ANDA SEDANG MEMBACA

67

Astro Tabur Duit: Kebaikannya Untuk Bolasepak Malaysia

LuciusMaximus Isnin, Januari 03, 2011 , , ,



Den Kayo!

Tahniah kepada FAM kerana akhirnya mula dipandang tinggi. Pingat emas Sukan SEA 2009, Piala AFF pula pada tahun 2010 telah berjaya membuat bolasepak kita kembali sebagai sesuatu yang dibanggakan. Tahniah!

Dengan kejayaan ini semua, aku yakin ada segelintir dalam FAM yang kini merasakan apa yang mereka buat selama ini untuk bolasepak Malaysia adalah betul. Bahawa meneruskan liga bolasepak terdiri dari pasukan negeri adalah betul. Mencampur adukkan pasukan negeri dan kelab dalam liga juga adalah betul. Menubuhkan pasukan pemain muda seperti Harimau Muda untuk bermain dalam liga juga betul. Menghantar mereka ke Slovakia juga betul. Mengekalkan Pahang dalam Liga Super juga betul.

Betul kerana kita sudah menggondol pingat emas Sukan SEA dan Piala AFF. Maka kaki kompelin macam aku sepatutnya diam.

Dan betapa betulnya FAM selama ini telah dibuktikan dengan lebih nyata lagi bila Astro bertindak memberi tajaan lumayan RM220 juta untuk tempoh 4 musim!

Setakat artikel ini ditulis, maklumat yang aku dapat korek mengenai tajaan lumayan ini ialah jumlah keseluruhannya adalah RM220 juta untuk musim 2011 hingga musim 2014. RM120 juta dalam bentuk hak penyiaran di mana Astro menjadi penyiar rasmi Liga M dengan bayaran RM30 juta setiap musim kepada FAM. RM100 juta lagi adalah untuk tujuan promosi luar padang, sekitar RM25 juta setiap musim barangkali. Astro dan FAM juga telah bersetuju untuk berkongsi keuntungan jika ada. Maka nilai keseluruhan yang mungkin diterima FAM boleh melebihi RM220 juta untuk 4 musim tersebut.

Dalam konteks bolasepak kita, ini bukan nilai yang sedikit. Dunhill pernah menaja liga bolasepak tempatan dengan kadar RM33 juta setiap tahun. TM pula pernah menjadi penaja sebelum Astro dengan nilai tajaan berjumlah RM8 juta setiap tahun. Tetapi Astro bakal melaburkan RM55 juta (RM30 juta hak penyiaran dan RM25 juta promosi) kepada FAM setiap tahun!

Tajaan lumayan begini memang sangat-sangat diperlukan oleh FAM dan Liga M yang selama ini beroperasi dengan bajet yang ciput. Dan pastinya kesan tajaan ini dapat memberi kebaikan kepada bolasepak Malaysia.

Bagaimana agaknya liga bolasepak kita selepas ditaja oleh Astro?

Kebaikan Dari Astro

Astro, seperti yang kita tahu adalah stesen TV berbayar yang menyajikan kita dengan banyak aksi sukan selama ini, khususnya bolasepak. Produk bolasepak utama mereka pastinya EPL, diikuti dengan siri perlawanan liga Eropah yang lain. Awalnya Astro banyak mengharapkan program yang disediakan oleh ESPN dan Star Sport, tetapi sejak kebelakangan ini Astro juga mula menonjolkan program sukan in-house mereka sendiri melalui saluran Astro Supersport dan Arena.

Dengan kepakaran dan kelengkapan yang dimiliki Astro, adalah mudah untuk mereka bertindak selaku penyiar rasmi perlawananan Liga M yang terdiri dari Liga Super dan Liga Perdana. Kita berkemungkinan bakal disajikan dengan program perlawanan yang lebih terperinci, lengkap dengan analisis dan perlawanan dan sebagainya seperti yang selalu kita tonton dalam siri perlawanan EPL. Tidak cukup dengan itu, kita mungkin disajikan dengan program-program supplementary ala Maxis Football Extra atau Castrol Football Craze, juga FourFourTwo versi tempatan bernama EmpatEmpatDua?

