ANDA SEDANG MEMBACA

17

Birmingham City 0-2 Chelsea

Lucius Maximus Rabu, Mac 07, 2012 ,



1) Perlawanan Birmingham-Chelsea pagi tadi awalnya ditonton oleh 6 bilion umat manusia walaupun berlangsung serentak dengan satu perlawanan pelengkap jadual UEFA.

2) Dilaporkan Presiden UEFA, Michel Platini telah menelefon Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang juga merangkap pemilik AC Milan pada minit ke-6 perlawanan pelengkap jadual UEFA tersebut.

3) Hasil panggilan telefon ini, Koscielny berjaya menjaringkan gol pertama Arsenal pada minit ke-7, diikuti oleh 2 lagi gol 'hadiah' yang lain.

4) Sumber rasmi memaklumkan Platini telah meminta bantuan Berlusconi supaya AC Milan melepaskan 3 biji gol agar ada umat manusia yang meninggalkan perlawanan penting Birmingham-Chelsea dan beralih menonton perlawanan pelengkap jadual UEFA.

5) Tindakan ini dibuat supaya tidak mengecewakan stesen penyiar, pihak penaja dan para pengiklan yang sudah mengeluarkan ratusan juta wang untuk perlawanan pelengkap jadual ini.

6) Hasilnya separuh dari umat manusia yang berjumlah 3 bilion tertipu dengan cerekarama kebangkitan yang diatur oleh UEFA. Lagi 3 bilion umat manusia setia menyaksikan bola sepak sebenar antara Birmingham-Chelsea.

7) Chelsea menjaringkan 2 gol dan berjaya mara ke pusingan FA Cup yang berikutnya. Umat manusia berjumlah 3 bilion yang menonton perlawanan ini tersenyum puas.

8) Arsenal menjaringkan 3 gol tetapi tersingkir dari Champions League. Umat manusia berjumlah 3 bilion termasuk seorang di Kuala Lipis merasa tertipu dengan cerekarama kebangkitan separuh masa pertama.

9) Chelsea power.

17 Ulasan:

LS berkata...

kesian pipi. kah3

Hadi Jurimi berkata...

terbaik

Nwx berkata...

Keh keh keh.. teori konspirasi yang bakal menghancurkan hati pipi n penyokong arsenal.

f.islahi berkata...

mujur aku tido.bgn tido lyn footyroom.tkda kne tipu dgn sesape.hehe

mirul berkata...

kah kah kah

kasi can pengulas kelab no.5 bersuara pulak.

aranzedo berkata...

eleh, dengan birm pun sampai dua kali main...

aper kes, singa aslan?

hantuLongkang berkata...

hahah...2 great entries back to back in sokernet!...ini dah macam peristiwa kahwin 4...kaddang-kaddang :D...

//cilakak punya robot...susah aku nak baca pengesahan

Pet Shop Boys berkata...

Benitez nak job Chelsea, bagi jelah...mana tau dia boleh buat Torres score balik.

yours truly berkata...

mamat di kuala lipis tido dgn tangan bersilang di dahi.

atan berkata...

"Arsenal menjaringkan 3 gol tetapi tersingkir dari Champions League. Umat manusia berjumlah 3 bilion termasuk seorang di Kuala Lipis merasa tertipu dengan cerekarama kebangkitan separuh masa pertama"

kah kah kah!!!

kareem berkata...

Ah game chelsea ni memang buat gua makin layu. nasib baik ada game pelengkap jadual.

Pada keli yang tengah baca komen2 di sini....Haiiiiiii!!!

el-tigre berkata...

tahniah kepada kelab dari london yang berpaksikan kelas pelacuran berprofil tinggi yang sudah tentu lebih hebat dari rumah merah brickfileds.lepas nih boleh amik peter butler..roberto de matteo blh terus jadi asstnt.

Maman berkata...

Cayalah, bro Lucy.

But under Matteo, Luiz jd lg ganas.. Lu org boleh tanya Zigic parut Captain Jack Sparrow kat muka. Hahaha..

Torres ttp mengarut...PPuiih~

Ajiz Nasution berkata...

RDM kelihatan lebih segak memakai winter suit drp memakai wind breaker berwarna biru.

Aku rasa CFC lebih baik hire manager yg suam2 kuku je. Dulu Avram pegang, elok je main. Siap sampai ke final UCL lg. Instead of Rafa, aku lg prefer Roman hire abe Guus Hiddink.

online shop berkata...

nice info, keep posting bro
http://www.centplay.com/affiliate/id_1198/

talklessdomore berkata...

nice blog hehe :)
http://www.centplay.com/affiliate/affiliate_900/

Firdaus Alim berkata...

Power Eh? Jgn nanti Kena Jumpa My LFC Pulak..Tutup Buku Pulak nanti..Lawan LFC Jgn nk Angan Tinggi Sgt..Sebab LFC Power Sebenar kah3..Mintak Jugak Lawan Chelsea Next Stage Nk Buat Hatrik tRus Musim ni..peh blagak btol aku kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...