ANDA SEDANG MEMBACA

21

TERBARU! Sokernet's Official Merchandise #2

pakkordi Khamis, Mac 08, 2012
Mari kita lupakan suka-duka di EPL/UCL atau borak-borak merepek dari kem yang belum angkat piala musim ini. Bershopping online sakan lah dahulu.

Product code 'Rokok-Manchester' (RM20 sekotak besar mengandungi 20 batang)
----------------




Amaran: Merokok membahayakan kesihatan.

Tidak kiralah anda fans Manchester City atau Manchester United, rokok ini jelas tidak menyebelahi mana-mana pihak jika dilihat dari segi warna dan label. Rasanya mungkin hampas, maklumlah nama pun kan 'Manchester'. Tetapi jika anda peminat tegar pasukan dari bandar Manchester, anda pasti suka. Hanya perisa 'light' sahaja yang dikeluarkan buat masa ini.

Product code 'Apparel-Spender Chelsea' (RM350 sekotak mengandungi setengah dozen seluar)
----------------




Sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata tetapi dekat di telor! Khusus untuk fans lelaki Chelsea. Sangat selesa dan diperbuat dari fabrik mikrofiber berteknoloji tinggi. Duduk stail mencangkung ala-ala mendiang AVB dijamin TIDAK AKAN menjerut telor anda. Warna terhad kepada yang didalam gambar sahaja. 'Mix and Match' adalah dibenarkan.

Product code 'DVD-Will' (RM1,500 sekeping)
----------------




Klasifikasi: U&F (Universal and Fantastic). Bakal menggondol kesemua hadiah di festival filem Sundance, Cannes dan Academy. Pelakonnya kacak dan comel-comel belaka. Mengandungi babak yang menggunakan bahasa suci 'scouser', oleh itu sila beli yang asli kerana ia mengandungi sub-title yang tepat alih bahasanya, tidak merepek-repek seperti versi cetak rompak. Amaran: Fans kelab lain, jangan biarkan anak-anak anda meyaksikan cerita ini jika anda tidak mahu mereka membesar menjadi kops.


Notakaki: Cara pembelian adalah sama seperti didalam entri yang lepas, cuma tukarkan tajuk emel anda kepada jenis produk yang ingin dibeli e.g. Tajuk Emel: 'DVD' atau 'Rokok' atau 'Apparel' (jika seluar dalam Chelsea hajat dihati, nyatakan warna yang anda inginkan).

CEPAT SEBELUM TERLAMBAT! STOK TERHAD!

21 Ulasan:

rashideeshukri berkata...

kah kah kah kah kah!

AimYou berkata...

tak best langsung... rashideeshukri ni gelak paksa ni.

mdazlnshkni berkata...

mendiang AVB. mcm haram.

Kurast berkata...

lawak..lawak...

Khuzrin Kamarudin berkata...

Adakah seluar dalam tu boleh membesarkan zakar? sama macam iklan pembesar payudara kat TV tu?

encik posto berkata...

Saye mesti beli!!

Jojoe Ali berkata...

Rokok itu, lapiknya berenda. Macam tudung. Adakah tudung itu juga ada jenama kelab mana-mana?

cantona79 berkata...

fabrik mikrofiber 'berteknoloji' tinggi - ini yang x tahan..zaman p.ramlee punya spelling.

Aziz Nasution berkata...

Kalau spender tu dapat membantu merawat masalah pancutan pra matang, aku nak beli semua stok yg kau ada. Pastu buat skim MLM jual produk spender ni. Pasti lepas ni nama aku berada on par dgn dR Rozmey.

tukang sapu berkata...

hahaha..
tak best langsung entri pakkordi ni..
mesti penyokong liverpool kan?

RebeLLious berkata...

pki spender chelsea tu ble buat aku hebat di ranjang mcm abam john terry x?

Pet Shop Boys berkata...

Kenapa entry nganjing Man U tak sehebat entry fan Man U nganjing Liverpool?

tu tanda fan Liverpool ni orangnya berhemah dan tinggi martabatnya ok...

Joe Damon berkata...

Will !!!! ♥ Liverpool. ;)

Joe Damon berkata...

Setuju sangat2 ngan abang PSB.

top_ace7 berkata...

Nak feeling Monday Blues lebih pakai lah spender Chelsea.

talkIZcheap! berkata...

Keli dah beli ke belum DVD tu?

Opps... sorry... :p

farwalis berkata...

Cerita Will aku dah tengok. Sebagai The Kops, aku sangat-sangat bangga dan terhibur.

gloooooryyyyy of anfields roadddddddd lalalallalalaa

midyx berkata...

harap2 the kops yg dh tgk Will ni beli dvd yg ori la.. kalau takat dload kat torrent, malu wehh jd die hard fan..

Unknown berkata...

you may have Will, but we got Ramli!
GGMU.

Cob Nobbler berkata...

Sebelum ada Ramli, ada Georgie Yadi.

#darijemapohkemanchestee

PabloHoney berkata...

sebenarnya pakkordi adalah pengguna setia barang2 yang dia list kt sini ni.

baik ngaku jelah pakkordi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...