Memaparkan catatan dengan label kem liverpool. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kem liverpool. Papar semua catatan
26

Antara Seagulls vs Lark & Abdul Sokernet?

pakkordi Rabu, September 21, 2011 ,
Liverpool - Terlalu Power (TM) akan kencing berdiri keatas pasukan Brighton malam ini didalam pertarungan Carling Cup yang lebih hebat dari Champions League dan Europa Cup yang ntahapa-hapa.



Korang tengok dari kegagahan burung dalam logo pasukan pun dah tahu siapa lagi dahsyat terernya. Tentulah 'lark' Liverpool! (Nota: Itu ialah burung, bukan ayam. Bongok!)

Saya tengok ramai yang tertanya-tanya, siapakah Abdul Sokernet? Saya pun tidak tahu. Sesapa yang suka meneka, tekalah dengan berhemah dan bijak bistari. Siapa yang tidak suka meneka, makan lah Mister Potato banyak-banyak sampai kojol.



#YNWA ./
22

FT: Liverpool 3 - Bolton 1

Jannah Ahad, Ogos 28, 2011 ,
Tadi aku menonton perlawanan bola sepak diantara Liverpool menentang Bolton Wanderers di Stadium Astro. Di rumah. Di Kuala Lumpur. Sekarang tengah cuti raya.

Menonton di rumah lain pula cabaran dia. Kami ada extra commentators. Ada abang-abang aku di rumah. Macam-macam cerita keluar. Paling kelakar, game Manchester United lawan Arsenal esok sempat dijadikan isu untuk perdebatan.

Seperti yang anda sudah pasti tahu, selepas membaca tajuk entri blog ini (obvious spoiler) kami menang 3-1 di Anfield.


Jordan Smooth Henderson



Martin Hard Skrtel



Charlie Accurate Adams

Kemenangan bergaya dengan jaringan daripada Jordan Henderson, Martin Skrtel dan Charlie Adam. Bolton pula membawa pulang gol konsilasi menerusi Ivan Klasnic. Untuk full statistic details, kamu boleh click sini. Oh dan gambar-gambar diambil dari sini.



Suarez bersungguh-sungguh tadi, tapi dia tak skor, monyok je muka lepas kena sub

Menonton game tadi memberikan aku harapan. Harapan untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Liverpool menunjukkan semangat ingin menang dan ini sekaligus menunjukkan konfidens pada gerak tari permainan bola sepak tadi. Smooth passing. Lovely header goal. Accuracy terlampau.

Cuma tadi banyak missed chances. Kalau pikirkan tamak haloba, boleh 6-0. Oh well.



Sexy Andy. Sayang masih tidak skor gol, tapi tidak apa,
bila tiba saatnya waktu, akan ada juga itu.

Dan kami di Sokernet ingin mengalu-alukan kedatangan Sebastian Coates, berumur 21 tahun, berasal dari Uruguay, defender mungil dari Club Nacional de Football. Adik manis, nanti kerja keras bantu Carra defence baik-baik okay?

Mata dia. Cantik.

Masih terlalu awal untuk berkata apa-apa, saya tidak mahu bongkak dan mengatakan Liga Premier milik kami. We take it one match at a time okay boys? Satu game demi satu game. Maintain sahaja permainan cantik, camaraderie semangat setiakawan dan mungkin, satu hari nanti, kita akan bawa pulang Piala Premier League.

#YNWA
28

FT: Arsenal 0 - Liverpool 2

Jannah Sabtu, Ogos 20, 2011 ,

Senang ada Twitter ni, nak check result bola follow sahaja akaun twitter surat khabar @staronline, kompak dan jitu. Translasi: Liverpool pukul 10 pemain Arsenal 2-0; gol sendiri oleh Ramsey (78') dan lempangan dari Suarez (90'). Frimpong dihantar pulang (68') kerna cabaran lewat.

