ANDA SEDANG MEMBACA

10

ARGENTINA VS NIGERIA

1. Disebalik persembahan kurang menyakinkan Argentina tadi, saya suka kerana entah kenapa seperti jadi trend team yang kelam kabut selalunya pergi jauh. Semoga Jerman bermain SANGAT CANTIK tahun ini, saya doakan. Sepanyol dan Belanda saya tak heran, mereka akan selalunya bermain SANGAT CANTIK. Brazil...tak mengapa, mereka akan dikalahkan Perancis nanti.

2. TAPI - ingat 2002? Nigeria jua yang Argentina kalahkan dengan gol yang sama. Apa jadi lepas tu?

3. Adakah Messi ikut sumpahan pemain yang star nak mampus dalam kempen kelab tiba-tiba sangat-sangat selalu mensia-siakan peluang?

4. Nampak sangat defense Argentina tidak ada pace yang bagus. Sangat-sangat merisaukan jika bertemu Brazil.

5. Saya juga percaya bola lambung Veron akan membawa padah pada perlawanan akan datang. Masih tidak percaya Cambiasso tidak bermain.

6. TAPI - terima kasih kepada beliau yang menjadi pelopor gol.

7. Pada hemat saya nampak sedikit ketara stail main yang berbeza antara team 2006 dan team 2010.

8. Lisa Surihani tidak bersama saya ketika menonton perlawanan ini.

9. Konklusi - Saya menaruh harapan penuh pada Maradona. Seorang yang langsung tidak mahu jenuh nak berfikir soal risk-calculation bagai. Hentam saja.

Vamos!

10 Ulasan:

Wanturd™ berkata...

sy percaya argentina terkandas disuku akhir.

Tanpa Nama berkata...

saya percaya maradona lebih dekat dengan pemain berbanding capello. lihat saja ciuman mesra beliau berikan selepas tamat perlawanan.

Besi Karat berkata...

messi banyak peluang.aku tak rasa sia2.goalkeeper nigeria yg memang cemerlang terbilang berbanding goalkeeper england.
kahkahkah!

Unknown berkata...

apasal jonas jadi lb???

talkIZcheap! berkata...

komen utk no.

1) masalahnya, layak ke France ke next round utk jumpa Brazil? (atau mana2 team sekalipun...)

3) Messi was trying TOO hard, dia patut relax skit...

6) ex-united to score and assist :p

8) aku ingat Lisa cakap [kat interview] yg dia sokong german, apa citer tu?? huhu...

Zinedine Zaiddin berkata...

Bab no 9 tu aku setuju. Rilek sudah..just arrange the formation, put in suitable players, dont talk too much, the players already know their jobs.

Hahaha..salute lah Maradona!

Cob Nobbler berkata...

Vamos El Diego!

Kuwe berkata...

keeper liga israel standet la tuu. hari hari dah praktis tepis bola ala ala mavi marmara.

Raiden berkata...

Tevez ngan messi..damn fastest combination!!

Jimmy Stracqualursi berkata...

kalo ade cambiasso & zanetti semalam mesti main steady sikit. adoi. takpe la pakcik diego, next match veron tu kasik ganti ngan bolatti ke pastore ke, bagi orang muda la at least rajin sikit kejar bola.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...