Tottenham mendapat keyakinan palsu. Gibbs terkernyih-kernyih menahan ketawa melihat betapa gembiranya pemain Tottenham mampu membuat interception ke atas hantaran palsu darinyanya.

Arsenal bukan sahaja membiarkan Tottenham mengawal permainan dan, membiarkan Tottenham mengasak sehingga ke kotak penalti , malah Arsenal tidak jujur ketika mempertahankan gawang dari dibolosi apabila mencabar dengan sambil lewa sahaja. Liar Arsenal, liar!

Atas sentimen kecintaan pada kapasiti perlawanan yang dianggap derby dan ditonton jutaan peminat, Arsenal tidak terus membiarkan Tottenham menurunkan tahap perlawanan itu ke tahap perlawanan Liga Super. Pada minit ke-20, Arsenal mula merencana gerakan mudah, ringkas, dan senang tetapi penuh dengan seni tiada tara. Giroud tanpa berlengah-lengah bersama dua lagi rakan sepasukan mengatur gerakan dengan bergerak ke kotak penalti bersama-sama.

Pap, pap, pap, GOLLLLL..!!! Ini gol pertama yang Tottenham bolos musim ini.
Giroud menjaringkan gol menewaskan Lloris yang terkontang kanting di penjuru gol mencari arah pada minit ke-22. Bola dari Rosicky kepada Theo Wallcott di sebelah kanan padang dihantar ke dalam kotak penalti dikuis Oliver Giroud dengan hujung tumit kiri. Pada hemat saya Giroud berbuat demikian bagi menunjukkan untuk menewaskan rakan senegaranya iaitu Lloris, tidaklah perlu menggunakan kemahiran secara total tetapi cukuplah dengan penuh kekok, susah payah, dan usaha yang tidak seberapa. 4 minit kemudian Walcott mendapat peluang kedua tetapi saya kira dia hanya mengacah. Bukankah bergurau itu satu kemesraan?
Sedar dari kealpaan, Tottenham mengatur gerakan untuk menyerang balas. Baki 23 minit perlawanan separuh masa pertama digunakan sehabis baik. Namun, peribahasa "ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya" terlintas di bahagian akademik otak saya apabila Tottenham mempersia-siakan semua peluang yang ada. Depan kotak pun tersasar jauh. Macam mana la sepak bola diorang ni. Hasilnya, mereka menamatkan separuh masa pertama dengan 2 cubaan dan 57% penguasaan bola sahaja tanpa jaringan balas.

Pada separuh masa kedua Andre Villa Boas tak sedar-sedar diri tetap berkeras dengan meneruskan strategi sama. Tidak mengapa, bagaimana lagi ayam mahu mencari makan kalau bukan dengan menguis. Cara sama jugaklah dia tahu. Serangan demi serangan, pertukaran demi pertukaran, dan hantaran demi hantaran dibuat namun masih gagal memecahkan benteng ampuh milik Arsenal. Jermaine Defoe masuk sebagai pemain gantian tidak berfungsi dan menerima satu kad kuning supaya kamera fokus kepadanya. Perlu maklum populariti sangat penting buat pemain antarabangsa England

Debaran sebenar hanyalah pada tempoh 10 minit terakhir, Tottenham mendapat peluang yang sangat banyak apabila setiap bola yang tertampan singgah di kaki pemain mereka di sekitar kotak penalti. Rembatan kencang, sepakan padu, dan tandukan membabi buta masih gagal menandingi benteng pertahan Arsenal yang kental di semua kedudukan terutama di bahagian yang dijaga Koscielny. Keadaan itu berterusan sebegitu sehinggalah ke wisel penamat.

Minit ke-95, ARSENAL MENANG NORTH LONDON DERBY!!
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN : 1-0
13

Selamat Datang Bola Sepak. Selamat Kembali Arsenal yang Sentiasa Diperhatikan dan Dicemburui.

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Ogos 17, 2013 ,
Hai, saya Pipiyapong. Anda kini berada di laman web Sokernet iaitu permulaan kepada semua 'Sokernet' yang wujud di Malaysia pada hari ini. Selamat datang ke Sokernet!

Malam ini musim kelima Sokernet akan bermula. Ulasan, ramalan, berita, gosip dan luahan bola sepak semasa akan kembali dipaparkan di Sokernet terutamanya Liga Perdana Inggeris diikuti kemudiannya dengan liga liga utama Eropah dan Piala Malaysia. Untuk itu seramai 19 pengulas akan bersama anda dalam melayari musim bola sepak terbaik ARSENAL.

Arsenal akan muncul juara musim ini.

