ANDA SEDANG MEMBACA

18

Hillsborough, 15 April 1989

Ahmad Fairuz Jumaat, April 13, 2012
Saya sering menjauhkan pandangan dari melihat sesuatu kemalangan yang berlaku dihadapan mata. Sebagai contoh, jika ada sekujur tubuh seorang pemandu motosikal yang terbaring ditepi jalan dengan darah yang berlumuran, saya akan memalingkan pandangan kearah yang bertentangan tatkala memandu melepasi mangsa itu walaupun saya sendiri tidak tahu sekiranya beliau masih hidup atau sudah mati.

Mungkin ada diantara anda yang tidak peduli dengan kesengsaraan atau kesakitan yang dialami oleh orang lain dengan alasan itu bukan ‘K.P.I’ anda. Mungkin juga ada diantara anda yang gemar menyaksikan kejadian ngeri. Malah mungkin jika ada lagi banyak darah yang mengalir, anda jadi tambah berahi. Mujurlah naluri sadis seperti itu bukan naluri saya. Bagi saya, kesengsaraan dan kesakitan sudah cukup menyayatkan hati apatah lagi kematian hatta mengenangkan sesuatu kejadian maut itu sahaja sudah cukup untuk menyedihkan saya, inikan pula mengenangkan kejadian maut yang sepatutnya boleh dielakkan. Cukup menyedihkan.

23 tahun yang lampau satu kejadian malang dan ngeri telah berlaku di Hillsborough, stadium bolasepak kepunyaan Sheffield Wednesday. Disini, seramai 96 orang penyokong kelab bolasepak Liverpool telah terkorban akibat himpitan dan henyakan yang amat dahsyat, nahas yang telah terbukti disebabkan oleh kekurangan kawal selia dari pihak polis dan sikap acuh tidak acuh FA England.



Tanggal 15 April 1989 merupakan tarikh berlangsungnya pertandingan separuh akhir piala FA diantara Liverpool dan Nottingham Forest. Seperti tahun sebelumnya yang juga menemukan pasukan yang sama di peringkat yang juga sama, Hillsborough sekali lagi telah dipilih sebagai lokasi perlawanan. Lazimnya perlawanan yang penting sebegini memaksa pihak penganjur memisahkan penyokong kedua pasukan didalam stadium. Kali ini berbeza dari tahun sebelumnya yang berlangsung dengan amat lancar, penyokong Nottingham Forest pada petang 15hb April itu telah diperuntukan tempat di bahagian ‘Spion Kop’ stadium yang boleh menempatkan 21,000 penyokong, ruang yang jauh lebih besar dari ‘Lepping Lane End’ untuk penyokong Liverpool yang hanya boleh mengisi 14,600 penonton dan secara lojiknya sahaja sudah menjanjikan malapetaka.

Atas arahan siapakah pertukaran tempat untuk penyokong didalam stadium ini tidak seperti tahun sebelumnya? Tahukah mereka bahawa Liverpool mempunyai jumlah penyokong yang nyata lebih ramai dari Nottingham Forest pada ketika itu? Perancangan oleh pengurusan baru yang sungguh menghairankan.

Bahagian teres stadium zaman itu dibahagikan kepada seksyen berpagar atau ‘pen’ yang boleh mengisi penonton didalam kapasiti yang tertentu. ‘Pen’ ini pada awalnya telah diperkenalkan untuk mengelakkan penyokong pasukan lawan yang datang awal ke stadium semata-mata untuk memenuhi bahagian tempat duduk penyokong pasukan tuanrumah (satu perkara yang dilakukan untuk menyakitkan hati penyokong tuan rumah). Sebagai contoh, bahagian teres A yang boleh memenuhi 9,000 penonton telah dipecahkan kepada 3 seksyen berpagar atau ‘pen’ yang boleh mengisi 3,000 orang setiap seksyen. Sekiranya penyokong lawan yang datang awal memasuki salah satu seksyen, sekurang-kurangnya ada dua lagi seksyen yang boleh diisi oleh penyokong tuan rumah.

Ketika itu masih wujud bahagian teres tanpa tempat duduk (‘standing’) didalam stadium. Tiket untuk teres tanpa tempat duduk adalah murah (sesuai dengan taraf hidup penyokong bolasepak di England ketika itu yang kebanyakkannya pekerja kolar biru) dan boleh mengisi penyokong yang secara tradisinya akan berdiri beramai-ramai dan bersorak sambil bersesak-sesak. Walaupun tiket ini murah, salah satu keburukan bahagian tanpa tempat duduk sebegini ialah dari aspek kesukaran mengawal tiket dari dipalsukan kerana tidak seperti ‘all-seater’ stadium, tiket tidak dapat dikenalpasti dengan nombor tempat duduk. ‘Lepping Lane End’ ialah bahagian teres tanpa tempat duduk.



