ANDA SEDANG MEMBACA

35

"Anda mempunyai piala dan kami diperhatikan anda..." - Reaksi Pipistuta

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Mac 07, 2012 ,
Reaksi Pipistuta



tentang persembahan...
Satu dunia telah melihat tahap permainan Arsenal yang tinggi dan sememangnya layak berada di pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah. Satu dunia melihat muka-muka pemain AC Milan yang pucat dengan seawal minit ke-46 mereka sudah berfikir untuk melengah-lengahkan masa. Satu dunia telah melihat Ibrahimovic, Robinho, Van Bommel dan tak lupa Norhafiz Zamani Mesbah yang gagap di dalam padang menghadapi kebangkitan Arsenal. Apa lagi yang saya boleh jelaskan di sini? Anda mempunyai piala dan saya mempunyai pasukan ter-power di dunia.

tentang rasa bangga...
Ya, saya bangga dengan pemain saya. Mereka bukan lagi bermain demi piala. Mereka bermain demi maruah. Apa lagi yang boleh saya jelaskan? Anda mempunyai piala dan kami mempunyai maruah. Mendapatkan piala dengan cara tidak bermaruah bukan kerja Arsenal.

tentang pengadil perlawanan...
Saya tidak begitu gembira dengan pengadil. Kita boleh lihat di awal perlawanan, pengadil memberikan kad kuning yang salah kepada Sagna.

tentang peluang RVP...
Kita semua tahu kakinya diperbuat daripada rare earth. Dia membuat tindakan tepat untuk melambungkan bola namun Abbiati sanggup mengambil risiko radiasi. Jadi kredit untuk penjaga gol mereka kerana pengorbanan itu sangat besar. Saya tidak tahu jika isteri Abbiati sedang hamil.

tentang Oxlade-Chamberlain...
Jika disediakan carta pemain terbaik, Oxlade-Chamberlain akan berada di kedudukan mengatasi seluruh pemain dari pasukan Liverpool. Sebab itu dia berada di dalam padang tadi. Anda sendiri tahu walaupun dia tidak mempunyai piala, namun dia mempunyai kebolehan mendatangkan debar. Bila bola di kakinya pelbagai perkara boleh berlaku. Malangnya dia cedera di separuh masa kedua.

tentang prestasi semasa Arsenal...
Kami menang dengan pasukan-pasukan yang kononnya merasakan diri mereka kuat walhal mereka bukan. Saya gembira pasukan-pasukan itu akhirnya sedar dan malu sendiri. Jadi seterusnya apa yang perlu kami lakukan hanya fokus untuk memenangi lagi 11 perlawanan liga untuk bergelar juara.

tentang adik adik di luar sana...
Hahaha! Suka untuk saya jelaskan, satu perkara yang dicemburui oleh penyokong pasukan lemah seperti Manchester United dan Liverpool adalah kepuasan semua penyokong Arsenal menonton aksi pasukan power mereka di dalam sebuah perlawanan Liga Juara Juara Eropah bertekanan tinggi. Anda mempunyai piala dan kami diperhatikan anda.

Syabas kepada semua penyokong Arsenal yang berdebar! (Dan penyokong pasukan lain yang sebenarnya turut tumpang berdebar!)

35 Ulasan:

Jeffry berkata...

rasanya gua fes nih

Firdaus Putra berkata...

pfffttttt....

Khuzrin Kamarudin berkata...

Nampaknya berlaku peperangan lagi.. Kah kah kah.

Lucius Maximus berkata...

Amboi dah bangun tido rupanya

Berbo berkata...

push macam orang gila first half, second half dah pancut

Fahmi Ismail berkata...