Astro mempunyai keupayaan untuk melakukan semua di atas dan lebih lagi. Liga bolasepak kita memang kurang dari segi promosi. Berapa kali apabila kita membuka suratkhabar setiap hari dan disajikan dengan berita EPL sehingga 2 atau 3 mukasurat sedang bolasepak tempatan hanya satu artikel?

Kurangnya promosi bermakna kurangnya minat rakyat Malaysia kepada liga tempatan. Kerana kita ketandusan maklumat, berita dan juga gosip. Kita tahu dan arif mengenai perpindahan pemain luar ke kelab lain dan nilai bayarannya tetapi kita tidak tahu apa-apa mengenai pergerakan pemain tempatan. Namakan 25 pemain Kedah untuk musim akan datang dan kita semua akan ternganga mulut. Namakan 25 pemain Manchester United setiap permulaan musim dan kita ada maklumatnya.

Kita tahu jadual perlawanan EPL setiap minggu. Selepas semua perlawanan minggu tersebut dimainkan, hari Isninnya kita bakal disajikan dengan program ulasan mingguan atau rebiu dari ESPN atau Star Sport. Dan seminggu sebelum perlawanan berikut dimainkan kita akan diberikan prebiu perlawanan akan datang, lengkap dengan tilikan oleh pundit bolasepak.

Astro ada keupayaan untuk menjadikan Liga M seperti itu. Dan juga keupayaan untuk mungkin meletakkan Lisa Surihani dalam satu program bolasepak santai dan menemu bual Khairul Fahmi dengan soalan-soalan berkaitan bola dan yang tidak ada sangkut paut dengan bola langsung. Kemudian cabar Khairul Fahmi dalam satu permainan suka-suka. Mungkin meletakkan Khairul Fahmi di pintu gol berdepan Lisa Surihani yang bakal melakukan sepak penalti. Jika bolos Khairul Fahmi perlu melucutkan satu demi satu pakaian beliau. Jika bola berjaya ditampan, mungkin Lisa Surihani pula yang perlu melucutkan...

Maaf tersasul. Tapi lebih kurang begitulah yang kita perlukan dan mungkin berlaku.

Kebaikan Kepada Pasukan Dalam Liga Dan FAM

Dengan RM55 juta setiap tahun, FAM berkemungkinan besar akan berkongsi kemewahan ini dengan pasukan negeri dan kelab bolasepak. Wang akan dilaburkan untuk menyediakan setiap pasukan bagi menghadapi saingan musim liga bolasepak. Setiap pasukan kini mampu bernafas dan tidak lagi mengalamai kesulitan dari segi kewangan.

Lantas isu pemain tidak dibayar gaji dan sebagainya berkemungkinan tinggal kenangan. Menjelang 2012 dengan pintu kembali dibuka untuk pemain import, setiap pasukan mempunyai keupayaan untuk mendapatkan khidmat pemain import yang lebih berkualiti. Mungkin dari Jepun atau Korea Selatan. Mungkin juga ada yang muncul dari negara Afrika seperti Nigeria, Cote d’Ivoire dan Ghana; bukan lagi dari Zimbabwe atau Lesotho. Mungkin juga kelibat pemain liga tahap kedua dari Brazil, Argentina atau Uruguay; mahu pun tenaga import dari Hungary, Poland, Bulgaria dan sebagainya jika tidak England atau Sepanyol.

Kelebihan dana juga memberi ruang untuk pasukan negeri dan kelab bolasepak untuk melabur dalam program latihan dan mencari bakat. Anak-anak muda tempatan kini berpeluang untuk bermain bolasepak dengan lebih kerap dan teratur. Bermula dengan pendaftaran di akademi hinggalah kepada menceburkan diri dalam perlawanan liga simpanan atau remaja pasukan dan kelab masing-masing.

