Memaparkan catatan dengan label Champions League. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Champions League. Papar semua catatan
82

Chelsea - Harapan Terakhir Umat England

LuciusMaximus Khamis, Mac 15, 2012 , , ,





Maruah England, EPL, Winston Churchill, Margaret Thatcher dan British Bulldogs berada di hujung tanduk malam tadi. Selepas adik-beradik Manchester-Manchester kecundang di peringkat kumpulan dan adik-adik Arsenal pancut awal di Emirates, kini hanya tinggal Chelsea untuk terus mengibarkan St George's Cross di pentas Eropah. Mengharapkan Liverpool pula samalah seperti mengharapkan Hang Tuah kembali memastikan 'tak Melayu hilang di dunia', ianya mustahil dan hampir tidak masuk akal.

Lawan Chelsea bukan kelab cikai. Societa Sportiva Calcio Napoli adalah sebuah kelab Itali dengan semangat Argentina. Mereka macam Chelsea juga, tidak ada banyak rekod kejuaraan melainkan 2 Seria A, 3 Coppa Italia dan 1 UEFA Cup. Tapi untuk memandang rendah keupayaan Napoli adalah satu kesilapan besar. Ini adalah kelab yang kini dibarisi pemain ternama dan masih mempunyai roh serta semangat Diego Maradona di kalangan mereka.

Selepas kalah 3-1 di San Paolo, banyak perubahan melanda Chelsea. Pemilik yang dikatakan pandir telah bertindak menukar pengurus dari AVB kepada RDM. Kesatuan umat dalam bilik persalinan dihidupkan kembali dengan penerapan nilai-nilai 'Kelab Didahulukan, Piala Diutamakan' sejajar dengan prinsip '1Chelsea'. Kuda-kuda tua Chelsea diberi nafas baru sesuai dengan nama jolokan kelab yakni The Pensioners.

Di depan puluhan ribu penyokong yang kerap digelar 'plastic fans', Chelsea memulakan misi 'come back' yang gagal disempurnakan oleh adik-adik Arsenal minggu lepas. Selama 29 minit diperlukan sebelum Dubuk Liar dengan kederat umur 34 tahunnya meyambut hantaran Ramires untuk menanduk masuk gol pertama The Blues.

RDM dalam perlawanan ini kembali memasukkan 'old guards' seperti Dubuk Liar, Super Frank dan Captain Marvel John Terry. Ianya berbaloi, kerana pada minit ke-47 sepakan sudut yang diangkat oleh Super Frank ditanduk masuk ke dalam gawang Napoli oleh Captain Marvel. Penyokong Napoli di Itali dan Argentina tersentak, kini Singa Aslan kembali mengaum.

Serta merta Napoli mengabaikan catenaccio mereka dan seperti dirasuk semangat El Diego, kembali mengamuk seperti dua minggu sudah di San Paolo. Gokhan Inler merapatkan jurang dan memberikan kelebihan argregat untuk Napoli pada minit ke-55. Maruah England kini kembali di hujung tanduk.

Di saat getir begini, muncul kembali Super Frank untuk mengambil sepakan penalti selepas rembatan Branislav Ivanovic terkena tangan Andrea Dossena. Gol dan kedudukan agregat kembali terikat dengan masing-masing mempunyai satu gol tempat lawan. Super Frank tabah seperti biasa untuk menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75.

Dengan kedua-dua pasukan terikat di agregat 4-4 serta perlawanan berbaki 15 minit, Chelsea berhati-hati dalam usaha mencari gol penyamaan. Nando Torres yang dimasukkan mengganti Daniel Sturridge sebelumnya mencipta rekod baru iaitu bermain 24 jam tanpa sebarang gol. Tamat 90 minit penuh dan masa tambahan!

Di masa tambahan inilah RDM melakukan pertukaran yang mengubah segala-galanya. Captain Marvel dikeluarkan, satu tindakan yang bukan mudah untuk dilakukan oleh mana-mana pengurus. Jose Bosingwa masuk dan secara semula jadi mengambil tempat bek kanan milik Branislav Ivanovic yang bertukar ke posisi bek tengah untuk mengisi kekosongan Captain Marvel.

