ANDA SEDANG MEMBACA

54

Astro Tabur Duit 2: Apa Yang Kita Tidak Mahu Terjadi

LuciusMaximus Selasa, Januari 04, 2011 , , ,



Walauweh!

Semalam aku sudah memperkatakan tentang tajaan lumayan Astro dalam Liga M. Sejumlah RM220 juta atau lebih bakal dihulurkan kepada FAM selama 4 musim. Mengikut kata FAM, mereka berharap dengan adanya peruntukan sebesar ini usaha untuk menjadikan Liga M sebagai liga bolasepak terbaik di Asia bakal menjadi kenyataan.

Aku tidak ada halangan pun dengan tajaan Astro ini. Kapitalis? Ya memang benar. Bolasepak adalah sukan, hiburan dan juga perniagaan. Astro tidak akan melabur wang begitu banyak jika mereka tidak merasakan bahawa pelaburan mereka boleh menjana keuntungan semula. Disebabkan mereka melihat adanya keuntunganlah maka Astro berani menawarkan tajaan lumayan seperti itu (pembida yang lain, khabarnya TM hanya menawarkan tajaan bernilai RM10 juta setahun).

Ada dari kita yang bercakap bolasepak Malaysia bakal dikomersialkan dan tidak lagi jadi liga bolasepak rakyat marhaen. Tetapi jika FAM mahu menjadikan Liga M yang terbaik di Asia maka kita perlu komersialisasi bolasepak kita. Kita perlu wang untuk jadikan Liga M terbaik di Asia. EPL benar-benar buat duit kerana menjual hak penyiaran dan langkah itu menjadi ikutan liga bolasepak lain di Eropah.

Tetapi nilai wang adalah subjektif. Contohnya kalau hari ini kerajaan umum mahu beri setiap nelayan RM500 sebulan selama 4 tahun itu tidak menjamin kemiskinan di kalangan nelayan dapat dibasmi dalam tempoh 4 tahun. Khususnya kalau RM500 itu dibelanjakan untuk lepak tepi pantai main dam dua tiga papan. Namun sebaliknya jika RM500 itu digunakan untuk meningkatkan produktivi dan hasil tangkapan, tidak mustahil ada nelayan yang tidak lagi memerlukan bantuan RM500 sebulan dan boleh berdikari sendiri dalam tempoh kurang dari 4 tahun.

Makanya, bagaimana FAM membelanjakan RM220 juta itu yang akan menentukan sama ada Liga M boleh jadi terbaik di Asia dan Lisa Surihani boleh bermain tendangan penalti dengan Khairul Fahmi sambil lucut pakaian.

Satu masa dulu di zaman Malaysia bermain bolasepak sebenar, Liga M kita sangat popular dan mewah. Jumlah penonton yang datang ke stadium tidak boleh dikira dengan jari tangan atau kaki. Dan liga bolasepak kita sangat mewah sehingga pasukan negeri boleh pergi ke Eropah untuk perlawanan pemanas badan dan setiap pemain mampu memiliki sebuah Honda Civic ‘mayat’ denganduit bermain bola.

Sumber kemewahan bolasepak kita pada waktu itu selain kerana kepadatan penonton di stadium adalah kerana wang tajaan yang dihulurkan oleh Dunhill. Khabarnya sebanyak RM33 juta setiap tahun untuk tempoh 10 tahun lamanya, membawa kepada jumlah penuh RM330 juta!

Dengan tajaan RM330 juta yang dihulurkan dulu semestinya setiap pasukan negeri ada akaun kewangan yang kukuh sehingga ke hari ini. Semua pemain sepatutnya dapat makan gaji dengan aman, caruman KWSP dibayar setiap bulan dan jika dulu Honda Civic ‘mayat’ menjadi pilihan pemain kini ianya bertukar kepada Honda Civic Type R. Dan setiap pasukan negeri ada akademi bolasepak masing-masing. Tapi realitinya tidak. Jangankan akademi bolasepak, laman sesawang pun tak berapa nak ada!

Ke mana perginya RM330 juta duit Dunhill dulu? Salah, bukan ke laut. Ke poket entah siapa-siapa.

Sekarang kita bercakap tentang RM220 juta untuk tempoh 4 tahun pula. Dan duit Astro ini kalau tidak diguna dengan betul jawabnya sama macam duit Dunhill dulu.