Aku tengok bola secara live di asrama sekolah. Ada Astro. Nasib baik tak hujan tadi, kalau hujan confirm service not available. Ada juga bebudak asrama join tengok sekali. Aku siap pesan kat mereka doa-doalah untuk kemenangan Liverpool. Pastu ada dua tiga pelajar buat kiut kata GO ARSENAL.

Ada dua orang pakai jersey Liverpool rupanya

Menonton buat pertama kalinya permainan Liverpool tadi membuatkan aku terasa malu sekejap. Malu pada Kopites sekalian. Ini kerna terdapat beberapa pemain Liverpool yang aku sendiri tidak tahu kewujudan mereka sehinggalah tadi.

Siapa José Enrique Sánchez ni? Kenapa dia ada iras Fabregas? Bila masa kita beli dia? Carian di Google sebentar tadi rupanya kita beli dia dari Newcastle United pada 17 Ogos lepas. Oh baru lagi. Bau kedai. Aku rasa mungkin Andy Carroll ada pakat cucuk ex team mate dia ni meh la mai Liverpool, seronok kat sini kali.

José Enrique Sánchez

Bukan José Enrique Sánchez

Selain itu, Liverpool turut membeli Stewart Downing dari Aston Villa dengan harga 20 juta pound. Pada permainan tadi beliau menunjukkan semangat yang menyegarkan. Saya harap beliau dapat bermain dengan lebih baik lagi di permainan-permainan akan datang.

Stewart Downing

Andy Carroll, unknown lady, Stewart Downing

Liverpool turut mendapat Doniéber Alexander Marangon aka Doni, penjaga gol dari AS Roma, merangkap penjaga gol Brazil, on a free transfer. Jadi backup Pepe Reina. Bagus juga ni, bagi Pepe gerun sikit, biar Pepe kerja keras lagi bersungguh untuk jadi keeper nombor satu. Reverse psikologi.

Doni

Liverpool turut membeli dari Sunderland, Jordon Henderson, berumur 21 tahun pada harga yang tidak dinyatakan (tapi katanya 16 juta pound) seorang pemain England yang dikatakan berpotensi untuk menyinar lagi. Beliau diberi jersey No 14, bekas nombor Xavi Alonso. Berat nombor tu dik, harap kau tak pressure sangatlah.

Jordan Henderson

Arsenal pula tadi menurunkan skuad jambu comels mereka. Ada sorang tu, nama dia Ignasi Miquel. Umur dia 19 tahun. Berasal dari Barcelona, Spain.


Ignasi Miquel - Besday: September 28, 1992

Aku tengok dia main tadi, rasa macam ada something special about him. One thing pasal Arsene Wenger ni, dia memang ada ilmu mencari anak-anak ikan dan membimbing mereka menjadi superstar. Lepas dah jadi superstar kena jual. Repeat cycle. Kau masih ingat pada Thierry Henry? Dan kini Fabregas.

Lepas tu kalau nampak gambar macam ni aku rasa sedih sikit. Mungkin sebab Arsene Wenger nampak fragile, sudah tua. Jangan macam gini bah kau. Harus tunjuk macho selalu, baru anak-anak muda Arsenal semangat.

Arsene Wenger sedih

Anyway, thanks Ramsey for the own goal. And thanks Arshavin sebab tak skor lawan Liverpool. Sebab selalu Arshavin ni rajin skor lawan Liverpool. Aku bila Arshavin kena tukar keluar aku rasa lega pun ada. Yes, mungkin ada chance nak menang ni. Elok pula sebelum itu Frimpong kena second yellow card, merah terus.

And then Liverpool bawa masuk Meireles dan Suarez. Lepas tu three. Eh two goals.

Ola Suarez! 

Overall permainan tadi Liverpool bermain dengan hati-hati. Mungkin sebab baru nak ngam antara pemain. Aku betul-betul harap lepas ni akan bertambah ngam lagi dan seperti minggu lepas aku katakan, harap season ni dapatlah kita merasa top 4 balik. Rindu Champions League weh!

#YNWA!

25

Barclays Premier League 2011-2012: The Liverpool Edition

Jannah Ahad, Ogos 14, 2011 ,
Konek!

