Memaparkan catatan dengan label Hanya untuk Setan Merah sahaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hanya untuk Setan Merah sahaja. Papar semua catatan
27

Le King

Jorji Khamis, Mei 24, 2012
 King Sebenar tidak berlari. Beliau terbang.

 King Sebenar bencikan racism. King akan flying kick rasis motherfuckin hooligan yr arse!

 Ahhh... King Sebenar. Inilah selera sebenar raja berpelembagaan bolasepak. 

 Nampak? Gaya mendepa tangan dan kaki tak cecah bumi. 
Terbang melayang..

Ooohhh Ahhhh Eric Cantona! Oooohhh Ahhhh Eric Cantona! Ooohhh Aaaaah Eric Cantona!

 Eric 'The King' Cantona

King Sebenar meninggalkan bolasepak secara terhormat. Walau telah bersara masih di sanjung tinggi dan tetap KING SEBENAR. King juga mesti jaga 'ranking'. Takkan King datang dari pasukan 'mid table' atau jadi kapten pasukan negara tapi pasukan sendiri duduk 'mid table'. Ini bukan sifat king sebenar. Nampak tak?

Hari ini adalah lahir King Cantona. Jadi naikkan kolar baju kamu dan bernyanyilah; Ooohhh Ahhhh Eric Cantona! Oooohhh Ahhhh Eric Cantona! Ooohhh Aaaaah Eric Cantona!

Ingatlah, King sebenar tidak dibersarakan dan kemudian menjadi bin dippers!

Teruskan menyanyi!
26

Harapan Terakhir Umat Manusia

Jorji Sabtu, Februari 11, 2012 ,

Perjuangan menentang kekejaman perbezaan warna kulit kini menjadi tanggungjawab Wayne 'The Rudeboy' Rooney selepas Nelson Mandela menyangka beliau berjaya melakukannya kira-kira 20 tahun yang lalu.

Dunia tidak lagi mempunyai pilihan. Umat manusia tidak mahu lagi melihat tubuh lemah Nelson Mandela merengkok di penjara hanya untuk persamaan hak tanpa mengira warna kulit.

Warna darah tetap merah walau bahasa berlainan.

Umat manusia hanya ada 90 minit dan tugas berat ini walau sesukar mana pun akan digalas dengan hati dan semangat yang jitu oleh The Red Devils bimbingan Sir Alex Ferguson. Perjuangan menentang kebangkitan racism harus dilakukan dan harus dimusnahkan sekarang juga.

Musnahkan racisme! Pertahankan Equality!

Pergilah kau berjuang demi keamanan manusia sejagat




27 tahun aku di penjara......
30

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Jorji Ahad, Januari 01, 2012 ,


Kemenangan Black-Burn-Rovers malam tadi membuktikan Manchester United adalah sebuah kelab yang tidak rasis. Mengamalkan ekualiti dan menentang amalan memecat pengurus ketika pasukan tidak beraksi baik.

Begitulah mulianya hati Pak Alex. Selamat hari jadi Pak Alex!

Sementara itu, aku tercari-cari juga perlawanan kelab rasis Liverpool tapi tak jumpa! Aku check siaran 811 takda! 812,813,814,815,816,817 dan siaran HD juga tiada. Kelab rasis tiada perlawanan kah hujung minggu ini?

Aku ke siaran HISTORY CHANNEL, juga tiada! Aku buka Animal Planets pun takda! adalah cerita babboons dan Siamang boleh bergaul sesama mereka walau berlainan bulu,negara dan muka. Itu cerita lain.

Tidak berpuashati aku hubungi Top-top perang Liverpool, mereka bagitau Liverpool dah main semalam jam 4 pagi. Hari Jumaat? 4 pagi? sapa nak tengok? apa agenda sebenar mereka ini?
AKu laporkan nanti.

Moral cerita ini ialah, walau musim berganti dan tahun bertukar, aku tetap 'sukakan' Liverpool!

Selamat Tahun Baru 2012 semua!!
52

Panglima nak ludah muka Evra

Kepala bana semua nak pakai baju racist 'the diver' rabbit sebelum game Wigan semalam. Konon sebagai tanda solidaritas, tapi salah tempat. Kalau mereka pakai baju 'Kick Racism out of football' apa salahnya?

"jangan sampai aku jumpa,aku ludah muka Evra..berani dia kurang ajar dengan kami ya"


"ini semua panglima-panglima racist tau!"

"Ini semua panglima-panglima rabbit tau!"

"ptuihh!"

Aku dah cuba sebaik mungkin untuk bersangka baik dengan pasukan Liverpool ni, tapi kita tengoklah sendiri.. mereka ini bukan saja bangang, tetapi terlalu mudah diperbangangkan! Selama ini aku ingat mereka hanya bangang didalam padang, tetapi aku salah! Mereka juga bangang hal diluar padang.
68

Follow me and Manchester United

Jorji Isnin, Oktober 24, 2011 ,
Apo berlaku?