Pada petang yang malang itu, stadium telah mula dibanjiri penyokong kedua-dua pasukan (gambar atas menunjukkan keadaan diluar stadium pintu masuk 'Lepping Lane End'). Masih ada penyokong tanpa tiket yang tetap datang dan ini merupakan perkara biasa dimana-mana perlawanan penting. Mungkin juga ada dari mereka yang datang dengan memegang tiket palsu. Umum maklum bahawa masalah kehadiran jumlah penyokong yang ramai ini adalah diluar kawalan tetapi sistem yang terancang dan sesuai sepatutnya harus ada untuk mengawal masalah ini.



Sistem pintu masuk di Hillsborough ketika itu dikawal oleh pintu pusing (‘turnstile’) dan sekiranya penonton mempunyai tiket, beliau akan dibenarkan masuk ke dalam teres dan jika tiada tiket beliau akan diarahkan keluar melalui pintu lain. ‘Turnstile’ di bahagian ‘Lepping Lane End’ tidak mencukupi untuk menampung kemasukan penyokong Liverpool yang ramai dan ditambah pula dengan sistem pengawalan yang tidak bagus, mereka yang telah memasuki turnstile tetapi tiada tiket akan tersekat diantara pintu masuk dan teres stadium. Memburukkan lagi keadaan, jalanraya M62 dari bandar Liverpool sedang dibaik pulih mengakibatkan kesesakan lalulintas dan ramai penyokong yang datang dari arah sana tiba agak lewat dan berebut untuk masuk ke stadium didalam tetingkap masa yang amat singkat.

Jam 2:45 petang dan penyokong Liverpool yang sudah mula memenuhi teres ‘Lepping Lane End’ semakin ramai dan berpusu-pusu memasuki pintu pusing dan kemudian pula terpaksa melalui terowong sebelum boleh memasuki ‘pen’ yang telah sedia penuh.



Jam 2:55 petang dan tinggal lagi 5 minit sebelum sepak mula tetapi dilaporkan kira-kira 5,000 penyokong Liverpool masih belum berjaya memasuki stadium. ‘Lepping Lane End’ semakin padat. Melihatkan keadaan seolah-olah pintu pusing yang dibuka tidak mecukupi, pihak polis yang mengawal dibahagian pintu masuk membuka beberapa lagi pintu yang sepatutnya digunakan sebagai pintu keluar tanpa mengambil tahu keadaan penonton dibahagian teres didalam. Keadaan semakin sesak.

Kenny Dalglish didalam bukunya menceritakan bahawa kekecohan dan kesesakan yang semakin meruncing itu langsung tidak beliau ketahui. Kebiasaannya, jika kapasiti setiap ‘pen’ sudah dipenuhi, pihak penganjur akan membuka ‘pen’ sebelah atau menahan dari kemasukan penyokong yang baru tiba tetapi pada petang itu semuanya kelihatan lancar dimata beliau dan Brian Clough, pengurus Nottingham Forest.

‘Lepping Lane End’ semakin padat. Yang terselamat dari malapetaka itu ada menceritakan bahawa himpitan itu terlalu teruk hinggakan kaki mereka terangkat, tidak dapat menjejak tanah dan pernafasan menjadi amat sukar. Tetapi pihak penganjur masih meneruskan perlawanan dan tidak membuat apa–apa pengumuman tentang keadaan ini. Sepatutnya perlawanan harus ditangguhkan sementara dan sistem ‘PA’ didalam stadium digunakan untuk memberitahu penonton yang masih cuba masuk untuk bertenang atau kawalan dipintu masuk ‘Lepping Lane End’ ditutup terus dari kemasukan penonton. Ini tidak berlaku. Penyokong Nottingham Forest yang berada di ‘Spion Kop End’ juga langsung tidak tahu tentang himpitan maut di ‘Lepping Lane End’ itu sehinggalah perlawanan yang baru bermula diberhentikan.



Tepat jam 3 petang, sepak mula.

Diluar, penyokong yang mendengarkan sorakan dari dalam stadium menandakan perlawanan sudah bermula semakin bersemangat untuk terus juga masuk. Mereka menolak untuk memasuki stadium tanpa mengetahui bahawa tolakan mereka itu menghimpit penyokong yang sudah bersesak didalam. Mereka yang terhimpit dibahagian depan teres ‘Lepping Lane End’ menerima tekanan yang amat dahsyat. Pihak polis dan penganjur masih tidak melakukan apa-apa.

Minit ke-6 perlawanan, pengadil memberhentikan perlawanan atas nasihat pengawal stadium yang masuk ke padang. Ada dari penyokong Liverpool yang berjaya memanjat pagar dan turun ke padang mula berlari kearah papan iklan di tepi padang lalu memecahkannya untuk dijadikan ‘stretcher’ mengangkat mangsa-mangsa himpitan. Kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan sementara Kenny Dalglish dibawa ke bilik 'PA system' untuk membuat pengumuman agar penonton kembali tenang.

94 orang maut didalam trajedi pada petang itu manakala 2 lagi mangsa mati di hospital.