FAM pula, dengan bajet yang lebih besar kini berkemampuan untuk menganjurkan liga simpanan atau liga remaja. Setiap anak muda berbakat kini berpeluang untuk bermain 20 hingga 30 perlawanan setiap tahun, bukan lagi bermain untuk sekolah dalam pusingan bolasepak kalah mati peringkat daerah setakat 1 perlawanan setahun.

Bagaimana dengan pendedahan untuk skuad remaja dan senior kebangsaan? Pastinya FAM kini mampu untuk menghantar mereka pergi lebih jauh, bukan setakat Slovakia sahaja. Harimau Muda dan Harimau Malaya boleh melibatkan diri dalam kejohanan berprestij dan bermain perlawanan persahabatan dengan lawan yang berkualiti, bukan lagi sekadar bermain dengan Zimbabwe.

Kebaikan Untuk Semua

Kualiti liga tempatan dari segi aspek luar padang juga harapnya meningkat. FAM dan pasukan terlibat mungkin mampu memastikan perlawanan liga tempatan dapat dijalankan dalam suasana meriah tetapi terkawal. Tidak ada lagi budaya baling mercun atau botol mineral dan laser-laser kepala botak pemain lawan. Suasana stadium lebih terkawal dan kondusif untuk masyarakat dari segenap lapisan, kanak-kanak, awek pakai seluar pendek , warga emas dan bapa penyayang untuk turun tanpa risaukan gejala rempit yang menular di stadium.

Dengan promosi meluas oleh Astro dan kembalinya kesedaran serta minat rakyat Malaysia kepada liga tempatan, tempiasnya bakal merebak kepada golongan tersisih. Tersisih di sini membawa maksud bangsa bukan Melayu dan golongan bandar yang selama ini sudah lama mengabaikan liga tempatan, terima kasih kepada imej UMNO, kampung dan budaya rempit yang dibawanya selama ini.

1Malaysia bakal turun ke stadium harapnya. Ali, Chong dan Raju bakal bersama-sama ke stadium atau duduk di mamak bersembang mengenai Selangor atau Kelantan yang bakal menjuarai Liga Super 2011, atau tentang Perak berhasrat mendapatkan khidmat Shunsuke Nakamura dengan bayaran RM15 juta, atau mungkin tentang Khairul Fahmi mengkhianati Kelantan dan menyertai musuh tradisi Terengganu. Dan bukan setakat Ali, Chong atau Raju sahaja. Saudara Mojuntin di Sabah dan Alfred Jabu di Sarawak juga bercakap mengenai Liga M. Johnny Dickhead, ekspatriat Inggeris yang kerja di KLCC juga mungkin menjadi peminat nombor satu Kuala Lumpur dan setiap minggu turun ke Stadium KLFA Cheras.

Asalkan bolasepak kita menarik dan selamat. Dan ketika itu berita bolasepak tidak terhad sekadar di Utusan Malaysia atau Harian Metro sahaja. Tetapi juga menghiasi New Straits Times, The Star, Sin Chew Jit Poh dan juga Malaysia Namban. Malahan Sun juga akhirnya terpaksa bercerita mengenai Liga M. Dan lebih banyak blog seperti Sokernet tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

RM220 juta untuk mengubah liga dan bolasepak kita. Tidak mustahil bukan?

Bagaimana tajaan lumayan Astro ini bakal mengubah ini semua hanya akan dapat dilihat dalam tempoh 4 tahun akan datang. Dan jika dilihat dengan mata kasar, ia pasti bakal membawa perubahan yang positif.

Tetapi esok, aku akan bercakap pula bagaimana RM220 juta ini boleh disia-siakan begitu saja.

Sementara itu, komen jangan tak komen.

67 Ulasan:

deus X machina berkata...

first

PittKF berkata...

seken!!

ini part baiknya,baguslaaa aku tgk takat nie.

cemana pulak gamaknya tang bleh disia2kan tuh,mcm bakal teruk jer kisahnya.

Luca berkata...

