ANDA SEDANG MEMBACA

5

Soccer City Stadium



Soccer City? Asalnya FNB Stadium, yang dirobohkan untuk pembinaan stadium bolasepak baru yang jauh lebih besar dan moden. Oleh kerana itu, Soccer City dalam erti kata lain terletak di atas tapak di mana Nelson Mandela berucap buat kali pertama setelah dibebaskan dari penjara dan pastinya bakal menjadi tapak perlawanan Piala Dunia pertama di benua Afrika.

Kapasiti? 94,700 penonton.

Perlawanan? 5 perlawanan kumpulan, 1 perlawanan Round of 16, 1 suku akhir dan perlawanan akhir.

Kos? USD440 juta, membentuk sebuah stadium seakan belanga tradisional Afrika dengan 10 garisan hitam menegak di tempat duduk penonton. Sembilan darinya mengarah ke 9 stadium Piala Dunia 2010 yang lain manakala satu lagi mengarah ke Berlin di mana perlawanan akhir Piala Dunia 2006 berlangsung.

Johannesburg? Sudah tengok District 9?

Uncle Tutu

Koresponden? Koresponden Sokernet yang kesepuluh dan terakhir tidak lain tidak bukan ialah Archbishop Desmond Tutu, pejuang anti-Apartheid dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan. Pada Mei 2004 sebaik sahaja Afrika Selatan diumumkan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2010, Desmond Tutu berkata, “Saya berjanji akan membeli semua eksekutif FIFA tiket kelas pertama ke syurga, tetapi sebelum itu, saya mahu menari di luar dahulu!” Klasik.

5 Ulasan:

City Laundry Cafe berkata...

1st....

supan nye uncle tutu....cerah je muka..(walaupun....)

Zinedine Zaiddin berkata...

Tiket kelas pertama ke syurga? Wut the fish...hahaha

City Laundry Cafe berkata...

sblm masuk pengumuman tu dia tonggang dulu....tu yg dia merepeks....ushar rantai lerrr....masuk syurga???hahahahah....uncle tutu...uncle tutu...nyanyuk org tua nih...

Jarr berkata...

pakcik ni penah kena stigmata...(pengaruh HBO semalam)

City Laundry Cafe berkata...

bila aku tgk konsert opening ari tuh....rupanya..mmg betul dia slalu tonggang....speech pun cam harem...siap nari2 lagi...adoyai uncle tutu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...