Memaparkan catatan dengan label FAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FAM. Papar semua catatan
54

Astro Tabur Duit 2: Apa Yang Kita Tidak Mahu Terjadi

LuciusMaximus Selasa, Januari 04, 2011 , , ,



Walauweh!

Semalam aku sudah memperkatakan tentang tajaan lumayan Astro dalam Liga M. Sejumlah RM220 juta atau lebih bakal dihulurkan kepada FAM selama 4 musim. Mengikut kata FAM, mereka berharap dengan adanya peruntukan sebesar ini usaha untuk menjadikan Liga M sebagai liga bolasepak terbaik di Asia bakal menjadi kenyataan.

Aku tidak ada halangan pun dengan tajaan Astro ini. Kapitalis? Ya memang benar. Bolasepak adalah sukan, hiburan dan juga perniagaan. Astro tidak akan melabur wang begitu banyak jika mereka tidak merasakan bahawa pelaburan mereka boleh menjana keuntungan semula. Disebabkan mereka melihat adanya keuntunganlah maka Astro berani menawarkan tajaan lumayan seperti itu (pembida yang lain, khabarnya TM hanya menawarkan tajaan bernilai RM10 juta setahun).

Ada dari kita yang bercakap bolasepak Malaysia bakal dikomersialkan dan tidak lagi jadi liga bolasepak rakyat marhaen. Tetapi jika FAM mahu menjadikan Liga M yang terbaik di Asia maka kita perlu komersialisasi bolasepak kita. Kita perlu wang untuk jadikan Liga M terbaik di Asia. EPL benar-benar buat duit kerana menjual hak penyiaran dan langkah itu menjadi ikutan liga bolasepak lain di Eropah.

Tetapi nilai wang adalah subjektif. Contohnya kalau hari ini kerajaan umum mahu beri setiap nelayan RM500 sebulan selama 4 tahun itu tidak menjamin kemiskinan di kalangan nelayan dapat dibasmi dalam tempoh 4 tahun. Khususnya kalau RM500 itu dibelanjakan untuk lepak tepi pantai main dam dua tiga papan. Namun sebaliknya jika RM500 itu digunakan untuk meningkatkan produktivi dan hasil tangkapan, tidak mustahil ada nelayan yang tidak lagi memerlukan bantuan RM500 sebulan dan boleh berdikari sendiri dalam tempoh kurang dari 4 tahun.

Makanya, bagaimana FAM membelanjakan RM220 juta itu yang akan menentukan sama ada Liga M boleh jadi terbaik di Asia dan Lisa Surihani boleh bermain tendangan penalti dengan Khairul Fahmi sambil lucut pakaian.

Satu masa dulu di zaman Malaysia bermain bolasepak sebenar, Liga M kita sangat popular dan mewah. Jumlah penonton yang datang ke stadium tidak boleh dikira dengan jari tangan atau kaki. Dan liga bolasepak kita sangat mewah sehingga pasukan negeri boleh pergi ke Eropah untuk perlawanan pemanas badan dan setiap pemain mampu memiliki sebuah Honda Civic ‘mayat’ denganduit bermain bola.

Sumber kemewahan bolasepak kita pada waktu itu selain kerana kepadatan penonton di stadium adalah kerana wang tajaan yang dihulurkan oleh Dunhill. Khabarnya sebanyak RM33 juta setiap tahun untuk tempoh 10 tahun lamanya, membawa kepada jumlah penuh RM330 juta!

Dengan tajaan RM330 juta yang dihulurkan dulu semestinya setiap pasukan negeri ada akaun kewangan yang kukuh sehingga ke hari ini. Semua pemain sepatutnya dapat makan gaji dengan aman, caruman KWSP dibayar setiap bulan dan jika dulu Honda Civic ‘mayat’ menjadi pilihan pemain kini ianya bertukar kepada Honda Civic Type R. Dan setiap pasukan negeri ada akademi bolasepak masing-masing. Tapi realitinya tidak. Jangankan akademi bolasepak, laman sesawang pun tak berapa nak ada!

Ke mana perginya RM330 juta duit Dunhill dulu? Salah, bukan ke laut. Ke poket entah siapa-siapa.

Sekarang kita bercakap tentang RM220 juta untuk tempoh 4 tahun pula. Dan duit Astro ini kalau tidak diguna dengan betul jawabnya sama macam duit Dunhill dulu.