3rd !!!

jangan rasuah kembali melanda sudaaahhhh...

deus X machina berkata...

mungkinkah akan ada Selangor lwn Kelantan dalam format HD?

talkIZcheap! berkata...

aku macam bleh nampak ke mana arah artikel ini, esok....huhu

afterc berkata...

bila kapitalis mula memonopoli siaran sukan, ia bukan lg untuk tontonan rakyat marhaen. nak menonton siaran langsung perlawanan Liga M pun kena berbayar. siaran sukan sudah menjadi barang mewah kini..

Obefiend Weiland berkata...

Kemudian cabar Khairul Fahmi dalam satu permainan suka-suka. Mungkin meletakkan Khairul Fahmi di pintu gol berdepan Lisa Surihani yang bakal melakukan sepak penalti. Jika bolos Khairul Fahmi perlu melucutkan satu demi satu pakaian beliau. Jika bola berjaya ditampan, mungkin Lisa Surihani pula yang perlu melucutkan...

HAHAHAH

Adirumi berkata...

mesti cantik jersey kalau letak logo astro di hadapan.. :)

hellghast berkata...

Respon sebeginilah yang kita nanti2kan,selama ini kita asyik terlalu taksub dengan liga2 EPL sedangkan pemain negeri masing2 semua tak hafal sedangkan player2 luar korang download WAG2 mereka buat poster tampal kat bilik air.

Alhamdulillah kalau dulu aku lihat budak2 kecik semua pakai maju Man Lu,tapi sekarang dah banyak yang pakai baju Harimau Malaya,sekurang2nya mereka tahu bendera yang ada pada baju tu bendera Malaysia,bukan setan merah huhuhu...

astro memang terkenal dengan promosinya yang berkesan,malah aku yakin dengan promosi yang efektif,ini akan menarik peminat agar menyokong bolasepak Malaysia...syabas kepada Astro...tak sia2 aku bayar bil bulan2...

Ahmad Afif berkata...

artikel membina, tapi gua lebih fokus ke arah artikel esok. haha.

Pet Shop Boys berkata...

Keburukannya pula, tak dapatlah kita dengar komentar Haji Hasbullah Awang lagi :(

unless 200J tu termasuk pakej Hasbullah Awang sekali..

hellghast berkata...

btw ini entry untuk mengalih pandangan kami dari menganjing Chelsea ke? hahahaha!!!!
apapun entry yang bagus...kipidap!!!

hellghast berkata...

aku terlupa ulasan yang terlepas pandang...

'Mengekalkan Pahang dalam Liga Super juga betul.' mcm haram hahaha!!!

aiseh gua terlupa Haji Hasbullah plak,takde dia komentar tak ada jiwa nanti...mcm tgk liga itali.

i'msosupernotcool berkata...

skang gua lepak memane pon mesti ade budak pkai jersi malaysia.
terbaik.

sultan bola cemane? cemane?

pembaris berkata...

Tengku suruh budak2 harimaumuda pikir 2 kali kalau nak liga indonesia yang "kualitinya tidak jauh bezanya dengan kita"..

Octo dah masuk soccernet - Asian players who could prove a hit in europe.

faizul berkata...

bab lisa surihani tu harap astro boleh realisasikan.

Saiyed berkata...

boleh la khairul fahmi, safee sali ngan shahrul idlan ganti trio astro si torres, lampard ngan messi tu..

hahaha

mazmeibr berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Lisa surihani perlu melucutkan apa? jgn ar berhentikan ulasan itu.... ahhh!!

kardio berkata...

Macam ni lah abang luci..

Bosan dah dengar rengekan abang luci setiap kali terdapat perkara baru berlaku pada bola sepak tempatan.

Saya bukan macam abang-abang pengkomen di atas yang mudah terpesona dengan cerita dongeng buatan abang.

Apa yang pasti, artikel abang lebih cenderung mengalihkan perhatian orang lain (seperti pengkomen2 di atas) daripada mengingati KEGAGALAN chelsi dalam Liga Perdana Inggeris.

Tidak syak lagi, abang luci dan chelsi memang sama-sama GAGAL

Askar MUFC berkata...

