ANDA SEDANG MEMBACA

30

Seorang KING tidak Boleh Kalah Kepada Seorang SIR

Abdul Sokernet Ahad, Mac 06, 2011 ,
Dearest PAPA, HRH King Kenny

Malam ni kelab papa akan menentang kelab setan Freemason yang kini menggugat kedudukan kelab papa sebagai kelab terpaling terklasemen di England. Papa mesti berusaha lebih sikit malam ini untuk menjaga maruah semua peminat kelab Papa. Papa tahukah di website diluar sana kelab papa dimaki dan menjadi bahan lelucon? Kalimah YNWA yang menjadi zikir peminat kelab ini dimain-mainkan sebagai YENUWA YENUWA. Saya sakit hati papa. Sakit hati sangat yang kelab papa yang suatu ketika dulu gah kini hendak main di Champions League pun tak layak.

Papa,

Malam ini mainkan sahaja di Andy Carrol papa. Kelab Freemason dari Manchester tak ada pemain pertahanan utama mereka. Yang ada cuma di Ginger Bastard dan John Ohshit. Dengarlah kata-kata saya ini papa. Mainkan Carrol dan lambungkan bola tinggi. Saya dah buat simulasi dalam FIFA 10, PES 11 dan Football Manager 2011 sebentar tadi dan dalam semua simulasi ini, kelab papa menang dua berbalas kosong dengan Steven Gerrard menjaringkan gol di Kop End

Percayalah taktik saya papa. Sejak dilahirkan saya dah membaca lebih 2504 buah buku tentang taktik bola. Semua buku taktikal bola dari Totaal Voetbal nukilan Rinus Michels hinggalah ke Cerita Piala Dunia nukilan Lucius Maximus sudah saya baca papa. Kalau ada test untuk IQ bolasepak, saya yakin saya adap IQ setinggi 254! Saya memang bijak bola.

Akhir sekali semalam saya ke blog bolasepak milik peminat setan merah. Mereka menghina papa dengan kata-kata nista. Ada yang katakan papa dah tua dan tak layak jadi pemerintah Kindom of Anfield. Ada juga yang mahukan pendatang dari Sepamyol kembali semula ke Anfield dan mengambil alih tempat papa. Ini semua adalah hasutan papa! Jatuh didalam akta hasutan! Saya harap hukuman ISA dapat dijatuhkan kepada pembelot negara ini papa. Kerana itu saya sudah memfailkan laporan polis di balai polis Anfield pagi tadi.


UPDATE - 4:36PM 6th March 2010

Latest police report that I lodged is:

JANFIELD/001895/n0_t1tl3

Lodged the above police report today, against Manchester United for embarrassing Liverpool and its fans.

You Will Never Walk Alone Papa King Kenny!



Yang Benar,

Puteri Abdul Sokernet Dalglish

30 Ulasan:

ijan de bunks berkata...

fes..
jom bace

Qazwsx berkata...

hahahhahahahahahah.aram gila menganjing luqiee.jgn bro nt dia wat report dgn no siri JTRAZAK kang..hahhaartikel yg superb

Cob Nobbler berkata...

bedol..ko lupa ke nak mintak 800 juta pound?

tu penting tu!~

Emoon Zulhilmi berkata...

kah kah kah...
jenis komen dulu baru baca!


GGMU!

Azfar Ridhwan berkata...

haha. Masih ade lg akta hasutan luqiee tu. Hahaha

Qazwsx berkata...

emoon:ak tgk secara kasar dlu entri dh tergelak terus komen baru baca entri sepenuhnya.walaupun ak peminat liv,walaupun entri agak menganjing,tapi ak rasa penganjingan itu dituju kepada luqiee.hahaha

Emoon Zulhilmi berkata...

incik nu_ox3r..
gua tak cakap lu lah..
hahaha..
=)

Qazwsx berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Emoon Zulhilmi berkata...

ak tu apa?
macammana sebut?
saya dari kampung..

Qazwsx berkata...

mmg la ko xckp psl ak.tapi ak pn xbca artikel dlu.trus komen.haha

Zinedine Zaiddin berkata...

Hahahaa..PUTERI ABDUL SOKERNET?

HAHAHAHAHAHAHA

Harap2 Liverpool menang malam ni. Exploit kelemahan Mencipap United sehabis mungkin!

fadhli berkata...

KAHKAHKAH
sial lawak gila

afterc berkata...

eja nama papa sendiri pun tak tau ke? Dalglish la ngok!

Encik Akmal berkata...

SRS BSNS!

Streetwizer berkata...

gua smpai proofreading nak baca artikel nih....


mmg terbaek...kah kah kah!!!

-KingSyahmi- berkata...

mane entri nak up arsenal seri?

nk baca komen TTB

ijan de bunks berkata...

gunners seri..
saya gunners saya ok!

blitz berkata...

anakkaklimah mana?

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@ -KingSyahmi-
Saya masih lagi bergembira dengan kejayaan Safee Sali menjaringkan gol pertamanya di Liga Indonesia dan juga kemenangan Perak keatas Sime Darby Jumaat lepas.

Cerita BPL saya letak ketepi buat seketika.

Apapun, seperti keseluruhan peminat Arsenal, kami semua OK.

hellghast berkata...

mcm haram!!! surat dari puteri Abdul Sokernet kepada Papa...terbayang abdul Sokernet pakai baju gaun ketika menaip watikah ini hahaha!!!

kalau kalah liverpool,aku yakin watikah tu tak sampai ke Papa King Kenny,tetapi sampai kepada Papa Rich...Hahaha!!!

*aksara utk mlm ini wadvivi

hellghast berkata...

3-1 sudah...mari menganjing Man Lu hahaha!!!

talkIZcheap! berkata...

saya masih gembira dgn kejayaan Kelantan di Piala FA, cerita bola sepak eropah saya letak kat bawah kerusi buat seketika...

sekian, terima kasih...

GGMU!

Tanpa Nama berkata...

Mencipap United..
one more game..get a hatrixxxx
KAHKAHKAHKAHAHHAAHHH

adinda anna liyana berkata...

memandangkan aku nk berubah..komen kena slow sket...

tak laratlah nk layan komen2 menganjing, tapi teruskanlah..

minggu ni mmg minggu menganjing MU...nk buat lagu mana...

Ozgur Cek berkata...

3-1....ptuihhh!!
YNWA!!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

kalah? apeadehal.. klasemen kan..

GGMU

ijan de bunks berkata...

sabar je la man u sekalian..
da 2 mggu kalah berturut2..
harap jgn guna alasan bila lg org nk doggy man u sbb nmpk gayenya mcm tiap2 minggu dpt doggy man u...

kulu Muhammad. berkata...

senasib je jang ni ngan mencipap united,,,

kareem berkata...

yana dah habis emo ke? adehh..dah lali la tu ngan kekalahan...kehkehkeh

Arajo Dilangit berkata...

rasenya surat nie laa yg wt liv menang...hahahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...