ANDA SEDANG MEMBACA

52

“Saya Benar-Benar Bersimpati Dengan Michael Ballack, Tapi Saya Harus Mengatakan Ketiadaannya Telah Membantu Jerman”

LuciusMaximus Selasa, Julai 06, 2010 , ,

Di atas adalah kata-kata bernas dari abang otai Teuton, Lothar Matthaus. Italia 90 dan Lothar Matthaus adalah punca kenapa aku kekal peminat tegar Die Nationalmannschaft sehingga ke hari ini.

Oh, aku juga turut mengikuti Bundesliga. Bukan sekadar EPL sahaja. Yang ini supaya aku tidak dituduh poser oleh seorang pembaca Sokernet yang beranggapan kita hanya boleh menyokong negara tertentu kalau kita mengikuti liga negara tersebut.

Berbalik kepada Lothar Matthaus, pemegang rekod caps terbanyak Jerman ini (150 caps) diiktiraf sebagai libero atau sweeper terhebat dunia. Oleh kerana aku membesar dengan menonton corak permainan Matthaus, maka secara automatik aku memilih posisi yang serupa dalam karier bolasepak aku yang tidak seberapa.

Cerita lain.

Cakap-cakap Matthaus mengenai Michael Ballack ada betulnya. Kerana kalau tidak atas kecederaan Ballack, skuad Jerman dalam Piala Dunia 2010 mungkin berbeza dari apa yang kita lihat sekarang.

Yang pertama kehilangan Ballack memberi peluang buat Sami Khedira, seorang pemain tengah yang bermain lebih pantas dan lebih menyerang. Satu perkara yang sangat diperlukan bila Jerman melakukan ofensif mereka kerana ini memberi kelebihan dari segi kuantiti, satu perkara yang jelas kelihatan dalam kes pertahanan England dan Argentina yang telah di-‘outnumbered’ sebelum ini.

Yang kedua, ketiadaan Ballack bermakna Bastian Schweinsteiger tidak lagi perlu bermain di bawah kelibat Ballack. Sekaligus memberikan peluang kepada Schweini untuk menentukan tempo dan corak permainan skuad Jerman, contoh terbaik jelas dapat kita lihat dalam perlawanan menentang Argentina.

Ketiga, tanpa Ballack seluruh skuad Jerman mendapat faedahnya. Seperti kita tahu skuad kali ini merupakan antara skuad bolasepak termuda yang pernah diketengahkan oleh Jerman dan sudah pasti corak permainan mereka lebih pantas dari lazimnya. Ballack yang kita kenal adalah seorang pemain berumur dan beliau mungkin lebih menggemari permainan yang sedikit perlahan dan ini boleh menjejaskan tempo pemain muda Jerman.

Sekarang kita tahu rahsia kejayaan Jerman setakat ini, pemain tua mengundur diri (Ballack) dan pemain-pemain muda menonjolkan diri (Khedira, Schweinsteiger dan lain-lain). Miroslav Klose (32 tahun) terkecuali dalam hal ini kerana sebagai penyerang tunggal, beliau lebih banyak menunggu bola untuk dijaringkan dari berlari menggelecek bola.

Cakap abang otai Teuton memang ada betulnya. Cuma yang aku nak sangkal sedikit ialah Matthaus dulu pun main sampai dua dekad dengan Jerman dan dalam lima Piala Dunia, langsung tidak bagi peluang pemain muda lain untuk menonjolkan diri.

Cis!

52 Ulasan:

MDM FARAH FAIZURA berkata...

jersi jerman barat memang klasik, waktu main bola wakil sekolah rendah, 50% sekoalh guna jersi pattern tu. Ini cerita awal 90-an.

Jorji berkata...

1st! 2nd! 3rd!

Ballack tanpa piala itu sinonim

Pet Shop Boys berkata...

First! wooohooo...

Kalau gerak geri sotong Paul itu betul, maka Spain akan mengalahkan German. But I doubt that...itu syirik namanya ....

Pet Shop Boys berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Pet Shop Boys berkata...