Makin ramailaa ke mamak kalau RTM tak boleh siar Liga Malaysia sebab Astro dah dpt hak penyiar rasmi kan. Boleh bergaduh dekat mamak nanti gamaknya. satu pihak nak tgk EPL, satu pihak nak tgk Liga Malaysia, lagi satu pihak nak tgk Konsert AF atau Raja Lawak..hehehe.

hellghast berkata...

terpesona?ohh tidak...hahaha!!!

kitaorang tak perlukan cerita dongeng la kardio,tanpa ini semua pun kami semua ada pendapat masing2...

lagi satu ape yang gagal?

btw aku tak emo tau,sekian hahaha!!!

Tanpa Nama berkata...

Hahahhaaaa... biar ar abg luci nk alihkan perhatian... aku pun chelsea gak... takde hal lah... tpi aku suka kalau mkin bnyk entry pasal liga tempatan... nak search kat FAM? haram dah update ke blom tu...

r.e.n.j.u.n.a berkata...

Kardio ..

Pls jangan emo..

hang tak tahu ker lucy sekarang setiap petang minggu jogging dekat Taman Tun Fuad Stephen semata-mata nak ambik tenaga untuk tulis artikel yang macam nih..

secara hipotesisnya, yang menang dalam bola malaysia ni nanti mestilah ASTRO jugak, tak caya tengoklah nanti bil sapa-sapa yang berlanggan pakej sports akan naik RM5.00 extra setiap bulan.

Ps: BTW ; betul ker tengah malam ni harga minyak akan naik lagi ...kalau betul lah wadderfakk...

Shah Amirul berkata...

semua siaran langsung dah tayang kat astro.boleh ke penuh stadium nanti?nanti ada yg malas nak gi stadium kata "ala kat astro skang pun dah ada buat apa nak gi stadium kan?"

lepas tu pulak hujan.gamak nya tengok siaran ulangan jele kat astro.aha

Askar MUFC berkata...

Bagi aku, tak timbul isu mengalihkan perhatian daripada kegagalan Chelsea (seri jer pun) sebab dah ada 4 artikel pasal Chelsea sebelum ini di mana salah satunya daripada Luci sendiri.

Sokong Khuzz, sebagai rakyat Malaysia, aku nak tau pasal perkembangan Liga tempatan dan pengulas Sokernet mesti banyak bahan cerita sbb mesti ramai informer kan3.

Jojoe Ali berkata...

Dlm Utus ada mention, tajaan Astro tak bermakna Astro je leh siar eksklusif setiap game. Diorang target leh siar semua 8 game serentak, kat semua channel, ESPECIALLY yang free.

Memula gua lega dah tadi, semua cam positif je. Tapi bila gua check balik author artikel ni.. err.. tunggu besok jelah baru nak rasa pape pun. Haha.

Hakeem Yusof berkata...

terbaik ! kekal kan prestasi Harimau Malaya!

Union Equatoriale berkata...

Kardio ni nak publisiti murahan.hari tu pidomat buat artikel pasal sun si kardio sound suruh buat newspaper sendiri.jap lg dia sound lucy suh buat persatuan bola dgn liga sendiri lak. Tgk la nanti

Bodo tak leh nak ajar

mie berkata...

tiba2 gua rasa lg x sbar nk baca artikel esok... cilakak...

Unknown berkata...

klau 220j digunakan dgn amanah dan penuh integriti, tp klau x??? kahkahkah

ayobkelubi berkata...

kah kah kah!

kardio mmg true sokernet fan.

long live kardio!.

.Gory. berkata...

Betul. Kalau ikut perkiraan macam Lucius cakap dekat atas ni, Liga M akan kembali menjadi kompetetif. Sangat.

Tetapi, itu kalau mengambil faktor bola sepak sebagai isu utama dan pegawai pegawainya adalah pegawai telus.

Dicampur faktor FAM sebagai persatuan bolasepak yang mempunyai kepentingan dalam politik, maka 'light at the end of the tunnel' yang kita gambarkan ini akan musnah. Duit untuk pembangunan disonglap sikit sikit, kemudian silap haribulan, pembelian pemain pun kena ada 'kos' untuk diberikan kepada mereka mereka ini.

.Gory. berkata...