Saya bukanlah bersikap berat sebelah, tapi ini adalah hakikat yang kita semua patut terima. 

Lain pula kalau saya mengatakan Liverpool akan muncul juara. Itu kelihatan seperti menyindir pasukan yang sudah tidak punya apa-apa lagi. Mereka Liverpool hidup dalam lara kesedihan dan berpura-pura gembira mengharungi musim demi musim. Tidak hairanlah jika baru baru ini saya mendapat khabar semua Liverpool berkumpul ketika kejadian hujan meteor untuk memohon hajat yang besar.



NOTAKAKI:  HARI INI 17 OGOS 2013. ULANG TAHUN KE-4 SOKERNET.
8

EPL AKU DATANG DAN ARSENAL POWER

SEKILAS PANDANG MUSIM 2012/2013




Hari terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2012/2013 menyaksikan Manchester United kekal angkuh dengan kejuaraanya yang ke-20. Arsenal masih layak ke Liga Juara-juara Eropah (UCL) seperti musim-musim lepas setelah menempatkan diri mereka di tangga keempat. Chelsea tamat di tangga ketiga di bawah kendalian Rafa Benitez yang menggantikan Di Matteo angkara kegagalannya di peringkat kumpulan kejohanan UCL. Manchester City gagal menghambat kemaraan Manchester United dan hanya menamatkan saingan di tangga kedua. Pasukan lain seperti Fulham, Aston Villa, Reading, dan lain-lain kekal menjadi rencah kehebatan liga mat saleh ni. Ada pasukan yang dirogol. Ada pasukan yang merogol balik. Liverpool pula kekal bangang. Indah kan? Kerana semua itulah kita semua merindui bola sepak Inggeris yang sudah dua bulan berehat.


Antara isu yang menjadi tumpuan musim lepas ialah:


1 - Manchester United juara kali ke-20.

2 - Pak Alex pencen (baca ini peluang Arsenal)
3 - Gareth Bale
4 - Gigitan cinta Suarez
5 - Chelsea gagal UCL tapi menang Liga Europa.

Tutup kitab lama dan buka kitab baru. Arsenal nak menang ni.



SEKILAS JENGUK MUSIM 2013/2014





Secara peribadi, tempoh pra musim yang perlu digunakan untuk merejek dan membeli pemain nampaknya tidak digunakan secara gila babi oleh kelab-kelab bola sepak di England. Hanya berlaku sedikit perubahan dalam kalangan skuad kelab. Yang banyak berlaku hanyalah desas-desus, khabar angin, dan mengaitkan pemain itu ini. Kelab tu cakap nak jual pemain ni la, berminat nak beli pemain ni la, tak perlukan khidmat pemain ni la, nak luaskan karier la, dan bermacam-macam jadah lagi. Akhirnya hampas jugak yang ditinggal. Awal musim lepas aku ingat lagi Pak Alex cakap takde niat pun nak Robin Van Persie. Mati-mati orang tua tu menidakkan pertanyaan wartawan. Last-last jadi top scorer kat Old Trafford. Cilake. Orang putih memang terkenal dengan drama. Skrip yang sama diubah suai mengikut kesesuaian zaman. Nasib baik aku power dah boleh nampak benda ni. Namun, unsur komersial macam ni patut orang kita contohi demi kemeriahan liga walaupun agak menyampah untuk ditatap.


GAMBARAN AWAL SECARA KASAR


Chelsea akan buat lebih baik berbanding musim lepas dengan kehadiran pengurus baru. Pemain lama seperti Lampard, Ashley Cole, dan John Terry memudahkan tugas Jose Mourinho. Kemasukan Lukaku mungkinkah akan menambahkan luka lawan?


Arsenal tidak lagi runsing dengan bayangan penculik budak dan dapat mengekalkan skuad sedia ada. Budak-budak pun dah besar sikit. Tiada perpindahan besar. Tenang je.


Manchester United dapat pengurus baru, David Moyes. Ramai mengharapkan Moyes membawa United menyembah bumi. Menang Community Shield dilihat sebagai langkah kanan. Itu lawan Wigan. Wigan? Ye Wigan. OK. Selamba aku cakap kegagalan Moyes mendapatkan Fabregas ketika artikel ini ditulis menandakan ego Arsenal dah mengatasi ego mereka.


Manchester City menjadi satu-satunya kelab yang lebih rancak sedikit membuat perpindahan pemain walaupun penyertaan empat pemain baru bukanlah boleh dipertimbangkan sebagai pemain berkelas dunia.


Tottenham masih berkira-kira nak lepaskan Gareth Bale. Kalau lepas, jahanam. Kalau tak lepas pun main Liga Europa aje la Bale. Tiada nama besar masuk.