Sejak bila hang jadi jurucakap media bagi pihak Arsenal ni Pipi? Kahkahkah

hantuLongkang berkata...

tentang maruah arsenal...
mengenepikan maruah dalam memenangi perlawanan dengan mengambil sepakan percuma ketika goalie sedang memeluk tiang, itu salah satu contoh kecelakaan apa pula?

tentang raja arsenal...
raja anda kembali dengan memberi 1 kemegahan..dan berangkat pergi membawa 4 kehinaan..3 kebangkitan tersebut diharap dapat menenangkan nafsu beliau ketika subuh..

//hahah..this entry is simply brilliant by the way...

Anonymous berkata...

entri untuk sedapkan hati

AimYou berkata...

once looser, forever looser!

Raizzèn berkata...

Pasukan lemah who wipe the floor with your ass not once but TWICE. Pfft. Deluded Arsenal fans. Biasa ah.

It was a great result, yes. But typical Arsenal fans. Reading too much into things.

LS berkata...

pipi, tukar jela kelab.

Pet Shop Boys berkata...

Pipi ni hensem sebenarnya...camne boleh tersupport Arsenal entah

ijan de bunks berkata...

macam ni baru arsenal.

yang lain memekak ni jeles kah3

Sandokhan berkata...

Power ulasan ni.

GGMU berkata...

8-2.

yours truly berkata...

terus nk melatah aku bc ulasan pipi ni..pipi oh pipi

yours truly berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
f.islahi berkata...

arsenal ada maruah lagi ke?igtkan dah kne rogol dgn manutd 8-2.ada hati cerita pasal maruah haha patut lah tk penah menang UCL hehe

adijaya berkata...

demn.. artikel terbaik dari abg pipi dah keluar.

tak sabar nak komen.

aku rasa keli pun komen guna ID lain.

takkan baca je kut abg keli?

hihi.

Miss Reader berkata...

Ulasan panjang dan berisi lagi berilmiah.Haha

Dengan rujukan-rujukan power lagi makan dalam, khas bagi mengubati kepedihan luka dalam..ye tak?

Oxlade tu memang power and can be further polished to the next level.I wonder if his name actually exists in periodic table of chemical elements. Memang the chemical brothers.

saiful aizat berkata...

damn aku rasa bersalah dekat keli sbb ingatkan dia pasal tu.. sorry keli.. ):

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Dah lama sangat tak baca entry pipi panjang camni. Seronok sangat le tu menang 3-0.

ijan de bunks berkata...

keli menangis sekarang aku rasa kah3

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Mana keli ni? Takpe komen je. Kita orang kasi muka ni.

Dark Mars berkata...

Asam garam kehidupan.. Kah Kah Kah. COYG!! Kalau maintain menang all the remaining games, The Gunners kompom lah LAYAK masuk Champions League season depan, ye tak? Europa League? Kah Kah Kah. Apa kelas berjaga hari Khamis & Jumaat!

kareem berkata...

f. islahi ni lupa agaknya dia kene rogol dengan jiran dia kat kandang sendiri...

@Pipi, mana boleh bro. Dia sudah kawtim dengan gua takleh komen sini sebulan...

tembakaujiwa berkata...

1-6..home.Europa.

el-tigre berkata...

Untuk pelacur-pelacur yang berjaga di hari khamis malam jumaat semata-mata ingin melihat kebodohan kelab-kelab sialan & picisan bermain.anda patut sedar itu liga europa.hahahaha.

RABUN berkata...

hebat betul!! masih mengekal rekod '0' CL

lang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
lang berkata...

Arsenal hebat. manchester united kelab pepek

Dark Mars berkata...

el-tigre : ayat anda agak kasar kedengaran, tapi itulah hakikatnya! kelab sialan dan picisan hanya mampu bermain untuk tontonan pelacur di hari khamis malam jumaat! kah kah kah

Mohd Rasydan berkata...

Power la pipi. lu pandai counter balik. bila wenger nak beli lu ni?

Diego Amani berkata...

Ini baru betul-betul Sokernet!

top_ace7 berkata...

Norhafiz Zamani Mesbah. Hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...