Dan kalau dilihat pada struktur bolasepak Malaysia yang unik, risiko itu memang ada.

Aku pernah menekankan dulu bahawa struktur liga bolasepak kita perlu dirombak. Perlu banyakkan kelab bolasepak dan mansuhkan penyertaan pasukan negeri dalam liga. Sebabnya adalah mudah, kalau kita ada banyak kelab bolasepak lebih banyak peluang untuk mencungkil bakat bolasepak baru. Dan kenapa pula perlu dimansuhkan pasukan negeri dalam liga? Kerana selagi ada pasukan negeri dalam liga selagi itulah pasukan kelab tidak dapat hidup kerana ketandusan penyokong. Kalau satu Kelantan sokong Kelantan FA siapa yang nak sokong Kota Bharu United, Tumpat FC atau Gua Musang Pontianaks?

Tapi itu baru satu sebab kenapa pasukan negeri perlu dimansuhkan dari bermain dalam liga bolasepak tempatan. Sebab yang kedua pula ialah kerana pasukan negeri ini parasit. Penghisap darah. Yang banyak mensia-siakan RM330 juta duit Dunhill dulu ialah suku-sakat pasukan negeri ini.

Ini bukan aku meroyan seorang tak tentu pasal. Ini benda yang betul, bukan dongeng. Malahan FAM sendiri pun pernah mengakui kekecewaan mereka dengan sikap pasukan negeri. Sayang macam mana pun aku kepada pasukan Perak dalam Liga Super aku tetap masih rela ia dimansuhkan jika ianya boleh membawa kebaikan kepada bolasepak Malaysia.

Apa masalah dengan pasukan negeri? Jawapannya senang, pasukan negeri yang ada sekarang semuanya di bawah kendalian FA negeri masing-masing.

Apa salahnya kalau FA negeri ada pasukan sendiri dalam Liga M? Salah kerana Boca Juniors, Liverpool, Bayern Munich, Urawa Reds dan Persija Jakarta yang bermain di liga negara lain itu semua bukannya pasukan milik FA. Mereka adalah kelab bolasepak. Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang mempunyai liga bolasepak yang disertai oleh pasukan negeri mewakili FA negeri masing-masing.

Parasit FA negeri inilah yang sebenarnya menelan sejumlah besar RM330 juta sumbangan Dunhill dulu. Mereka dapat duit peruntukan dan ianya digunakan untuk menanggung kos pasukan negeri masing-masing. Oleh kerana ianya sebuah pasukan bolasepak milik persatuan, tidak ada seekor pun kakitangan yang terfikir hendak mencari sumber kewangan yang lain. Semua hanya tahu nak perabih duit yang ada.

Dan situasi ini diburukkan lagi dengan hakikat setiap FA negeri ini dipenuhi dengan orang politik. Malah sehingga ke hari ini kita melihat senario yang serupa.

Tidak ada salahnya orang politik terlibat dalam sukan asalkan tujuan mereka untuk membantu membangunkan sukan tersebut dengan pengaruh dan kepimpinan politik yang ada pada diri mereka. Yang salah ialah apabila orang politik ini menggunakan sukan untuk tujuan kepentingan politik masing-masing.

Di Malaysia, oleh kerana liga bolasepak kita melibatkan penyertaan pasukan negeri ianya sekaligus menjadikan bolasepak sebagai sukan pilihan ramai ahli politik untuk disalahgunakan. Kenapa? Kalau pasukan negeri kamu menang Piala Malaysia dan kamu pula presiden atau pengerusi FA negeri itu, bukankah itu akan meningkatkan populariti politik kamu?

RM330 juta yang ada dulu habis begitu saja kerana setiap pemimpin politik yang menerajui FA negeri masing-masing berbelanja besar untuk menguatkan pasukan negeri. Jika pasukan negeri muncul juara liga atau Piala Malaysia, tokoh politik tersebut boleh tumpang glamer. Contoh paling ketara, kegilaan berbelanja besar Pahang FA satu masa dulu dalam dekad 1990-an untuk menjuarai Piala Malaysia. Sekarang apa cerita Pahang FA? Tanya Pipiyapong.