Carutan untuk Liverpool. Sebab seri perlawanan pertama menentang Sunderland sebentar tadi.

Potong stim betul. Dah sexited berangan menang besar 3-0 bagai. Pastu boleh kau seri je.


Khabarnya separuh masa pertama Liverpool bermula konfiden dan garang, Luiz Suarez membuka buku jaringan gol untuk BPL pada minit ke 5. Dan semua geng #YNWA saya di Twitter bersorak riang.

Oh dapat nasi ayam for moreh after terawikh. Hiks.


Gol Sunderland dijaringkan oleh Sebastian Larsson. I think I found someone to look out for during Sunderland matches. Daim cake yummilicious.

Jane! Kembali pada Liverpool. Astaghfirullahalazim. Macam mana boleh leka dengan Sebastian Larsson ni.

Dari kerana mata.

Sebenarnya, jujur saya ingin menyatakan disini saya tidak bersedia dari segi mental untuk perlawanan menentang Sunderland. Tak sempat saya nak sediakan apa-apa kata semangat untuk di hantar ke @LFC di twitter. Ini kerna saya ingatkan perlawanan Liverpool menentang Sunderland adalah pada hari Ahad.

E P I C  F A I L ! ! !

Tengahari tadi di Twitter saya berkesempatan bertanya pada rakan-rakan #YNWA lain tentang apakah impian dan harapan mereka untuk Liverpool FC pada 2011/2012 ini. Berikut adalah diantara respons yang telah saya dapat.



Maaf jika ada terlepas pandang tweeps geng #YNWA lain.

Rata-rata menyatakan harapan untuk top 4 dan kelayakan ke Liga Juara Eropah. Dan mungkin Piala FA?

Harapan saya? Saya berharap Liverpool akan sentiasa maju ke hadapan dan tolong jangan biarkan keputusan seri pada malam ini menjadi petanda kayu aras untuk performasi Liverpool FC untuk game seterusnya pada masa akan datang.

Impian saya agar Liverpool terus mara, walk on through the rain, berjalan terus walaupun basah kuyup dek hujan.

Still, suck balls sungguh bila seri ni. Oh well. I take the one point over nothing at all kan?

To the best season yet! You'll Never Walk Alone!
25

Liverpool Relegation Party My Balls

Siapa lah orang keji yang buat FB event page Liverpool Relegation party?

Dari tangga ke 16 ke tangga ke 5.

Ayuh! Teruskan usaha memenangi semua baki perlawanan.

Kopites sekalian, nanti Liverpool FC datang Kuala Lumpur kita buat Sokernet gathering okay?

P/s I miss all of you. Been busy with work and life and haven't really had time to watch live matches for proper updates. Know that I have you in my thoughts and prayers. Hugs. XOXO.
32

Respect The Don..

Obefiend Weiland Isnin, Mac 07, 2011 , ,


Inilah manager bolasepak sebenar!



Karya asal SHANKLY MALAYSIA
30

Seorang KING tidak Boleh Kalah Kepada Seorang SIR

Abdul Sokernet Ahad, Mac 06, 2011 ,
Dearest PAPA, HRH King Kenny

Malam ni kelab papa akan menentang kelab setan Freemason yang kini menggugat kedudukan kelab papa sebagai kelab terpaling terklasemen di England. Papa mesti berusaha lebih sikit malam ini untuk menjaga maruah semua peminat kelab Papa. Papa tahukah di website diluar sana kelab papa dimaki dan menjadi bahan lelucon? Kalimah YNWA yang menjadi zikir peminat kelab ini dimain-mainkan sebagai YENUWA YENUWA. Saya sakit hati papa. Sakit hati sangat yang kelab papa yang suatu ketika dulu gah kini hendak main di Champions League pun tak layak.