Oh, tertinggal. Kardio tak nampak mungkin entri ni ada berunsur sinis, atau BAKAL sinis, terpulang kepada entri sekuel. Hehe

BigMek berkata...

bila SOKERNET nak taja FAM?
baru ada liputan dari pengulas.
ni tak.time final je ada.tak ASTRO la macam ni.!!!

nwa berkata...

kardio ni mmg berjiwa rebel,sama mcm gua...kahkahkah
terbaek sial kardio,org tgh smgt2 cite,ilek je cantas...kahkahkah
yg lain2 ni nk emo dgn kardio punye parody ape kejadahnye????

Pet Shop Boys berkata...

Blogger Rizal dalam Tv1 dan Astro tu sapa ek?

bukan writer Sokernet ke?

Tanpa Nama berkata...

baru style cm nih ! go go Malaysia.. ehehe

Nazri berkata...

Ada beza besar antara kebodohan dan rebel.

makanbola sila take note.

ijan de bunks berkata...

kardio x dapat eskem...
lol

tp x saba nk tgk bsk...
ak jgke kan luci akn ckp sultan tukar kete bru bsk..

jumari jipan berkata...

Artikel yg mantap! satu tumbukan padu ke udara!.

btw, aku baca surat-khabar The Star setiap hari. The Star ada buat liputan psl liga Malaysia. bukan apabila Malaysia menang je. sila take note.

Tanah Tumpahnya Darahku.

keli berkata...

Gua nak Syed Adney jd tetamu jemputan astro arena....kakakaka...
Gua nk lbh rmai player jepon atau korea dibwe msk jd player import....
Gua juge hrp sponsor dtg dri syarikt kete....yg gua nmpk Perodua pling kedekot bab sponsor sukan ni....gua akn boikot perodua & gua nk jual blk gua pyer myvi. Tp gua xtau la kalo perodua ade sponsor ke x.....kikiki..

Go go Harimau Malaysia....oppsss..harimau malaya...kakaka...

Jojoe Ali berkata...

ITU PARODY?

LMAO...

ixu berkata...

Astro dah open untuk liga Malaysia.Harap sokernet pun bagi slot lebih sket untuk liga M..harap musim depan ada kem2 dari negeri masing2..pastikan kem selangor diwakili pengulas sokernet yang power menganjing mcm Lucy..apa ada hal haha

Hazwan berkata...

bkn semua org ada astro =(

Point of View berkata...

Kardio ni jenis yang tak percaya pada prinsip kompelin. Nanti habis belajar dia beli kereta, kalau kereta tu masalah dia tak kompelin. Sebaliknya dia akan buat kereta sendiri, macam dulu dia suruh Fdausamad buat suratkhabar sendiri kalau tak puas hati dengan Sun.

Benda ini namanya pro-taik, adik-beradik pro-aktif tapi jenis yang bangang.

ixu berkata...

Itu nikmatnya restoran mamak..dapat tonton Astro free

keli berkata...

Sape xder astro gua cadang lu org g kedai mamak tp kalo x mampu nk g kedai mamak gua suggest lu org g masjid wat amalan2 yg mndtgkan pahala....lgipon siaran bola liga M time wktu isyak.
Keje2 dakwah gua jer.....x salahkan gua dakwah kt blog bola....peace..
Tp kalo lu org nak kompelin amlkn prinsp kompelin spt yg disyorkan P.O.V. Gua mmg like komen dier....
Kesimpulan astro nk monopoli beb..
1 hri nnt sape x der astro ikot nasihat ikhlas yg gua bg...kurg2 gua dpt pahala jgk sbb berdakwah.
So cam kate lucy komen jgn x komen pasal sblom ni ade 93 komen bile lucy wat entri camni...kakakaka...baek utk kesihatan.

se7en berkata...

yg pasti bila hujan Astro jadi buduh... tukar kpd Byond pun tetap buduh, dah la malam2 Persekutuan tanah Melayu nie selalu hujan,nganga mulut ajelah tgk skrin hitam bila game berlangsung dlm hujan...

cuba bayangkan ini terjadi bila korang nk tgk Selangor menentang Kelantan, game final pulak tu...