Aku tidak akan bercerita soal rasuah atau songlap duit. Itu kita sendiri mahu ingat. Apabila populariti liga bolasepak tempatan mula merosot dan Dunhill menghentikan penajaan (kerana undang-undang kerajaan yang menghalang syarikat rokok dari menjadi penaja sukan), semua FA negeri yang ada kehilangan sumber kewangan mudah. Kemudian timbul isu pemain tidak dibayar gaji serta caruman KWSP yang mewarnai bolasepak tempatan.

FAM yang sebenarnya makan hati dengan FA negeri. Bila Harimau Malaya bermain macam Kucing Malaya dulu semua pihak menuding jari pada FAM tapi yang sebenarnya FA negeri juga bersalah. Grassroot development, atau pembangunan akar umbi sepatutnya bermula dari FA negeri. Tapi aku nak tanya berapa kerat FA negeri yang ada menganjurkan liga bolasepak negeri atau membuka akademi bolasepak di peringkat negeri secara berkesan? Jawab.

Kalau ada pun, hangat-hangat tahi ayam. Sampai ke hari ini semua FA negeri lebih sibuk menguruskan pasukan negeri masing-masing. Duit Dunhill dulu semua labur ke pasukan negeri, sekarang pun fesyen yang sama. Kalau tak cukup duit, presiden dan pengerusi FA negeri yang lazimnya Menteri Besar negeri tersebut akan suruh anak syarikat kerajaan negeri jadi penaja, cetak nama syarikat di jersi. Duit rakyat pula yang ke laut.

Sebab itu bolasepak Malaysia juga ke laut. Apa fungsi FA negeri? Adakah Kedah FA itu kerjanya nak jaga 25 pemain skuad Liga Super negeri Kedah atau membangunkan bolasepak negeri Kedah? Yang mana satu lagi penting bagi Kedah FA?

Aku bagi contoh mudah. Manchester FA yang letaknya di Manchester, England. Mereka tidak menghantar pasukan bermain dalam EPL. Kelab seperti Manchester United dan City juga bukan milik mereka. Jadi apa kerja Manchester FA? Buat akademi, buat program, buat klinik dan buat bengkel bolasepak. Untuk pemain dan juga untuk pengadil. Anjur dan uruskan liga di dalam kawasan Manchester. Menjadi persatuan yang bertanggungjawab untuk semua hal ehwal bolasepak dalam Manchester. Ya Manchester FA juga ada pasukan bolasepak mereka tetapi hanya bertaraf amatur, sekadar untuk suka-suka bermain dengan FA lain di England seperti Liverpool FA atau Birmingham FA.

Itu formula yang sebenarnya. Kalaulah semua FA negeri di Malaysia buat perkara yang serupa. Kalaulah.

Aku sebut tadi FAM sebenarnya makan hati dengan FA negeri. Manakan tidak, RM330 juta yang Dunhill hulur dulu FAM terpaksa kongsi dengan FA negeri. Harapkan hati FA negeri guna untuk bangunkan bolasepak negeri masing-masing tapi lain jadinya. Duit yang ada digunakan untuk beli pemain supaya pasukan negeri menjadi yang terkuat dan pemimpin negeri dapat populariti.

Dan Sultan Bola serta FAM sendiri tidak dapat berbuat apa-apa. Ini kerana FA negeri juga penuh dengan ahli-ahli politik yang ada kuasa dan pengaruh, orang kuat parti contohnya UMNO. Itu belum kira dengan penaung setiap FA negeri yang merupakan sultan atau yang dipertua negeri tersebut. Jadi benda ini sudah jadi masalah politik tahap dewa. Tapi itu cerita lain. Ini Sokernet bukan Tukar Tiub.

Atas sebab yang sama juga FAM sebenarnya tidak mampu menghalang FA negeri dari menghantar pasukan negeri menyertai liga bolasepak tempatan. FAM memang komited untuk membangunkan kelab bolasepak di Malaysia, malahan wawasan FAM ialah masa depan liga tempatan disertai oleh kelab-kelab bolasepak. Tetapi berpuluh sudah kelab bolasepak muncul dan bungkus kerana dibayangi pasukan negeri. Sedangkan di Korea Selatan dan Jepun kelab-kelab bolasepak mereka semakin matang dan maju. Bahkan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura juga sudah lama beralih ke arah mewujudkan lebih banyak kelab profesional.