Dan kalau dilihat pada struktur bolasepak Malaysia yang unik, risiko itu memang ada.

Aku pernah menekankan dulu bahawa struktur liga bolasepak kita perlu dirombak. Perlu banyakkan kelab bolasepak dan mansuhkan penyertaan pasukan negeri dalam liga. Sebabnya adalah mudah, kalau kita ada banyak kelab bolasepak lebih banyak peluang untuk mencungkil bakat bolasepak baru. Dan kenapa pula perlu dimansuhkan pasukan negeri dalam liga? Kerana selagi ada pasukan negeri dalam liga selagi itulah pasukan kelab tidak dapat hidup kerana ketandusan penyokong. Kalau satu Kelantan sokong Kelantan FA siapa yang nak sokong Kota Bharu United, Tumpat FC atau Gua Musang Pontianaks?

Tapi itu baru satu sebab kenapa pasukan negeri perlu dimansuhkan dari bermain dalam liga bolasepak tempatan. Sebab yang kedua pula ialah kerana pasukan negeri ini parasit. Penghisap darah. Yang banyak mensia-siakan RM330 juta duit Dunhill dulu ialah suku-sakat pasukan negeri ini.

Ini bukan aku meroyan seorang tak tentu pasal. Ini benda yang betul, bukan dongeng. Malahan FAM sendiri pun pernah mengakui kekecewaan mereka dengan sikap pasukan negeri. Sayang macam mana pun aku kepada pasukan Perak dalam Liga Super aku tetap masih rela ia dimansuhkan jika ianya boleh membawa kebaikan kepada bolasepak Malaysia.

Apa masalah dengan pasukan negeri? Jawapannya senang, pasukan negeri yang ada sekarang semuanya di bawah kendalian FA negeri masing-masing.

Apa salahnya kalau FA negeri ada pasukan sendiri dalam Liga M? Salah kerana Boca Juniors, Liverpool, Bayern Munich, Urawa Reds dan Persija Jakarta yang bermain di liga negara lain itu semua bukannya pasukan milik FA. Mereka adalah kelab bolasepak. Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang mempunyai liga bolasepak yang disertai oleh pasukan negeri mewakili FA negeri masing-masing.

Parasit FA negeri inilah yang sebenarnya menelan sejumlah besar RM330 juta sumbangan Dunhill dulu. Mereka dapat duit peruntukan dan ianya digunakan untuk menanggung kos pasukan negeri masing-masing. Oleh kerana ianya sebuah pasukan bolasepak milik persatuan, tidak ada seekor pun kakitangan yang terfikir hendak mencari sumber kewangan yang lain. Semua hanya tahu nak perabih duit yang ada.

Dan situasi ini diburukkan lagi dengan hakikat setiap FA negeri ini dipenuhi dengan orang politik. Malah sehingga ke hari ini kita melihat senario yang serupa.

Tidak ada salahnya orang politik terlibat dalam sukan asalkan tujuan mereka untuk membantu membangunkan sukan tersebut dengan pengaruh dan kepimpinan politik yang ada pada diri mereka. Yang salah ialah apabila orang politik ini menggunakan sukan untuk tujuan kepentingan politik masing-masing.

Di Malaysia, oleh kerana liga bolasepak kita melibatkan penyertaan pasukan negeri ianya sekaligus menjadikan bolasepak sebagai sukan pilihan ramai ahli politik untuk disalahgunakan. Kenapa? Kalau pasukan negeri kamu menang Piala Malaysia dan kamu pula presiden atau pengerusi FA negeri itu, bukankah itu akan meningkatkan populariti politik kamu?

RM330 juta yang ada dulu habis begitu saja kerana setiap pemimpin politik yang menerajui FA negeri masing-masing berbelanja besar untuk menguatkan pasukan negeri. Jika pasukan negeri muncul juara liga atau Piala Malaysia, tokoh politik tersebut boleh tumpang glamer. Contoh paling ketara, kegilaan berbelanja besar Pahang FA satu masa dulu dalam dekad 1990-an untuk menjuarai Piala Malaysia. Sekarang apa cerita Pahang FA? Tanya Pipiyapong.

Aku tidak akan bercerita soal rasuah atau songlap duit. Itu kita sendiri mahu ingat. Apabila populariti liga bolasepak tempatan mula merosot dan Dunhill menghentikan penajaan (kerana undang-undang kerajaan yang menghalang syarikat rokok dari menjadi penaja sukan), semua FA negeri yang ada kehilangan sumber kewangan mudah. Kemudian timbul isu pemain tidak dibayar gaji serta caruman KWSP yang mewarnai bolasepak tempatan.