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

ASTRO nak tolong rakyat Malaysia menikmati rancagan bolasepak tempatan lebih bermutu pun lagi mau bising?

Sanggupkah anda ke stadium untuk tonton secara langsung kalau Astro tak siarkan dalam TV?

Tak pula dengar rungutan apabila Astro naikkan caj sukan sebelum ini kerana kebanyakkan orang tak berkira kalau ianya berkaitan dengan liga bolasepak luar negara.

Kalau rasa diri terbeban dengan keputusan FAM menjadikan Astro sebagai penyiar rasmi, jangan langgan siaran sukan.

Apa ada hal?!

nwa berkata...

bodoh ke ape?kan dh dibagitau,rtm pun blh siarkan...ape ke bangang nye time ujan xleh tgk bola?time ujan rtm xleh tgk ke?tulaa...org len kritik,ikuuttttt je nk kritik...guna otak la woii


ko npk x ni
http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/01/02/article-0-0CA0F801000005DC-76_634x386.jpg

KIMAK!!!

Ajeossi berkata...

Lisa Surihani FTW!!!

keli berkata...

'Namakan 25 pemain Kedah untuk musim akan datang dan kita semua akan ternganga mulut. Namakan 25 pemain Manchester United setiap permulaan musim dan kita ada maklumatnya'

Serius gua x tau psl Manchester United klab mne, ni plak nk nmekn 25pemain dier....hissshhhh....sape player dier? Kikiki....

tuan director berkata...

apa pun sultan bola tetap kena letak jawatan

Jojoe Ali berkata...

MakanBola kali ni kasi org makan dalam.. hahaha *tumbukan padu bertubi tubi ke udara~

Ocen berkata...

lagi satu artikel klasemen daripada lucius

aranhellstorm berkata...

lucy: inilah benda yang aku risaukan. Apabila FAM rasa diri maksum dari segala aspek nak2 lepas menang sukan sea dan AFF. FAM akan rasa apa yang mereka buat itu betul, sangat2 betul dan tiada yang betul melainkan betul belaka.

Membentuk satu skuad yang mantap dengan menghantar skuad muda ke Slovakia mungkin telah berhasil dari segi:

a) teamwork rate
b) menukarkan mentaliti fragile dan anak manja selama ini melekat pada skuad kebangsaan kepada mentaliti pejuang yang tak mudah tunduk pada tekanan.
c) perkembangan fizikal body-frame structure pemain.

tapi adakah dari segi pembangunan berterusan pemain2 tersebut, mereka perlu sekali lagi dihantar ke Slovakia atau liga2 eropah blok timur yang lain, lagi-lagi setelah umum mengetahui yang perlawanan dikatakan liga itu sebenarnya perlawanan persahabatan sahaja?

Kemudian berkenaan penghijrahan pemain2 ke liga serantau selain Malaysia. Aku tak nafikan memang bagus usaha itu jikalau betul kelab2 ternama Indonesia ingin memancing pemain2 negara, lagi pula kelab-kelab di negara tersebut bermain dalam liga berprestij asia - AFC Champions League dan pasukan di Liga Super masih lagi terkial2 di persada AFC Cup. tapi bukankah lebih baik jika FAM atau Astro dan Maxis menyumbangkan duit tersebut untuk membentuk satu liga private yang keluar dari kerangka/model liga konservatif buatan FAM dan mewujudkan satu liga kompetetif berasaskan kelab.

EPL/BPL juga pada tahun 1992 tercipta apabila kelab2 elit memisahkan diri dari liga inggeris yang berusia kurang lebih 100 tahun itu dengan harapan membawa lebih banyak wang sponsor dan menarik pelaburan untuk disuntik masuk ke dalam kantung FA.