Bolasepak kita tidak akan maju jika liga kita hanya melibatkan 14 buah pasukan negeri dan setiap FA negeri hanya berfungsi menjaga pasukan masing-masing. Begitu juga dengan hal pengurusan kewangan bolasepak, kita tidak akan dapat belajar menguruskan kewangan pasukan dengan betul. Sebuah FA negeri yang menguruskan pasukan mereka tidak ada tanggungjawab kewangan yang besar. Tapi sebuah kelab berbeza, mereka berfikir seperti satu organisasi perniagaan. Ada tanggungjawab kepada pemegang saham dan penyokong. Perlu pandai cari duit dan buat duit.

Sekarang ini, Astro dengan rela hati bersedia menghulurkan RM220 juta untuk 4 musim kepada FAM. Tetapi macam aku cakap tadi, dengan struktur dan sistem bolasepak yang kita ada sekarang, kita bakal berdepan senario yang serupa ketika era Dunhill dulu. Tidak mustahil semua FA negeri bakal menjadi parasit, menagih dari FAM sebahagian dari RM220 juta itu untuk jalan pintas menjadikan pasukan masing-masing kuat dan mungkin buat mengisi poket orang tertentu.

Inilah isu yang aku mahu bangkitkan dan dijadikan peringatan serta renungan buat kita semua. Bukan soal terpaksa melanggan Astro untuk menonton perlawanan Liga M, bukan soal terpaksa tengok di mamak dan bukan soal dapat siaran Astro atau tidak jika hujan. Dan pastinya juga bukan nak alih perhatian dari cerita Chelsea. Jangan berfikir guna kepala bana.

RM220 juta hanya angka. Nilai RM220 juta itu pula, bergantung pada bijak atau bangang cara penggunaannya.

Aku harap sangat ianya bukan bangang.

54 Ulasan:

mat berkata...

Harap kelate menang lagi

Ozzz3000 berkata...

third!!! good entry

Cob Nobbler berkata...

Gua selaku fan Selangor dari zaman arwah Mokhtar lagi,pun setuju dengan pendapat lu Lucy.Gua pernah cakap - apa salahnya instead Selangor,baik kita ada banyak kelab - Cheras United,Gombak Rovers,Selayang FC,Puchong Ghostbusters FC apa lancau lagi.

Idea dah lama ada.Duitnya je yang takde.Kalau ASTRO bagi gua RM220 juta tu dah lama gua ke - tak pun lu orang dah buat.Karl Marx pun ada kata "dalam dunia ni idea takkan jadi kalau takde material".

Sekarang - ASTRO salurkan kat FAM.FAM masih dengan struktur tu - dan aku masih yakin Sultan Bola pada masa ni tersengih bercakap "eleh suruh beta berhenti jadi Presiden tapi time betalah dapat bawak Suzuki Cup".Kita punya target bukan hanya Suzuki Cup beb.Kalau boleh World Cup atau Asian Cup atau sekurang-kurangnya layak ke Olimpik macam dulu.Tapi dengan struktur 14+1 negeri ni - sampai bila.

Well - liga Indonesia ada lima layer - setiap satu liga ada 18 kelab.Kalau 18x5 dah berapa?90.90x23 pemain(termasuk simpanan?) ada 2,070 bakat yang sekurang-kurangnya bolehlah digembleng.Ini balik-balik dua liga je.Lepas tu asal kelab baru naik - kena cantas dengan kerajaan Negeri.Dulu MPPJ FC juara Piala Malaysia lagi - 2 tahun pastu bungkus.Kelab macam Kuala Muda Naza,Melodi Jaya,KL PLUS - ni semua?

Dan sepatutnya kelab-kelab inilah yang patut menikmati RM220 juta ASTRO tu - untuk bakat-bakat baru.

Jojoe Ali berkata...

"This partnership makes Astro the rights owner for free-to-air TV, Pay TV and New Media. We will deliver football in a brand new way to our viewers! In addition, we are committed to develop local sports and these efforts go beyond mere sponsorships. We are in the position to cultivate interests among schools by working closely with sporting bodies. Together with FAM, we will transform local football!" - ASTRO.

Jangan tanya mana aku dapat benda nih. Yang penting, Lucius benar. Duit, kalau tuhan sendiri bagi by hand pun tapi stil salah guna, tahi pun jadi lagi bermakna.

Dush!~

Adam Ruslan berkata...