FAM yang sebenarnya makan hati dengan FA negeri. Bila Harimau Malaya bermain macam Kucing Malaya dulu semua pihak menuding jari pada FAM tapi yang sebenarnya FA negeri juga bersalah. Grassroot development, atau pembangunan akar umbi sepatutnya bermula dari FA negeri. Tapi aku nak tanya berapa kerat FA negeri yang ada menganjurkan liga bolasepak negeri atau membuka akademi bolasepak di peringkat negeri secara berkesan? Jawab.

Kalau ada pun, hangat-hangat tahi ayam. Sampai ke hari ini semua FA negeri lebih sibuk menguruskan pasukan negeri masing-masing. Duit Dunhill dulu semua labur ke pasukan negeri, sekarang pun fesyen yang sama. Kalau tak cukup duit, presiden dan pengerusi FA negeri yang lazimnya Menteri Besar negeri tersebut akan suruh anak syarikat kerajaan negeri jadi penaja, cetak nama syarikat di jersi. Duit rakyat pula yang ke laut.

Sebab itu bolasepak Malaysia juga ke laut. Apa fungsi FA negeri? Adakah Kedah FA itu kerjanya nak jaga 25 pemain skuad Liga Super negeri Kedah atau membangunkan bolasepak negeri Kedah? Yang mana satu lagi penting bagi Kedah FA?

Aku bagi contoh mudah. Manchester FA yang letaknya di Manchester, England. Mereka tidak menghantar pasukan bermain dalam EPL. Kelab seperti Manchester United dan City juga bukan milik mereka. Jadi apa kerja Manchester FA? Buat akademi, buat program, buat klinik dan buat bengkel bolasepak. Untuk pemain dan juga untuk pengadil. Anjur dan uruskan liga di dalam kawasan Manchester. Menjadi persatuan yang bertanggungjawab untuk semua hal ehwal bolasepak dalam Manchester. Ya Manchester FA juga ada pasukan bolasepak mereka tetapi hanya bertaraf amatur, sekadar untuk suka-suka bermain dengan FA lain di England seperti Liverpool FA atau Birmingham FA.

Itu formula yang sebenarnya. Kalaulah semua FA negeri di Malaysia buat perkara yang serupa. Kalaulah.

Aku sebut tadi FAM sebenarnya makan hati dengan FA negeri. Manakan tidak, RM330 juta yang Dunhill hulur dulu FAM terpaksa kongsi dengan FA negeri. Harapkan hati FA negeri guna untuk bangunkan bolasepak negeri masing-masing tapi lain jadinya. Duit yang ada digunakan untuk beli pemain supaya pasukan negeri menjadi yang terkuat dan pemimpin negeri dapat populariti.

Dan Sultan Bola serta FAM sendiri tidak dapat berbuat apa-apa. Ini kerana FA negeri juga penuh dengan ahli-ahli politik yang ada kuasa dan pengaruh, orang kuat parti contohnya UMNO. Itu belum kira dengan penaung setiap FA negeri yang merupakan sultan atau yang dipertua negeri tersebut. Jadi benda ini sudah jadi masalah politik tahap dewa. Tapi itu cerita lain. Ini Sokernet bukan Tukar Tiub.

Atas sebab yang sama juga FAM sebenarnya tidak mampu menghalang FA negeri dari menghantar pasukan negeri menyertai liga bolasepak tempatan. FAM memang komited untuk membangunkan kelab bolasepak di Malaysia, malahan wawasan FAM ialah masa depan liga tempatan disertai oleh kelab-kelab bolasepak. Tetapi berpuluh sudah kelab bolasepak muncul dan bungkus kerana dibayangi pasukan negeri. Sedangkan di Korea Selatan dan Jepun kelab-kelab bolasepak mereka semakin matang dan maju. Bahkan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura juga sudah lama beralih ke arah mewujudkan lebih banyak kelab profesional.

Bolasepak kita tidak akan maju jika liga kita hanya melibatkan 14 buah pasukan negeri dan setiap FA negeri hanya berfungsi menjaga pasukan masing-masing. Begitu juga dengan hal pengurusan kewangan bolasepak, kita tidak akan dapat belajar menguruskan kewangan pasukan dengan betul. Sebuah FA negeri yang menguruskan pasukan mereka tidak ada tanggungjawab kewangan yang besar. Tapi sebuah kelab berbeza, mereka berfikir seperti satu organisasi perniagaan. Ada tanggungjawab kepada pemegang saham dan penyokong. Perlu pandai cari duit dan buat duit.