Tapi kesimpulannya bagi aku, FAM masih lagi perlukan satu revolusi/revamp/reconstruct walaupun skuad Harimau Malaya memenangi AFF Suzuki Cup dan Sukan Sea untuk 2 tahun yang lepas. Sultan Bola harus digulingkan digantikan dengan orang yang dapat memberi nafas baru, terutamanya oleh orang yang langsung tiada kaitan dengan Pahang FA.

hahahaha!

julu berkata...

player eropah masuk tv bergambar dgn artis.. jd cover majalah, performance tetap ok!
hopefully player mesia cmtu jugak la..
badrul player ganu b4 final taon brapa ntah,masuk tv satu family.. masa final trus flop..
xde kaitan kot tp ayah aku tetap salahkan sbb masuk tv hiburan.. :D

Nazri berkata...

ha. ha.

se7en berkata...

to makanbola:

kau rasa2 ada ke mamak dlm dunia nie cabut Astro pasang RTM bila game dlm hujan... Astro tetap buduh dlm hujan

hellghast berkata...

dulu memanglah time ujan aje takde gambar,tapi sekarang time ujan kat tempat aku dlm 5-10 minit gambar dah ada bali walaupun ujan lebat.selalunya gitu...

kalau takde siaran cabut kabel astro cucuk aerial biase...ape ade hal...nak seribu daya...memanglah kita bayar,tapi kalau dah minat,sanggup kuar pg mamak atau tumpang rumah awek sebelah...(mcm aku je ni)huhuhu...

Arajo Dilangit berkata...

aku sanggup bayar teh tarik segelas + roti telur sekeping kt kdai mamak semata2 nk tgk bola walaupun kt umah ada astro sbb bila hujan astro kt kdai mamak masih clear (kt umh xleh tgk sbb kaum2 hawa nk tgk citer malaya)...hidup astro...hidup mamak...

Tanpa Nama berkata...

boleh gua start tgk iklan kunanlan ketuk pintu rumah gua ajak main bola x?

xpun iklan safiq rahim cerita pengalaman main bola ngn abah dia kat bendang belakang rumah.

gua looking forward ni.

jenjibam berkata...

elak ada je tangan yang gatal sauk barang segenggam dua dari RM200m buat belanja sendiri.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@se7en

Tak reti bahasakah? Duduk rumahlah layan Liga Malaysia di TV1. Masih mengharpakan mamak untuk tonton TV. Miskin sangatkah sampaikan TV berukuran 15 inci pun tak ada?

Adakah barometer bolasepak Malaysia sebenar diukur dari kekerapan siarannya yang ditayangkan di restoran Mamak?

bLaCx3n berkata...

org dah taja pom cerewet..
its better than notim...
haish...mentaliti2..

sinach zawawi berkata...

ulasan yg sangat bagus dr lucius.

tp yg merisaukan aku ttg FAM adelah management FAM still org kaki bangku. byk politicians dlm FAM. in one way, it's good. but as we know, politicians always have their very own political agenda. macam kelantan dipegang Anuar Musa. aku suka sbb lpas dia pegang team kelantan da naik mencanak2. tp lpas tu duk jaja piala ke Galas ats nama BN, duk kutuk pengurusan kerajaan negeri etc. good but have political agenda di situ. FAM memerlukan management yg free from all those shits. yg tulus ikhlas membangunkan arena bola sepak standing Korea, Japan & Indonesia(seriously). no more sultan bola. more Raja gopal-like persons.

Tajaan Astro adalah salah satu milestone yg baik. teringat lpas Astro Arena kluar, aku sgt gumbira. akhirnya aku leh tgk MSL dgn siaran yg lebih baik. dgn penambahbaikan siaran ni meningkatkan level bolasepak kita. team2 pon nk tinggikan mutu permainan. penonton pon start mula behave(takut kantoi ngan mak msuk tivi duk gaduh). promotion astro adalah antara yg terbaik. aku yakin taraf league kita akan setaraf J-league few years to come if this momentum continue.

Next, aku harap lg banyak company nk taja pasukan bola kita. biar penuh jersey ngan nama company.haha

p/s: igt zaman 90's bila diskusi mat2 bola duk ckp pasal azman adnan, hashim mustapha, radhi mat din etc, not rooney, torres, atau lampard. oh, good old days...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...