Tak semua FA negeri tak reti mentadbir dan tak semua orang dalam FAM reti mentadbir.

Tambah teruk bila duit jatuh dari langit.

word veri: pucti

faridfadhly berkata...

so what's the next step?

forward entry ni ke FAM?

Jojoe Ali berkata...

Melalui ape, En. Farid? E-mail diorang?
Wujud ke lagi?

Dush!~ Dush!~

Mat Pintu berkata...

power gila entry brader lucy nih. surrender gua.

orang rtm xde nk jemput brader lucy masuk siri bercakap dengan hafizalhamat ke?

top_ace7 berkata...

di harap dengan proposal ini dapat meningkatkan prestasi permainan pasukan bola tempatan kerana ramai yang mungkin menonton di channel popular iaitu Astro. expectation must be high. pak Alex juga pasti nak tonton kalau dia ada kuali astro dekat rumah.

admin@blogdiloz.com berkata...

super duper great article.
Buat kepala bana aku ni berfikir.
Terbuka sikit mata.

Urawa hanya sebuah 'daerah' di negeri Saitama (rumah sin chan duduk).
Kini, kalau kau orang pergi bandar tu,dah jadi bandar bola!Urawa Reds. banyak sport bar naik. sport center pun banyak area situ.

Daerah je beb!

Aku harap, bandar separa membangun macam Shah Alam boleh jadi macam tu suatu hari.
meriah bai.

kavkiskey berkata...

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001870036702

Anuar Musa: Bapa pembangunan bole sepak kelantan. Sila baca keluhan beliau macam mana susahnya nak dapat duit untuk pembangunan bola sepak kelate.

Gomo Kelate Gomo

aranhellstorm berkata...

time ni gua boleh kompom FA Negeri dah siap kira 220/14 = 15.7 juta every year kompom dapat. Buat apa susah2 carik penaja...

keh keh keh...

Oh tolonglah tuhan, agar harapan gua nak tengok liga tempatan ada banyak kelab dan berlapis2 menjadi kenyataan....

.Gory. berkata...

Perfect Lucy perfect.

Tapi kan, aku rasa, kelab tak ada pasal modal tak ada. Aku rasa la. Benda benda ni aku rasa kena start dengan Kelab kelab dari konglomerat besar la macam PNB FC ke, Petronas United.

Kelab kelab macam Gombak FC aku rasa tak ada duit nak start kot.

Hazwan berkata...

aku bkn pnyokong klantan tapi aku rasa smua FA negeri patut follow diorang..pandai cari duit, buat bsnes..bkn pandai mnghabiskan duit je

MOHDFAIRUZcheghani berkata...

aku rase setiap kelab atau negeri mencari sendiri penaja utama diorg..yg dpt byr gaji setiap player tu dlm mse tajaan mereka..FAM ptut bg duit utk byr sewa stadium dan juga subsidi tiket,agar org dpt g stadium rmai2 tket murah..

LuciusMaximus berkata...

@gory

Kelab tak ada bukan kerana tak ada modal. Tapi sebab yang ada duit buat kelab suka sangat dengan nama macam kau bagi. Kalau nama Petronas United siapa nak jadi penyokong? Budak pam minyak?

Cuba Petronas buat kelab nama Gombak United, tempek nama Petronas kat jersi dan jadi pemegang syer utama supaya boleh kawal urusan syarikat. Lepas tu bagi syer 10% kepada kumpulan komuniti di Gombak supaya penduduk Gombak ada rasa talian hubungan dengan Gombak United.

Benda ni aku dah tulis 2 tahun dulu. Cara inilah asalnya kelab macam Pattaya United, Pohang Steelers, Nagoya Grampus dan VfL Wolfsburg. Kenapa di Malaysia tak buat macam ni?

Ini tidak. Buat Felda United, main kat Bangi lepas tu syok sendiri. Kemudian bangkrap sebab duit tak masuk. Mana nak dapat duit stadium pun kosong. Kat Bangi tak ada Felda, tak ada belia Felda nak sokong.

Tak ke bodoh namanya tu?

Ejoi berkata...

Lucy, aku dah forwardkan posting kau ke blog Rizal Hashim (http://rizalhashim.blogspot.com), salah seorang tenaga kerja Astro Arena dan wartawan sukan Malaysia.

Harap kau tak kisah...