Sekarang ini, Astro dengan rela hati bersedia menghulurkan RM220 juta untuk 4 musim kepada FAM. Tetapi macam aku cakap tadi, dengan struktur dan sistem bolasepak yang kita ada sekarang, kita bakal berdepan senario yang serupa ketika era Dunhill dulu. Tidak mustahil semua FA negeri bakal menjadi parasit, menagih dari FAM sebahagian dari RM220 juta itu untuk jalan pintas menjadikan pasukan masing-masing kuat dan mungkin buat mengisi poket orang tertentu.

Inilah isu yang aku mahu bangkitkan dan dijadikan peringatan serta renungan buat kita semua. Bukan soal terpaksa melanggan Astro untuk menonton perlawanan Liga M, bukan soal terpaksa tengok di mamak dan bukan soal dapat siaran Astro atau tidak jika hujan. Dan pastinya juga bukan nak alih perhatian dari cerita Chelsea. Jangan berfikir guna kepala bana.

RM220 juta hanya angka. Nilai RM220 juta itu pula, bergantung pada bijak atau bangang cara penggunaannya.

Aku harap sangat ianya bukan bangang.
67

Astro Tabur Duit: Kebaikannya Untuk Bolasepak Malaysia

LuciusMaximus Isnin, Januari 03, 2011 , , ,



Den Kayo!

Tahniah kepada FAM kerana akhirnya mula dipandang tinggi. Pingat emas Sukan SEA 2009, Piala AFF pula pada tahun 2010 telah berjaya membuat bolasepak kita kembali sebagai sesuatu yang dibanggakan. Tahniah!

Dengan kejayaan ini semua, aku yakin ada segelintir dalam FAM yang kini merasakan apa yang mereka buat selama ini untuk bolasepak Malaysia adalah betul. Bahawa meneruskan liga bolasepak terdiri dari pasukan negeri adalah betul. Mencampur adukkan pasukan negeri dan kelab dalam liga juga adalah betul. Menubuhkan pasukan pemain muda seperti Harimau Muda untuk bermain dalam liga juga betul. Menghantar mereka ke Slovakia juga betul. Mengekalkan Pahang dalam Liga Super juga betul.

Betul kerana kita sudah menggondol pingat emas Sukan SEA dan Piala AFF. Maka kaki kompelin macam aku sepatutnya diam.

Dan betapa betulnya FAM selama ini telah dibuktikan dengan lebih nyata lagi bila Astro bertindak memberi tajaan lumayan RM220 juta untuk tempoh 4 musim!

Setakat artikel ini ditulis, maklumat yang aku dapat korek mengenai tajaan lumayan ini ialah jumlah keseluruhannya adalah RM220 juta untuk musim 2011 hingga musim 2014. RM120 juta dalam bentuk hak penyiaran di mana Astro menjadi penyiar rasmi Liga M dengan bayaran RM30 juta setiap musim kepada FAM. RM100 juta lagi adalah untuk tujuan promosi luar padang, sekitar RM25 juta setiap musim barangkali. Astro dan FAM juga telah bersetuju untuk berkongsi keuntungan jika ada. Maka nilai keseluruhan yang mungkin diterima FAM boleh melebihi RM220 juta untuk 4 musim tersebut.

Dalam konteks bolasepak kita, ini bukan nilai yang sedikit. Dunhill pernah menaja liga bolasepak tempatan dengan kadar RM33 juta setiap tahun. TM pula pernah menjadi penaja sebelum Astro dengan nilai tajaan berjumlah RM8 juta setiap tahun. Tetapi Astro bakal melaburkan RM55 juta (RM30 juta hak penyiaran dan RM25 juta promosi) kepada FAM setiap tahun!

Tajaan lumayan begini memang sangat-sangat diperlukan oleh FAM dan Liga M yang selama ini beroperasi dengan bajet yang ciput. Dan pastinya kesan tajaan ini dapat memberi kebaikan kepada bolasepak Malaysia.

Bagaimana agaknya liga bolasepak kita selepas ditaja oleh Astro?