Cardiff, Crystal Palace, dan Hull City naik liga. Bertabahlah di liga perdana ni.


Everton, Fulham, Newcastle, Norwich City, Stoke, West Brom, West Ham, dan Southampton akan merancakkan saingan liga. Pasukan-pasukan ini biasanya yang merencatkan kemaraan pasukan-pasukan pilihan. Siapa sangka West Brom bakal menerajang Manchester United sebanyak 7 jaringan nanti.


Liverpool terus memikirkan hiburan lain. Perkauman dah. Gigit dah. Bawak jengkaut sodok perut lawan je belum. Harap ada kali ni. Paling kurang pun seumpamanya la.


Prediksen penuh bias dan berat sebelah top 4 EPL 2013/2014


1) Arsenal

2) Manchester City
3) Chelsea
4) Liverpool


PASUKAN TUMPUAN MUSIM DEPAN : ARSENAL





Masa sembang hari tu, Wenger ada bagitahu aku yang dia nak bawak masuk nama-nama besar. Aku pun cakap la sikit kat dia. "Wen, buat apa ko nak bawak masuk pemain yang power semusim je. Tak payah beli player mahal-mahal. Real Madrid tu gila. Jangan nak buat gila sekali Wen". Aku menambah, "kau ingat balik Wen. Arsenal ni orang kenal sebab taktikal dia penuh seni, pemain dia ada kaliber, karisma kau tu buat orang dengar cakap". Dia angguk tanda setuju. Lepas tu kami sambung sembang pasal cerut Cuba harga RM 650k tu. Ok itu cerita lain. Kita sambung pasal bola.


Koscielny sangat mantap di posisi pertahanan hujung-hujung musim hari tu. Ada tanda tanya di posisi penjaga gawang tapi usah risau. Szczesny (macam mana la Wenger sebut nama dia) dilihat mampu bertindak sebagai tembok penghalang dari sepakan-sepakan lemah pemain Liverpool ataupun tandukan penuh syirik dari penyerang syaitan merah. Menilai dari perbualan aku dengan Wenger tempoh hari, jauh di sudut hati, dia teringin mencari pengganti Robin. Giroud mungkin berkeupayaan tetapi aku nampak dia belum cukup tajam. Wilshere dengan Cazorla pun belum benar-benar berbisa untuk menjadi mimpi ngeri penjaga gol lawan. Tapi secara peribadi, perubahan demi perubahan dalam kelab lain yang berlaku sekarang, itu dah cukup sebenarnya.


Benda-benda ni semua aku tak nak ulas sangat la. Lawan City dua tiga hari lepas pun dah gila babi dia punya power. Ramsey, Walcott, Sagna, dan yang lain dah cukup untuk menjadikan tugas menyontot, menapak, menerajang, dan menyiku lawan sebagai satu tugas mudah.


Tentang perpindahan pemain, aku nak sentuh isu Higuain. Bukan dia tak nak masuk Arsenal tapi aku yang tak bagi sebenarnya. Kelab power hanya untuk pemain power. Bukan yang macam dia. Elok la dia pergi jahanam dengan Napoli. Suarez ni pulak kalau tak paksa Liverpool jual dia, rasanya Arsenal takkan letak 50 juta. Tak nak takpe. Tiada apa perlu diresahkan. Arsenal kali ini mungkin akan banyak bergantung pada Diaby. Melihat kepada perkembangan semasa, kemungkinan besar Arsenal yang bangang musim-musim sebelum ini akan menunjukkan kebangkitan sebab kelab lain dah menunjukkan kebangangan masing-masing. Lain kelab lain bangangnya. Bangang Liverpool sudah tersurat, bangang Chelsea bila sembang pasal pengurus, dan bangang Manchester United akan kita tengok musim depan. Bangang City bila kalah dengan Wigan. Jelas.


Kesimpulannya, corak permainan yang lebih berseni, jaringan yang lebih menarik, hantaran yang sentiasa mengelirukan lawan, dan banyak lagi bakal dipersembahkan sepanjang musim depan oleh Arsenal. Itu sahaja kali ini secara ringkas.


COME ON YOU GUNNERS!
2

ARSENAL 3 - MANCHESTER CITY 1 : PRA MUSIM EPL

zaileefd2 Ahad, Ogos 11, 2013 , ,

Ketika artikel ini ditulis, pasukan setempat Manchester City iaitu Manchester United sedang berhempas pulas berjuang menentang Wigan. Seingat saya, Wigan inilah yang meleburkan hasrat Manchester City menjulang Piala FA baru-baru ini. Mungkinkah Manchester United akan menewaskan Wigan atas ego orang Manchester? Jika berjaya, ini ialah piala pertama untuk Manchester United di bawah kendalian Moyes. Untuk soal ini, saya serahkan pada Dany Armando untuk membuat ulasan lanjut.