LuciusMaximus berkata...

@mohdfairuz,

Tiket pun nak kena suap subsidi susah la bro. Baik duit tu guna untuk benda lagi berfaedah.

@kavkiskey,

Annuar Musa bagus, memang pandai cari duit. Tapi mungkin sebab kerajaan PAS Kelantan tidak mahu hulur duit pada Kelantan FA yang kepalanya orang UMNO. Kalau UMNO yang pegang Kelantan ada kemungkinan Annuar rembat duit kerajaan negeri saja. Itu pun dia pernah minta duit dengan PAS apa? Bila tak dapat merungut dan butthurt sampai bawa Piala Malaysia ke Galas

ijan de bunks berkata...

terbaik..
klu luci punye buah tgn mmg x mngecewakan...
foward jgn x foward

keli berkata...

Gua masih berpikiran negatif gua rase pihak atsan akn bertindk bangang. As usual.....sedey dowhhh....
Duit kalo da byk dpn mate mmg abes lar...
Management FAM bkn org bisnes mindset...tgk presiden dahlar....dari kecik lg die mmg da kaye raye mne tau nk cari duit nk wat bisnes. Pasal bola plak jaoh skali...
Sinar hrpan bolasepak Malaysia utk jd yg terbaek di asia bakal jd kenyataan bile presiden dan anak die mangkat jer....wat sementare ni wait n see jer...
Semangat cintakn bolasepak kne dtg dulu baru duit jd pembakar dier.

Lps ni akan ader edisi ke 3 ker entri camni....Keep it up lucy mmg best mcm gua layan novel cinta je rase kadang2...kikiki.

Qazwsx berkata...

rupanya lucy ni org perak..haha.ingt org sabah@sarawak.

jumari jipan berkata...

senarai juara EPL kat sebelah tu cuba tukar buat senarai juara piala malaysia @ liga super pulak. Haa..

Unknown berkata...

tkr Kelantan FA jd Kelantan United

pastu liga super ade 20 team, br best, hehe

kalau lah kan, haha

keli berkata...

Nape korg sume nk tarok name klab nk kne ader United kt blkg dier....x bley blah siyoot...Gua hrp selangor x buat.
Gua suggest lu org muhasabah diri dan tnye diri sendri.
Kakakakaka.....komen gua tiada kaitan ape2. Luahan perasaan jer.

sinach zawawi berkata...

aku rase lucy adelah penulis terbaek sokernet, so far.

anyway, sebenarnya byk persoalan aku tlah dijawab dlm article ni.

anyway, satu persoalan lagi bermain di kepala aku. bagaimane ingin mencari supporter utk datang ke stadium jika satu negeri ade 2-3 club? tidakkah itu pecahkan penonton. bagi contoh kelantan. kalo 2 team dapat masuk MSL ie. pasir puteh white fc dan pasir mas gold fc, peminat kelantan akan pecah 2. bukankan leh menyikitkan lagi sokongan peminat bola. kalo ikut skang, sbg cth, terengganu. supporter T-team juga adelah supporter team trengganu. diorg xpecah 2. mcamana formula yg digunakan manchester utk ade 2 team dlm manchester- MU & Mcity. adekah manchester sgt besar?
terima kasih jika lucy sudi beri penerangan.

kat malaysia antara kelab yg berjaya adalah MPPJ & Johor FC.restecpa!

mimoxx berkata...

aku cukup menyampah ngn TM, sponsor kcik je tp logo kt jersi nk besar cm kpala lori..tgk epl, barclay pnye logo kt lengan je n logo kit sponsor bsr2 kt dada. harap astro xuat mnde same cm TM sbb dorg b4 ni slalu agungkan epl.=P

afterc berkata...

Gua respek lu lucy. Semoga idea liga berasaskan kelab yg diperjuangkan sejak bertahun-tahun dalam blog trankuiliti tronoh akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Bravo and keep up the good work!

sinach zawawi berkata...

ini salah satu contoh terbaik kelantan tunjukkan yg patut FA negeri lain follow. KAFA tubuh syarikat utk uruskan pasukan kelantan/theredwarriors. moga next step dia open utk jadikan syarikat berhad. suppoters/business entity leh invest.

http://kelate.net/syarikat-baru-urus-pasukan-kelantan/

Tanpa Nama berkata...

kat malaysia ni Johor FA da xboleh compete,g gabung dgn Johor PG..nama team Johor PG..tp xlama pastu,nama Johor PG tukar jd Johor FA..berkuburlah Johor PG..thn ni Johor FA rasa team diorang mcm xblh pegi,menteri besar cadang soh gabung dgn Johor FC..konon utk memantapkan pasukan..klu btl jd gabung,maka berkuburlah Johor FC..kelab terbaik 2009 & 2010

talkIZcheap! berkata...