Kebaikan Dari Astro

Astro, seperti yang kita tahu adalah stesen TV berbayar yang menyajikan kita dengan banyak aksi sukan selama ini, khususnya bolasepak. Produk bolasepak utama mereka pastinya EPL, diikuti dengan siri perlawanan liga Eropah yang lain. Awalnya Astro banyak mengharapkan program yang disediakan oleh ESPN dan Star Sport, tetapi sejak kebelakangan ini Astro juga mula menonjolkan program sukan in-house mereka sendiri melalui saluran Astro Supersport dan Arena.

Dengan kepakaran dan kelengkapan yang dimiliki Astro, adalah mudah untuk mereka bertindak selaku penyiar rasmi perlawananan Liga M yang terdiri dari Liga Super dan Liga Perdana. Kita berkemungkinan bakal disajikan dengan program perlawanan yang lebih terperinci, lengkap dengan analisis dan perlawanan dan sebagainya seperti yang selalu kita tonton dalam siri perlawanan EPL. Tidak cukup dengan itu, kita mungkin disajikan dengan program-program supplementary ala Maxis Football Extra atau Castrol Football Craze, juga FourFourTwo versi tempatan bernama EmpatEmpatDua?

Astro mempunyai keupayaan untuk melakukan semua di atas dan lebih lagi. Liga bolasepak kita memang kurang dari segi promosi. Berapa kali apabila kita membuka suratkhabar setiap hari dan disajikan dengan berita EPL sehingga 2 atau 3 mukasurat sedang bolasepak tempatan hanya satu artikel?

Kurangnya promosi bermakna kurangnya minat rakyat Malaysia kepada liga tempatan. Kerana kita ketandusan maklumat, berita dan juga gosip. Kita tahu dan arif mengenai perpindahan pemain luar ke kelab lain dan nilai bayarannya tetapi kita tidak tahu apa-apa mengenai pergerakan pemain tempatan. Namakan 25 pemain Kedah untuk musim akan datang dan kita semua akan ternganga mulut. Namakan 25 pemain Manchester United setiap permulaan musim dan kita ada maklumatnya.

Kita tahu jadual perlawanan EPL setiap minggu. Selepas semua perlawanan minggu tersebut dimainkan, hari Isninnya kita bakal disajikan dengan program ulasan mingguan atau rebiu dari ESPN atau Star Sport. Dan seminggu sebelum perlawanan berikut dimainkan kita akan diberikan prebiu perlawanan akan datang, lengkap dengan tilikan oleh pundit bolasepak.

Astro ada keupayaan untuk menjadikan Liga M seperti itu. Dan juga keupayaan untuk mungkin meletakkan Lisa Surihani dalam satu program bolasepak santai dan menemu bual Khairul Fahmi dengan soalan-soalan berkaitan bola dan yang tidak ada sangkut paut dengan bola langsung. Kemudian cabar Khairul Fahmi dalam satu permainan suka-suka. Mungkin meletakkan Khairul Fahmi di pintu gol berdepan Lisa Surihani yang bakal melakukan sepak penalti. Jika bolos Khairul Fahmi perlu melucutkan satu demi satu pakaian beliau. Jika bola berjaya ditampan, mungkin Lisa Surihani pula yang perlu melucutkan...

Maaf tersasul. Tapi lebih kurang begitulah yang kita perlukan dan mungkin berlaku.

Kebaikan Kepada Pasukan Dalam Liga Dan FAM

Dengan RM55 juta setiap tahun, FAM berkemungkinan besar akan berkongsi kemewahan ini dengan pasukan negeri dan kelab bolasepak. Wang akan dilaburkan untuk menyediakan setiap pasukan bagi menghadapi saingan musim liga bolasepak. Setiap pasukan kini mampu bernafas dan tidak lagi mengalamai kesulitan dari segi kewangan.

Lantas isu pemain tidak dibayar gaji dan sebagainya berkemungkinan tinggal kenangan. Menjelang 2012 dengan pintu kembali dibuka untuk pemain import, setiap pasukan mempunyai keupayaan untuk mendapatkan khidmat pemain import yang lebih berkualiti. Mungkin dari Jepun atau Korea Selatan. Mungkin juga ada yang muncul dari negara Afrika seperti Nigeria, Cote d’Ivoire dan Ghana; bukan lagi dari Zimbabwe atau Lesotho. Mungkin juga kelibat pemain liga tahap kedua dari Brazil, Argentina atau Uruguay; mahu pun tenaga import dari Hungary, Poland, Bulgaria dan sebagainya jika tidak England atau Sepanyol.