Dah ghayo ko?

Apa perangai orang lain yang beraya, orang lain pulak yang suko lebih-lebih ni? P.Maniam rilek aje di FAS. Masih berkerja macam biasa, takda bising-bising pun? Superstar Rajnikanth juga belum naik hangin lagi. Semuanya tenang tapi kenapa dengan segelintir manusia ini? Jangan buat hal abang-abang sekelian, Deepavali disambut hari Rabu ini, jadi bawa bertenang.

Manchester United kalah? Itu biasolah. Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang Liverpool. Takkan asyik menang aje, mesti la pertandingan menjadi bosan, orang pun tak mahu tonton lagi. Kalah 1-0 atau 2-0 memang pedih, tapi kalau 6-1 terus jadi tabah dan redha.

Peminat Manchester United menerima kekalahan kepada Man City dengan tabah. Man City bermain lebih baik, sementara Manchester United nampak seperti salah percaturan dan tidak kemas. Tiada percubaan merbahaya dilakukan oleh Manchester United sementara Man City, dari 8 percubaan 'on target' menghasilkan 6 gol. Semenjak 37 tahun, 48 thropy dan 2,062 perlawanan, adatlah kalau kalah sekali macam ini.

Justeru, Manchester United layak kalah dengan teruk.

Sekonyong-konyong wisel penamat dibunyikan, laman fesbuk dan twitter bagai dilanggar orang mabuk todi. Ianya sangat menghiburkan! Aku yakin ramai peminat Manchester United diasak bertubi-tubi dan juga yakin tiada dari mereka yang 'melompat' melatah tak tentu arah. Semua cool kan? Sebab kita kalah besar beb! Nak lawan camna lagi? Terima aje lah.

Kekalahan mengajar kita tentang tingginya langit dan kerasnya bumi. Sesekali
kita patut belajar dari The Kops bagaimana mahu menjadi penyokong yang tabah. Tabah dihina dan dicaci. Tabah menerima kekalahan demi kekalahan. Tabah secara sementara la, jangan asyik tabah aje selama 20 tahun. Ejas-ejas la sikit ok Devils?

Kalau tak tau jugak, tanya pengacara Scoreboard, Encik Tabah Sazwan.

Hi Devils

Tapi, walaubagaimanapun Devils sekelian, kita harus berbangga menjadi penyokong Manchester United. Sekurang-kurangnya kita selalu orgasm bersama apabila melihat pasukan Manchester United menang bergaya. Kita klimaks bersama-sama bila Rooney hattrick dan bila kalah, kita juga harus tenang bersama.

Itu adalah lebih baik dari hanya mampu orgasm dengan melihat pasukan orang lain menang. Terklimaks bila lihat Manchester United dikalahkan. Kerana perbuatan hina sebegitu umpama seorang lelaki yang tidak berjaya dipuaskan dengan keupayaan sendiri. Bagaikan mengharap lelaki lain memuaskan ...ahh, tak sanggup aku nak habiskan ayat ni. Saintifiknya, IMPOTENCE!

Oh Tuhanku.

bawakla berubat

Manchester United akan kembali. Tak perlu aku ceritakan lebih terperinci. Semua umat manusia dah tau. Ianya bukan hal rahsia lagi. Kalau IMPOTENCE baru la rahsia.


Kem Manchester United mengucapkan Happy Diwali

Follow me on twitter _jorji dan kita orgasm bersama.
Cheers!
52

We are manchester United and we will win the champions league!






V for Victory

Manchester United bukan harapan palsu umat England. Mereka adalah jaguh Eropah sebenar. Dengan hanya menurunkan sepasukan pemain simpanan, mereka menang 4-1 keatas Schalke 04! Bayangkan kalau kesebelasan utama yang main? Mesti Pep Guardiola yang datang mengintai perlawanan malam tadi tak tenteram jiwa.

Cerita Piala Eropah ini kita tak payah cakap banyak la. Kalau pasukan tak cukup kuat, mana layak main liga hebat macam ni? Kalau main pun setakat mengisi jadual je. Lepas peringkat kumpulan, bungkus! Tapi ada pasukan tu tiap tahun hanya nak pastikan layak untuk bertanding piala europa aje targetnya. Okla tu kot? Setiap pasukan ada standard mereka sendiri. :P

...dan standard Manchester United ialah pentas akhir Piala Eropah!

Sementara itu, di liga kampung England, Manchester United mengalah kepada Arsenal sebab Ref tak nampak Glichy sepak kaki Owen. Apa ada hal? ada hal ke?