Papa,

Malam ini mainkan sahaja di Andy Carrol papa. Kelab Freemason dari Manchester tak ada pemain pertahanan utama mereka. Yang ada cuma di Ginger Bastard dan John Ohshit. Dengarlah kata-kata saya ini papa. Mainkan Carrol dan lambungkan bola tinggi. Saya dah buat simulasi dalam FIFA 10, PES 11 dan Football Manager 2011 sebentar tadi dan dalam semua simulasi ini, kelab papa menang dua berbalas kosong dengan Steven Gerrard menjaringkan gol di Kop End

Percayalah taktik saya papa. Sejak dilahirkan saya dah membaca lebih 2504 buah buku tentang taktik bola. Semua buku taktikal bola dari Totaal Voetbal nukilan Rinus Michels hinggalah ke Cerita Piala Dunia nukilan Lucius Maximus sudah saya baca papa. Kalau ada test untuk IQ bolasepak, saya yakin saya adap IQ setinggi 254! Saya memang bijak bola.

Akhir sekali semalam saya ke blog bolasepak milik peminat setan merah. Mereka menghina papa dengan kata-kata nista. Ada yang katakan papa dah tua dan tak layak jadi pemerintah Kindom of Anfield. Ada juga yang mahukan pendatang dari Sepamyol kembali semula ke Anfield dan mengambil alih tempat papa. Ini semua adalah hasutan papa! Jatuh didalam akta hasutan! Saya harap hukuman ISA dapat dijatuhkan kepada pembelot negara ini papa. Kerana itu saya sudah memfailkan laporan polis di balai polis Anfield pagi tadi.


UPDATE - 4:36PM 6th March 2010

Latest police report that I lodged is:

JANFIELD/001895/n0_t1tl3

Lodged the above police report today, against Manchester United for embarrassing Liverpool and its fans.

You Will Never Walk Alone Papa King Kenny!



Yang Benar,

Puteri Abdul Sokernet Dalglish
68

Perihal Perpindahan Torres dan Kemasukan Suarez dan Andy Carroll

Jannah Selasa, Februari 01, 2011 ,
Torres : Suarez : Carroll
26 : 24 : 22

Liverpool + Torres = Suarez + Carroll

x + 50 = 22.8 + 35

x + 50 = 57.8

x = 57.8 - 50

x = 7.8

Buat kira-kira kanak-kanak riang sekalian alam. Kita jual Abe Torres dan hanya perlu top up 7.8 juta pound untuk mendapatkan 2 pemain muda bergetah, Luis Suárez dan Andy Carroll. I say that's a good deal innit?

Kehadapan saudara Torres yang pernah kusayangi suatu ketika dulu,

Saya doakan agar abang baik-baik sahaja di Chelsea FC. Moga abang mendapat tempat di kesebelasan utama. You will always be in our hearts for the lovely goals you scored for us baby. Take care. Hugs.

Now introducing / Sekarang memperkenalkan;

Luis Suárez. 24. Uruguay. Hottie. No. 7

Andy Carroll. 22. England. Sweetie. Behave. No. 9

Harapan saya agar kombinasi mereka berdua akan menghasilkan sesuatu partnership yang indah belaka. Andy Carroll, gunalah peluang ini untuk membesar dengan baik dan kejar bintang England national team.

Handsome juga anak ikan ni.

Pfffttt.

Well hello there.

Luis Suárez, semoga your hotness berjaya mengisi kekosongan di Anfield selepas perpindahan Fernando Torres ke Chelsea.

Cute juga. Gigi rabbit. Tahun ini tahun arnab kan?

Hai.

So girls, don't be sad Abe Torres left us.

We have two new boys to play with now ;p

Welcome home boys.
16

Update pasukan Liverpool



"Namun, setiap pemain bola sepak sudah pastinya memasang impian untuk bersaing bagi memenangi sebarang trofi kejuaraan" kata mamat ni.

P/s: Sebagai rekod, Reina tidak pernah menjulang sebarang trofi kejuaraan sejak kali terakhir berbuat demikian ketika Liverpool menjadi juara Piala FA pada 2006.
53

Liverpool 1 - Blackpool 2 FT

Jannah Isnin, Oktober 04, 2010 , ,
Cubaan menulis entri penuh syahdu.