Kelantan Pool, Kelantan Pool... hurmmm... memang tak best, tak leh blah...

Kelantan United... Ha! yang ni sedap bunyi dia...

keli berkata...

Kakakaka...cilakak. Ltk Pool je. Cam harremm...
Gua mention ltk FC ke lbh kurg camtu la weiii...kakakaka. Terase siyot...Cibai...kaka.

ijan de bunks berkata...

jelai fc blh pegi jauh...tp xde dt..sad lioa

Asyraf berkata...

ade kemungkinan istilah 'pnyokong negeri' terhapus klu idea ni jalan. maka, tak dosa la klu aku dulu fans red giant sokong kelab luar dri ngeri selangor. hahaha.

nwa berkata...

idea meletakkan 'united','rovers','pool;(apekejadahnye pool?) adalah idea xbest....
aku nk ada jatidiri harimau malaya...mcm kelab2 indon...

contoh utk kelab dari johor tp berpusat di KL- 'Gelandangan Johor'

kahkahkah

Obefiend Weiland berkata...

apa korang merepek ni

lucy punya idea sampah!

sampah gila macam sampah selepas selebrasi end of the year di dataran merdeka

/TROLL

Asyraf berkata...

@obe: lebih kpd rebel. macam kardio. hahaha

keli berkata...

Obe try to piss people off.

COOL!

Ano-nimus berkata...

kahkahkah!!!
gua baru hantar link entry ni ke emel rasmi FAM (gensecfam@gmail.com)...
agak2 sultan bola ambik pdulik x?

tuan director berkata...

Terbaik
harap fam baca entri ni

pembaris berkata...

Kedah mungkin mempunyai akedemi terbaik negara.kalau kejohanan bawah umur,team kedah antara terkuat.Memang semua player yang terror2 tu akn jadi sampah bila dahjumpa disko tapi berapa kerat sangat player tua boleh menten terror..

afterc berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
afterc berkata...

Tahun 90-an dulu, dalam lifa FAM, terdapat satu kelab dari sabah yg bersaing hebat untuk kejuaraan. Kelab itu ialah Gunosukod Pangaits. Bagaimanapun, kelab ini klimaks sebelum penghujung musim ke tangga entah ke-berapa (lupa- sudah lebih 10 tahun berlalu). Punca kejatuhan kelab ini ialah masalah kewangan.Saya juga kurang pasti sama ada kelab ini masih wujud atau tidak.

Ini adalah kekangan yg wujud untuk liga berasaskan kelab ketika itu dan saya percaya masalah ini akan wujud juga pada masa kini. Selagi tidak ada (atau kurang) syarikat besar yg berminat untuk melabur dalam sukan bolasepak ini, maka idea liga berasaskan kelab agak sukar dilaksanakan. Kita boleh lihat penaja-penaja sebelum ini (selepas era Dunhill) semuanya adalah syarikat-syarikat GLC yang dipaksa untuk menjadi penaja.

Mungkin ada sesiapa yg boleh beri pendapat bagaimana untuk menarik minat penaja? (errr...selain melantik pemimpin parti politik sebagai bos)

afterc berkata...

lifa=liga. typo

Abdul Munir Sanusi berkata...

Caya sama lu Lucius Maximus. cayalah! Gua harap FAM ada baca sOKERNET

bLaCx3n berkata...

satu entry yg serius..
mgkin boley msuk Metro xpom BH.
btw, gudluck to m'sian football...

Alke berkata...

Lucy, entry lu memang membuka mata gua. selama nie, wa letak kesalahan 100% pada FAM. skang gua kurang kan sket...jadi 45%. Sebab apa? sebab FAM tak berani nak keluarkan idea untuk tubuhkan pasukan kelab...seperti di Eropah, aku rase idea dah ada, tapi tak berani lagi la tu, lagipun kalau diorang baca sokernet, mesti diorang tau, local supporter ni ada.....anyway, entry terbaek...kepada yang forward ke FAM dan rizal hashim, gua rase lucy tak kisah punye. untuk kebaikan HArimau Malaya juge

PittKF berkata...

well written,

cuma ko lupa satu perkara lagik yg paling penting.