Didalam laporannya ‘The Hillsborough Stadium Disaster’, Lord Justice Taylor ada menyebut bahawa kejadian di Hillsborough itu bukanlah sesuatu yang unik malah di musim 89/90, kejadian yang hampir sama telah berlaku di stadium kelab Coventry dan Middlesborough tapi mujur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Trajedi di Hillsborough telah merubah lanskap bolasepak di England. Salah satu dari perubahannya ialah pemansuhan teres tanpa tempat duduk di stadium dan lokasi yang ditentukan oleh FA England dan ini telah mengakibatkan harga tiket untuk menyaksikan perlawanan bolasepak dikebanyakkan stadium semakin mahal. Tambahan pula, bumbung harus disediakan untuk teres dengan tempat duduk. Juga dengan adanya tempat duduk, kawalan tiket bernombor dapat dilaksanakan untuk mengesan tiket palsu. Terdapat banyak lagi pembaharuan di stadium untuk keselamatan telah diutarakan oleh Lord Justice Taylor didalam laporannya itu, termasuklah dari aspek rekabentuk stadium, cara kawal selia stadium dan akta undang-undang yang berkenaan.

Saya tidak mahu menyentuh isu akhbar The Sun pada 19 April 1989 yang menyiarkan penipuan secara terbuka, memburukkan penyokong Liverpool di muka hadapannya berkenaan kejadian di Hillsborough. The Sun ialah suratkhabar bodoh yang hanya menimbulkan isu sensitif bertujuan untuk menambahkan jualan. Contoh tabloid yang menjijikkan.



Sebagai penyokong bolasepak, sejujurnya saya merasakan bahawa trajedi Hillsborough mungkin dapat dielakkan sekiranya pihak berwajib telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih tepat, bertanggungjawab, terperinci dan tidak hanya bagai melepaskan batuk ditangga. Ia mungkin boleh berulang di mana-mana stadium dan seperti yang kita ketahui, malang tidak berbau.

Dengan sistem pengawalan keselamatan dan perancangan yang sambil lewa, nyawa anda atau nyawa mereka yang anda sayangi mungkin didalam bahaya dan ini bukan tertakluk kepada perkara berkenaan bolasepak sahaja. Ia merangkumi segala aspek kehidupan.

“Hillsborough, 15 April 1989 – In Memory”

#YNWA ./

18 Ulasan:

atan berkata...

First!!


kamon la, cuba lagi, try harder.

Hazard Ali berkata...

Ya.. ya. Apa jua yang memburukkah Liverpool, pastinya memiliki tahap kekejian yang cukup tinggi dan menjijikkan.

Namun bukan itu persoalannya kan? TRAGEDI ini menjadi bukti, bahawasanya kegilaan sukan bolasepak mampu mencetus senario yang cukup TRAGIK, seperti ini.

Dan sekiranya tidak apa tindakan yang diambil untuk menyembuhkan kemelut pengurusan bolasepak di Malaysia sendiri, aku rasa nahas yang bakal berlaku dalam arena bolasepak negara mampu menjadi lebih buruk daripada ini.

RIP to those 96 poor souls, and million condolences to each and every famil member of theirs.

amni berkata...

thanx pak kordi... terasa membaca buku sejarah... =)

Pet Shop Boys berkata...

I wish i was there...

ijan de bunks berkata...

sejarah hmmmmm

azlanhashim berkata...

HISTORY CHANNEL

cantona79 berkata...

Dalam bolasepak tragedi seumpama ini menyatukan kita semua, tidak kira team anda sendiri atau bukan. Munich or Hillsborough, both tragedies forever in respective teams' memory.

Cob Nobbler berkata...

JFT96.

Rest in Peace.

Jimmy Stracqualursi berkata...

hillsborough sekarang dah cantik wo, tapi sayang la shef wed macam bangang

izat123 berkata...

momen2 hillsbourg ni kerap berlaku dalam perkhidmatan KTM gampang malaysia pada waktu waktu puncak.

ronalbi berkata...

azlan hashim, hisap konek abang meh. meh. respect la dengan tragedi yang menimpa insan yang tak lagi bernafas seperti kau bernafas sekarang. kau ingat tulisan history channel ber capslock kelakar?

butoh!

r.k berkata...

i hate manu . but i dont like others except chelsea .

still , respect and humanity given when its due .



R.I.P

p/s : Liverpool is Evertons' bitch .

gundah gulana berkata...

congrate pakkordi sebab bagi pelajaran dan pengatahuan yang berguna

RIP

ronalbi berkata...

citi menang 6-1. hebat kan?

EQUILIBRIUM berkata...

This disaster might well be avoided IF english authority and #lfc fans remember what they did in Heysel 1985. But they easily forget just like malay. One good thing from this Hillsborough disaster is the security in stadium was improved.

safichan berkata...

Always play victim, its never their fault...heysel anyone??? 5 years banned in europe...anyway for those who died...RIP...but like i mentioned earlier...its always not their fault...

Maniax berkata...

Hazard Ali sgt serius.

hantuLongkang berkata...

heysel != hillsborough...
thus the 'amicizia' ffs...

are you listening?..nah..it seems you'd never listen anyway..

//'!=' --> not equal to

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...