Saya pilih pasukan Liverpool untuk disokong semasa saya berumur 12 tahun.

Sekarang saya 26 tahun. Jadi, sudah 14 tahun saya seorang peminat Liverpool FC.

Sepanjang 14 tahun itu, belum pernah sekalipun saya lihat Liverpool menjadi juara Liga Inggeris. Paling atas pun kami pernah berada di nombor 2. Wait pernah ke nombor 2 ke? Atau minda tuaku telah membuat realiti sendiri?

Anyway, pada malam ini kami kalah pada Blackpool. Pasukan yang baru sahaja season ini layak ke Liga Piala Inggeris. Anfield bukan fortress lagi. Tiada sudah keadaan dimana kami tidak akan kalah di tempat sendiri.



Siapa yang tidak sedih jika pasukan yang disayangi sedang berada dalam keadaan begini? Hanya Kop yang tidak berperasaan akan berkata, aku okay sahaja Liverpool di bottom three.

Jadi, peluklah kesedihan ini, dan mari kita sama-sama berdoa agar Liverpool dapat mencari semula the missing X dalam formasi mereka. Marilah kita semua, peminat Liverpool sekalian, sama-sama memberikan 100% sokongan di belakang pasukan yang kita minati dan sayangi ini.

Akhir kata, gelaklah sepuas hati kamu, kami tidak akan tukar team, sebab kami degil dalam cinta kami pada Liverpool.


You'll Never Walk Alone.

And for fuck sake bring back Riise. He was a defensive machine. Why the fuck did we sell him off to Roma anyway?

We sorely miss you
44

Dah Da Lah Tu Menangis

Obefiend Weiland Isnin, September 20, 2010 ,
Kepada penyokong Liverpool FC usahlah sedih. Semalam sikit lagi nak menang dah korang. Aku dedicate lagu ni sebagai pngubat duka. Jom nyanyi ramai-ramai. Gantikan lagu YNWA dengan la SYH - Semalam Yang Hangat. Ada Nasha Aziz bai!



Semalam Yang Hangat

Wings

Sebelum engkau ke mari
Tiada resah, tiada khuatir
Menjelang kemesraanku
Yang dirindu hanya syahdu

Mengapa itu, mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih selamanya
Aku bukan lagi mainan dulu
Telah ku campakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam, itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup siksa

Oh ho, oh hoo, oh ho, oh hoo

Mengapa itu, mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih selamanya
Aku bukan lagi mainan dulu
Telah ku campakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam, itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup siksa

42

Liverpool 1 - West Bromwich Albion 0

Liverpool menang jua.


Abe Torres sayang bucuk intan payung guji guji saya menjaringkan gol ke 50 dalam kerjaya beliau sebagai pemain Liverpool. Juga gol pertama beliau dalam season ini. Diharapkan dengan ini maka banyak lagi gol-gol dapat dijaringkan dalam masa hadapan.

Ladies, meet Raul. Raul, meet the ladies.

Well hello there..

Hai. Saya Raul, and your name is?

Dalam berita Liverpool yang lain, kami mengalu-alukan kedatangan Raul Meireles, 27 tahun, pemain Portugal yang dibeli dari kelab Porto. Harga perpindahan 14 juta Euro.


Dan saya menerima email yang sangat comel dari Henry Mevez, yang telah menghantar gambar di bawah ini. Saya tiada komen.

Jane,

Just nak kasi gambar nih....mana tahu boleh guna dlm sokernet. Biar bergegar sikit fan2 manyoo tuh...haha...

Okay, chiow!


Ohkay?

"Ijai, siapa mamat Raul Meireles ni? Dia dulu Man Utd minat. Kenapa dia masuk Liverpool? Dah confirm dah ke? Dah la kut dah ada nombor 4 ni."

Ijai, abang saya. Dia cakap Raul ni mamat Portugal yang banyak tattoo tu. Honestly I have no idea who he was, but can't wait to find out more. 

Itu saja.
14

Bola Kembali!