Minit ke-105, Ramires melerekkan bola di celah dua pemain Napoli untuk disambut oleh Dubuk Liar, yang kemudiannya dengan satu pusingan badan membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti Napoli. Di sana, bek tengah yang baru iaitu Branislav Ivanovic dirasuk semangat Serbia dan meledak gol ke-4 Chelsea sekaligus mengubah agregat kepada 5-4!

Harapan terakhir umat England telah membela maruah England. Chelsea mara ke suku akhir untuk bertemu sama ada AC Milan, APOEL, Real Madrid, FC Barcelona, Bayern Munchen, Olympique Marseille atau pun Benfica. Siapa pun lawannya, Chelsea akan tetap membawa harapan dan maruah England. Barcelona atau Real Madrid? Apa ada hal?

Sementara itu dalam satu kejohanan Champions League versi anak-anak remaja yang dikenali dengan nama NextGen, Liverpool dilauk oleh Ajax 6-0 di Langtree Park, St Helens, Merseyside dekat-dekat bandar Liverpool juga. Nasiblah Ajax ini bukan kelab cikai tapi sebaliknya adalah kelab berstatus besar juga.

Chelsea bagaimanapun telah menandatangani kontrak 3 tahun untuk menyertai NextGen bermula musim depan. Ya, maruah anak-anak remaja England perlu dibela juga dan siapa lagi harapan terakhir umat remaja England kalau bukan Chelsea?
57

Mascherano - Once a Red ALWAYS a Red?

Obefiend Weiland Isnin, Mei 30, 2011 , , ,


Interview selepas wisel penamat

So fans Liverpool. Adakah anda masih marah dengan Monster Masch selepas menonton video dibawah? Javier mendedikasikan kemenangan beliau kepada fans Liverpool seluruh dunia. YNWA



50

We are manchester United and we do what we want






48

Champions League Semi Final Preview : Schalke 04 vs Manchester United

Jorji Selasa, April 26, 2011 , ,
Hardcore,otai dan glory hunter bersatu!

Perjuangan masih belum selesai.

Maruah England berada dikaki Wayne The Rudeboy Rooney dan rakan-rakan dan mereka bertekad untuk memastikan England tetap menghantar wakil di pentas akhir Eropah di Wembley.

Setakat pentas EPL (atau liga kampung) biarla pasukan lain berebut dan bising mencari 3 mata untuk tempat ke 2. Perlumbaan merebut tempat ke 2 ini is soooo not Manchester United okayyy... Manchester United ada misi lebih berat harus digalah dan ini adalah maruah. Ketika pemain kelab lain sedang berehat, bersantai dan melakukan onar, pemain Manchester United tabah dan gigih berlatih di German.

Walaupun mereka bukan harapan terakhir umat manusia, tapi mereka adalah harapan terakhir umat England. Harapan Queen E, Morrissey dan Ozzy. Diberitakan juga pengantin diraja juga akan menonton perlawanan ini.

Nak harapkan Singa Aslan?...dia dah masuk Zoo!

Setelah membenam dan menginsafkan Chelsea dengan dua kemenangan diperingkat suku akhir, Manchester United gagah melangkah ke perlawanan separuh akhir menentang Schalke 04 di German awal pagi ini. Untuk rekod, ini adalah perlawanan separuh akhir ke 12 Manchester United dalam Piala Eropah. 4 darinya sepanjang 5 musim kebelakangan ini. Pergh! Ini rekod, bukan sandarkan pada kenangan.

Malam ini semestinya semua penyokong Manchester United, tak kiralah Glory Hunter ke, otai ke atau gadis2 akan bangun malam tidak mahu terlepas aksi Chikydees Chicharito. Walau dimasukkan sebagai penyerang utama atau pemain gantian, Chicky tetap akan 'score'. Itulah tanggungjawab seorang penyerang sebenar.

Peminat Manchester United tidak pernah mengharap kepada pasukan lain untuk menang atau kalah dalam membantu mereka untuk menang piala. Kerja mengharap pasukan lain seperti Arsenal atau Chelsea menang dan jadi juara EPL supaya rekod Manchester United kekal 18 piala hanyalah harapan keji penyokong Liverpool.

Biar tak menang piala, asal tak keji.

..........................................................

Sementara itu, penyokong pasukan lain mesti dah layan AF9 kan? Yela, nak tengok EPL takda tujuan lagi, baik layan Diari AF. Betul tak?

