ANDA SEDANG MEMBACA

18

FAM

Abdul Sokernet Selasa, Ogos 24, 2010

NAMA PENUH: MOHD NAJIB BIN OTHMAN
NAMA SOKERNET: NAJIROKU

Entri saya kali ini ditujukan pada pengurusan kembang kecut FAM.

Masakan tidak, FAM seolah-olah tidak menitikberatkan pembangunan bola sepak yang kian hancus. Bahkan dapat dilihat anak-anak muda Lucius Maximus lebih gemar memakai jersey negara luar berbanding kebangsaan. Ini membuktikan bahawa pengurusan FAM adalah Persatuan Kaki Lepak dan Sepak. Kalau begini keadaannya, sampai bila peminat harus menunggu ? Tunggu sampai tenuk berjanggut?

Kadangkala kita terlepas pandang bahawa masalah ini adalah berpunca barisan pucuk pimpinan badan induk itu sendiri. Pucuk pimpinan yang acap kali sama menyebabkan idea-idea yang beku dan lapuk dikekalkan(tambahan *serta tua). Sehinggakan, jurulatih berkaliber seperti Azraai Khor dianak tirikan. Nampak je salah, terus tembak dan denda. Taik sendiri yang bertimbun-timbun ditolak mentah-mentah.

Dato2 dan Tan Sri2, apakah selesa berehat di komplek FAM baru bernilai lebih Rm10juta yang terletak di Janda Baik, Pahang nanti ? Apakah kalian tidak malu dengan negara kerdil yang dahulunya main di tepi longkang kini berada di ranking yang lebih baik?? Mana letak maruah anda ? Kalau kata buat kerja, kenapa asyik merudum ja ranking Malaysia? Kalau setakat prestasi macam longkang bersalut lumpur, lembu pun boleh bikin rare lagi dari anda.

Akhir kata, salute kepada usaha-usaha pengurusan FAM yang berdengkur di siang hari dan berjaga di malam hari.

18 Ulasan:

Luca De Ketiak berkata...

1st!

fikiranlicin berkata...

sebanarnya lu ingat Brazil tak cemburu ke kita ada Dato Nikol David dan Hafiz hashim?

ozilus caldinus berkata...

bukan 10 juta, tapi 32 juta.(kot)

*kasi hantam Fam kuat2 sikit

thenocturnalzulkhairi berkata...

kau lupe sorang lagi fikiranlicin..
ROSLIN HASHIM juga!!!!!

henrymevez berkata...

Huh, entry yang cukup hebat...walaupun cuma tiga perenggan, ianya cukup padat, mantap, dan penuh informasi....

ye, aku katakan sekali lagi...penuh informasi...heh!

farizizwan berkata...

Gua nak tunggu kardio komen sebenarnya.Damn.Tadak pun.

alan zed berkata...

gua sometimes fedap juger ngan FAM nie.

Persoalannya kenapa x de orang nak cabar sultan bola - fight undi.

Gua rasa ada konspirasi.

>:)

RyuJi berkata...

arrgghh tensen2x..aku memang tak boleh blah ngn FAM ni..adoiii...patut dlu aku main bola pakcik aku gi sorok kasut aku..main kat malaysia takde mase depan kot..

.Gory. berkata...

Ah, saya rindukan awak kardiovaskular.

kareem berkata...

Lagi entri mengeji FAM untuk meraih perhatian pembaca. Taktik yang bijak tapi isi stereotype. Still the same.

Sekian,komen ikhlas gua.

Najiro berkata...

Trimas kerna sudi membaca dan beri komen yang membina. Sekadar menulis untuk tatapan bersama.

chesterchaz berkata...

tanpa FAM siapalah kita.. hahaha

Mohd berkata...

gua skong lu kareem. asik nak mengeji je xbesh gak.mcm sesi luahan ati lak. kalu nk mengeji bleh tp bg la solution skali.sekadar pandangan.

talkIZcheap! berkata...

Kita... kalau ikhlas, kita tak bagitahu orang yg kita ni ikhlas...

sekian.

-aku yg ikhlas-

blitz berkata...

kalau bagi solution, FAM akan ikut ke? sultan bola akan ikut ke?

Mohd berkata...

blitz: hahaa..dah agak dah..konpem soklan tuh aku kuar nye..blitz2..at least kalu ade solution bleh gak membuka minda yg dok bc nih..kalu dok asik komplen@mengumpat je...ape yg dpt?

gua nk tnye lu la?btol ke sume salah FAM je..player2 xde salah ke?

gua bkn nk bekap FAM..tp juz sharing

blitz berkata...

kalau camtu, cuba kau kasi solution utk meningkatkan prestasi bola malaysia kat ruangan komen ni.. bole juga kita berbincang kat sini supaya boleh terbuka minda aku dan pembaca lain.. dr duk komplen pasal artikel ni.. apa yg dpt?

Mohd berkata...

ade ke aku ckp aku komplen?sile bezakan antara pandangan ng komplen ye sedara.takkan xleh bg pandangan kot utk meningkatkan penulisan brader artikel nih.kalu xleh komen xpelah.disable kanla.

tuh kan aku da bg soklan utk berbincang..
"btol ke sume salah FAM je..player2 xde salah ke?"

sile la bg pandangan utk membuka minda. jgnla keje nk soal org blk je.aduhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...