1. Disebalik persembahan kurang menyakinkan Argentina tadi, saya suka kerana entah kenapa seperti jadi trend team yang kelam kabut selalunya pergi jauh. Semoga Jerman bermain SANGAT CANTIK tahun ini, saya doakan. Sepanyol dan Belanda saya tak heran, mereka akan selalunya bermain SANGAT CANTIK. Brazil...tak mengapa, mereka akan dikalahkan Perancis nanti.
2. TAPI - ingat 2002? Nigeria jua yang Argentina kalahkan dengan gol yang sama. Apa jadi lepas tu?
3. Adakah Messi ikut sumpahan pemain yang star nak mampus dalam kempen kelab tiba-tiba sangat-sangat selalu mensia-siakan peluang?
4. Nampak sangat defense Argentina tidak ada pace yang bagus. Sangat-sangat merisaukan jika bertemu Brazil.
5. Saya juga percaya bola lambung Veron akan membawa padah pada perlawanan akan datang. Masih tidak percaya Cambiasso tidak bermain.
6. TAPI - terima kasih kepada beliau yang menjadi pelopor gol.
7. Pada hemat saya nampak sedikit ketara stail main yang berbeza antara team 2006 dan team 2010.
8. Lisa Surihani tidak bersama saya ketika menonton perlawanan ini.
9. Konklusi - Saya menaruh harapan penuh pada Maradona. Seorang yang langsung tidak mahu jenuh nak berfikir soal risk-calculation bagai. Hentam saja.
Vamos!
LANGGANI RSS KAMI