Kelebihan dana juga memberi ruang untuk pasukan negeri dan kelab bolasepak untuk melabur dalam program latihan dan mencari bakat. Anak-anak muda tempatan kini berpeluang untuk bermain bolasepak dengan lebih kerap dan teratur. Bermula dengan pendaftaran di akademi hinggalah kepada menceburkan diri dalam perlawanan liga simpanan atau remaja pasukan dan kelab masing-masing.

FAM pula, dengan bajet yang lebih besar kini berkemampuan untuk menganjurkan liga simpanan atau liga remaja. Setiap anak muda berbakat kini berpeluang untuk bermain 20 hingga 30 perlawanan setiap tahun, bukan lagi bermain untuk sekolah dalam pusingan bolasepak kalah mati peringkat daerah setakat 1 perlawanan setahun.

Bagaimana dengan pendedahan untuk skuad remaja dan senior kebangsaan? Pastinya FAM kini mampu untuk menghantar mereka pergi lebih jauh, bukan setakat Slovakia sahaja. Harimau Muda dan Harimau Malaya boleh melibatkan diri dalam kejohanan berprestij dan bermain perlawanan persahabatan dengan lawan yang berkualiti, bukan lagi sekadar bermain dengan Zimbabwe.

Kebaikan Untuk Semua

Kualiti liga tempatan dari segi aspek luar padang juga harapnya meningkat. FAM dan pasukan terlibat mungkin mampu memastikan perlawanan liga tempatan dapat dijalankan dalam suasana meriah tetapi terkawal. Tidak ada lagi budaya baling mercun atau botol mineral dan laser-laser kepala botak pemain lawan. Suasana stadium lebih terkawal dan kondusif untuk masyarakat dari segenap lapisan, kanak-kanak, awek pakai seluar pendek , warga emas dan bapa penyayang untuk turun tanpa risaukan gejala rempit yang menular di stadium.

Dengan promosi meluas oleh Astro dan kembalinya kesedaran serta minat rakyat Malaysia kepada liga tempatan, tempiasnya bakal merebak kepada golongan tersisih. Tersisih di sini membawa maksud bangsa bukan Melayu dan golongan bandar yang selama ini sudah lama mengabaikan liga tempatan, terima kasih kepada imej UMNO, kampung dan budaya rempit yang dibawanya selama ini.

1Malaysia bakal turun ke stadium harapnya. Ali, Chong dan Raju bakal bersama-sama ke stadium atau duduk di mamak bersembang mengenai Selangor atau Kelantan yang bakal menjuarai Liga Super 2011, atau tentang Perak berhasrat mendapatkan khidmat Shunsuke Nakamura dengan bayaran RM15 juta, atau mungkin tentang Khairul Fahmi mengkhianati Kelantan dan menyertai musuh tradisi Terengganu. Dan bukan setakat Ali, Chong atau Raju sahaja. Saudara Mojuntin di Sabah dan Alfred Jabu di Sarawak juga bercakap mengenai Liga M. Johnny Dickhead, ekspatriat Inggeris yang kerja di KLCC juga mungkin menjadi peminat nombor satu Kuala Lumpur dan setiap minggu turun ke Stadium KLFA Cheras.

Asalkan bolasepak kita menarik dan selamat. Dan ketika itu berita bolasepak tidak terhad sekadar di Utusan Malaysia atau Harian Metro sahaja. Tetapi juga menghiasi New Straits Times, The Star, Sin Chew Jit Poh dan juga Malaysia Namban. Malahan Sun juga akhirnya terpaksa bercerita mengenai Liga M. Dan lebih banyak blog seperti Sokernet tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

RM220 juta untuk mengubah liga dan bolasepak kita. Tidak mustahil bukan?

Bagaimana tajaan lumayan Astro ini bakal mengubah ini semua hanya akan dapat dilihat dalam tempoh 4 tahun akan datang. Dan jika dilihat dengan mata kasar, ia pasti bakal membawa perubahan yang positif.

Tetapi esok, aku akan bercakap pula bagaimana RM220 juta ini boleh disia-siakan begitu saja.

Sementara itu, komen jangan tak komen.
35

Hero Harimau Malaya!