First!

fikiranlicin berkata...

gua minat brader ni sama thomas haessler. fizikal tak besar tapi power. tp gua sekadar minat. Sokong gua masih kepada Italy

Oh Me berkata...

First!

meor-name-depan-ku berkata...

"Calm is the way of germany game" kate seorang pengulas....
so, tak payah nak menggelabah ber'skill' sangat ala2 jogo
bonito..

Ballack, the truth about ego

Tanpa Nama berkata...

tak per, keramat hidup..hehehehe

SFB berkata...

antara true legends football.

aku pun setuju. kalu Ballack main WC kali ni, aku x sure Germany power mcm ni.

Shank berkata...

alah bai .. every tournament pun sama bunyinya.
german with young player. Masa klinsman jd coach pun begitu juga budak² fresh juga yg dibawa main.

mcm juga england ..tiap² wcup genersi emas katanya ..

pakkordi berkata...

Uncle samy velu pun dah hampir separuh abad, tak gerak2 jugak.

Apa2 hal pun, we will see you in the finals - KNVB

zool fadli berkata...

Deutsch Lebens ... Ihr Gegner weiterhin die Schlä

mohd hafiz berkata...

Lucy... sotong kurita Jerman yg bernama Paul pilih Spain menang pulak..camane nih??? ahahahaha

chesterchaz berkata...

1st kah aku?

farwalis berkata...

Schweinsteiger memang dah power pun. hihi

Unknown berkata...

baca kosmo hari nie. rahsia kejayaan german. cool

Unknown berkata...

1st..hehe

Unknown berkata...

yes,memang benar apa yg lucy cakap nie..ketiadaan ballack telah mengubah corak permainan jerman..joachim loew memang betul2 amik player yang memang leh main dan menaruh harapan kepada klose,podolski walaupun mereka ni x berapa skor dalam liga and it really pay off

Alke berkata...

Lucius, beliau bersama Haessler, Klinsmann juga melambangkan zaman kejatuhan German pada World Cup 1998, kalau tak silap aku. Anyway, He is one of the greatest, dan punca aku ikut German (W.Germany) bermula dengan Italia 1990. Btw, bukan salah dia asyik main sehingga pemain muda tak dapat tempat. Takde young german yang bagus pun masa tu.Kalau ade pun, tak lama. Ingat Matthias Sammer?asyik cedera. Mario Basler? baran dan kurang disiplin (german pun takde displin?) Karl Heinz Riedle? Gagal menyerlah, one hit wonder. dan ramai lagi. Lagipun, Berti Vogts, Voeller lebih percaya kepada otai untuk apply tactical depa. Credit to Klinsmann, dia tunjukkan bahawa German perlu tukar sistem dan combinekan muda dan tua untuk berjaya dan lebih berjaya. Skarang nie, Loew fine tune sket...nahhh....hambek ko Argentina and England. Gila terer!!!

Azlan Zed berkata...

blessing in disguise?

good luck German

:)

I Am Legend berkata...

1st!

ace farhan berkata...

first !
betul.gua rasa Ballack memang playing tempo dia slow.Tak caya,tengoklah time beliau main kat Chelsea.

Tapi sekarang gua rasa,mungkin Jerman tak seberapa nak pergi dengan Spain ini kali.kehkehkeh.

Point of View berkata...

kahkah, aku baru nak sebut yang sama pasal matthaus main berpuluh tahun untuk tim jerman, nasib ko dah mention dulu lucy

Emmed berkata...

betul gua sokong lu bai, x semestinya x tonton bundes liga tak boleh sokong german. quality permainan mana2 pasukan kelab x boleh di nilai dan disamataraf dengan kempen world cup.

mereka yang beranggapan menonton mana2 liga bermakna kena sokong negara berkenaan adalah satu pendapat jumud yang terkongkong dengan idialisme komunisme.

jika ini dijadikan ukuran, bermakna aku kena tunggu ntah berapa tahun lagi untuk melihat malaysia bermain di kempen piala dunia.. menanah bro nak tunggu..! sultan bola ntah bila nak turun takhta nie...??

Nazri berkata...

ada masalah kat comment box ke?

testing testing.

