ANDA SEDANG MEMBACA

14

Bila Budak Latino Pakai Baju MEXICO ke Kelas

Obefiend Weiland Jumaat, Julai 02, 2010 ,
Kisah Benar dari Amerikkka

Angkat tangan siapa ada jersi England? Holland? Zee Germans? Argentina? Good-good.

Siapa ada jersi Man United? Chelsea? Sandarkan Pada Hodgson FC? Good-good.

Ok now siapa ada jersi Harimau Malaya? Perak? Johor FC? hmmmm. Not so good.

Hari ini aku akan bercakap pasal kisah Coral Avilez (12) yang dimarahi guru kelasnya kerana memakai jersi pasukan Mexico ke kelas. Nak dijadikan cerita sedang dia happy menonton perlawanan Mexico lawan Afrika Selatan datanglah seorang cikgu menegur kenapa dia pakai jersi Mexico. Bila ditanya kenapa si cikgu terus emosi dan salahkan si Coral keatas kenaikkan cukai dan insuran peribadinya,

Kesalahan si Coral hanyalah memakai jersi Mexico dan dia seorang Latino. Cikgu yang terover patriotik ini sekarang digantung dari bertugas.

Aku selalu jugak dengar pasal semangat patriotik sesetengah orang Amerika yang melampau. Tapi ini kali pertama aku dengar insiden yang sebangang macam ni. Tak tergapai otak aku. Maybe pasal di Malaysia masalah patriotik atau tidak tak wujud bila berbincang pasal jersi. Tak boleh imagine sial aku kalau pegi mamak kena maki pasal pakai baju England.

Honestly dari pengalaman aku yang pakai jersi Malaysia yang kena maki. Pernah sekali tengok game Malaysia suatu ketika dulu. Aku tak ingat the exact detail tapi aku tengok game tu dekat kedai mamak. Ada la 2 brader pakai jersi Malaysia. Malaysia kena hambat dengan Qatar or something. Tetiba sorang pakcik tegur 2 brader bejersi Malaysia tadi.

"Engkau pakai jersi apa guna? Buang duit je!"

Terbalik sial dekat Malaysia.

Oleh itu marilah menyokong pasukan tempatan. Go go Najath Kepong FC!

p/s : ESOK SUPER ORANJE MESTI MEMANG, Gua sudah judi bola sama Holland. Come on!

P/p/s : LINK sudah dibetulkan, Terima kasih kepada Sang Karipap

14 Ulasan:

Emmet Muhamad berkata...

oranje punya pasal, gua mmg kena 1st. brazil, niet onderschat nooit de Nederlandse!!!!!!!!!!!!!

Zinedine Zaiddin berkata...

Apa link x jumpa ni?

julu berkata...

aku bangga pkai jersi Terengganu

adijaya berkata...

saya ada jersey mppj selangor. pasukan mereka pada tahun 2000 dulu memang top form. masa tu dollah salleh pegang. tapi skarang tak tau la nasib pasukan ni.

dan satu jersey lagi yg saya punya adalah jersey s.thanasegar. no.10 warna hijau kuning. dulu dia tajam macam thierry henry kalau kat depan gol. dengan partner jan janostak dan dibantu midfielder seperti che zambil ahmad ngan faridzuan che hamid. ada radhi mat din sebagai kapten.

tapi top scorer tahun 1994 adalah hashim mustapha. lagenda bolasepak kelantan.

[ a D D y ] berkata...

wa nak carik peluan jual jersi..

sokernet kasik jual jersi luorang la..
biar time tengok bola sume pakai same..

team pilihan dalam hati je..

Wan Ahmad Faiz berkata...

aku pakai baju kelantan gi terminal 1 seremban, semua pandang semacam je...huhu

Obefiend Weiland berkata...

KEJAP GUA EDIT BALIK LINK..

kareem berkata...

apa cerita coral ni tak jumpe pon...

Adijaya-mppj kan dah bubar...xdak dah

Jarr berkata...

support beringin FC lagi fun...lalalalalala

Zinedine Zaiddin berkata...

Obe:

No problemo...tegur menegur amalan mulia. 1 Malaysia! Hahahahhahahaa

Baru dapat baca berita sebenar..macam haram je cikgu tu..racist giler..

adinda anna liyana berkata...

hi jarr..rindu.

kpd yg menulis artikel ni...oranje xd lah hebat mana.sorry to say la..dorg play safe kot tp finishing tip top. hrpnya tak lah main cmtu gn brazil..

Berto berkata...

oranje kalo men lawa2, mesti sangkut sbelum final..contohnye euro 08..

sbb tu mlm ni gua kompem oranje bole menang punyer..x pyh men lawa2, jnji menang.
Oranje Boven!

adijaya berkata...

@kareem, thanks for the info. tak tahu yg team diorang dah kena bubar. ingatkan pegi main kat liga bawah mcm ns chempaka.

@sultan bola, tolong pelajari cara mentadbir FAM dengan pasukan hebat lain. perancis selamba je tukar presiden bola diorg lepas flop kat world cup. nigeria plak terus gantung 2 tahun. korea utara lagi style, terus jadi pekerja lombong. tapi malaysia tak perlu la buat mcm tu, just letak jawatan je. please..

Zinedine Zaiddin berkata...

Macam gampang jadi pekerja lombong? Mana ko dapat berita ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...