Yes. Ya. Bola is back. I am happy.

Testing testing 1 2 3. Is this mike on?

Saya tak sangka Manchester United score 3 gol lawan Chelsea tempoh hari. Memang posting test 1 2 3 itu tiada kena mengena dengan permainan Charity Shield. Saya bukan Paul. Tapi jika kerna satu posting itu telah membawa kepada satu pemikiran kolektif pembaca Sokernet, dan seterusnya memberi satu bentuk sokongan bawah sedar pada pemain Manchester United, maka, all I can say is that, Wow, It's Magic!

Liverpool akan bertemu Arsenal untuk permainan pembukaan Liga. Harapan saya Liverpool akan menang bergaya 3-0, I repeat 3-0. Ini adalah sebagai satu bentuk announcement kepada dunia bahawa tahun ini, takhta juara Liga milik Liverpool FC. 

Sekian.

 

melawanmenentanggoagainstfightversusberlawanberperangdengan




22

Torres Sayang Liverpool

Jannah Khamis, Julai 29, 2010 ,
Torres


Bieber

Al kisah katanya Abe Torres ku sayang, yang sehensem Justin Bieber ini berkata, yang beliau akan meneruskan perkhidmatan di Liverpool Football Club.

Cole

Syahdan mungkin manager baru Liverpool Roy Hodgson telah berjaya memujuk Torres untuk tinggal lagi di Liverpool supaya boleh digandingkan dengan pemain baru No 10 kami, abe Joe Cole.

P/s @obefiend, we got him on a free transfer. Lol.
24

Mahu Habis Sudah Liga

Jannah Jumaat, Mei 07, 2010 ,
Oh tidak! Adakah selama ini aku terlalu leka dengan kehidupan peribadi sehingga aku tidak sedar Liverpool FC sekarang berada di tangga ke 7?

                                                                                   Mahu lebih lagi pergi sini


Dan ini bermakna kami tidak layak ke Champions League pada season depan.

OMG!! OTK!! (Oh My God, Oh Tuhan Ku)

Minggu lepas beberapa rakan di dunia Twitter ku menunjukkan rasa amarah mereka apabila Liverpool gagal menyekat Chelsea untuk merampas takhta liga EPL.

Well boo hoo.

Dah kalah nak buat macam mana. Rasanya tiada satu team bola dalam dunia ini bermain untuk kalah. Bola itu bulat.

Jadi sempena EPL menuju penutupan tirai, saya Jannah dari Kem Liverpool ingin mengucapkan terima kasih pada semua pembaca blog Sokernet kerana tanpa anda semua, siapalah kami.

World Cup 2010. Sudah pilih negara angkat masing-masing? I sokong Spain. Sebab ada Torres. Nyet nyet.
8

To: Penyokong Man United

Obefiend Weiland Isnin, Mei 03, 2010
Re : Backpass

Musim 05/06. Highbury... Steven Gerrard dan hantaran kebelakangnya kepada Henry. Same pass different angle lol!


16

Man Utd 2 - Liverpool 1

Oh haiz!

Eh kalah ek? Park Ji Sung scored the winning goal pulak tu. Wow. Hebat.

Bangga kerna dia berasal dari benua Asia. Orang kampung la kira tu kan?

Saya menonton game ini live. Warden asrama subscribe ESPN rupanya. Rupanya Cikgu Ap peminat Man Utd. Sambil nonton borak-borak pasal World Cup akan datang. First half Cikgu Jannah happy, second half dia happy. Nasib baik asrama tak kena bakar malam tu, masih ada waras akal.

Is it just me or game ini amatlah boring? Semua bermain berhati-hati. Sampaikan Park Ji Sung boleh score the winning goal. Dan Gerrard gi minum teh tarik kat tepi padang sambil borak-borak ngan linesman.

But the hero of the match, aku rasa, goes to the referee. Badan sasa macam rugby player. I got distracted from the game watching him police the boys.







So congrats Kem Manchester. Good luck menentang Bayern Munich nanti ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...