Nazri berkata...

eh, okey je...

mana pergi peminat-peminat Lucius M?

faizzal berkata...

Mcm kes Raul dgn Sepanyol masa EURO 2008. Beza cuma Raul mmg tak kena panggil.

iceroll berkata...

Setuju jugak. Pasal kengkadang tuh bila player dah star sgt, die nak sume org pass bola kat die walaupun org lain tgh open. lps tuh die marah2 player lain, dah laa player2 lain tuh muda2 sure pressure bile main ngan die n takut nak main fancy skit psl takut buat mistake n kene marah. Lps tuh bile bawak bola terlepas sure die malas nak kejar pasal dh star sgt, biar aje org lain kejar.

Kes macam Henry laa mase die kt Arsenal. Mase die blah gi Barca tuh die sendri admit itu utk kebaikan Arsenal jgk. Or dlm kes Ronaldo dlm team Portugal.

iceroll berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
eJAI berkata...

woi 1st!!

SocketWorld berkata...

terFIRSTkan diri lah pulak.
dah bg peluang berjam-jam kat sesapa yg rajin sgt nak jadi org pertama komen..

btw Ballack x de la bagus sangat...
Chelsea pun dah mentongsampahkan dia..

Myth3fy berkata...

haha. cakap sng dri buat.

Ajeossi berkata...

klasik..!

delicia berkata...

post kol 10 n still no coment..??

ok no komen.kali nie aku ganti adijaya ---> 1st

pembaris berkata...

Setiap pemenang Piala Dunia sejak 1986,sekurang2nya seorang defender telah menjaring gol pada kejohanan tersebut.

Argentina 1986 - Jose Luis Brown
Jerman Barat 1990 - Andreas Brehme
Brazil 1994 - Branco
Perancis 1998 - Laurent Blanc/Lilian Thuram
Brazil 2002 - Edmilson
Italy 2006 - Fabio Grosso/Gianluca Zambrotta

Masih ada masa,tetapi setakat ini hanya Arne Friedrich yang menjaringkan gol untuk Jerman. Pasukan lain, defender hanya reti bertahan.

pembaris berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
brandon flowers berkata...

1 kelebihan khedira berbanding ballack ialah dia laju kerana lebih muda. tapi dari segi hantaran bola ballack lebih superior dari yg lain, sesuai untuk counter mengejut. dlm setpiece, ballack lebih hebat dlm direct freekick dan heading dari yg lain.

final 02, semi 06, final 08, ballack ialah lagenda germany sebaris dengan muller, seeler dan beckenbauer. matthaus tiada dalam senarai. http://www.goal.com/en/teams/germany/18/germany

FdausAmad berkata...

Woii hide komen ke apa ni??

mAxx berkata...

sami khedira xnak main tuk tunisia.. heh

Raiden berkata...

Weh lucy, Paul the Octopus dah ramal Spain menang lawan team kita, Germany...seram sejuk bebbb!!

http://www.huffingtonpost.com/huff-wires/20100706/eu-germany-octopus-oracle-world-cup/

Unknown berkata...

1st

Union Equatoriale berkata...

matthaus, living legend

zool fadli berkata...

Deutsch Lebens ... Ihr Gegner weiterhin die Schlä....ihre Unterstützung ist Deutsch Narren... wakakaka... Aku guna google translate

FdausAmad berkata...

Ada komen gua tadi yang tak lepas ni..

BanDeLa berkata...

kalo aku nak tulis 1st ok x...

Tanpa Nama berkata...

dari awal sampai pkl 12 tgh malam semua org 1st apehal?

MDM FARAH FAIZURA berkata...

padahal gua yang 1st. wakakaka

SocketWorld berkata...

meen: sbb semalam tunjuk '0 comments'

palytoh berkata...

Aku predict Deutschland vs Dutch final ni.. dieorg kan bau bau kambing sikit Xp

Pet Shop Boys berkata...

eh gua yg first ok...Lucy tulis ni untuk gua ok....

Zinedine Zaiddin berkata...

Semua pun nak jadi yg first....dasar Elton John..ahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...