Ada!

Semua ini secara tak langsung memberi harapan palsu kepada umat manusia akan datangnya penyelamat dalam bentuk Singa sarkis. Ya! Arsenal menang, Manchester United leading 3 mata, lawan Chelsea ahad ini, Chelsea menang, terus jadi juara.... dan Liverpool senyum tarik nafas lega?

Kita tunggu! Sementara itu...

Singa Aslan bakal dibotakkan?

Howard Webb pengadil Manchester United Vs. Chelsea?

50

We are manchester United and we do what we want






48

Champions League Semi Final Preview : Schalke 04 vs Manchester United

Jorji Selasa, April 26, 2011 , ,
Hardcore,otai dan glory hunter bersatu!

Perjuangan masih belum selesai.

Maruah England berada dikaki Wayne The Rudeboy Rooney dan rakan-rakan dan mereka bertekad untuk memastikan England tetap menghantar wakil di pentas akhir Eropah di Wembley.

Setakat pentas EPL (atau liga kampung) biarla pasukan lain berebut dan bising mencari 3 mata untuk tempat ke 2. Perlumbaan merebut tempat ke 2 ini is soooo not Manchester United okayyy... Manchester United ada misi lebih berat harus digalah dan ini adalah maruah. Ketika pemain kelab lain sedang berehat, bersantai dan melakukan onar, pemain Manchester United tabah dan gigih berlatih di German.

Walaupun mereka bukan harapan terakhir umat manusia, tapi mereka adalah harapan terakhir umat England. Harapan Queen E, Morrissey dan Ozzy. Diberitakan juga pengantin diraja juga akan menonton perlawanan ini.

Nak harapkan Singa Aslan?...dia dah masuk Zoo!

Setelah membenam dan menginsafkan Chelsea dengan dua kemenangan diperingkat suku akhir, Manchester United gagah melangkah ke perlawanan separuh akhir menentang Schalke 04 di German awal pagi ini. Untuk rekod, ini adalah perlawanan separuh akhir ke 12 Manchester United dalam Piala Eropah. 4 darinya sepanjang 5 musim kebelakangan ini. Pergh! Ini rekod, bukan sandarkan pada kenangan.

Malam ini semestinya semua penyokong Manchester United, tak kiralah Glory Hunter ke, otai ke atau gadis2 akan bangun malam tidak mahu terlepas aksi Chikydees Chicharito. Walau dimasukkan sebagai penyerang utama atau pemain gantian, Chicky tetap akan 'score'. Itulah tanggungjawab seorang penyerang sebenar.

Peminat Manchester United tidak pernah mengharap kepada pasukan lain untuk menang atau kalah dalam membantu mereka untuk menang piala. Kerja mengharap pasukan lain seperti Arsenal atau Chelsea menang dan jadi juara EPL supaya rekod Manchester United kekal 18 piala hanyalah harapan keji penyokong Liverpool.

Biar tak menang piala, asal tak keji.

..........................................................

Sementara itu, penyokong pasukan lain mesti dah layan AF9 kan? Yela, nak tengok EPL takda tujuan lagi, baik layan Diari AF. Betul tak?

Mereka semua lepak dalam kaca kat JJ AU2 Keramat tau! Pergi la tengok secara live. Tengok tak konsert minggu lepas? Kak Ogy bukan main garang! Tak elok la camtu. Itu belasah namanya, bukan bagi tunjuk ajar. Akibatnya Amir tersingkir sampai nangis2. Sian..

Ops gugur ok ke? Apa kata korang semua?

Dari kiri; Jannah, Garam, Bart, Awi dan Lucy

Pasti berjaya di Akademi Fantasiaaaa....

KAHKAHKAHKAHKAH!!!
35

3 Tumbukan Padu Ke Udara - Lambat Klimaks!

Jorji Isnin, April 04, 2011 , ,
Euww!!

Aku keliru.

Dimana harus aku bermula?

Mahu bercerita tentang kebebalan Arsenal yang tidak tahu menjaringkan gol selama 90 minit masa permainankah? Sudahlah tak mendengar, bebal pula! Tak guna juga bercerita tentang pasukan yang tak mahu menang piala. Membazir! Apa makan pemain Arsenal ni?

Adakah aku mahu bercakap tentang hal kononnya ada pemain baru yang hebat dan menonjol di Chelsea? Berambut gondrong tapi hanya mampu seri 1-1. Tak berbaloi... Ancelloti dah lempar kain putih mengalah apa guna lagi kita membuang masa bercerita hal Chelsea. Mereka jelas tiada semangat juang tinggi. Tapi sekurang-kurangnya mereka tahu mengukur baju dibadan sendiri dan sudah berusaha sebaik mungkin. Ingat! matahari akan bersinar semula selepas hujan dipagi hari. Kui3.