Abdul Sokernet Ahad, November 14, 2010 , ,
Hero no.1 - Mahali Jasuli

Hero no.2 - Safiq Rahim

Hero no.3 - S.Kunalan

p/s: China 3 - Malaysia 0
29

Tahniah Dari Sokernet: Anak Pekan Dah Dapat, Anak Kuala Lipis Bila Pula Agaknya?

LuciusMaximus Rabu, Oktober 27, 2010 , ,
PM Dato' Seri Najib Tun Razak


Anugerah paling berprestij dalam bolasepak Asia - AFC Diamond of Asia - bakal dianugerahkan kepada Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Anugerah Tahunan AFC pada 24 November 2010.

Sumbangan diberikan sebagai menghargai jasa PM yang banyak berbakti dan menyokong pembangunan serta promosi bolasepak, baik dalam atau luar padang di kalangan benua Asia.

"Sumbangannya dalam membangunkan bolasepak Asia dan keazamannya untuk membawa bolasepak Asia ke tahap yang lebih tinggi patut dihargai oleh kita semua," jelas Presiden AFC Mohamed Bin Hammam ketika dihubungi Sokernet sebentar tadi.

Apabila ditanya jika PM satu-satunya anak kelahiran Pahang yang bakal menerima anugerah tersebut, Mohamed Bin Hammam menjawab "ya".

Bagaimana dengan Sultan Bola dan Pipiyapong?

"Sultan Bola saya kenal. Tapi Pipiyapong ini siapa pula? Adik Piyapong Pue-on ke?!"

Ralat: Sokernet telah dimaklumkan yang PM 1Malaysia sebenarnya lahir di Kuala Lipis, terima kasih kepada pendedahan eksklusif dari adek dah besar. Sebenarnya tadi Sokernet ada bercadang nak buat grup Facebook namanya 'Kami Peminat Bolasepak Malaysia Mahu Pipiyapong Diberi Anugerah Membawa Gelaran Datuk' tapi oleh kerana sudah ada anak Kuala Lipis yang dapat anugerah, maka cadangan tersebut telah dibatalkan. Sorry Pip!

18

FAM

Abdul Sokernet Selasa, Ogos 24, 2010

NAMA PENUH: MOHD NAJIB BIN OTHMAN
NAMA SOKERNET: NAJIROKU

Entri saya kali ini ditujukan pada pengurusan kembang kecut FAM.

Masakan tidak, FAM seolah-olah tidak menitikberatkan pembangunan bola sepak yang kian hancus. Bahkan dapat dilihat anak-anak muda Lucius Maximus lebih gemar memakai jersey negara luar berbanding kebangsaan. Ini membuktikan bahawa pengurusan FAM adalah Persatuan Kaki Lepak dan Sepak. Kalau begini keadaannya, sampai bila peminat harus menunggu ? Tunggu sampai tenuk berjanggut?

Kadangkala kita terlepas pandang bahawa masalah ini adalah berpunca barisan pucuk pimpinan badan induk itu sendiri. Pucuk pimpinan yang acap kali sama menyebabkan idea-idea yang beku dan lapuk dikekalkan(tambahan *serta tua). Sehinggakan, jurulatih berkaliber seperti Azraai Khor dianak tirikan. Nampak je salah, terus tembak dan denda. Taik sendiri yang bertimbun-timbun ditolak mentah-mentah.

Dato2 dan Tan Sri2, apakah selesa berehat di komplek FAM baru bernilai lebih Rm10juta yang terletak di Janda Baik, Pahang nanti ? Apakah kalian tidak malu dengan negara kerdil yang dahulunya main di tepi longkang kini berada di ranking yang lebih baik?? Mana letak maruah anda ? Kalau kata buat kerja, kenapa asyik merudum ja ranking Malaysia? Kalau setakat prestasi macam longkang bersalut lumpur, lembu pun boleh bikin rare lagi dari anda.

Akhir kata, salute kepada usaha-usaha pengurusan FAM yang berdengkur di siang hari dan berjaga di malam hari.
19

Les Miserables

Abdul Sokernet Rabu, Jun 23, 2010 , , , ,

Long Live Darling!!


Dua orang kerani Sokernet berdarah Irish (2-2 ni makwe blonde) yang baru ambil cuti emergency minggu lepas, esok akan bercuti lagi. Kali ni pergi jalan jalan di Pavillion pulak.

"Ahh nonton Lagenda Budak Setan lagi lah tu...!"

*Seorang kerani nama Carla Bruni, seorang lagi nama Clara Morgane.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...