Mereka semua lepak dalam kaca kat JJ AU2 Keramat tau! Pergi la tengok secara live. Tengok tak konsert minggu lepas? Kak Ogy bukan main garang! Tak elok la camtu. Itu belasah namanya, bukan bagi tunjuk ajar. Akibatnya Amir tersingkir sampai nangis2. Sian..

Ops gugur ok ke? Apa kata korang semua?

Dari kiri; Jannah, Garam, Bart, Awi dan Lucy

Pasti berjaya di Akademi Fantasiaaaa....

KAHKAHKAHKAHKAH!!!
125

We're the famous Man United and we're going to Wembley

You can take Fernando Torres out of Liverpool BUT you can never take Torres, Liverpool or Chelsea to the Champions League Final!

Betul ke kalau JS Park yang score, kira H I N A ??

Ah, entah kenapa aku tak ada mood untuk menganjing, menghina atau mengayamkan Chelsea. Aku kecewa dengan persembahan mereka malam tadi. Terlalu lemah untuk diangkat sebagai wakil England ke semi final UCL. Hanya Drogba yang nampak bersungguh-sungguh. Juga Ramires yang berasal dari Kenya. Yang lain, sekadar mengisi tempat kosong. Langsung takda babak cemas, mendebarkan atau ciri-ciri suku akhir UCL.

Ancelloti dalam kenyataannya sebelum perlawanan meminta pemain untuk yakin diri, percaya dan boleh lakukan. Jika kau fikirkan kau boleh..... Tetapi lihatlah muka pemain Chelsea, langsung tak bersemangat! Salomon Kalou ketika mahu dibawa masuk pun muka macam baru bangun sahur.

Berbeza dengan kenyataan Pak Alex, iaitu Manchester United sentiasa laparkan kemenangan. Sentiasa 'obsess' dengan kejuraan eropah. Dan mereka buktikan dengan penuh bergaya. Giggsy dan Rooney buat pertahanan Chelsea kucar kacir. Vidic dan Rio pula adalah 'reliable defender' Hernandez...? Hernandez adalah seorang striker yang menjaringkan gol! Pelik? Tak pelik kan?

Dibayar untuk menjaringkan gol

Apa yang pelik?

Fernando Torres! Apa makan Torres, jadi striker tak mahu jaring gol? Apa rekod yang sedang diciptanya? Besar mana lagi gawang gol mahu dilebarkan atau berapa juta lagi Roman Abramovich nak keluarkan? Macam ni punya pemain, Giggsy lorongkan bola pakai tangan pun dia tak boleh score!

Momentum Manchester United memang tak boleh dikejar lagi. Bagai Concorde yang sedang berlari di landasan pada kelajuan lebih 300km/j. Tiada pilihan untuk berhenti, hanya mahu terbang tinggi.
Setan!

Manchester United adalah satu-satunya pasukan dari England yang paling layak untuk bermain di final Eropah nanti. Pasukan lain bukannya tak layak..tapi mereka lebih kepada tak boleh harap. Membebel kat media bolehlah.. Sebagai pasukan yang bermain bolasepak sebenar, lengkap dan mempunyai jurulatih terhebat, tempat Manchester United adalah dipentas akhir eropah. Tak begitu saudara Putra?


Giggsy. Yang ini serius kene check. Apa dadah Giggsy makan ni? boleh main 90 minit setiap minggu? Tiap tahun porak porandakan kelab-kelab lain, tak muak ke cium piala? Tolong la bersara musim 2019 nanti! Sudah-sudahla jadi Man of the match!

okla.aku nak masuk meeting!

Youjizz

Cai 1314

Amboi..amboi..amboi..seronok sakan nampak?

61

Champions League 2nd leg Quarter Final Preview : Manchester United vs Chelsea 2011

Jorji Selasa, April 12, 2011 , ,

Old Trafford aka Theatre of Dreams aka House of 1,000 Nightmares (75,957)

Hunger vs Believe




45

Champions League Quarter Final Preview : Chelsea vs Manchester United 2011





Dilarang membuang kulit pisang merata-rata. Sesiapa didapati dilihat memakan, menyimpan, memiliki, mengedar atau membuat bunyi PISANG sekitar Stamford Bridge malam ini akan ditangkap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...