**********


Sudah hampir 24 jam berlalu setelah Arsenal menewaskan Manchester City dengan bergaya. Namun saya tidak nampak pun kutu yang sembang pasal ni sebab semua sibuk dengan 'kejayaan' Malaysia XI kalah kepada Barcelona.


Atas rasa cinta yang dalam pada sukan bola sepak, saya tetap memberikan laporan. Arsenal seperti biasa bermain cantik, mudah mencipta peluang, dan tidak sukar menjaringkan gol. Pak Cik Wenger kekal dengan ART yang sudah lama dipraktikkan. Senang je. Tak perlu panjang-panjang sebenarnya mengulas soal kepoweran ni.


Satu perkara yang menjadi perhatian dari perlawanan ini ialah urban legend tentang jaringan Ramsey. Selepas Osama bin Laden, Muammar Gadafi, Steve Jobs, Michael Jackson, dan Whitney Houston, ramai yang mengaitkannya dengan Justin Bieber. Di Malaysia, tidak kurang juga yang berharap Messi menjadi mangsa kali ini. Geram barangkali kena tipu.


Kesimpulannya, kejayaan Arsenal membenam Manchester City ini sedikit sebanyak mempertahankan kewajaran Arsenal berada di puncak liga setiap kali tiba tempoh liga berehat. Bukan sebab aksara 'A' semata-mata.


FULL TIME RESULT : Budak 3 - Penculik budak 1


11

Adik Jack Kembali!

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, September 21, 2012 ,


Setelah berehat selama 14 bulan, Adik Jack akhirnya kembali berlatih. Juara semua piala la Arsenal nampaknya musim ini. Tak sabarnyeee, tak sabarnyeee.






Nama: Jack Wilshere
Umur 19 tahun (kini 20)
Hobi: Bermain layang layang
PMR: 5A 2B 1C
Makanan kegemaran: Cekelat udang
Minuman kegemaran: Air koko
Pemain diminati: Azizul Kamaludin
Impian: Menjadi pemain bola sepak terkenal dan membalas jasa kedua orang tua
14

5 Pasokan Terbaik England

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, Mei 14, 2012 , , ,



Setelah selesai 38 perlawanan, maka berakhirlah Liga Perdana Inggeris musim 2011-2012 malam tadi. Tahniah kepada pasukan Manchester City yang bergelar juara di kona last.

Apa? Chelsea? Liverpool? Oh ya, nanti aku semak balik diorang dah main cukup 38 perlawanan ke belum. Takut tak cukup karang, naya la ye dak?
9

Jasamu Dikenang

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, Mei 10, 2012 , , , ,


Sagna yang tenang tidak ketinggalan mahu berparti

44 tahun setia bersama Arsenal dan 16 tahun bersabar dengan Arsene Wenger. Satu kejuaraan berganda bersama Arsenal dan dua kejuaraan berganda bersama Wenger. Dan tak lupa satu trofi Liga Perdana Inggeris istimewa jenis emas! Selamat bersara pakcik Pat! Seronok la duduk rumah main dengan cucu yek?


Pakcik Pat di zaman tegap

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan Pep Guardiola akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pat Rice manakala Alex Ferguson juga tak ketinggalan menyatakan minatnya. Namun yang terbaik tetaplah dari Arsenal maka akhirnya Steve Bould terpilih mengisi kekosongan itu.

27

Anak Sarawak 1-0 Manchester United

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, April 12, 2012 , ,

Anak Sarawak ini sungguh berjasa. Dia seorang saja sudah cukup untuk menghancurkan Manchester United atau setidak-tidaknya melambatkan penentuan. Bayangkan jikalau sebelas orang anak Sarawak bermain menentang Manchester United?