Atau haruskah aku terus menghina pasukan Liverpool? Tidak wajar! Umpama masuk ladang durian bawak durian atau pergi sempadan Siam bawak gepren.. memang tak berbaloi! Apa guna menghina pasukan yang dah memang hina? Gigi Arnab la.. Roy Carroll la..King Kenny penyelamat laa. Roy Hodsgon malas nak cakap aje..kalau dia busuk hati (macam aku) dah tentu dia tapau Liverpool 4 gol!

Dia malas aje. Tu pun aku tengok dia separuh hati je duduk tepi padang tu. Yelah..dah biasa buat Liverpool kalah, takkan dia tak tahu camna nak kalahkan pulak! Ye dok? kakakakak..

Baik kita bercerita tentang..bukanlah greatest comeback sangat pun sebab selalu buat! tapi itulah BOLASEPAK SEBENAR. Walau dihalau Pak Alex dari stadium itu pun, semangat juang anak buah tidak pernah mengecewakan. Walau ketinggalan 2 gol hasil konspirasi tertinggi FA Inggeris dan pengadil namun mereka tetap percaya bola itu bulat dan Wayne Rooney itu Rudeboy sebenar! Nampak?

Nak tahu apa Wayne Rooney kata pada kameraman? Tak sampai hati aku nak tulis. Terlalu keji. nanti apa kata kanak-kanak atau ibubapa yang membaca disini.... hmmm...

oklah! aku bagitau apa Rooney cakap kat satu dunia;

"Fuck off! Berambus kau dari sini! kau ingat aku Gerrard? dah score gol nak cium kamera?? Fuck off! blah! aku ada banyak piala nak cium lepas ni!!"

Aku dah kata,aku tak sampai hati nak tulis.

Bukan salah Rudeboy. Dia memang dah rude. Salah kameraman tu la yang cuba 'menggoda' Rooney. Bukan semua orang stim kamera ok! Hanya 'segelintir' sahaja. KAHKAHAKAH!

Rudeboy! 100 gol dengan hatrik.

Aku syok sial! Bukan syok sendiri..syok bersama setan merah lain. Pak Alex tenang membuat perkiraan taktikal dari tempat duduk penonton. Apa ada hal! Dah 20 tahun dia buat percaturan.

Siapa yang mempertikaikan teori momentum selepas rehat international game aku pada entry lepas?

Nampak?

Glory Glory Rudeboy Rooney!
17

Dalam hati ada setan

Red Devils semua;

Masih terlalu awal untuk bercerita tentang perlawanan akan datang! Kita mesti terus meraikan lagi kemenangan TANPA KALAH pasukan Manchester United, walaupun hanya terhadap pasukan sissy Arsenal.

Kehinaan yang dianugerahkan oleh JS Park kepada Raja Arsene Wenger Gopal mestilah kita raikan dengan penuh tawadduk, justeru adalah satu kerugian jika kita terus untuk memikirkan perlawanan akan datang.

Lagipun, pasukan yang akan Pak Alex 'sembelih' nanti hanyalah sebuah pasukan SInga Tua yang kukunya dah tumpul dan berkarat! Ngaumannya pula langsung tak diendahkan lagi oleh penduduk London, inikan pulak oleh Manchester United! Apa kelas kita nak pandang pasukan no 4 liga sebagai pencabar utama? Jangan!

Kita akan hantar Singa tua ini ke syurga! Kita padamkan mereka dari kedudukan top 4! Kita tarafkan mereka sama seperti Liverpool. Biar mereka bersama-sama merebut tempat ke Europa League musim depan! Wahaha..(gelak setan!)

Semua itu akan Manchester United lakukan hujung minggu ini. Jadi kita bercerita lebih lanjut lagi hal itu minggu depan.

Sementara itu, kita teruskan lagi penguasaan Red Devils sebagai pendahulu liga dengan keangkuhan luarbiasa. TANPA KALAH! Sebagai Red Devils, jangan sekali-kali merasa 'sejuk' dengan pembenci Manchester United. Jangan gentar dengan pasukan anti Manchester United dan jangan khuatir dengan apa pun!

Pak Alex tau macam mana nak susun strategi! Tau la dia nak selamatkan umat manusia dari diselamatkan oleh Singa. Pak Alex takkan biarkan binatang sebagai penyelamat umat manusia. Meerkat belaan Wenger yang tahan sejuk tu pun Pak Alex goreng, inikan pulak Dubuk tua dan keras dagingnya!

Ambil iktibar dari gambar ini. Gambar Pak Alex dan Red Devils serta Arsene Gopal dimalukan. Itulah yang selalu Red Devils kene lakukan!


Glory Glory Manchester United!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...