Bila ada kelab,baru pemilihan yg adil dan saksama bleh ada,kalau x,ada jaa cable yg salah guna kuasa bawak masuk anak saudara dia lah,cucu sedara dia lah.

Kedah FA antara yg aku tau sgt terbaik dlm hal nie,pi balik,budak Alor Detar yg dapat pemilihan,org Sg Petani ke,Yan ke,Sik ke memana lain yg jauh dari daerah Kota Setar,hanaya mampu pergi pemilihan,dan balik berbekalkan harapan kosong yg baru punah.Itu baru Kedah,x citer negeri lain lagi.Aku rasa ramai yg hadap masalah nie masa pegi pemilihan utk wakil negeri kan?

Itu yg perlu dihapuskan jugak,pilih bulu,aku kenal seseorang yg bagus permainan dia,tapi sbb dia jauh dari kawasan2 penting seperti list diatas,dia dihantar balik atas alasan tidak cukup skill,sedangkan masa pemilihan,dia pun org takut nak defend,pelesit ngn dia sama rempit lajunya.haihhhhhh

Jarr berkata...

tahun 80an dulu daerah daerah kat melaka dah start buat dah benda ni..siap ada liga.tapi tak diketengahkan dan takde support.

sapa tak knal Gadek United ngan Tobek Park Rangers dulu?Lim Teong Kim pon mula dari situ.

So rasional nye bolasepak skang, mcm Lucius ckp, mcm mana FAM akan salurkan duit berguni guni itu nanti..dengan sewajarnya atau dengan cara bangang abis?

2 kupang aku je la.

faridfadhly berkata...

memandangkan gua takde keje nak buat gua listkan kelab-kelab yang bersaing untuk piala FA yg bermula Feb 2011:

1.KL POS MALAYSIA FC
2.JOHOR MP MUAR FC
3.SELANGOR PKNS FC
4.KL SIME DARBY FC
5.P PINANG USM FC
6.JOHOR MELODI JAYA
7.P PINANG SDM NAVY
8.KL SPA FC
9.TERENGGANU T-TEAM
10.KL FELDA UNITED FC

10 kelab kesemuanya. kita tengok mana yang boleh pegi jauh dlm fa cup..

Jojoe Ali berkata...

FAM pakai Google je? Perghhh..
Takpe.. takpe.. ada chance la dia nak check hari².

Eh jap.. siapa 'dia' tu skali lagi?
Dush.


p/s : Obe.. gua tengok malam tu, diorang sapu sampah kat Dataran tak sampai setengah jam der.. (takdak kena mengena.. saja buat² nampak cam Obe mesra alam; tak rebel..)

jerr berkata...

aku jugak nak tambah...bagi aku, influx kelab dan seterusnya pemacuan kelab-kelab profesional ke tahap lebih tinggi, memang memerlukan lokasi tempat asal kelab tersebut. Misalnya, JB Jengking FC atau Pasir Mas FC.
Bukan apa, ambil contoh Felda,atau petronas, sape nak sokong? kat mana nak jadikan stadium kelab? Ni tak kira PDRM ke,Bank rakyat ke, bomba ke...susah siket nak initiate support dari fans...
Well, aku tegaskan perlunya fans kat sini, sebab merekalah yang menghidupkan warna bolasepak kita, bukan berbicara dari segi kutipan tiket jek...aku dapat merasakan perpaduan inter/intra kaum lebih dapat dilihat menerusi pemantapan kelab-kelab
aku sokong organisasi seperti felda atau petronas lebih bertindak sebagai penaja tambahan,tak perlu menubuhkan kelab sendiri

talkIZcheap! berkata...

kalo add Petronas FC, alamatnya time minyak naik2 harga cenggini, kena boo memanjang lah player2 dia, dok? huhuhu....

Unknown berkata...

nicely done!!

daimpressive berkata...

Astro emmang hampeh, bolot, dan bertahap kampung. Izin laluan pada tuan tanah: -

http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/komentar-bolasepak-astro.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...