Ada can Arsenal juara ni kalau skor 40 gol.
16

Arsenal 1-0 Man City

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, April 09, 2012 , , ,
31

Dua Jenis Bangang

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Mac 09, 2012 ,
1. Bangang yang berpiala

2. Bangang yang berduit.


Sebenarnya ada lagi satu jenis bangang bernama 'bangang yang gila' atau 'bangang gila'. Tapi malas la gua nak sebut.
34

"Anda mempunyai piala dan kami diperhatikan anda..." - Reaksi Pipistuta

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Mac 07, 2012 ,
Reaksi Pipistuta



tentang persembahan...
Satu dunia telah melihat tahap permainan Arsenal yang tinggi dan sememangnya layak berada di pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah. Satu dunia melihat muka-muka pemain AC Milan yang pucat dengan seawal minit ke-46 mereka sudah berfikir untuk melengah-lengahkan masa. Satu dunia telah melihat Ibrahimovic, Robinho, Van Bommel dan tak lupa Norhafiz Zamani Mesbah yang gagap di dalam padang menghadapi kebangkitan Arsenal. Apa lagi yang saya boleh jelaskan di sini? Anda mempunyai piala dan saya mempunyai pasukan ter-power di dunia.

tentang rasa bangga...
Ya, saya bangga dengan pemain saya. Mereka bukan lagi bermain demi piala. Mereka bermain demi maruah. Apa lagi yang boleh saya jelaskan? Anda mempunyai piala dan kami mempunyai maruah. Mendapatkan piala dengan cara tidak bermaruah bukan kerja Arsenal.

tentang pengadil perlawanan...
Saya tidak begitu gembira dengan pengadil. Kita boleh lihat di awal perlawanan, pengadil memberikan kad kuning yang salah kepada Sagna.

tentang peluang RVP...
Kita semua tahu kakinya diperbuat daripada rare earth. Dia membuat tindakan tepat untuk melambungkan bola namun Abbiati sanggup mengambil risiko radiasi. Jadi kredit untuk penjaga gol mereka kerana pengorbanan itu sangat besar. Saya tidak tahu jika isteri Abbiati sedang hamil.

tentang Oxlade-Chamberlain...
Jika disediakan carta pemain terbaik, Oxlade-Chamberlain akan berada di kedudukan mengatasi seluruh pemain dari pasukan Liverpool. Sebab itu dia berada di dalam padang tadi. Anda sendiri tahu walaupun dia tidak mempunyai piala, namun dia mempunyai kebolehan mendatangkan debar. Bila bola di kakinya pelbagai perkara boleh berlaku. Malangnya dia cedera di separuh masa kedua.

tentang prestasi semasa Arsenal...
Kami menang dengan pasukan-pasukan yang kononnya merasakan diri mereka kuat walhal mereka bukan. Saya gembira pasukan-pasukan itu akhirnya sedar dan malu sendiri. Jadi seterusnya apa yang perlu kami lakukan hanya fokus untuk memenangi lagi 11 perlawanan liga untuk bergelar juara.

tentang adik adik di luar sana...
Hahaha! Suka untuk saya jelaskan, satu perkara yang dicemburui oleh penyokong pasukan lemah seperti Manchester United dan Liverpool adalah kepuasan semua penyokong Arsenal menonton aksi pasukan power mereka di dalam sebuah perlawanan Liga Juara Juara Eropah bertekanan tinggi. Anda mempunyai piala dan kami diperhatikan anda.

Syabas kepada semua penyokong Arsenal yang berdebar! (Dan penyokong pasukan lain yang sebenarnya turut tumpang berdebar!)
16

Arsenal 3-0 AC Milan

Pipiyapong Abdillah Hamzah ,
:)
23

Arsenal lawan AC Milan

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, Mac 06, 2012 ,

Sedangkan kelab yang main bola macam orang gila (Liverpool) pun boleh menang dengan AC Milan, inikan kelab yang paling power, Arsenal. Tapi Arsenal takkan main macam orang gila. Arsenal akan main macam Arsenal.


Lain-lain Perkara:

Ulasan perlawanan Liverpool - Arsenal
1. Main bola memang kena tengok betul-betul, passing baik punya... kemudian pap! Gol. Itu je gua nak cakap.
2. Arsenal memang power.
3. Kaki kiri RVP diperbuat daripada rare earth.
4. Orang gila je sokong Liverpool.

Ulasan mengenai pemecatan AVB
1. Kita semua tau penyokong Chelsea tetap bersama kelab dan pemilik kelab yang pandir dan mereka bersedia untuk jadi pandir selamanya. Tak ada bezanya penyokong Chelsea dengan penyokong Malaysia.
2. Letak la sapa pun jadi pengurus, main tetap boring.
3. Bongok.

Ulasan perlawanan Spur-Man United
1. Manchester United menang nasib.


47

Power

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Februari 15, 2012 ,

Kita orang besok main Champions League. Korunk tak main ke? 
17

Perlawanan Tumpuan Minggu Ini: Juara bertemu Juara

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Februari 04, 2012 ,

Tiada perlawanan yang lebih penting berbanding perlawanan ini!

Ramalan: Arsenal 6-0 Blackburn Rovers
15

Esok

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Januari 21, 2012 , ,


Gua harap semua ahli Arsenal semangat sikit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...